Tuesday, August 12, 2008

TSKI patut tarik semula kenyataannya...




Assalamualaikum,

Perlukah UiTM membuka kemasukan untuk bukan bumiputera untuk meningkatkan persaingan daripada kaum bumiputera?

Kalau melihat daripada sentimen politik, saya rasa adalah sangat-sangat tidak wajar Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI), MB Selangor membuat kenyataan serupa itu pada saat ini. Ini mengundang kepada rasa tidak puas hati ramai. Bagaimana sebenarnya bunyi statement TSKI tersebut saya tidak beberapa pasti. Tapi maksudnya sudah dianggap jelas iaitu mencabar hak keistimewaan orang melayu di sebuah Universiti Melayu.

Pada hakikatnya, menurut Naib Canselor UiTM sendiri, TSKI sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri hal ehwal UiTM. Bukan di bawah Jurisdiksi TSKI pun. Apatah lagi menukar perlembagaan UiTM. UiTM bukan universiti yang dikawal oleh Kerajaan Negeri. Tetapi respon yang diterima daripada seluruh umat melayu di Malaysia, seolah-olah TSKI boleh membenarkan hal ini berlaku. Dan perkara ini dipanjang-panjangkan dan dipolitikkan pula. Yang lebih hebat, TSKI dituduh pengkhianat Bangsa oleh Naib Canselor UiTM sendiri, sedangkan beliau pun tahu TSKI tak ada kuasa untuk melaksanakannya.

Saya ada pengalaman belajar di MRSM. Ini adalah institusi sekolah yang dikususkan kepada anak-anak orang melayu. Di sini hanya orang melayu sahaja diterima. Kalau nak kata di MRSM ini orang melayu sahaja bersaing sesama mereka, dan ini menimbulkan budaya tidak sihat dan tidak kompetitif, saya rasa tidak. Sudah ramai bijak pandai melayu yang menjadi pemimpin terkemuka yang bermula dan diasah di sini.

Saya berkesempatan untuk belajar di MRSM Kuala Terengganu pada tahun 1993/1994. Batch senior saya (1992/1993) menerima kalau tak silap 5 orang bukan bumiputera sebagai saingan. Saya cuma kenal Sim dan sorang lagi Tan. Tan ni walaupun senior setahun, tetapi agak baik dengan saya sebab kami sama-sama mewakili MRSM di dalam bola tampar.

Kenapa 5 orang budak Ca-Ya-Nun-Alif ni berada di dalam MRSM, saya pun tak tahu pada masa itu. Apa yang MARA fikirkan ketika itu? Adakah sama dengan pemikiran TSKI? Yang saya tahu mereka ini budak yang diambil dari golongan keluarga kurang berada. Kemungkinan untuk meningkatkan saingan kepada budak2 melayu MRSM. Cuma ketika itu, tiada pula bunyi bising daripada golongan Nasionalis kita. Mungkin sebab pengambilannya dirahsiakan.

Tetapi yang aneh, dalam keadaan makan makanan yang sama, mempunyai guru MELAYU yang sama, dan tinggal dalam dorm yang sama. Mereka juga kena menyanyi lagu WARISAN selepas menyanyikan lagu MRSM sebagaimana kita. Tetapi mereka berada di dalam top 10 pelajar terbaik MRSMKT. Sim adalah pelajar terbaik akademik keseluruhan. Itu baru 5 orang daripada mereka berbanding seluruh 300 orang pelajar bumiputera.

Bayangkan kalau UiTM memberi peluang kepada 10% pelajar bukan bumiputera.. atau 5% daripada pelajar mereka.. atau 1% sahaja ... atau 0.5% sahaja pun... mereka mungkin boleh membuat kejutan kepada pelajar-pelajar melayu kita.

Oleh itu, saya sangat faham kenapa orang melayu tidak mahu menerima golongan ini di dalam kumpulan UiTM. Saya pun kalau jadi Naib Canselor tidak mahu menerima mereka. Partly kerana UiTM pada dasarnya dibina untuk orang melayu sebagaimana MRSM. Kalau MRSM masih dikekalkan untuk orang melayu, saya rasa UiTM juga patut dikekalkan serupa. Dan andainya mereka berada di dalam kelompok melayu, mereka mungkin akan mengejutkan pelajar2 melayu yang lain.

