Saturday, August 9, 2008

Jangan Cabar Islam





Assalamualaikum,

Mungkin pada perkiraan seseorang di luar sana, dengan adanya beberapa perselisihan pendapat orang melayu tentang senario politik di Malaysia, maka mereka lebih mudah memperkotak-katikkan agama Islam.

Mungkin mereka lupa, ada satu kajian di Malaysia bahawa orang melayu meletakkan agama Islam dahulu, kemudian baru bangsa. Orang melayu sanggup mati memperjuangkan agama Islam, lebih dari segala apa harta dan benda di dunia ini.

Tindakan biadap Majlis Peguam adalah satu yang patut kita renung sekali lagi. Para peguam Islam patut bangun dan meneroka masalah ini. Mungkinkah kaedah membersih najis dari TEPI (Bukan dalam yer) tong lebih sesuai digunakan dalam hal ini? Mungkin lebih baik daripada membersihkan najis dari LUAR tong. If we cant beat them, we join them.

Apa pun, tragedi piket 29 NGO Islam sesuatu yang wajar dibanggakan terutama ia diakhiri dengan aman. Beberapa pemimpin dari parti politik PAS dan PKR juga kelihatan bersemangat. UMNO juga tidak kurang hebatnya. Tahniah!

Tidak pula disebut ABIM daripada laporan Malaysiakini. Walhal ABIM di antara yang paling bising ketika kes Azlina Joy dahulu. Di mana mereka? Mungkin terlalu sibuk dengan Muktamar ABIM minggu hadapan di Paroi, Negeri Sembilan. Ada respon??

11 comments:

zaiful said...

Salam sukses...

kumb@ng said...

harap2 tindakan majlis peguam ni tiada kaitan dengan Pilihanraya kecil Permatang Pauh... ;)

suehoney said...

ada org cuba menjolok sarang tebuan dengan menggunakan nama majlis peguam. jangan sampai Majlis Peguam ni di black list kan, sudah la. diaorg ingat diaorg lawyer dah hebat la. boleh buat sesuka hati. kes-kes kecil pun banyak tak selesai, nak cari masalah lain. apa dalam agama selain islam tak ada ke masalah perebutan anak, suami tak bagi nafkah, suami tak bertanggungjawab, dsb. kenapa nak tunding kat islam saja. nampak sangat ada agenda lain yang tersembunyi. Peguam2 dalam Majlis Peguam tu tak ada org islam ke? atau takde sesapa ke dalam majlis peguam tu yang boleh berfikir rasional. mungkin peguam memang tak buat keje. Ni bukan saja melibatkan maruah org islam atau maruah malaysia saja yg dicabar, tapi juga melibatkan maruah lawyer sendiri. kalau lawyer sekalian ada rasa malu kat diri sendiri, pandai2 la korang bertindak untuk membersihkan nama korang sendiri ya.

Anonymous said...

kalau hal begini yang dimuzakarahkan PAS-UMNO kenapa penyokong PAS dan UMNO perlu membantah bukan?

Bar Council sekarang ni dah terlalu political. Saya bukan laywer by profession jadi saya tak tahu lah apa lagi Bar Council telah buat untuk lawyer.

Sepatutnya Bar Council bertindak macam professional bodies lain.

Nak berpolitik, masuk la parti politik atau join NGO.

Saranan Laywer Zulkifli Nordin tu mmg baik. Muslim lawyer perlu head the Bar Council. Tapi dari apa yang saya tahu, mmg cabarannya sukar. sbb diorang yang nak kontrol bar council ni sudah ada agenda sendiri.

ada program bar council langgar je solat jumaat. bodoh. nama je lawyer.

Pakdi
http://pakdi.my

sms said...

dulu saya pernah cakap; kita dok gaduh-gaduh sesama kita, ada org lain yg duduk senyum2 kat tepi. bukan tunggu & lihat, tapi lihat & tunggu.

see..sudah terang & nyata. ni baru sikit diorg cuba. pasti ada muslhat lain pulak selepas ni. kalau kita tak sedar jugak lagi tak tau la.

Anonymous said...

Petikan wartawan terkenal..

Majlis Peguam Kecut Perut..

www.syahrilkadir.wordpress.com

Mereka akan dinobatkan manusia paling berani dalam Malaysia sekiranya masih nak teruskan forum tersebut walaupun di luar pejabat mereka ada lebih 500 orang Muslim yang sedia melakukan ‘apa saja’ di atas nama agama yang mereka anuti

Ternyata mereka tidak berani, kecut perut mungkin. Atau mungkin mereka ‘berani’ tetapi bagi alasan untuk elak itu, untuk elak ini. Tak kisahlah.

