Monday, May 11, 2009

Alhamdulillah Lega...





Salam,
Apabila ada pembaca tanya tentang kes doktor curi tulang, saya tak tahu nak jawab apa. Saya pun tumpang terkejut dengan kes tu. Walabagaimanapun, alhamdulillah saya lega apabila jawapannya telah diketahui. Barulah terasa kepala ni boleh diangkat semula. Saya memetik laporan daripada akhbar utusan tentang cerita ini. Diharapkan Datuk M. Saravanan dapat memohon maaf di atas kenyataannya tempohari.

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan. com.my

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.

Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).

Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!

Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.

Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.

Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.

Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.

Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.

Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.

Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.

Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.

Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.

Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.

Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.

Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.

Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.

Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.

Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.

Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.

Mulai hari ini dan mengambil semangat baru sempena Hari Pekerja semalam, eloklah kita ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada setiap doktor yang merawat kita.

11 comments:

S-N-B said...

Betul tu, rasa tak dihargai pun ada :) tapi tak semua pesakit macam tu, ada juga yang ingat dan hargai jasa doktor.

Juga kadang-kadang sebenarnya ramai pesakit terlupa yang doktor juga manusia, kalau mesin kerja non-stop pun KO, manusia pun begitu juga.

Pernah saya masuk ward, seorang relative pesakit boleh cakap dengan saya, "Eh, doktor pun sakit jugak?' Hehe.. mestilah

Bak kata seorang rakan, Doctor's only human trying to help, not human performing miracles, and not GOD who can cure ALL

http://nurbaiya.blogspot.com

Anonymous said...

Sejak awal saya meragui apa yang dilaporkan oleh Datuk M. Saravanan. Memang banyak dari kenyataan yang dibuat oleh beliau selama ini adalah berat sebelah, dan kalau tak keterlaluan saya katakan bersifat perkauman. Saya difahamkan bahawa doktor pelatih yang dituduhnya tersebut bukan dari kaum yang sama dengannya. Kalau sama belum tentu dia bertindak sebegitu.

Dr, komen saya ni memang agak pedas. Terpulang kepada Dr sama ada mahu lepaskan atau tidak. Tapi pemerhatian saya memang tidak silap.

Sejak Datuk M. Saravanan naik sebagai menteri sumber manusia, banyak kaum India yang dinaikkan pangkat khususnya di dalam perkhidmatan awam atau agensinya. Itu memang bagu - menunjukkan keperihatinan beliau dalam membela bangsanya. Namun apa yang tidak enaknya ialah, kebanyakan promotion tersebut tidak melalui saluran yang sepatutnya. Ada ketua pengarah satu jabatan yang telah dinaikkan ke pangkatnya sekarang sejurus selepas peristiwa tunjuk perasaan oleh hindraf. Sedangkan kalau diikutkan, beliau tidak layak. Penyandangnya pula yang terpaksa turun pangkat menjadi timbalan.

Saya tak rasa Datuk M. Saravanan mempunyai kredibeliti untuk menegur kakitangan kerajaan secara on the spot. Nampaknya beliau tidak melihat dengan menyeluruh keadaan sebelum membuat keputusan. Beliau menjadi marah hanya kerana terpaksa menunggu, sedangkan beliau tak pernah nak ambil kira kekurangan kakitangan hospital yang selama ini dilaung-laungkan.

Satu lagi, saya dapati semakin ramai imigran dari negara India memasuki negara ini. Sudah tentulah secara sah, tetapi tahap kepakaran mereka amat-amat diragui. mengapa kita mesti ambil pekerja tak mahir dari India dalam keadaan kadar pengangguran negara yang tinggi sekarang ini? Kalau tak percaya, rujuklah dengan Jabatan Imigresen.

-Pesakit Hati- said...

