Monday, August 4, 2008

Gout dan Perawatannya





Assalamualaikum,

Kesian pula dengar cerita abahfateh terkena gout.

Ni ada beberapa pantang yang tak boleh dimakan ketika gout. Ia adalah terdiri daripada makanan yang mempunyai kandungan protein tinggi.

1. Daging merah

2. Organ dalaman - hati, limpa, paru-paru, pedal, perut

3. Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan

4. Makanan laut - udang, ketam, sotong, ikan bilis (ikan biasa terkecuali)

5. Kacang-kacang - kacang tanah, kacang panjang, kacang dhal, kacang buncis.

6. Minuman Beralkohol

Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan yang saya senaraikan di atas ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil "Purine" dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil Uric Acid. Uric Acid yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan.

Kesakitan akibat gout terjadi disebabkan oleh 1. lekatan uric acid itu sendiri di sendi2 yang terlibat dan 2. Inflamasi atau radang di sekeliling kawasan yang terlibat yang menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan sedikit panas.

Kesakitan akibat gout sangat teruk sehinggakan sehelai kertas tisu sekiranya diletakkan di atas kaki yang terkena gout menyebabkan pesakit menjerit kesakitan. Lebih daripada 70% pesakit gout menghidapinya di kawasan berhampiran ibu jari pada kali pertama, tetapi gout boleh berlaku di mana mana kawasan sendi seperti lutut, siku dan tumit.

Gout yang teruk boleh menyebabkan masalah sendi dan ketumbuhan sejenis bahan keras seperti tulang dipanggil "tophi" - (sebutan tofai). Bonjolan ini boleh tumbuh dimana mana termasuk siku dan telinga.

Uric acid yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan kerosakan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.

Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar kesakitan dan mengurangkan inflamasi. Ia biasanya diambil bersama colchicine.

Colchicine perlu diambil setiap 3 jam sehingga sakit berkurang atau pesakit timbul rasa cirit birit. Ketika itu baru kesannya dapat dilihat.

Allopurinol (zyloric) adalah sejenis ubat untuk mengurangkan kadar uric acid di dalam badan. Ia mengurangkan kadar penukaran purine kepada uric acid dan seklaigus mengurangkan risiko untuk terkena gout. Walaubagaimanapun, Allopurinol tidak boleh diambil ketika mengalami serangan gout. Sekiranya diambil ketika serangan maka kesakitan boleh menjadi bertambah teruk.

Sekiranya anda terkena serangan gout, maka makan ubat tahan sakit dan colchicine, selepas tidak lagi sakit, maka anda boleh memulakan semula ubat allopurinol. Anda juga dinasihatkan membuat pemeriksaan darah untuk uric acid dan juga buah pinggang.

8 comments:

abahfateh said...

Assalamualaikum,

Terima kasih Dr Azwan atas konsultansi jarak jauh ni :).

Alhamdulillah, mungkin Allah nak peringat kita jaga diet. Saya memang terus start tukar style diet saya (saya tukar term drpd 'berdiet') dan saya seret isteri saya sekali.

Item 1,2,3 dan 6 (pasti) memang saya elakkan sekarang. 4 dan 5 paling minimal.

Insya-Allah, pemeriksaan kesihatan akan dilakukan selepas ini. Entahlah apa yang naik lagilah lepas ini.

Abahfateh
abahfateh.blogspot.com

Anonymous said...

abahfateh, dapat free consultation tuu dr dr azwan kite tuu...

nanti puasa, hang makan jangan bening je. aku dan lain-lain yang makan segala lauk pauk pasar ramadhan..

doc, roti canai kuah dal tak dapat lah ye?

Bukan Abah Fateh
http://pakdi.my

the author said...

doc,
gout ni tak kira umur kan?orang-rang muda pun kena jugak kan?

saya first time jumpa orang muda, suami sepupu saya dapat serangan gout.umur baru 23thn.

kalo kami dok makan seafood, dia cuma tgk ajela. sian juga ya.
-raiyan-

NaNi said...

Salam doc..pertanyaan ni xde kaitan pn dgn penyakit gout..

memandangkan isteri doc dlu study kat mesir..bleh tak tanya dia..kalo2 dia pernah dengar mitos@kisah benar ni yang air sungai nil ni tercemar dengan kesan2 radiasi bom nukelar la ape la mase mesir berperang dgn ape ntah..perang tu dah lame tp kesan die kt air sungai nil smpai ke skrg. sisa2 la kate mereka ni. tapi saya tengok orang arab sihat walafiat je. kalo ade kesan radiasi, dah tentu generasi sebelum ni semua cacat2 belaka. kenapa sihat je org arab neh? dah la air sungai nil tuh sumber utama, tuh la air minum..air mandi..air basuh baju.basuh pinggan..bla bla..

ni sebab saya ada tanya kt kwn saya..sama ada dia ada terasa lenguh2 n sakit n ngilu kt tulang die. die cakap takde. pastu sy ckp..tulang sy rasa cmtu..dah beberapa hari..seluruh badan. 2 hari lepas mula demam..time tgh hari panas2 tuh sy plak rs sejuk..menggigil. lepas tu sy surf simptom chikugunya (sminggu yg lepas..sy br smpai dari mesia..time ni kat mesia femes dgn chikugunya). tapi takde plak demam yg tinggi. kwn sy kate "tak..tuh ko selalu mandi (air sungai nil)(bkn mandi malam)..effect kt tulang ko..kan org ckp ade kesan radiasi..aku dlu ade kena gak camtu..tapi musim sejuk" haa tuh musim sejuk..memang la. sebab air sungai nil tuh sejuk sangat..pastu main2 dgn air..x elok la utk tulang. kan doc? (btul ke tuh..pndai2 je teori).

adekah mesir tak selamat utk diduduki?
adekah selama ni saya minum air radiasi (selama setahun)?

ke benda tuh betul? sy je yg buat2 pandai menolak segala mitos tersebut.

ade sorang ustaz bekas pelajar mesir..dah balik mesia..die pesan kt saya jgn main air mse musim sejuk. die xpenah cakap air sungai nil ade kesan radiasi pun.

opss terpanjang plak comment..mcm karangan..sorry doc :D

Dr Azwan said...

