Sunday, May 17, 2009

Menjawab bagi pihak BIONAS




Salam,

Terdapat banyak persoalan yang timbul di dalam threads forum-forum di internet terutama tentang BIONAS. Jawapan yang diberikan tidak memuaskan kerana BIONAS sendiri tidak ada masa untuk menjawab persoalan tersebut. Selaku salah seorang koordinator di dalam Skim Murabahah BIONAS, pengurus nurseri BIONAS dan kenalan kepada Tuan Haji Shafi'e selaku Ketua Eksekutif BATC dan CEO BIONAS Puan Zurina, saya cuba memperjelaskan serba sedikit tentang persoalan tersebut. Butiran yang lebih lanjut minta tuan ajukan sendiri kepada BIONAS.

Melalui perbincangan saya dengan kedua-dua orang kuat BIONAS ada beberapa perkara penting untuk diperjelaskan.

1. Buat masa ini sudah hampir 3 juta ekar tanah di kawasan Sabah dan Sarawak termasuk semenanjung Malaysia yang penduduknya bersetuju utk BIONAS mengusahakan tanah mereka. Perjanjian telah dibuat secara hitam putih dan ditandatangani.

2. Terdapat orang miskin di Pendalaman Sarawak dan Sabah yang tidak ada jalanraya dan elektrik pun ke kampung mereka tetapi mempunyai tanah adat yang luas. Mereka bersetuju untuk menyertai projek ini. Ini adalah kerana BIONAS memberi mereka biji benih percuma (10 ekar setiap keluarga) untuk ditanam dan mempunyai kontrak untuk membeli semula hasil mereka dengan harga RM 850/tan dengan share keuntungan 80%-20%. Pada pendapat saya ini merupakan satu contoh projek "poverty eradication" yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan.

3. BIONAS menjalankan skim usahasama dimana pembukaan tanah dan segala kos operasi ditanggung 100% oleh BIONAS. Tuan punya tanah yang mengusahakan penanaman akan dibayar gaji (oleh BIONAS), setelah ada hasil dijual pula kepada BIONAS dengan keuntungan bersama 80%-20%. Oleh itu, pengusaha bukan sahaja mendapat untung hasil, tetapi bekerja pula dengan BIONAS dengan gaji mengikut hari dengan kadar semasa.

4. RM 300-RM 500 sebulan utk seekar tanah utk hasil Jetropha memang tidak menguntungkan berbanding tanaman kelapa sawit. Tetapi bagi masyarakat miskin di Sarawak dan Sabah, mereka tiada modal pun utk menanam kelapa sawit (siapa yang nak bagi mereka modal?), sedangkan tanah mereka berekar-ekar luasnya. Ini adalah satu alternatif yang baik kerana pembiayaan BIONAS yang saya telah sebut tadi.

5. BIONAS telah mempunyai kilang di Johor dengan kapasiti 100 tan minyak sehari. Yang malangnya, operasi kilang tersebut adalah di bawah paras permintaan. Buat masa ini, kemampuan pekebun untuk menyediakan biji jatropha cuma 30 tan metrik sahaja sehari. Pada hakikatnya, BIONAS menganggung kerugian dari segi opportunity lost.

6. Mana patut datang dahulu, kilang dahulu atau buah jetropha dahulu. Persoalan ini macam telur dengan ayam. Kalau kilang dibina dengan megahnya, kosnya menelan belanja RM 5.1 juta. Tetapi yang menanamnya setakat 100-200 ekar, mana kelebihan ekonominya? Tetapi ada penanam bertanya. Sebelum aku tanam, aku nak tengok kilangnya dulu. Jika sudah ada kilang tetapi baru nak tanam, BIONAS akan rugi. Apa pendapat tuan?

