Wednesday, May 23, 2007

Untuk Anda Yang Malas Basuh Tangan

Assalamualaikum…

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa… betul kata si ayah… ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya…. Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab… mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin… Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya… tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”… hehehe… tak pernah-pernah sopan macam tu…

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-
  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..

  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa – sekali dia menguit... dah tahu jantan betina… hehehe.. ***


Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
  • * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

  • * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

  • * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

  • * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

  • * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

    * Demam, ruam-ruam badan, alahan

  • * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin… jangan jadikan anda mangsa cacing… dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian…. jangan jadikan “cacing anda” sebagai umpan… kua.. kua.. :)

97 comments:

Jun said...

salam...uisskk! ngeri nyer...
mak bapak pon kena mkn ubat cacing gak ye dr? hehe...selama no dok bg kat anak2 aje...
pernah dulu,anak akak yg no 2 tu vomit smpai kluar worm ni...start tu la ngeri semacam je...eeee...
actually, brape bulan skali nk bg dr n ubat2 yg jual kat pharmacy tu ok kan? any suggestion?

Roshatika said...

Dr Azwan, Kalau anak kurus berbanding adik beradik lain, mungkin tak faktor kecacingan. Anak saya tu 7 tahun.

Dr Azwan said...

Kak Jun.. biasanya kita bagi setahun sekali atau dua tahun sekali.. tapi kalau memang ada kecacingan... 6 bulan skali pun boleh.

Dr Azwan said...

Kak Roshatika.. takde lah kak.. tak semestinya.. kadang-kadang mungkin habit pemakanan berbeza... budak2 memang kadang pemilih sikit... boleh bagi multivitamin.. tapi kecacingan boleh jadi satu kemungkinan..

Julia R said...

ngeri dan takut saya tgk, teringat pd anak. Farhah umor 2 tahun. tp badan keding aja. selera mkn ok. multivitamin appeton dia mkn 2/3 hari sekali.any suggestion dr azwan?
tmbahan pulak skrg summer ni asik main pasir aja..bimbang pulaa

Anonymous said...

menakutkan...

Anonymous said...

Anak saya, 4 thn berbadan kurus dan berperut sedikit buncit. Akibat kecacingan juga ke?

Another thing, need some advise fm you. Ada doktor bertelagah dgn penggunaan cotton butt utk membersihkan telinga. Ada kata tak boleh, ada kata tak jd masalah. Can you share your thought on this? Tks.

Dr Azwan said...

Thanks Pakdi.. jarang orang besar cam pakdi melawat blog newbie cam saya.. its an honour!

Dr Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Dr Azwan said...

Mak Farhah, dah boleh bagi Farhah ubat cacing.. untuk elakkan kecacingan... not harmful at all.. badan kurus tak semestinya ada cacing... ikut mak dia kan... slim.. hehe

Dr Azwan said...

Jrazlina.. thnks for the comment.. boleh jadi kecacingan... tapi not necessarily.. boleh bagi zentel syrup 10 ml satu kali.. untuk elakkan kerisauan..

Biasanya Dr pakar ENT tak bagi guna cotton bud... 1st sebab banyak sangat kes cotton bud melekat kat dalam telinga jadi foreign body esp children, kadang2 ada kes pendarahan atau luka... yg kedua, ia mengganggu sistem pembuangan wax yang normal... telinga kita boleh membuang wax secara semula jadi, apa yang berlaku cotton bud akan menolak semula wax ke dalam telinga yang akan menimbulkan penyakit... kadang2 ada orang tak pernah korek telinga tapi bersih je tak der wax.. percaya tak? my advice.. tak payah korek..

ummi_afifah said...

askum dr.azwan..ummi nak tanya pasal ubat cacing tu kalau kita nak bg kt anak kita tanpa buat check-up dulu dengan doktor boleh ke?ummi ada anak 11 bulan lebih.lepas sembuh demam mgg lepas dia terus stop makan.bagi semua benda taknak.just minum ASI dan air masak je.pastu ummi bw dia pg klinik,kena ambil sampel najis.doc kata takde cacing,cuma dia kurang selera aje.doc bg multivatimin n byk lgla vit lain.tp yg jd musykilah ummi sekarang dia still kurang makan,lepas tu time main tiba2 menonggeng,time tidur selalu tak lena,kejap2 menangis,mengeliat2,pusing sana-sini,pastu tidur balik.minta pendapat doktor?