Cuma saya merujuk kepada MRSM tempat saya belajar dahulu di mana sebilangan kecil bukan bumiputera (mungkin 0.5%) diletakkan sebagai satu penanda aras agar persaingan yang sihat dapat dijana di dalam universiti tempatan kita. Mungkin ia boleh dilakukan dengan mengenepikan sedikit sentimen, tetapi bukan pada waktu sekarang. Waktu ini semua orang berada di dalam keadaan marah. Semua orang ingin berdemonstrasi tak kira kerajaan atau pembangkang.

Oleh itu semua orang dapat rehat dan menarik nafas dan duduk sebentar. Kalau semua orang melayu marah-marah, nanti kita terpaksa buat satu Hospital khusus untuk orang melayu sahaja. HOM (Hospital Orang Melayu). Maklumlah semua dah kena darah tinggi dan sakit jantung... Dah lah kencing manis 60% orang melayu pengidapnya... Bagus juga ada hospital orang melayu. Ada sapa-sapa nak jadi juara? Saya nak sokong jadi calon.

20 comments:

Anonymous said...

masa batch 93/94 tader plak mara amik cha alif ya nun eh kat kaytee..masa junior plak ader kan..2 bangsa gak kan..

hmm...

-adk77-

Anonymous said...

komen saya ni takde kena mengena pun dgn tajuk hr ni, tp saya nak dr azwan baca blog saya yg bertajuk "iktibar" tu. adakah arwah ayah saya, perut dia buncit dan takleh nak buang air kecil dan besar langsung disbbkn kanser hati tu atau itu adalah seksaan Allah swt. ni blog saya, http://rafizawati.blogs.friendster.com/
saya nak dr azwan komen sikit. saya ni tak tau sgt.

sms said...

bukan 5 cina. 4 cina, 1 india la. memang kelima2nya dari golongan keluarga bangsa bukan melayu yang berpendapatan rendah.

saya setuju dengan pendapat kemasukkan pelajar asing boleh men'sentak'kan pelajar melayu yang tidor. tapi kena fikir 10% tempat, let say student uitm 160,000 (by 2010, uitm akan menerima 200,000 pelajar untuk satu semester), bermakna 16,000 tempat untuk pelajar bumiputera kita korbankan.
16,000 tu sikit ke?

tak payah la compare dengan mrsm. mrsm berapa ribu sangat. paling banyak pun 1000 satu mrsm. satu lagi, sijil spm dari mrsm boleh digunakan untuk masuk u. walaupun sijilnya bagus tapi di sektor pekerjaan hanya boleh digunakan untuk mendapatkan kerja peringkat spm sahaja. sedangkan degree dari uitm membolehkan anak bumiputera kita menjawat jawatan profesional dalam sektor swasta / kerajaan. sekaligus bakal mengubah status taraf kehidupan keluarga mereka. jadi penggunaan contoh untuk perbandingan adalah tidak sesuai.

kita ada banyak universiti awam di malaysia yang boleh menerima pelajar bukan bumiputera. bukan uitm tidak boleh buka peluang untuk mereka, tetapi ini sajalah peluang yang ada untuk sebilangan pelajar bumiputera yang tidak dapat masuk ke universiti awam yang lain untuk masuk u, dapat segulung ijazah, menjawat jawatan yang baik, sekaligus membantu ibu bapa mereka & mengubah taraf kehidupan keluarga mereka dari susah ke senang.

jangan dibunuh peluang yang telah dicipta oleh pejuang melayu untuk bangsa kita.

kalau rasa kita perlu berlaku adil dengan memberi peluang untuk lagi 10% pelajar bukan bumiputera, tambahkan saja kuota pengambilan mereka dalam universiti awam yang lain. universiti awam yang lain memang dah ada dasar untuk terima non-bumi. saya tak tau berapa kuotanya. let say kuota sedia ada 25% untuk non-bumi, tambah la lagi 10% jadi 35%. ada 65% lagi untuk bumi. apa susah. sama juga. usah pulak nak diusik uitm tu. 35% pelajar bumiputera tadi yang tak dapat masuk universiti2 awam (selain uitm) disebabkan peluangnya telah diberi kepada non-bumi, sila lah masuk ke uitm. sebab uitm memang untuk mereka. course2 yang ada di universiti awam yg lain ada di uitm. pensyarahnya juga bagus. fasiliti juga hebat. belajar pun dalam b.inggeris. juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. sijilnya juga laku dalam pasaran. masih hebat walaupun tak la sehebat seperti utm / um.