Hm.. Doktor-doktor di klinik Famili TTDI semuanya bermuka masam & seolah2 bosan menghadapi pesakit.
Lagi satu yang saya tidak berpuas hati, apabila berjumpa doktor, kebanyakan pesakit tentulah inginkan penjelasan 'lebih sedikit' ttg penyakit @ apa saja.. ini kebanyakan doktor, hanya tanya sakit apa, periksa itu ini (sambil muka serius, masam & senyap)..kemudian, cuma bagitahu akan beri ubat sekian2. itu saja.. kadangkala, dengan sikap doktor tersebut, pesakit pun jadi tak puas hati, macam mana nak berterima kasih. Saya kalau jumpa doktor begini,masam sahaja mmg sori lah nak berterima kasih. ingat free ke servis dia.kena bayar jugak apa. doktor2 kena ingat, pesakit berjumpa doktor dalam keadaan resah gelisah kerana tidak sihat, tentulah inginkan comfort daripada pihak doktor & jururawat. Janganlah menambahkan sakit di hati pulak.
p/s: tak mengapa, nanti saya nak buat spot check kepada dr. azwan pula, kita lihat bagaimana dr melayani pesakit.. hehe...

Dr Azwan said...

siti nurbaiya : kalau robot jadi doktor, ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihannya, dia boleh kerja tanpa ambil cuti, tetapi dia kekurangan human touch. Mungkin kita kia perlu ada seksyen doktor robot.

anonymous : memang kerja dia. Orang kuat politik dalam melayu pun banyak wat cam tu. Nak naikkan bangsa sendiri. Politik bangsa. tapi dalam kes ni perlu lah berhati2 sebelum buat kenyataan. Saya pernah kerja ngan doktor semua jenis bangsa. Ada yang memang rajin ada yang malas. Tapi ramai doktor melayu yang rajin... itu saya berani cakap. :)

Pesakit hati : Sakit lain memnag boleh nak ubat tapi hati memang susah nak ubat. Boleh datang buat spot check ngan saya. Tapi kena isi borang dulu... sebab M.Saravanan tengah cari anak buah untuk dinaikkan pangkat... wahahaha... jangan marah. gurau..:)

Anonymous said...

masyarakat memang selalu memandang macam tu sebab mereka tidak berada di situasi dlm hosp tu..mcm saya ada adik kwn jd nurse so sedikit sebanyak dgr la rintihan adik die yg mengadu penat jd nurse sebab kdg2 kena kerja 24 hour sebab xckup staf..kalau keje 24 hour mana ada kualiti....ada ke org yg keje 24 hour tu nak senyum jer memanjang...kitepon kalau penat xlarat asik nak marah2 kan..

so gov kena la prihatin kekurangan staf tu...berapa byk org yg apply jwtn kat SPA tu..kenapa xamik jer mereka bekerja..jika nurse diberi masa kerja yg cam opis hour barulah mereka bekerja dgn kualiti sebab ada masa rehat secukupnyer..

noorcahaya said...

dah semestinya saya ucap terima kasih selepas jumpa doktor... tak yah disuruh2...

Anonymous said...

Salam Dr,

Saya first anonymous kat atas. Sekali lagi saya nak bawakan isu yang agak sensitif, tapi saya rasa perlu saya bawa.

Semalam dua orang anak saya demam selsema. Jadi saya bawalah mereka ke sebuah klinik swasta di old town PJ. milik seorang Dr India. Tu klinik 24 jam dan saya siap daftar pukul 5.15 petang. Lepas 20 minit tunggu, pembantu klinik beritahu saya untuk tunggu selepas pukul 7.00 sebabnya dr nak balik 'ada hal penting'. Saya tanya hal apa tak mau bagi tahu. Saya bagi taulah saya pesakit terakhir, dah tunggu 20 minit pun jadi apa salahnya dia rawat anak saya dulu. Kalau ada orang baru datang baru dia boleh tolak. Tapi dr tu tetap enggan.

Apa yang membuatkan saya rasa ada unsur perkauman di siniialah, pesakit sebelum anak saya (dewasa) yang nampaknya lebih segar bugar boleh pulak dia rawat sampai 20 minit lebih (masa saya datang dia memang ada dalam bilik dr) dan pesakit itu berbangsa india.