Anonymous said...

salam,

tersurvey plak ur blog ni kat google, kebetulan juga saya tgh mencari maklumat ttg kecacingan.
ni, nak tanya sket...saya ada dgr psl Phyto Fiber & Dr natura bagus ker utk detox usus kita yg kotor tu? Juga membunuh parasit serta cacing dlm tubuh manusia.

website tu kat sini:
http://www.phyto-fiber.com/
http://www.drnatura.com/

saya pon tgh fobia ni kot ada parasit & cacing kat dlm badan lain benar rasanya mcm ada benda bergerak2 lbh2 lg time kita tido pd waktu mlm..kdg2 tu mcm ada gatal jek kat anus kita tuh..takut weh.

email: Farlene@gmail.com

ummi_afifah said...

askum dr.azwan..ummi nak tanya pasal ubat cacing tu kalau kita nak bg kt anak kita tanpa rujuk dulu dengan doktor boleh ke?ummi ada anak 11 bulan lebih.lepas sembuh demam mgg lepas dia terus stop makan.bagi semua benda taknak.just minum ASI dan air masak je.pastu ummi bw dia pg klinik,kena ambil sampel najis.doc kata takde cacing,cuma dia kurang selera aje.doc bg multivatimin n byk lgla vit lain.tp yg jd musykilah ummi sekarang dia still kurang makan,lepas tu time main tiba2 menonggeng,time tidur selalu tak lena,tiba2 menangis,mengeliat2,pusing sana-sini,pastu tidur balik.tlg bg pendapat doktor?

Dr Azwan said...

Assalamualaikum Ummi Affah...

Ubat cacing Zentel tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun. Ini adalah kerana tiada study yang khusus untuk kanak2 di bawah umur ini. Ia juga tidak boleh digunakan untuk wanita mengandung dan yang plan nak mengandung. Ini kerana ada study yang tunjuk kecacatan kepada anak arnab dan tikus di dalam eksperimen. Munkin anak Ummi macam tu kerana tidak selesa selepas demam.

Dr Azwan said...

Lina S.o - saya tak sure pasal produk drnatura dan phytofiber. Kerana tidak digunakan di bahagian perubatan saintifik moden (natural) tapi boleh diamalkan InsyaAllah. Kalau ada rasa benda menguit-nguit kat perut dan macam gatal-gatal kat punggung lepas tengok gambar cacing tuh macam psykologi jer tuh... sebelum tengok cacing tuh takder lah pulak rasa cam tuh... hehehe :)

Anonymous said...

Anak saya berumur 13 tahun. Sering mengalami sakit perut selepas makan. Pernah mengadu ada cacing didalam najis. Lebih 2 kali makan ubat cacing (zentel) yg diberi doktor selama 3 hari berturut2. Selera makan dan berat badan meningkat selepas 3 bulan tapi masih kerap sakit perut. Apa yg perlu saya lakukan?

Dr Azwan said...

Kerap sakit perut jikalau berterusan patut jumpa pakar kanak-kanak atau pakar bedah kanak-kanak. Just untuk buat pemeriksaan dengan lebih lanjut. Anak puan boleh ambil ubat cacing setiap 6 bulan sehingga cacing sudah betul2 tiada. Anak2 yang lain juga harus makan ubat cacing...

Anonymous said...

assalam doc,

saya ,haryani, nak minta izin dari doc utntuk meminjam aritkel doc berkaitan kecacingan ini untuk diletakkan dalam ruang forum tempat saya selalu berinteraksi dengan remaja....itupun kalau doc izinkan...

niat saya jujur nak berkongsi artikel berkaitan kesihatan ini dengan org ramai...

doc jangan risau, saya akan creditkan blog doc dan linkkan semula ke blod doc ni,bg memudahkan pengunjung forum itu untuk melawati blog doc ini....ye?

jika doc kurang percaya, saya boleh berikan nama website yg akan saya letakkan artikel doc tersebut.

www.scukz.com

-haryani-
Mod Topic @ Scukz.Com

Dr Azwan said...

Silakan... tak ada masalah. ilmu memanguntuk dikongsi :)

Anonymous said...

assalamualaikum doc. sy ade masalah nie. Badan Kurus dari kecik.Body Mass index pun x cukup. mmg kurus. bile tgk artikel pasal cacing nih.. ade kemungkinan ker sy jadi macam ni? Bile saye tengok diri saye sendiri, rase macam jatuh moral saye, mcm x cukup mkn. walhal, kuat mkn and aktif in sport. Harap doc boleh tolong saye dgn ape segala kemungkinan yang ade, memandangkan saya bakal melangkah ke alam pekerjaan tak lama lagi. terima kasih

Anonymous said...

erk..baru teringat last time makan ubat cacing masa kecik2 dulu..nie dah lama tak makan..rasa nak makan la..kot2 ade cacing bnyk dlm perut

Anonymous said...

baru ptg tadi bli ubat cacing-Zentel untuk sy sndiri. Tak mahal pun. RM6.90-2 pil. Esok tghari baru start makan. Dah lama tak makan sejak kecik dulu.