org memandang rendah pada uitm sebab 1. ia universiti orang melayu. universiti org melayu ni low class (ia adalah fakta kalau ditanya pandapat pada org lain. kalau sebab ia u untuk org melayu & low class, kenapa non-bumi sibuk2 nak masuk pulak. kan banyak lagi u yang high-class. yang bagi status low class ni sebenarnya bangsa melayu sendiri) 2. sebab yurannya murah. selalu org anggap barang murah, kualitinya pun murah.

tapi harus diingat uitm ni juga adalah harapan untuk ibu bapa yang teringin sangat untuk melihat anaknya berjaya. nak hantar ke universiti awam antarabangsa, yuran mahal pulak. mcm mana nak cari duit untuk biaya anak ke u sedangkan ramai lagi anak2 masih bersekolah. nak hantar ke universiti swasta lagi mahal. lagi la tak mampu. so, tinggal uitm saja la harapan mereka.

kalau yuran sekolah rendah/menengah dah mencecah rm100, yuran uitm untuk diploma dalam anggaran rm270. yuran degree pulak dalam anggaran rm360. tak lebih dari itu. untuk anak yatim boleh rayu lagi. boleh dapat diskaun sehingga less than rm100. murah lagi dari yuran sekolah rendah/menengah. kalau rayu lagi, uitm bagi free aje. siap uitm bagi zakat lagi untuk pelajar2 uitm yang takde mak ayah ni. sekolah rendah/menengah pun tak bagi peluang macam ni.

bumiputera meliputi melayu & kaum minoriti tempatan dalam malaysia seperti org asli, iban, kadazan, dll. so, masih lagi nak tarik keistimewaan bumiputera ke??

Anonymous said...

apa2 pun saya tak setuju hak bumiputera diambil.biar apa alasan sekalipun.melayu sesama meayu pun boleh bersaing apa!

Dr Azwan said...

sms : Terima kasih di atas ulasan sms. Saya meletakkan perbandingan sahaja dengan MRSM, kerana ia sama-sama institusi MARA. Jika tak mau pelajar non bumi dalam UiTM kita berhenti di setakat itu. saya tak setuju kuota 10 % dinaikkan kepada universiti lain walaupun universiti lain menerima non bumi. Cukup sekadar kuota yang ada sekarang.

Anonymous said...

hah betul2..kenapa bangsa lain lebih cerdik dan selalu mengkonker tempat teratas di sekolah..saya dulu skolah teknik manjung pun cha ya nun alif tempat pertama dan pemegang pelajar terbaik..namanya tan gak..adakah anak melayu yang bernama atan boleh mengubah nasib melayu??mari kita letak nama anak yang ada 'tan'..hahaha..

abahfateh said...

saya tak pernah belajar MRSM juga UiTM. Tapi saya tahu kenapa MRSM dan UiTM ditubuhkan, atas dasar apa.

Cuma reaksi berlebihan yang ditunjukkan memusykilkan saya. Sekadar bertanya secara umum bukan pada Dr Azwan sahaja:

Jika saranan ini daripada Pak Lah, agaknya bagaimana reaksi yang akan ditunjukan?

Apa yang penting, duduk dulu, perhalusi. Ini baru cadangan dari orang yang TIDAK ADA kuasa ke atas UiTM. Kalau dah dirasionalkan, barulah bertindak balas.

Pada hemat saya, ia telah dipolitikkan secara berlebihan. Bukan atas dasar kepentingan Melayu atau Islam yang hakiki.

Kenapa ketika Bar Council anjur Forum Memeluk Islam atau mana2 isu yang menggugat Melayu atau mencabar islam tidak ada pelajar UiTM seluruh negara berarak dan menunjukkan protes? (kerana semuanya Melayu dan Islam, lebih mudah nak digerakkan berbanding pelajar lain di universiti lain yang pelbagai)

Sekadar pemerhatian saya dan idea 2 sen saya yang mungkin dipandang sepi oleh mereja yang terbakar oleh emosi hingga air daripada akal fikiran tidak dapat memadamkannya.