Saya tak pasti apa etika kerja seorang doktor, oleh itu saya tak tahu sama ada saya salah atau betul. Tapi saya nak tahu;

1. Bolehkah seorang dr suruh tunggu selama 1 jam tanpa bertanya apa sakit pesakitnya,

2. Bolehkah seorang dr menolak untuk merawat pesakitnya hanya atas alasan 'ada perkara penting' tanpa memaklumkan apa perkara penting tersebut? dan

3. Apakah dr klinik swasta boleh memilih pesakitnya hanya kerana ia beroperasi atas tiket swasta.

Disebabkan marah dan kecewa, saya bawa anak-anak saya keluar dari klinik pergi tempat lain. Yang peliknya masa saya keluar ada sorang pesakit bangsa india masuk, tak pulak kena reject!

Dr Azwan said...

anon di atas : saya percaya tugas kedoktoran mencantas batas perkauman, agama dan segala macam. Even kalau dalam perang pun, seorang doktor kena merawat hatta pesakit musuh sekalipun.

Apa yang belaku kepada tuan adalah satu yang menyedihkan. Maka tuan berhak mendapatkan keadilan.

Dalam kes tuan, jika berlaku kepada saya, saya akan berjumpa dengan doktor tersebut dan mahukan penjelasan.

Saya sendiri malu untuk keluar daripada klinik sekiranya pesakit masih ramai walaupun waktu dah tamat sedangkan doktor seterusnya belum datang... inikan seorang sahaja yang tinggal!

ummi said...

sekadar berkongsi pengalaman dengan hospital kerajaan. saya bukan anti hospital kerajaan kerana saya sendiri pun kakitangan kerajaan. pengalaman saya bekerja di sebuah kementerian yang terpaksa berhempas pulas memandangkan kekurangan staf, membuatkan saya mengerti mengapa anak saya yang dirawat di hospital kerajaan tidak dirawat pada masa yang sepatutnya.

anak saya (3 tahun) mengalami patah tangan akibat terjatuh. waktu itu sudah pukul 11 malam. saya sampai di hospital lebih kurang 11.30 malam tapi anak saya menerima rawatan awal (dipasang traction) hanya selepas pukul 8.00 pagi. sepanjang malam saya menangis semasa menemani anak memandangkan anak kesakitan sepanjang malam. nurse tak dapat buat apa2 kerana kata mereka tak berani. yg biasa buat keje2 patah tangan adalah medical assistant. medical assistant takde malam tu. dihubungi tapi telefon tidak berjawab.pembedahan pula dilakukan hanya selepas pukul 2 petang. anak saya diminta berpuasa bermula sejak dia patah tangan hingga pembedahan bermula. seksa melihat anak kelaparan dan kesakitan.

meskipun cuba memahami situasi hospital kerajaan, terasa serik untuk mendapatkan rawatan di sana.

Anonymous said...

Dr, saya masih "anonymous kat atas" lagi. Saya ingin mengulas tentang keserikan Umi terhadap layanan doktor di hospital kerajaan. bagi saya sama sahaja di hospital swasta. Saya pernah mengalami situasi yang sama seperti Umi di sebuah hospital swasta di "Malaysia Timur" (negerinya tak payah lah saya sebut). Ketika itu anak saya patah kaki. Saya ingat kerana nak cepat, saya pergilah ke hospital swasta rupanya makin lambat. Bayangkan, saya berhenti kat tempat emergency, lepas tu terkial-kial nak angkat anak saya yang sedang kesakitan. Boleh ke kakitangan hospital tu tengok aje! Tak buat apa-apa pun. last-last saya suruh orang rumah saya ambil wheel chair. itupun yang dah berkarat dan alignment dah lari (bila tolak ke depan lari ke kiri - macam troli giant).

Dah lepas tu, bila saya dah masuk diaorang buat tak peduli aje. Saya masih sabar lagi. Saya pun terus ke kaunter. Attendan tu boleh tanya saya, "ya Bos nak apa?". Masa tu rasa nak ambik kerusi lempar pada dia je. Biar sama-sama masuk ICU.