Betul ke org cakap, cacing akan reput sendiri dalam badan kita dan tak akan keluar seperti cacing selepas makan ubat zentel tu?

Anonymous said...

Jgn susah2 dr kite bunuh je cacing2 yg jahat tu.kasi albendazole,mebendazole pyrantel pamoate dll sampai semua cacing2 tu mati.Gurau je hehe

btul tu,kalo x basuh tngan lpas pgang bnde kotor nnti dpat la cacing2 cm ascaris dgn enterobius.
Tp mcmmane dgn cacing2 mcm hookworm dgn strongloydes yg msuk ikut kulit trumtame bdak2 yg brkaki ayam? kene beritau tu sbab orng biase mmang x tau psal bende ni.

Anonymous said...

Hi doc.. la.. cacing lg.. ingatkan pasal apa "untuk anda yang malas basuh tangan" ni.. dr, walaupun amat geli(bila tnmpk gmbr 2, lg rasa geli), saya terus jg membaca untuk mengelakkan diri dr dijangkati benda ni.. (berdoa Tuhan jauhkan).
dr, ipar sy(she is a nurse) selalu syorkan makan ubat cacing 6 bulan sekali. tp saya takut makan kerana nnt ababila buang air besar kut2 cacing 2 ada.. (palis2). Dr, bolehkah saya tak makan ubat cacing itu? (ada pengalaman sewaktu kecil, suka sangat makan biskut marrie, n telah makan dgn kuantiti yg banyak, sewaktu buang najis ada cacing warna kputih2n spjg lbh kurang 7". menjerit2 ketakutan n geli, terus tobat tak makan biskut lg)

Anonymous said...

Askm Dr.

Anak saya berumur 1 tahun 10 bulan. Baru-baru ni saya diberitahu oleh dr. klinik kat kampung sya yang anak saya kecacingan. so, saya belikan ubat dan bagi minum. sekarang ni nampak macam dah ada perubahan pulih. Tapi, tiap malam masa tidur, dia kerap garu kaki walaupun tak ada nyamuk. Kadang2 garu punggung mcm yg Dr. kata tu. Adakah dia belum puli sepenuhnya atau dlm proses nak pulih?

Anonymous said...

Doc,

Anak saya dah 2 tahun ++. Semenjak 2-3 minggu ni dia memang susah nak tidur cthnya ambil masa nak tidur sebab asyik gulling-guling, tertonggeng, keluh kesah sekali. Lagi satu perutnya kelihatan buncit. Saya berniat nak berikan ubat cacing kat dia. Pada pandangan doc macamana?

Anonymous said...

kalau anak kurang dari dua tahun.. apa ubat yang sesuai untuk diberikan bagi masalh cacing

Anonymous said...

Ameer 4 tahun.
Before this, allergic di tangan dan kaki.Then, jumpa pediatrician...dia kata bukan penyakit tangan kuku n mulut.

Then, tak ok2 for 2 months, I go to dermatologist, dia kata eczema.

For the last 3 days dia asyik demam malam and selalu cakap "gatal punggung"..Sian kan?

So, dia tk pernah makan ubat cacing since 1 days old.

Harap sangat bantuan and pendapat semua.

Haz,0122424914

Anonymous said...

salam doktor..

sy nk tanya kt doktor...anak sy skrg berumur 1thn 4bulan..tp, dia kurang nk mkn..tp, kuat minum susu..perut buncit..n suka tdo menonggeng...
perlu ke sy bg dia ubat cacing?
adakah tu simptom2 seseorg kanak2 tu perlu diberi ubat cacing?
terima kasih.

~leyna_eyna@yahoo.com.sg~

Anonymous said...

alamak cacing pita memang takde cara nak bunuh eh? saya nie suka makan ikan air tawar goreng.
tak masuk peti sejuk pula tu. ikan pulak mancing kat kolam bayar yang airnya tak mengalir..

rasa takut lah pulak...