pada masa yang sama, saya hormati pandangan SMS. Cumanya kenapa UiTM dipandang rendah? Bukan kerana sijil atau kualiti pengajiannya yang rendah dsbnya... selepas bertahun2 UiTM wujud, adakah bekas pelajarnya dapat membawa arus perubahan 'SIKAP' yang TOTAL daripada melayu tipikal seperti disebut Tun Mahathir dalam Malay Dilemma (sekadar contoh) kepada Melayu yang kuat emosinya, keintelektualannya dan rohaninya, sebaris dengan bangsa2 lain? {universiti lain pun gagal juga :( }

Abahfateh

sms said...

mrsm memang di bawah MARA. tetapi uitm di bawah kementerian pengajian tinggi. cara didikan di mrsm & uitm sangat jauh berbeza. apa2 pun pengalaman belajar di mrsm & kolej mara memang paling best.

isu uitm ni bukanlah baru. dah lama disebut2. tapi yang selalu memulakannya adalah non-bumi. saya pernah terbaca satu blok yg dibuat oleh kaum ca-ya-alif-nun yang mempertikaikan uitm yg berusaha untuk menjadi world class university. syok baca blok tu. yo-yo-o aje non-bumi tu panggil vc uitm tu katak. tak cukup vc, kaum melayu pulak dikutuknya. uitm lagi la teruk kena kutuk. tapi saya terasa bangga apabila ramai profesional melayu dari seluruh dunia menjawab kutukan-kutukan tu dengan cara berhemah. saya tidak rasa mereka ex-student uitm, tetapi kerana sayangkan bangsa, mereka bermati-matian mempertahankan uitm dalam blog tersebut. bermula dari isu uitm, timbul isu racism. banyak non-bumi yg kutuk tapi ada juga yang bersifat neutral & berusaha untuk mempertahankan org melayu & meredakan kemarahan kaum mereka sendiri. saya tabik spring kat org tu. cuma kali ni ia menjadi hangat apabila isu tersebut ditimbulkan oleh pemimpin dari kaum melayu pulak. tak ke lebih terasa. heran jugak. TSKI ni banyak berjasa pada negara. TSKI juga terlibat dalam kes serangan senja. sudah pasti rasa kecintaan pada bangsa & negara ni TSKI lebih faham.

saya tidak menyalahkan TSKI 100%. kerana kalau diberi peluang non-bumi belajar di uitm tetap ada faedahnya. cuma masanya belum sesuai atau pun idea tu tidak sesuai langsung. banyak lagi pro & con yang perlu dipikir sebelum 10% non-bumi dibenarkan belajar di uitm.

betul kata doktor, org melayu seperti saya perlu duduk sebentar, rehat & tarik nafas panjang2. kalau tidak saya juga bakal seorang penghuni HOM. kih..kih..kih..tapi semenjak dua menjak ni banyak sangat anasir2 yang cuba menyentuh sensitiviti kaum melayu. isu politik, isu agama, isu bahasa, isu tanah & terbaru isu uitm. kita tak kacau tiba2 org datang menyucuk. tak ke sakit jantung kita dibuatnya.

saya teringat pengalaman di mrsm melihat abg senior kita cina (tak tahu namanya) & nathan (senior india) bersama-sama senior2 melayu berlatih tarian tradisional malaysia bagi mewakili mrsmkt untuk persembahan kebudayaan. lagunya tentang negeri terengganu. tajuk tak ingat tapi best. saya suka melihat situasi itu sebab itulah first& the last time dalam hidup saya menyaksikan persembahan majmuk secara life. cantiknya suasana apabila semua org dapat hidup bersatu tanpa ada prejudis.

dalam tempoh bekerja, saya juga pernah berjumpa dengan beberapa ex-student mrsm non-bumi yang kini telah berjaya hasil dari jasa mara. ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk membalas jasa dengan berkhidmat dengan mara untuk mendidik anak bangsa kita pulak. mereka2 ni memang samapai sekarang boleh berkawan dengan sesapa saja tanpa mengira bangsa.

pengetua saya di kolej mara dulu seorang kristian tapi dia sangat prihatin dengan ilmu agama yang perlu diberi kepada studentnya yang kesemuanya beragama islam. jadi, dengan biayaan kolej, setiap jumaat ustaz & ustazah akan ada penceramah2 agama islam yang dijemput untuk memberi ceramah di masjid kolej. kalau pelajar perlu tahu tentang politik, kolej juga akan biaya dengan menjemput wakil2 politik berdebat di masjid kolej juga. terpulang pada pelajar untuk mengadilinya tapi awas tidak dibenarkan berpolitik dalam kolej. senior2 yg belajar di oversea & balik bercuti juga tidak dibenarkan untuk menyampaikan ideologi persatuan mereka di asrama. kalau nak kena buat secara terbuka di masjid. bagi saya suasana tersebut adalah senario yang sihat.