7. BIONAS telah melakukan business venture dengan Filipina. mereka telah bersetuju untuk berusahasama dengan BIONAS untuk menghasilkan minyak Jetropha untuk kegunaan penduduk di sana. Buat masa ini Filipina adalah pengimport petroleum untuk kegunaan rakyatnya. Harga seliter petrol ialah RM 3.50 (kalau tidak silap). 4 juta ekar tanah akan diserahkan kepada BIONAS untuk diusahakan secara usahasama. Ini akan meningkatkan ekonomi penduduk di sana. Ada keratan akhbar di surat khabar Filipina tentang kehadiran BIONAS di sana dan perancangan kerajaan Filipina. Kilang juga akan dibina di sana.

8. 3 tan biji jetropha = menghasilkan 1 tan minyak. Harga 3 tan jetropha = RM 850 x 3 = RM 2550.00.
Harga jualan BIONAS ke luar negara bagi crude oil ialah USD 800 satu tan (FOB) = RM 2880.00, Harga jualan bagi refine jetropha oil ialah USD 1250 ialah RM 4500 satu tan (FOB).
Press cake (sisa perah) jetropha juga dijual sebagai satu sumber bahan api. Saya tidak pasti harganya, tetapi permintaan untuk membeli press cake juga sudah ada dari Jepun kerana ia kurang pencemaran berbanding arang batu. Maknanya, jual minyak untung, jual sisa press cake pun untung. Itu belum campur jualan anak pokok di nurseri etc. Oleh itu persoalan samada kenapa BIONAS ambil RM 850 terlalu tinggi itu mungkin telah dijawab.

9. Walaupun harga minyak petrol di pasaran dunia jatuh tetapi permintaan negara utk tujuan domestik tetap sama. Di luar negara pasaran B20, B10 atau B5 meningkat. Ada dua convention besar tentang biodiesel dunia iaitu Kyoto Protocol (Kyoto Convension) di mana Malaysia juga terlibat dan satu lagi Energy Policy of the EU ttg penggunaan 10% biodiesel oleh negara anggota EU menjelang 2020. Kita menjangkakan bahawa pada tahun 2010, B5 iaitu (5% biofuel + 95% petrol) akan dijual di Malaysia menggunakan minyak sawit. Tetapi di luar negara minyak sawit seperti di negara EU tidak boleh digunakan kerana bermasalah. Akhirnya, pasaran minyak jetropha dijangka akan mencapai permintaan yang tinggi.

10. Minyak sawit boleh digunakan sebagai minyak biodiesel. Isunya ialah minyak sawit BEKU di iklim sejuk. Ini menyebabkan negara seperti German tidak meluluskan import biodiesel sawit. Oleh itu, biarlah minyak biodiesel sawit digunakan di iklim tropika seperti Malaysia dan Indonesia. Isu sawit sebagai minyak makan juga pernah di pertikaikan, sebagaimana isu soya dan jagung digunakan sebagai biodiesel. Ia pernah menimbulkan krisis makanan suatu waktu dahulu. Saya tak pasti ia releven atau tidak. Cuma jika minyak masak murah dan minyak biodiesel mahal di pasaran, kebimbangan untuk syarikat minyak sawit menjual sawit sebagai biodiesel instead sebagai minyak masak adalah satu isu juga.

11. Skim murabahah BIONAS akan dilancarkan pada bulan Jun 2009. Ia akan dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Skim ini memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk melabur dii dalam pembelian anak pokok jetropha dan menjual semula kepada BIONAS dengan keuntungan sebanyak 75% bagi 3 tahun yang dibayar melalui cara berperingkat-peringkat. Pembayaran dilakukan menggunakan cashiers order oleh Bank al-Rajhi.

12. Saya sedang mencari 20 orang konsultan untuk tujuan SKIM Murabahan BIONAS. Pelabur yang berminat juga amat dialu-alukan dengan pembelian anak pokok dan baja bernilai RM 3000 utk satu plot. Pulangan ialah RM 5700 secara berperingkat dalam masa 3 tahun. Bagi sektor korporat, minimum pembelian untuk setengah ekar tanaman bersamaan 200,000 anak pokok ialah RM 1.1 juta dengan pulangan RM 1.9 juta secara berperingkat selama 3 tahun. Payment security adalah daripada Bank al-Rajhi. Pelaburan daripada luar negara melalui deposit ke Bank al-Rajhi juga adalah dialu-alukan.