Anonymous said...

boleh tanye tak . pungung saya gatal selepas buang air besar . selepas digaru tidak rasa apa2 dah lepas tu , tak juga rase pedih . cume gatal saja . adakah saya perlu berjumpa doktor di klinik ?

Anonymous said...

As Salam
doctor, sy nk tny ubat cacing ape yg sesuai untuk anak saye yg berusia setahun 8 bulan. Die mcm ade ciri2 kene cacing sbb mlm2 kembung, gatal dibahagian punggung & kaki, kurang selera mkn & berat pon 10kg sahaja.Saya rase cacing yg ada dlm perut anak saya ni kategori cacing kerawit. So ape nama ubat yg sesuai yg boleh saya dpt di mana-mana farmasi.sekian

lucd007 said...

Assalamualaikum Dr.
bagaimana cara memberi dos ubat cacing. sekali beri 5ml? atau 5ml selama 3 hari berturut2? tq

Anonymous said...

Salam dr. Sy mengalami gatal2 di bhg dubur. Sy dah pun mkn zental sekali shj. Waktu cuci sy terjumpa beberapa ekor cacing halus warna merah. Cacing tu dtg dari dlm usus k? Perlukah sy mkn zental lg

Anonymous said...

As slm doc.. blh x beri ubt cacing jika ank tgh demam dan muntah2??..

Anonymous said...

Dyna dh amik ke ubat cacing tu. Saya fobia giler sbb masa kecik2 dulu dia siap kluar berjuntai2 lagi. Dh lebih 10 thn x mkn. Confirm ke cacing tu akn hancur dalam perut?

nuurjana said...

"jangan jadikan “cacing anda” sebagai umpan… kua.. kua"..
eiiiiiiiiiiiii..gelinye...hahaha

Anonymous said...

Assalam dr,
Sy dpti di kemaluan adik perempuan sy yg berumur 7tahun ada ulat wrna putih. Ulat tu kecik sgt..kalo boleh sy nak tau apa faktor dn cara nak ubatinya?

Anonymous said...

Assalam,.doctor,..sya nk tnye,..klo kita mkn ubat ccing,.nknye yg zental tu,.. ccing tu hncur dlm prut ke??? Tlong rply,..

Anonymous said...

As salam doktor..adekah cacing kerawit ini akan menjejaskan pengitaran haid ? Ia dikatakan menghisap darah.saya x de pon symptoms2 seperti yg doktor katakn.tapi ade sekali tu bila saya buang air kecil saya ternmpk cacing halus berwarna merah.dan pengitaran haid saya juga tidak tetap.sila doktor jelaskan

Unknown said...

dr azwan sy nk bertanya sedikit hari tu di dalam tandas sy ada cacing panjang sy x tahulah cacing ape memang menggelikan sy pon pijak cacing tu dgn selipar tp bile angkt selipa cacing tu dh xde boleh ke cacing tu menembusi selipar dan masuk ke dlm kaki saya?

Mami said...

Assalam. Doktor, nk tanya. If menyusukan anak boleh makan unt cacing x?

Mami said...

Assalam. Doktor, nk tanya. If menyusukan anak boleh makan unt cacing x?

Lenda said...

Puan, Saya pun tgh research ttg Zentel ni. Sbb risau pulak asyik kerap lapar, angin dlm badan. Saya juga tgh breastfeed @ menyusukan anak. Tadi Sy jumpa satu article ttg Zentel, product information:

"Use in Lactation:
Adequate human and animal data on use during lactation are not available. Therefore breast feeding should be discontinued during and for a minimum of 5 days after treatment."


Klu ibu nyusu kan anak ambik ubat Zentel ni, kena stop susukan anak sekurang2nya 5 hari. Sy fikir kesian juga pada anak.. Sbb dia mmg direct latch dgn Saya..


Mohon bantuan doktor Azwan ttg article ni Dan sekiranya X sesuai di ambil oleh ibu yg breastfeed, ada X alternative lain utk hilangkan cacing dlm perut (sekiranya Ada).

Ngerinya klu betul Ada cacing dlm perut. Terima kasih byk doktor..

Unknown said...

Salam doc..sy nak tanya untuk pengambilan ubat cacing untuk ibu yg menyusu ada kesan sampingan tak kpada baby?terima kasih...

Unknown said...

klau cacing yg sedia ada dlm badan tu mcm mna pulah??

Illa said...

Ngeri nya bila dah tau banyak pasal cacing ni. Kena buat detox parasit lah camni :)

Unknown said...