saya juga rindu nak menonton filem dulu yang banyak melibatkan 3 bangsa majoriti dalam sebuah filem. ada 2 drama yang saya ingat sangat2: 1. tajuk tak ingat. tapi kisahnya tentang seorang budak melayu (lakonan mior)yang alim & menjadi anak angkat keluarga cina. dialog yang paling popular dalam filem tu - datuk kata... 2. drama bersiri tajuknya 'seiring sejalan'. kisah tentang 3 sahabat karib cina, melayu, india yang mengembara dengan basikal ke kampung2 di seluruh malaysia. kedua-dua cerita ni memang patut dapat anugerah novel keamanan peringkat malaysia. kenapa dah tak ada cerita-cerita macam tu sekarang dalam tv malaysia. cerita yasmin ahmad ok la tapi tu versi cinta. kurang sikit la if compare dengan kedua-dua drama ni.

bila difikir-fikirkan semula sebenarnya memang ada masalah antara kita di malaysia. selepas 13 mei kerajaan telah membentuk dasar ekonomi baru & lain2 dasar bertujuan untuk mendekatkan jurang ekonomi antara kaum. dasar2 tersebut memang berjaya. cuma masalah kali ini bukan disebabkan jurang ekonomi. sebab semua bangsa ekonominya juga semakin kukuh. ada masalah lain di antara kita. kerajaan perlu buat dasar baru lagi untuk menyelesaikan masalah ni. kalau tak diselesaikan mungkin akan menjadi nanah. tapi bukan dengan menyentuh uitm atau perbincangan agama secara terbuka. ada cara lain lebih baik. bukan dengan cara kasar tapi dengan cara yang lebih halus. mungkin boleh dimulai dengan menayangkan semula drama2 yg saya sebutkan tadi. dasar baru? wajib ada. nampaknya pemimpin-pemimpin kita perlu bekerja lebih keras lagi lah. chiok...

Anonymous said...

salams dulu,

apa2 pun, mungkin kena dengar penjelasan dari pihak TSKI dulu.. lepas tu baru boleh buat komen.. bangsa kita selalu cepat melatah.. kalau setakat dengar media perdana, macam biasa la.. semuanya nak cari kesalahan dari pihak pembangkang aja.. takda langsung yang betul di mata mereka.. seboleh-bolehnya hari2 diaorang akan menggunakan isu ini.. lagi2 pilihanraya di permatang pauh dah dekat..

cuba bawak bertenang, dengar dan kaji dulu dari apa isi kata TSKI .. btw, apa2 pun, saya mmg tak sokong kalau ada sesiapa nak bagi kuota kepada bukan melayu ke UiTM.

wasalam,
faizul

Dr Azwan said...

anon : Ali Setan pun ada "tan" jugak.. haha..

SMS dan Abahfateh :

Kalau saya lihat dari pandangan politik - Semalam di dalam TV3, Prof Khoo Kay Kim cakap, beberapa tahun yang lalu, terdapat cadangan daripada pihak kerajaan untuk membenarkan 10% non bumi ke dalam UiTM. Tapi Prof cakap masa tuh tak ada pulak respon orang melayu sebegini.

Jadi Prof 3K berpendapat, hal jadi sebegini kerana kenyataan itu adalah daripada Pakatan Rakyat. Ini sebenarnya adalah pertelingkahan politik dan mainan media kuasa politik. (Prof Khoo yang cakap). Dalam bulletin TV3, Tun Mahathir pun berkata bahawa dia tahu yang MRSM dibuka 10% kepada non bumi untuk persaingan. DIa berkata UiTM buat masa ini belum sesuai lagi dibuka kepada non-bumi (mungkin lain kali sesuai).

Sebenarnya saya dapat tahu daripada student UiTM sendiri, Sebelum TSKI membuat pengumuman baru-baru ini, Naib Canselor UiTM sendiri pernah mewar-warkan untuk membuka sedikit peratus daripada kemasukan UiTM kepada pelajar International.