Abahfateh & Pakdi bersaudara : Gout ni banyak berpunca dari makanan. Apa pun genetik pun ada. Pakdi jaga2 lah.. kalau abahfateh dah kena... keluarga Maulan yang lain bleh kena juga... Lelaki lagi banyak kena daripada perempuan. Lagi satu, kalau ada pakcik kena, datuk kena, haa... becareful... to Abahfateh, cek buah pinggang selalu. takut ada batu karang.

Raiyan @ najah : wah lama tak bagi komen.. anak sihat? Memang pun.. terliur jer tengok orang lain makan udang karang... huuu.. tercabar gak iman.. ada jugak yang makan gel gamat kena... haha.. masa tuh saya jual gamat. Lepas makan gel gamat, berguling kena gout! keh keh... nak mintak maaf tak boleh.. kita tukang jual..

nani : ahlan wa marhaban biki. Entah saya tak pasti metos tersebut. Biasanya kalau ada kesan radiasi, kes kanser akan meningkat. Ramai yang akan meninggal dunia kerana kanser, ramai ibu yang lahirkan anak cacat. Macam kat Chernobyl Rusia.

Atau terdapat banyak manusia mutan yang boleh terbang, mampu meletupkan diri, kebal dan mampu mengeluarkan cahaya laser dari mata ke... :) ni saya reka sendiri.

Org rumah ada bagitahu, kalau kena air kat mesir lepas tuh tak lap, contohnya wudhuk atau mandi, nanti senang kena sakit tulang, sebab cuaca yang sangat sejuk atau angin dia jenis sejuk kering tuh. Wallahu A'lam.

Tapi saya rasa Nani lebih kepada jet lag ker, atau terlalu penat... atau rindu kat orang Mesir.. ehem ehm..

Wallahu A'lam

eColi said...

Salam Dr. Azwan,

Saya amat tertarik dengan tulisan artikel ini berkenaan dengan Gout and Perawatannya.

Untuk perhatian Dr., terdapat beberapa fakta yang mungkin mengelirukan para pembaca.

1. Contoh-contoh makanan yang tersebut di atas, tidak berkaitan langsung dengan kandungan protein yang tinggi, tetapi melibatkan kadar kandungan 'purine' yang tinggi. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sajian yang tinggi kangungan protein boleh meningkatkan penyingkiran asid urik dari ginjal dan seterusnya merendahkan kandungan asid urik dalam darah.

2. Kandungan asid urik yang tinggi daripada normal dalam darah (Hyperuricaemia)boleh menyebabkan pembentukan batu karang, namun ianya amat jarang berlaku, iaitu dalam insiden tahunan lebih kurang 1% pada pesakit yang mengalami Gout; 0.3% pada mereka yang mempunyai kandungan asid tinngi dalam darah tetapi tiada tanda penyakit (Asymptomatic hyperuricaemia) dan 0.2% pada mereka yang menpunyai kandungan asid urik yang normal dalam darah.

3. Cochicine tidak lagi disyorkan diberi dengan cara setiap 2-3 jam sehingga cirit-birit. Cara yang disyorkan ialah 0.5mg dua hingga empat kali sehari.

4. Allopurinol boleh mengurangkan kandungan asid urik dalam darah, namun ia tidak disyorkan diberi kepada mereka tidak mengalami tanda-tanda penyakit gout (asymptomatic hyperuricaemia). Ianya hanya disyorkan diberi dalam 4 keadaan berikut:
a. Tiga serangan gout atau lebih dalam setahun.
b. Gout dengan batu karang.
c. Penyakit kronik gout dengan tophi.
d. Pencegahan "Tumour lysis syndrome" semasa rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser.

Maklumat lanjut boleh dibaca di:
http://www.ukgoutsociety.org
http://www.rheumatology.org.uk/media/pressreleases/gout

Harap maklumat ini amat berguna kepada Dr. dan para pembaca.

Terima Kasih.

ed said...

Gout terjadi bila wujudnya lebihan asid dalam badan..Apa yg boleh meneutralkan asid? Alkali..

Cuba minum Alkaline Water Plus..Kemudian, nilaikan..

SILA LIHAT TESTIMONI
>>> http://alkalinewatertoyou.blogspot.com/p/testimoni.html

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!

Yasmin Md Yussoff said...

Salam Dr... Soalan.. Adakah kesakitan Tumit yang melampau berkaitan sgn GHOUT.. saya sentiasa juga mengalami bengkak2 kedua belah kaki tp apa yang lebih menderitakan ialah kesakitan tumit yang melampau di kaki sebelah kiri terutamanya.. kenapa kah ia berlaku dan apakah perubatan yang sesuai untuk menghilangkan kesakitan ini.

untuk maklumat doktor.. saya berumur 41 ..Wanita tinggi 171cm dn berat 93kg

Related Posts with Thumbnails