Bestnya blog macam ni.. very useful.. thank u doctor.. 😊😊

doreamon said...

mcm mne kalau lpas makan ubat pn masih ade cacing lg dekat dbur???

nor safirah said...

salam doc .. nak tanya kalau period boleh ambil ke ubat cacing ni

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalam doktor..sy nak tanya, sy ambil zental, kemudian sy posotif upt..bagaimana kandungan sy? Ada kesan tak pada baby? Seeloknya jika ambil zental perlu jarakkan berapa lama jika ingin mengandung..

Anonymous said...

Ye kot

Unknown said...

Salam doc..sy pnh dgr intoxic..ubat cacing?blh bg ckit pncerhn?

bari said...

Assalamualaikum dr, kalau saya takda simptom simptom cacing dalam badan, tapi saya nak jugak makan ubat cacing ni sebab saya ragu ragu dengan cacing ni kot dia nyorok dalam celah celah organ saya. Boleh ka saya makan.

Anonymous said...

Assalam Doktor, saya siti, saya telah membeli ubat cacing bernama INTOXIC setelah membaca article tentang parasit dan cacing yang mendiami tubuh badan kita. Ia benar-benar mempengaruhi keputusan saya untuk membeli ubat ini. Tapi bila ubat inni sampai ke tangan saya timbul persoalan adakah ubat ini selamat untuk dimakan memandangkan ia tiada pengesahan KKM kerana ia dihasilkan di luar negara.Antara kandungan ubat ini (berdasarkan maklumat di botol) adalah Phyllanthus niruri herba, Andrographis paniculata herba, Centella Asiatica dan Curcuma Xanthorrhiza Rhizoma. Adakah ubat ini selamat? Dr tolong beri pencerahan

Unknown said...

Nurakmar, mak aih komen paling kelakar sya bca pn dh ktawa sndiri. U mmg tnya ke buat lawak ni? Hihihi

Anonymous said...

Selamat pgi Dr.Nak tanya...anak saya kerap nafas berbau dan mudah demam berbanding dulu. Ada ke kemungkinan ada cacing juga...sebab terbaca dlm iklan INTOXIC ...itu salah satu simptom kononnya

Unknown said...

Masih tunggu hantaran..janji dalam berapa hari...kenapa yah?

Anonymous said...

Saya baru oder INTOXIC hari ni.... kalau tngok pd kandungan herba organic nya... mcm selamat. Minta pnjelasan doktor.... tq

Unknown said...

Assalamualaikum doktor..saya pun nak bertanya ttg produk intoxic..saya rasa bagus bila baca maklumat tentang nya..bila dah sampai intoxic kat tangan sya jadi takut pula nak makan..sy goohle balik.. then jumpa maklumat yang slah satu kandungan nya ialah hempedu beruang...halal ke doktor..mohon pencerahan..

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya mengalami masalah kegatalan punggung telah lama sebelum saya sedar itu adalah salah satu simptom kecacingan. Saya telah mengambil ubat cacing tetapi masalah kegatalan tetap ada. Berapa dos yg perlu saya ambil dan apa nasihat doktor?
Terima kasih.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum Doktor,

Saya nak tahu tentang product Intoxic, adakah ianya benar2 selamat untuk dimakan? saya tengok banyak advertisement tentang product ini di internet.

Unknown said...

Salam doktor ape pandangan dan pengetahuan doktor mengenai ubat antiparasit intoxin??

drhalimi said...

assalam.Saya pun ada order sebotol Intoxic.Dah sampai kt rumah saya tak berani nak makan sebab tiada KKM.Adakah sesiapa yg pernah mkn ubat tersebut dan bagaimana kesannya

miss butang said...

Assalamualaikum.doktor saya juga nak tahu tentang intoxic.ibu saya ingin membeli jadi saya perlu pencerahan.terima kasih.

miss butang said...

Assalamualaikum.doktor saya juga nak tahu tentang intoxic.ibu saya ingin membeli jadi saya perlu pencerahan.terima kasih.

Unknown said...

http://malaysia-beauty.com/kebenaran-yang-menyeluruh-tentang-ubat-intoxic-anti-parasit/

Unknown said...

http://malaysia-beauty.com/kebenaran-yang-menyeluruh-tentang-ubat-intoxic-anti-parasit/

Anonymous said...

Salam doktor, sy skrg pregnant 2 bulan, masalah sy skrg, setiap kali kencing, selalu ada nmpak cacing berupa cacing kerawit tp warna hitam, perlu ke sy mkn ubat cacing? Sy risau ada effect dkt baby sy nnt.

