Thursday, May 21, 2009

Pelakon Malaysia Kena Kanser Pankreas




Salam,

Semasa sedang melayar internet saya terbaca kisah Patrick Swayze, pelakon kacak yang popular dengan cerita GHOST bersama Demi Moore, telah dikatakan meninggal dunia akibat kanser pankreas. Walaubagaimanapun, ia dinafikan oleh jurucakap Patrick Swayze sendiri. Rupanya itu hanyalah khabar angin sahaja.

Boleh dikatakan saya telah menonton Patrick Swayze dalam GHOST tu dulu masa belajar berulang kali. Baru-baru ni di Astro pun, Patrick Swayze berlakon dalam drama bersiri baru BEAST. Jadi, mungkin sedikit "terasa" apabila tahu dia mengidap kanser pankreas. Patutlah nampak wajahnya agak cekung dan lebih tua. Dia juga dikatakan pernah membuat pembedahan membuang sebelah daripada paru-parunya untuk memberi sedikit masa lagi untuknya.

Tapi saya lebih terkejut apabila kosmo mendedahkan bahawa Syukeri Hasyim, pelakon Malaysia yang terkenal dengan filem RAHSIA itu juga adalah pengidap kanser pankreas tahap keempat. Kanser beliau telah merebak ke hati dan pundi hempedu.

Berusia 55 tahun, Shukery pada awalnya tidak ambil pusing rasa senak yang menyerangnya dan menganggap ia mungkin angin biasa.

Namun, apabila rasa senak sering berulang, ditambah pula dengan pedih, panas dan tidak selesa di bahagian atas abdomen dan belakang, atas nasihat rakan-rakan, dia membuat pemeriksaan di klinik swasta dan doktor mengesyaki dia menghidap batu karang.

“Mula-mula buat pemeriksaan di klinik, doktor kata mungkin batu karang, tetapi doktor suruh saya rujuk kepada doktor pakar di Hospital Selayang.

“Di klinik pakar, saya menjalani pemeriksaan yang lebih khusus dan apabila doktor buat CT scan, doktor memberitahu pankreas saya sudah hitam dan membengkak.

“Saya ditahan di wad dan selepas menjalani beberapa kali pemeriksaan, doktor memberitahu saya mengidap kanser pankreas,” katanya ketika dihubungi Jurnal minggu ini.

Menurut Shukery, semasa dirawat di hospital, satu pembedahan telah dilakukan ke atasnya namun doktor tidak mampu berbuat apa-apa kerana sel kanser sudah merebak ke organ dalaman lain.

“Doktor hanya buka dan tutup saja. Mereka tidak boleh buat apa-apa sebab sel kanser dah merebak ke hempedu dan hati,” katanya.

Boleh baca ceritanya di sini.

Kanser pankres biasanya apabila diketahui sudah terlewat. Ini adalah kerana, pada kebiasaannya, penyakit ini tidak ada simptom sakit. Apabila muncul sakit, atau kurang selesa, biasanya ia sudah terlewat. Oleh itu ia dikenali sebagai "pembunuh senyap".

Keadaan yang sama juga berlaku dengan kanser paru-paru. Mengikut professor saya dahulu, biasanya kanser paru-paru apabila diketahui iaitu apabila datang dengan batuk berdarah sebagai contoh biasanya ia sudah terlewat. Tidak banyak yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah.

Kedua-dua kanser pankreas dan paru-paru, mempunyai faktor risiko yang sama iaitu rokok. Rokok boleh menyebabkan risiko kedua-dua penyakit ini meningkat berkali-kali ganda.

Semoga Sdr Syukri bersabar di atas ketentuanNya. Jika perubatan moden sudah tiada upaya, maka bolehlah mencuba perubatan alternatif pula. Yang penting berusaha. Urusan hidup dan mati adalah ketentuan Allah semata-mata.
Wallahu Alam.

8 comments:

Sidratul Muntaha said...

salam
patrick tu still ade lagi ler
cume skinny lagi dr dulu
the latest citer dia main kat AXN tu 'the beast'
mmg jauh giler dr typical play yg dia pernah bwk sebelum ni
memula tu mmg tgk tak eprcaya yg berlakon tu patrick coz tu skinny

by the way..
shock jugak bile tgk entry doc psl syukri hashim ni..
hmm..
mcm2 sakit skunk
klu tak jaga betul2 n tak gi check
kena mcm2 ler
mg tak noticed pun sbb saya tak baca kosmo

DrSam said...

salam singgah,
info yang bermunafaat. Kita berdoa agar dilindungi dan dijauhi dari penyakit-penyakit yang memudaratkan.

Anonymous said...

salam dr.

saya nak tanya kalo kanser peparu nih kira genetik tak ? arwah ibu saya masa dikesan sudah tahap 3 .. ditambah lelah maka tidak dapat dikesan cuma bila semakin teruk semput diperiksa ade air dalam peparu yg menybbkan jantung tidak dpt mengepam ...

so kalo kami adik beradik nih kena buat check up ke ? bila usia yg agaknya sesuai ?

tolong bg saranan yek dr.

tq so much ..

HANA
ipoh

Photographer RAZAK RAMLI said...

KUALA LUMPUR: Pelakon filem dan drama, Shukery Hashim, 55 meninggal dunia kerana barah pankreas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.10/06/2009
COPY DARI FORUM CARI.
ALFATHAH SEMOGA ROH DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLEHAH,AMIM.

syafida_88 said...

hmmm...mmg x dapat nak elak...kalo da na kene penyakit...terkejut gak...syukri hashim....
die bru sahaj meninggal dunia hari ni..al fatihah....

Supian said...

Al Fatihah...

Buat Saudara kita Ahmad Shukri Hashim diatas pemergian beliau pd 1.30ptg smlm (10/6/09) di HUKM. Jenazah beliau telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Keramat AU3 6.30ptg smlm. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg soleh... Ajal & Maut Ketentuan Illahi.

Anonymous said...

dah kena stat berhenti merokok ni ....perghhh

shahril said...

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

Related Posts with Thumbnails