Majlis Peguam,

anda mungkin melihat orang Melayu sekarang semakin berpecah fahaman dan ideologi, tetapi percayalah, mereka tidak pernah berpecah dari segi kepercayaan dan kesaksian mereka pada Allah S.W.T

Mereka mungkin berpecah seperti mana singa memasang strategi untuk membaham lawannya, tetapi mereka juga bisa bersatu seperti semut sewaktu hendak menghurung gulanya

Mungkin Majlis Peguam tidak percaya tentang itu dan forum ini adalah medan untuk menguji semangat tersebut. Maaf, tidak sampai sejam, jumlah mereka yang di jalan raya sudah mencecah 500 orang, kalau betul nak tahu langit tinggi rendah, cubalah teruskan forum itu hingga petang.

Tapi kami tahu, Majlis Peguam tidak akan seberani itu. Apa yang berlaku tadi membuktikan segalanya.

SAK: Selamat menjolok sarang tebuan!

Dr Azwan said...

kumb@ng : ada kaitan ke bang? Tak beberapa nampak lah pulak..

suehoney : majlis peguam kena buat satu parti baru... untuk masuk bertanding pilihanraya... mungkin di bawah S.Ambiga ni, Majlis peguam nak cari sedikit populariti. Malaysian Medical COuncil tak nak buat jugak ker...

sms : En sms dengan teori senyum simpulnya :)

anon : saya suka tulisan tu

pakdi : sapa perempuan tudung yang selalu join bar council program tuh.. muka ala mamak sikit.. dia tuh memang perisai kuat bar council... baru nih muka dia lagi masuk tv. Salah sorang AJK ke?

Memang susah nak tukar.. Dah diorang ramai dalam tuh, tengok je lah Malaysian Medical Association. Tu sebab sayap Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) kena jugak kuat, tapi tak kuat jugak.. senyap jer.. last last PPIM lain pulak take over - persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Anonymous said...

er.. perempuan yang mana?

pakdi
http://pakdi.my

r_feev said...

Salam,

Saya akui memang perhimpunan berakhir dengan aman namun jika dilihat pada video2 bantahan, byk kata-kata kesat dilemparkan dan carutan2 kasar menjadi laungan mereka. Inikah Islam?? Pernahkah nabi ajar kita macam tu?? Nabi pernah dilempar najis, tapi Nabi bersabar.. ambil pendekatan yang penuh hikmah.. inikah caranya kita berdakwah.. saya terus terang sedikit pun tidak berbangga dengan tindakan teman2 kita pada hari itu..

Keterbukaan penting dalam membincangkan isu sensitif. Barulah matlamat akhir hasil perbincangan atau debat itu akan tercapai... Analoginya mudah. Katakan saya seorang doktor yang ingin merawat sepasang suami isteri yang gagal mendapatkan anak.. soalan sensitif mengenai teknik, frekuensi dan juga selang masa mereka melakukan seks perlu diketahui oleh doktor berkenaan. tujuannya untuk mendidik pesakit dan mencadangkan kaedah rawatan yang sesuai bagi memudahkan pasangan berkenaan mendapatkan anak.. maka perbincangan isu sensitif itu amat penting..

sama konteksnya dengan isu Islam ini.. bagaimana harmoni dapat diwujudkan diantara rakyat Malaysia jika sudah hampir 50 tahun kita hidup bersama tetapi masih gagal untuk berbincang dan berdebat sesama kita secara terbuka. Perasaan syak, sangsi dan prejudis akan terus wujud jika kita gagal untuk berunding bersama-sama.. Cuba teman2 fikir.. ada tak mana2 mufti yang buat kenyataan menyokong tindakan teman2 kita pada bantahan itu. Tindakan mereka telah merugikan usaha dakwah kita pada bukan Islam.

Janganlah hantar orang-orang yang bodoh agama untuk bincang pasal agama.. Hantar orang yg alim.. tahu selok-belok untuk menjawab hujah dengan fakta dan hujah juga.. bukan hanya retorik...saya benarnya kecewa kerana peguam Islam yang menjadi ahli panel itu menarik diri.. ini juga sepatutnya dianggap sebagai jihad.. bukannya menarik diri.. saya rasa imej Islam di kalangan orang bukan Islam sedikit tercalar dek kerana latahan kita yang tak bertempat..

Fikir dan renunglah.. sekali lagi usaha dakwah kita digagalkan oleh orang yang mengaku memperjuangkan Islam....

Dr Azwan said...

Afif : syabaz betty, mujhe tomse piar he.

Bernas sekali pendapat mu itu. Pendapat yang matang.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails