Friday, February 15, 2008

Ikan Piranha di Sungai Hulu Tembeling!

Assalamualaikum...

Menarik juga bila beberapa hari yang lepas ada seorang nelayan, Adanan Nipah, 54 tahun digigit sejenis ikan yang didakwa daripada spesis piranha. Kejadian berlaku di hulu Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang. Adanan mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.

Nelayan tersebut mengandaikan bahawa spesis ikan piranha tersebut mungkin terlepas daripada jagaan Jabatan Perikanan ketika banjir besar yang lalu. Dia mendakwa berlaku pembenihan spesies piranha sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi. Ini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.

Untuk pengetahuan semua, ikan piranha berasal daripada sungai Amazon di Amerika Selatan (gambar). Piranha membawa maksud "ikan bergigi" atau "ikan hantu".

Ia bersaiz sepanjang 15 hingga 25 cm. Ia mempunyai satu barisan gigi yang panjang di kedua-dua belah rahang yang mampu mengoyak daging mangsanya. Ia dimakan di sesetengah tempat dan kebanyakannya dijual di dalam akuarium sebagai ikan hiasan.

Cerita Piranha Amerika masuk Hulu Tembeling ni macam kisah pendatang tanpa izin jugak. Tidak ada permit kerja, tidak ada passport dan tidak melalui FOMEMA. Oleh itu ia merbahaya dari sudut ketidak seimbangan ekosistem sungai Pahang. Agaknya - ramai lah ikan-ikan yang tak berdosa menjadi mangsa ikan piranha.

Tapi mengikut Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub, beliau menafikan bahawa itu bukan ikan piranha tetapi spesis ikan pacu atau ikan bawal air tawar. Hmm.. baru tahu ikan bawal boleh gigit orang macam piranha. Dikatakan ikan pacu memang mempunyai gigi yang tajam dan boleh memutuskan tali pancing.


Gambar ikan piranha.

Gambar ikan pacu yang ditangkap kerana merokok. Sama ker rupanya ngan piranha?


Penafian Datuk Junaidi dibuat sehari selepas cerita Adanan keluar di akhbar. Saya tak pasti samada kenyataan itu dibuat sebagai satu refleks defensif atau memang beliau sendiri dah pergi berenang kat sungai hulu Tembeling Jerantut untuk memastikan tiada ikan piranha di situ.

Penafian Datuk Junaidi itu memang boleh diterima, cuma secara logik akal saya - takkan nelayan yang berusia 54 tahun tuh (mungkin seumur hidupnya jadi nelayan) tak kenal ikan pacu ngan bawal. Malah dia mungkin lagi kenal ikan pacu ngan bawal daripada Datuk Junaidi yang beli ikan kat TESCO atau Chow Kit.

P.s. Teringat Dato' Khalil Yaakob masa jadi MB dulu pernah berenang di sebuah tasik di Kuantan masa sukan SUKMA Pahang untuk membuktikan tiada buaya di tasik tersebut.

Wallahu A'lam.

13 comments:

Anonymous said...

slm..hmm...malaysia dh de piranha...mati la ikan2 dlm sungai tu..

Awwa said...

salam Dr Azwan ikan piranha ni makan suka makan orangkan?maksud sy daging manusia..tengok dalam kartun hehehe.....

Dr Azwan said...

ecahkoop: piranha pun ikan juga.. patutnya ecahkoop cakap "mati la ikan2 dlm sungai tu.. kecuali ikan piranha.." hehe :)

atiesya : awak tengok banyak citer kartun la :) Kalau ikut report, takder lagi orang mati diserang piranha. Ada yang tercedera jer...

ritaemilia said...

salam dr. azwan

agak nya boleh ker kita makan ikan ni....

Dr Azwan said...

Ritaemilia : wah.. tak tahu lah... rita nak makan ker ikan piranha. Kalau nak makan, jangan lupa jemput saya sekali.. bukan nak tumpang makan tapi nak ambik gambar.. hehe :) Salam perkenalan

Anonymous said...

Kalau betul Jabatan Perikanan tu buat pembenihan ikan piranha tu, apa tujuannya?

Satu lagi, saja saya nak kongsi. Tilapia, yang dianggap sebagai "ikan yg sedap dimakan" di Malaysia, dianggap sebagai "pest" atau makhluk perosak di Australia. Dulu, tilapia diperkenalkan kat Australia sebab nak suruh makan ape entah, saya dah tak ingat. Tapi, sekarang, pembiakan tilapia tak terkawal, menghancurkan habitat fauna yg lain.