Proses pendaftaran. Biasalah semua detail kena lengkap. Orang sakit tinggal tepi dulu. Lepas daftar kami kena suruh tunggu pulak. Saya tanya tunggu apa lagi? (dah panas betul dah). Bukan ke anak saya seorang je pesakit masa tu? Dia kata "Juru X-Ray belum sampai. Sekarang pukul jam 5.45 petang, orang yang bertugas adalah orang standby. Kalau kita panggil dia satu jam lagi baru sampai." "Habis doktor mana?" saya tanya. "Doktor kena tunggu result X-Ray dulu baru boleh rawat. Lagi satu kami mesti minta deposit dulu sebab itu juru x-ray bertugas di luar waktu ofis dia." "Berapa?" saya tanya. "RM100". Lalu saya jawab "macam ni lah, bawak mari borang daftar tadi". Dia pun bagi kad pendaftaran. Saya ambil dan koyak depan mata dia, sebab saya tak mahu ada nama mana-mana keluarga saya kat hospital tu. Saya pun terus pergi ke hospital kerajaan. memang kena tunggu lagi 1 jam sebab pesakit terlalu ramai, tapi saya puas hati sebab dapat keutamaan memandangkan kesakita yang anak saya alami. Berbanding orang lain yang terpaksa tunggu 3-4 jam untuk sakit biasa. Tapi yang lebih penting, para petugas di hospital kerajaan tersebut mengutamakan layanan terhadap kami dulu berbanding perkara lain. Bila sorang attendan datang check dan bawak anak saya menjalani rawatan, barulah saya diminta untuk buat pendaftaran. Malam itu saya terpaksa tidur di wad kerana doktor nak monitor keadaan anak saya. Anak saya dibenarkan pulang keesokannya setelah kakinya disimen dan doktor berpuas hati dengan keadaan kakinya berdasarkan 2 cerapan x-ray.

Saya nak katakan di sini, saya mungkin tak menerima layanan first clas di hospital kerajaan, tapi saya telah menerima layanan tak de klas langsung di hospital swasta.

Last sekalisebelum saya meninggalkan hospital swasta tu, saya sempat 'advice' sikit kat hospital tu, "kalau nak cepat sangat kaya, kenapa tak buat MLM je kat hospital ni. Boleh jual produk kesihatan."

Dr Azwan said...

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Saya pernah dimarahi oleh saudara pesakit dari Raub. Pesakit jatuh motor dan mengalami luka besar dan dibawa ke hospital daerah di sana. Khabar angin dari hospital sana mengatakan bahawa budak ni jatuh motor merempit. Doktor belum sempat tengok di sana kerana banyak tugas. Faham je lah, kalau hospital daerah doktor tak ramai. Kena buat wad round lagi, attend kes yang lebih emergency dsbg.

Ayahnya tak suka menunggu, jadi tak puas hati dan dibawa ke HKL. Bila saya tengok, saya terus buat dessing dan cuci luka. Apabila cuci luka, saya dah bagi ubat tahan sakit. Oleh itu lepas tidak lagi sakit, saya pun buat tugas saya. Kesan tatu akibat tar jalan kena dicuci. Kalau tak nanti kesan tinggal sampai bila2.

Salah seorang saudara mara yang datang ramai-ramai dari sana marah pada saya. Cakap jerit-jerit depan pesakit lain, cakap dengan saya "yang kau gosok kuat-kuat tu kenapa, kau tak tahu ke dia sakit?". Kemudian dia membebel entah apa-apa di luar. Muka masam tak puas hati.

Mujur saya dah siap cuci pesakit tuh. Kalau sakit, sudah tentu budak tu dah menjerit. Tentulah dia tak sakit sebab saya gosok betul2 nak cuci. Kalau tak siap tadi saya suruh balik saja.

Rupa-rupanya ayahnya penghulu. Patutlah sedara mara ada sikap kurang ajar. Orang besar rupanya d sana. Saya jumpa dengan keluarganya, saya tegur sikap sorang ahli keluarganya tadi. Tak patut cakap jerit-jerit macam tu. Itu sebabnya ada prosedur yang sedara mara tak boleh tengok sebab dia tak faham. Dia nampak yang superficial sahaja.

Dalam hati saya, kalau nak cakap jerit-jerit macam tu, saya suruh MA saya je buat. Takperlu saya susah payah buat. Sebab selama ni MA saja yang boleh uruskan. Mereka terlatih. Kebetulan dia pun datang dari jauh. Saya pun suka nak menolong.

Memang adakala, doktor ada yang buat silap. Tapi kadang2 pesakit juga ada temper yang tersendiri. Itu pengalaman sayalah.

Related Posts with Thumbnails