Sila hubungi saya dan keterangan lanjut.

Wassalam.

Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin
Kuala Lumpur
012-9597074

11 comments:

Anonymous said...

Usaha Dr & bionas amat baik terutamanya yang melibatkan orang miskin. Semoga anda semua akan mendapat keberkatan dari Allah.

Walau bagaimanapun, kalau tak kisah, suka saya nak berikan sikit pandangan. Apa yang sedang dr dan pihak Bionas lakukan sekarang saling tak ubah dengan apa yang telah dilakukan Felda sejak dulu lagi. Saya merupakan salah seorang anak Felda. Dulu ayah saya berasal ari kampung, susah dan tidak ada tanah; sama macam 98% peneroka yang lain. kami diberikan 10 ekar tanah untuk ladang kelapa sawit dan tanah tapak rumah serta sebuah rumah papan 1 bilik. OK lah tu daripada mengemis. Kini lepas 30 tahun++, tanah ladang, tapak rumah dan rumah telah sah menjadi milik kami. Hasil dari ladang kelapa sawit memang sejak dulu dibeli oleh pihak felda, walaupun modalnya felda yang keluarkan. Selepas lebih 30 tahun, satu demi satu kejayaan dikecapi baik oleh pihak felda, peneroka dan generasi felda sendiri.

Namun apa yang menyedihkan, selepas sekian lama felda berbakti dan sekian banyak kejayaan dikecapi, banyak tangan yang menuding kepada felda dengan pelbagai tuduhan - menipu, merampas hak peneroka, putar alam dan sebagainya. Saya tak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sebagai anak felda, saya sedikit sebanyak nampak apa yang berlaku. Biasalah, bila senang semua orang akan tuju pada kita. Begitu jugalah nasibnya felda. Setelah terbukti berjaya mengubah nasib orang miskin dan menjadi sebuah korporat terbilang, ada saja pihak yang mahu mengambil kesempatan. Paling banyak politicianlah. Habis direnggut hak-hak peneroka atas nama felda. Yang busuknya nama felda. Yang kembungnya perut politician opportunist tu. Sehinggalah bersilih ganti pemimpin felda, nama buruknya masih tak terpadam oleh perbuatan si opportunist tadi.

Jadi my humble advice, kalau nak dikira sebagai advicelah, hati-hatilah. Projek dr dengan bionas tu nampak besar sungguh. Rasanya surat perjanjian dan hitam putih belum cukup untuk menjadi pendinding jika ada golongan opportunist ni. Saya yakin, projek dr akan berjaya kerana itu sememangnya menjadi 'hak' untuk orang yang rajin berusaha. Tetapi saya belum yakin dr akan mampu bangkit semula jika satu masa nanti dr jatuh dalam bidang bisnes jatropha ini, kalau dr sekadar memberikan perhatian pada 'buah dan minyaknya' sahaja. Ingatlah, bagi setiap 1 orang yang mendorong kita, ada 9 orang lain yang menolak kita. Saya tak suka tengok orang macam dr dijatuhkan oleh orang yang tak ada etika dalam bisnes. Lebih dari itu, saya tak suka dr menjadi orang seperti itu.

Dr Azwan said...

Salam tuan,

terima kasih di atas nasihat tuan yang sangat-sangat bernas.

Sangkaan tuan memang benar dan ianya telah berlaku. Oleh kerana BIONAS adalah di bawah syarikat BATC berhad (ia bukan kerajaan), yang diketuai oleh seorang yang saya percaya ikhlas dan jujur untuk membantu orang-orang miskin, maka saya sendiri berasa terpanggil untuk membantu dan bergiat secara aktif. Kemungkinan saya sendiri akan menumpukan sepenuh masa tidak beberapa lama lagi.