Siapa pelajar International? Mereka pun non-bumi juga. Ini untuk menaikkan ranking UiTM di dalam universiti dunia. Ini sebenarnya baik kepada UiTM. Cuba bayangkan terdapat student International di dalam UiTM, bukankah itu bagus untuk interaksi antarabangsa? (kalau orang Afrika jer ramai2 masuk, penuh UiTM pun- tak guna jugak.. haha!!).

Tapi agaknya lepas TSKI keluar kenyataan itu, Naib Canselor UiTM terpaksa telan air liur lah.. Ada orang lain dah sebut idea dia. Yang bagusnya, orang yang sebut idea dia kena bambu kaw kaw.. Mesti dia sujud syukur kat rumah... nasib baik aku tak sebut dulu... har har..

Mungkin betul juga teori Abahfateh, ini mungkin ada kena mengena dengan permainan politik pihak tertentu pada pilihanraya yang akan menjelang.

Kebetulan dalam masa yang sama, ramai nasionalis yang ikhlas memperjuangkan nasib bangsa melayu - bangkit berjuang dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperjuangkan nasib bangsa melayu disebabkan isu ini memerlukan sokongan semua pihak melayu.

Saya juga merasa kasihan kepada TSKI, saya rasa dia juga mempunyai niat yang baik untuk menyatakan bahawa orang melayu perlukan persaingan untuk berjaya (walaupun orang melayu banyak yang sangkal dengan mengatakan bahawa mereka sudah berjaya dalam semua bidang). Ia bukan satu benda baru. Tun Mahathir negarawan Malaysia pun pernah mengatakannya. Cuma di dalam politik beginilah.

Niat yang baik untuk membantu bangsa melayu, pada pendapat orang lain bukan lah sesuatu yang baik juga. Apatah lagi pertelingkahan ini berlaku ketika pilihanraya semakin dekat. Itu pandangan saya secara politik

SMS : Saya cuka cerita Mior Hashim manaf pasal datuknya tu - kalau tak silap tajuknya "Anak Datuk".. best tul.. "Saya ingat dialog dia : Datuk saya kata, kalau berniaga kita tak boleh ambik untung 100% - dia kata pada ayah angkatnya, seorang peniaga cina".. saya sendiri percaya benda tuh, sampai Ustaz Zaharudin cakap - kalau berniaga, keuntungan berapa % pun tak apa... huh lega !! ..

Wallahu Alam.

Anonymous said...

haha..tgk ape jadi pada ali setan skarg..hehe..alim dah dia..jadi ali je..setan dah buang..

saya dulu blaja kat uitm..xsalah rasanya kalo uitm cuba beruasaha untuk jadi universiti ternama sebab pembelajaran menggunakan bahasa international..x macam sklolah cha ya nun alif pakai 100% bahasa ibunda nya..siap cakap english mesti ada ayat "me..ma.." haha..kan dr..

Dr Azwan said...

Faizul : saya pun heran apasal budak UiTM tuh pi berarak sungguh2 sangat. Bukannya benda dah jadi, lagipun seperti saya cakap TSKI tuh takada jurisdiksi untuk membenarkannya. UiTM bukannya di bawah kerajaan negeri. Yang patut depa berarak ialah kenapa biasiswa untuk orang melayu diturunkan kepada 55 peratus sahaja oleh pihak kerajaan. Atau forum memeluk Islam. Yang ni patut berarak. Saya rasa budak UiTM yang berarak tu agak keliru mana satu yang dah jadi, mana satu yang tak akan jadi. Banyak sangat tengok Akademi Fantasia kot. Entah.

Anonymous said...

aikk...uitm jugak ke yang salah? memang tak perlu student uitm berarak kat depan bangunan suk tu. tapi tak salah juga mereka nak berarak. agak2nya kalau uia yang disentuh maruahnya, studentnya berarak tak? uitm tak cari masalah. TSKI yang memula mencari pasal. tak kan tak salah kot. kenyataan macam bias saja.

Dr Azwan said...

Bagus jugak UiTM berarak.. kelas boleh kansel. Betul ke managemant UiTM sengaja kansel kelas nak suruh budak2 dia berarak. Nak berarak boleh lah. Tapi sebab tuh leweh sangat lah. Cam ada political mind yang dok catur. Apa kata kita berarak untuk kes biasiswa melayu yang hilang tuh. Baru ada kelas... Sebab yang tuh dah memang dah jadik. Takde pun pemimpin melayu yang kecoh nak berarak.