Unknown said...

Asalamualaikum di mana hendak dapatkan intoxic boleh sms fon no boleh wasap
basri6191@gmail.com

Unknown said...

Saya pun nak try mkn juga..

Unknown said...

Dr, kalau saya ada jangkitan parasit, ubat zentel ni boleh hilangkan parasit dalam badan saya tak?

Unknown said...

Dr, kalau saya ada jangkitan parasit, ubat zentel ni boleh hilangkan parasit dalam badan saya tak?

Unknown said...

Dr...anak saya kuar najis ad cacing...mcm mne ye...dye asik muntah je mkn xselera...boleh x doktor bantu sy...anak umur 11 bln...bru demam aritu..

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Ejkhalijah said...

Salam doktor...sya nak tnyalah mngenai ubat parasit intoxic adakah bnar ape yg di war2kn...lg satu jika sya ingin mmbeli ubat intoxic tu adakah sya boleh memakannye kerana sya psakit dialisis..mohon pencerahan..

Unknown said...

tumpang tnya..intoxic tu beli on9 ke??..n brp harga dia ea?

Unknown said...

Hi...mcm mana cara order intoxic tu yer?saya masukkan alamat tp slalu kata invalid..knpa ya mcm tu?

Anonymous said...

Sy pun sama...jenuh masukkan alamat...tukar sana sini, tetap invalid gak..cam mana nak order intoxic sebenarnya? Mohon terangkan siapa2 yg tahu..

Anonymous said...

I do sell INTOXIC. Whatssapp me 01115788662

Anonymous said...

Salam. Saya pun ada order ubat parasit intoxic melalui online. Penerangan macam ubat itu dihasilkan oleh pakar eropah. Bila order sampai, tengok pada label, produk Indonesia. Saya ragu2 nak telan kapsul intoxic sebab tiada kelulusan KKM. Harga jualan rm139 sebotol. Tengok dekat mudah.com ada yang jual rm80 jer.

Anonymous said...

I do sell. WA 01115788662

tacticalsea said...

Lymphatic filariasis (sakit untut) bolehkah ia di rawat menggunakan intoxic kerana dia juga dari parasit cacing filariasis ?

alya said...

hy..sy na tumpang tanya, saya da beli da ubat intoxic sb ibu sy yg mahukannya.. tpy ibu sy bru makan dalam 4 biji, dia ckp kenapa dia rasa macam nak muntah, badan dia ta sedap, nafas dy pendek, n asma dia pun da setahun takdtg, dtg semula.. mohon nasohat doktor, sy risau sangat

alya said...

adakah oke makan intoxic?

alya said...

bole ws sy 0173517053

Anonymous said...

INTOXIC seller. Would you mind explaining INTOXIC ingredient and its effectiveness.

Anonymous said...

salam,doktor..anak sy 4thn sering demam dah sebulan, doktor ada ckp perut kembung, dah test darah smua ok..cuma skrg sy nak bg ubat cacing tapi anak saya sering demam x baik2 lagi.boleh ke anak saya diberi ubat cacing time demam n selesema ni?atau saya kena tggu sehingga betul2 sihat? harap dpt bg pencerahan doktor

Unknown said...

Daya tunggu jawapan soalan puan. Sbb saya pun rasa nak beli.

Anonymous said...

Salam, saya x tau kalau sy alami ni cacing ke tidak.. Mula2 saya buang air, ada benda warna putih keluar sikit pada lubang bontot tu, lepastu buang air esok pagi, bende warna putih tu ade keluar bersama taik tu, die keluar, nmpk mcm 2 3 ketul, xtaula .. Pastu harini saya buang air, bende alah ni ade lagi lepas buang air, sy xtaula buasir ke cacing.. Ni pun rase terselit je.. ��

Unknown said...

Kalau yang x pernah makan ubat cacing

Unknown said...

Dr Azwan, saya ada nampak ibu bawa baby nya(dlm 11 bulan) berjalan di area kolam renang apartment. Memang public places. Dan ada kawasan tu berair. Tapi baby tu tak pakai kasut. Mommy dia pulak pakai kasut. Bila sy ckp tak takut ke cacing nanti masuk tapak kaki baby, dia jawab “simen ni mana ada cacing” and laugh at me. Is it true what she said?

Najat Nabihah said...

Assalamualaikum dr. Kalau org yg ada gastrik dan h.pylori boleh ke cuba makan ubat ni?

Related Posts with Thumbnails