Menurut cerita daripada orang-orang kuat di atas, terdapat beberapa ahli politik yang kaya raya sudah cuba mensabotaj, menggunakan kabel-kabel menteri untuk menganmbil alih BIONAS. Ada juga bekas-bekas menteri (yang dulu memang sohor dengan skandalnya) datang dengan niat mengambil alih. Malah ada cubaan-cubaan tertentu daripada pemegang amanah yang mempunyai berbilion RM di dalam institusi kerajaan menyatakan hasrat untuk membeli BIONAS dengan nilai yang tak disangka-sangka.

Tapi InsyaAllah, kalau niat kita lurus dan betul untuk membantu golongan miskin di pendalaman, mengurangkan kadar kemiskinan, ikhlas berniaga kerana Allah dan jujur dalam segenap urusan, Allah akan mempermudahkan urusan. Semua dugaan itu hanya dipandang kecil.

Saya juga terkejut apabila diberitahu dalam masa setahun sahaja BIONAS beroperasi, orang-orang miskin di pendalaman Sarawak dan Sabah telah bersetuju menandatangani surat usahasama sebanyak 3 juta ekar tanah. Malah semua urusan perbelanjaan tanah diuruskan BIONAS. Mereka cuma perlu keluarkan hasil sahaja. Tanah tersebut bukan hak BIONAS. Tanah tetap milik penduduk. Cuma BIONAS diberi wakil kuasa untuk menggunakan tanah, dan tuan punya tanah sendiri yang pengusahakannya.

Cuba bayangkan berapa banyak orang kampung boleh mendapatkan peluang pekerjaan dengan usaha ini. Wang gaji mereka dibayar pula oleh BIONAS. Kalau kerajaan mengambil alih, saya risau tidaka da satu pun projek untung mengurangkan kemiskinan ini bejalan.

Begitu juga Skim Murabahah BIONAS. Skim ini adalah cara BIONAS untuk mengajak orang ramai yang mempunyai duit lebih untuk membantu golongan miskin. Wang pelaburan ini akan digunakan untuk membantu membangunkan tanah-tanah penduduk miskin ini, membeli anak pokok, baja dan membayar gaji-gaji mereka. Yang berduit mengeluarkan wang untuk membantu yang tidak mampu melalui saluran yang halal. Tetapi bukan sekadar membantu sahaja. Dengan pelaburan ini, yang berduit boleh mendapat untung dengan cara yang halal tanpa riba. Win-win situation.

Saya setuju dengan pendapat tuan bahawa FELDA dulu seolah olah BIONAS. Tapi dahulu semasa kelapa sawit mula ditanam, saya mendengar ramai orang melayu mencemuh. Dikatakannya macam-macam. Akhirnya yang masuk menanam kelapa sawit di dalam Malaysia ialah GUTHRIE dan SIME DARBY. Orang luar juga yang untung. Mujur ada FELDA dan FELCRA, dapat juga orang kita merasa.

Harapan saya agar ia tidak lagi berlaku sekarang. Saya juga doakan BIONAS akan lurus dengan matlamatnya. InsyaAllah.

Mak iti kwn Yus said...

Wan,
Tanah jenis apa yang boleh ditanam jatropha ni? Tanah gambut boleh ke?Kalau ada tanah kurang 30 ekar boleh join ke?

Dr Azwan said...

Boleh. apa-apa tanah pun boleh. Tanah ko ke tanah Ramzi? Tapi kalau hang, aku cadang baik tanam kelapa sawit. Lagi untung. Ni untuk orang yang tak ada duit tapi ada tanah sahaja. Tapi kalau nak untung, buat skala besar, dalam 30 ekar.

Untuk yang berduit cam hang, aku cadang hang masuk skim murabahah BIONAS. Masuk RM 12,000 (4 plot)selepas tahun ke 3 dapat RM21,000.00 (75%).

