Monday, May 25, 2009

Selamat Hari Guru



Salam,

Hari guru telah lepas, namun saya ingin sekali mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru saya yang banyak menabur budi dan bakti sehingga ke hari ini.

Guru saya semasa di Tadika KEMAS ialah Cikgu Pasiah. Saya ingat lagi Cikgu Pasiah melantik saya jadi ketua kelas. Tiap-tiap pagi kena baca ikrar di hadapan kawan-kawan dan saya adalah yang paling akhir balik sebab selalu berbual dengan Cikgu Pasiah. Yang paling seronok sebab balik lambat bila Cikgu Pasiah belanja makan nasi lemak, lebihan makan pagi. Sedap betul nasi lemak waktu tu.

Di Sekolah Rendah Kebangsaan Jln Sg Besi (1), dalam banyak-banyak cikgu, saya rapat dengan Cikgu Hasnah, Mrs Mahadeva, Cikgu Rohani, Mrs Ng (Dulu Ms Ng) dan Cikgu Ayub. Cikgu Hasnah mengajar BM semasa saya darjah 5. Saya masih ingat lagi apabila cikgu Hasnah suruh kami hafal sajak "Ke Makam Bonda" karya Allahyarham Usman Awang. Saya hafal sehingga habis. Sekarang semasa UNIC rakam lagu ke Makam Bonda, saya masih hafal separuh dari liriknya. Separuh lagi dah lupa. Di mana cikgu Hasnah sekarang?

Mrs Mahadeva ni adalah Ketua guru disiplin yang terkenal dengan kegarangannya. Dia ni digeruni oleh semua orang termasuk saya. Dia juga mengajar Bahasa Inggeris, jadi tak hairanlah ada buku-buku latihan yang tak siap kerja rumah dicampak keluar sahaja melalui tingkap. Buku saya pun pernah kena campak. Rotan toksah ceritalah. Kalau tak melibas, bukanlah Mrs Mahadeva. Saya pernah berdiri belakang Mrs Mahadeva, mungkin terlalu rapat. Dia berpusing kepada saya dan berkata, "Why are you breathing too close behind my back?". Saya memandang dengan penuh kegerunan. Itu satu pengajaran, bernafas belakang orang rapat-rapat sehingga hela nafas kita dirasai kadangkala sesuatu yang menjengkelkan...

Cikgu Ayub ni ada karakter seorang pemimpin. Dia jalan tegak dan segak. Bila mengajar suaranya jelas dan terang. Cakapnya sangat tersusun. Orangnya sangat baik tetapi ada je budak nakal yang kena tampar kerana melawan. Sekarang ni cikgu Ayub mungkin dah jadi Guru Besar kat sekolah lain.

Itulah cerita sekolah rendah... sekolah menengah juga lebih kurang sama. Suasana SMAKL dan MRSM banyak mengajar saya tentang hemah terhadap guru. Ada guru yang mungkin kita tidak sukai ada guru yang kikta suka. Ada yang comel ada yang tidak. Mungkin ada guru yang "gedik" pada pendapat sesetengah murid, ada guru yang garang, ada guru yang suka mencari salah, ada guru yang berlagak dan sebagainya. Pendek kata ada pelbagai karakter guru yang kita jumpa sepanjang hidup kita yang bergelar murid.

Ada pelajar mungkin merasakan, walaupun mereka sudah berjaya, mereka tidak merasakan bahawa itu juga adalah sebahagian usaha dari guru mereka. Oleh sebab itu, apabila anak kita gagal di dalam periksa kita akan berkata, gurunya malas mengajar. Tetapi apabila anak kita berjaya, kita akan berkata, sebab anak saya rajin belajar, otaknya bijak dan pergi tuisyen selalu.

Wallahu Alam.

1 comment:

Saat said...

Bestnye pengalaman Dr masa kat sekolah.

Saya punya pengalaman macam ni:

a. Masa darjah 2 kena berdiri kat luar kelas dengan botak & zamri masa kelas cikgu mardiana (cikgu paling garang) sebab buat bising dalam kelas.

b. Masa darjah 4 kena 'bunga kekwa' dengan cikgu mansur sebab tak buat homework.

c. Masa darhaj 6 kena luku pakai tempurung kelapa oleh cikgu jalil kahar. Sebabnya tak hafal sifir 9. Sampai sekarang masih lekuk kepala saya.

hehehe... tulah pengalaman trajik saya masa kat sekolah randah. Agaknya kalau cikgu-cikgu tu tak buat macam tu kat saya, dapat ke saya jadi macam saya sekarang ni?

Saya tak pernah return ke sekolah lama saya. Ntahlah, dulu-dulu tak begitu famous kot budaya gathering ni. Lagipun semua guru saya dah tak ada kat sekolah tu lagi. Ada yang dah pencen dan ramai jugak yang dah naik pangkat jadi guru besar. Alhamdulillah...

Related Posts with Thumbnails