Jadi, kalau piranha dibiakkan di Malaysia, apa tujuan sebenarnya? Suka suka?

Dr Azwan said...

Nadlique : sorry lambat balas , betul ke telapia ni pest... huu kalau saya kat Australia - seronok lah makan telapia goreng cili... kat Malaysia - dengar cerita flower horn yang kat aquarium sekarang jadi pest...

Anonymous said...

tu bkn ikan piranha la..tu species pacu.name die black pacu@bawal sungai@tambaqui..kalo nk bg information kenala btol2..nnt ramai plak ingat ade piranha kat msia nih..so ape yg Datuk Junaidi ckp tu btol la..of course la die tau tu species ape..dh namenye pon KETUA PENGARAH PERIKANAN..fyi..perhilitan tgh wat project ntok harvest ikan nih kat sungai tu..sabo2 je la yerk..

shahputra said...

atiesya : awak tengok banyak citer kartun la :) Kalau ikut report, takder lagi orang mati diserang piranha. Ada yang tercedera jer...

ye ke doktor xde korban..
boleh tgk kat sini ye salah satu mangsa korban ikan hantu ini..

http://extremefoto.blogspot.com/2008/12/korban-kebuasan-ikan-piranha.html

BUJANG SUSAH said...

ermmm..nak cover line la tu.. bila masa plak pacu boleh tukar jadi phirana. beza phirana dan pacu adalah pada saiznya. klau pacu boleh membesar sehingga puluhan kg. tp klau phirana walau dari spices apa pun sekadar besar sedikit dari tapak tangan org dewasa.

Anonymous said...

STOCKHOLM - Golongan lelaki di Sweden diingatkan agar tidak berbogel semasa berenang selepas satu spesies ikan baharu yang ditemui di perairan negara itu cenderung menggigit testis (buah zakar) manusia.

Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, ikan pacu bersaiz 0.21 meter daripada keluarga piranha itu ditemui oleh seorang nelayan.

Ia dijumpai di Oresund Sound, pesisir pantai di selatan Sweden pada minggu lalu.

Ikan pacu mempunyai gigi seperti manusia yang amat sesuai untuk mengunyah.

Di Papua New Guinea, ikan pacu dikenali sebagai 'Pemotong Testis' dan spesies itu dilapor menjadi punca kematian dua nelayan di situ.

Mangsa mati akibat kehilangan banyak darah selepas buah zakar mereka digigit ikan air tawar berkenaan yang mampu membesar sehingga 0.9 meter dan berat mencecah 25 kilogram. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Unknown said...

Saya ada membela 8 ekor piranha jenis redbelly dan 7 ekor pacu. Kedua2nya sukar dibezakan jika saiznya sama
Hanya penelitian pada rahang ikan saja dpt menentukan iaitu piranha mempunyai rahang bawah yg sedikit terkeluar dari yg atas manakala pacu pula sama atas dan bawah
Gigi juga bebeza.. Pacu ada kebiasaan menggigit apa saja termasuklah cable pump. Kerap saya terkena renjatan elektrik disbbkan cable yg luka digigit pacu
Piranha walaupun ganaa tetapi sebenarnya katege ikan penakut. Hanya menyerang mangsa makanannya sahaja
Jadi tak hairanlah nelayan tersebut x dpt nak bezakan dlm masa yg genting (kena gigit) masa tu. Maksudnya x sempat nak belek piranha ke pacu.

Unknown said...

Saya ada membela 8 ekor piranha jenis redbelly dan 7 ekor pacu. Kedua2nya sukar dibezakan jika saiznya sama
Hanya penelitian pada rahang ikan saja dpt menentukan iaitu piranha mempunyai rahang bawah yg sedikit terkeluar dari yg atas manakala pacu pula sama atas dan bawah
Gigi juga bebeza.. Pacu ada kebiasaan menggigit apa saja termasuklah cable pump. Kerap saya terkena renjatan elektrik disbbkan cable yg luka digigit pacu
Piranha walaupun ganaa tetapi sebenarnya katege ikan penakut. Hanya menyerang mangsa makanannya sahaja
Jadi tak hairanlah nelayan tersebut x dpt nak bezakan dlm masa yg genting (kena gigit) masa tu. Maksudnya x sempat nak belek piranha ke pacu.

Related Posts with Thumbnails