Pulangan melalui Cashier's order dari Bank al-Rajhi. Bukan BIONAS punya cek, tapi Bank al-Rajhi sendiri keluarkan. Cashier's order dapat seminggu selepas pendaftaran. Nak daftar pun kena depositkan dalam Bank al-Rajhi, ada pembuktian slip deposit, bukan bayar pada BIONAS. Tidak dibenarkan sama sekali ambil deposit. BIONAS hanya beri certificate of payment sahaja.

puteri said...

Salam dr,

Dr. dari Al Islam Medical Centre ke ni? Pernah jadi tetamu dr.

Mengenai projek bionas, ada org dr semenanjung akan ke mukah, sarawak dalam masa terdekat. Dah minta salinan geran tanah. Adakah dari bionas?

Unknown said...

Assalamualaikum Dr. Azwan,

Saya dr Mutiara.Com S/B dan Mutiara Smart Computing S/B (Formerly known as MIMOS Smart Computing S/B). Mutiara adalah sebuah organisasi separa kerajaan yg terlibat secara langsung menjalankan R&D di dalam Agriculture. R&D Agriculture yg dimaksudkan ialah "Precision Agriculture" yg menglibatkan komponen "Wireless Sensor Network" dan applikasi bertujuan "Pemantauan serta Pengurusan" (Monitoring & Management). Sistem "Precision Agriculture" ini mampu mengurangkan penggunaan baja/air yg berlebihan (Wastages) serta pengawalan penyakit. Konsep Penanaman Pengurusan yg dicadangkan/dinamakan ialah "Precision Farming/Modern Farming".

Untuk keterangan lanjut, Tuan boleh menghubungi saya ditalian 017 - 440 7328.

--
MUTIARA.COM S/B.
MUTIARA SMART COMPUTING S/B.
Megat Farril Rizal.
Solution Architect.
017 - 440 7328.

Saiful said...

Salaam...

Dr Azwan, saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelaburan Bionas Murabahah selepas hampir dua tahun ianya berjalan.

Bagaimana dengan prestasi terkini? Adakah Bionas telah memberikan pulangan mengikut apa yang telah dijanjikan dahulu?

Wassalam..
Man

Anonymous said...

Salam Dr Azwan,

Saya ingin bertanya bagaimana kalau segala kos saya yang tanggung sendiri.

Berapakah harga beli Bionas buat masa sekarang ini dan bagaimana "price fluctuate" dalam pembelian yang dibuat oleh Bionas kepada penjual seperti kami.

Terima kasih.

Wassalam


Agus.

Anonymous said...

Assalaam..

Dr. Azwan, bagaimana dengan perkembangan skim Murabahah yang dijalankan oleh Bionas? Adakah pelabur mendapat pulangan seperti yang diwar-warkan oleh tuan itu?

Diharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan yang terperinci sebagaimana pihak tuan mempromosi skim tersebut pada awalnya.

Terimakasih
Zaman

Anonymous said...

Assalam,

Saya bagi pihak suami saya nak bertanya pasal pulangan pelabur dalam sistem Murabahah ni. Disebabkan Bionas berdiam diri dan hanya memberitahu perkara ini bila pelabur bertanya kenapa cek yang hendak di 'cashkan' pada tahun ini semuanya cek tendang? Bila ditelefon ada saja alasan yang diberikan. Saya tengok bionas dah makin maju sehingga ke US..tetapi mengapa hal yg sebegini mudah untuk memberitahun pelabur masalah yang sebenarnya tidak dilakukan.

Boleh dikatakan setiap minggu suami follow up bertanya dan alasan yg diberikan staff ialah..tunggu minngu depan... call lagi..tunggu minggu depan... sungguh tak profesional..kalau ada masalah sekalipun kenapa tidak berterus terang...cuba sampaikan pada Tuab Haji dan Puan Zurina...

sampai bila pelabur harus menunggu? Kisah suami saya mungkin hanya cebisan..saya dengar ramai yg merungut tak dapat pulangan...

Wallahualam...

Anonymous said...

ape citer bionas & para pserta 2014 kini, ada baik ka?

Related Posts with Thumbnails