Anonymous said...

kenapa berat sebelah? uitm berarak dikatakan ada political mind. TSKI keluar kenyataan tak ada political mind. adakah uitm patut meminta maaf kepada TSKI?

Dr Azwan said...

Ok. Dua-dua ada political. Adil. Tapi sorang je dok kena hentam dek media masa. Prof Naib Canselor UiTM dok canang keliling kampung. Masuk TV. Kata TSKI bodoh. MAcam dia pandai sangat. Nampak betul emosional. Dia tak lama lagi nak naik menteri agaknya. Bahasa Melayu orang dok permain skarang, Jom kita ajak budak UiTM buat demo sokong daulatkan bahasa Melayu.

Anonymous said...

uitm bukan ada vc sorang aje. tapi ada student, ada staf, ada alumni & ada ibu bapa. paling utama adalah student & alumninya. yelah, ada student baru ada vc. kalau ada vc saja, tapi takde student buat apa.

mungkin vc uitm berkait dengan politik. mungkin jugak tidak. kami tidak tahu. itu hal dia. kalau TSKI marah vc jangan dihukum pulak uitm. uitm is uitm. warganya berhak melenting sebab TSKI 'menyentuh' uitm. bukan kerana vc.

saya memang tidak suka mengaitkannya dengan politik. kalau tuan rasa TSKI dihentam secara membuta tuli, tuan juga berhak untuk rasa simpati. mungkin sebab dia adalah pemimpin parti tuan. tapi harus diingat sapa yang yang mengusik sapa. TSKI membangkitkan isu ini tidak kena pada masanya, itu juga bukan salah kami. tuan berhak rasa simpati, kami juga berhak untuk melenting. so, be fair..

kalau demo untuk sokong daulatkan B.Melayu tidak salah, demo untuk sokong uitm juga tidak salah. kita sokong kedua-duanya.

Kamarul said...

askm
suka juga saya baca komen begini, ini satu perbincangan yang bagus, cuma Tajuk tu rasa amat kurang sesuai, macam dr prejudis pada TSKI. itu pandangan peribadi saya.

pengalaman saya di ITM pada 1995 hingga 1999, saya dpt merasakan VC itu memang pro umno, bukan pro melayu...
demo tempoh hari juga kelihatan hampir kesemua pelajar memakai baju hitam, kemundian banner yang ditempah berharga ratusan mungkin ribuan ringgit telah digantung di tempat rasmi di dalam UiTM shah Alam menyambut kedatangan alumni pada minggu berikutnya.
zaman saya belajar dahulu ketika itu di bawah pemerintahan Ir Zaidee pun macam ni juga, lepas tu diganti dgn vc sekarang. masa memang berubah namun minda melayu masih x berubah.
bak kata TSKI jgn risau dgn komen beliau kerana ini hanya pandangan peribadi kerana beliau juga sayangkan melayu.... beliau adalah tokoh korporat yg berpengaruh dan bukan no body yg mkn duit kerajaan semata2. jgn emo sgt,
banyak perkara yg kita x suka tapi kerajaan tetap buat juga namun berapa kali rakyat turun buat demo???

Dr Azwan said...

Anon : seperti yang saya sebut, VC Uitm sendiri pernah mencadangkan untuk membuka kemasukan UiTM kepada student international untuk membaiki rankingnya beberapa tahun lalu. Maklumat ini daripada student UiTM sendirii. kerana sekarang ini UiTM tiada di dalam ranking dunia. Oleh itu, membuka sedikit penyertaan student International mampu meningkatkan nama UiTM di samping memberi suasana yang baik kepada pembelanjaran di UiTM.

Saya tidak menyatakan secara terbuka menyokong pendapat TSKI walaupun pendapatnya mungkin ada betulnya. Pendirian TSKI lebih kurang serupa dengan pendapat VC Uitm sekarang cuma ia telah dipolitikkan dan disensasikan.

Ada yang dipertikaikan ini peranan media masa yang cuma menaikkan dan menyemarakkan emosi orang melayu, padahal jikalau difikir secara bernas dan logik, TSKI tak ada kuasa untuk melaksanakannya. Jadi saya nak tekankan di sini, emosi yang telah dibakar ini dan menyebabkan demo terjadi di kalangan mahasiswa melayu nampak dangkal dan terlalu terburu-buru. Yang akhirnya mencerminkan mahasiswa melayu nampak begitu emosi dan berfikiran dangkal. Berdemo berasakan sesuatu opinion yang tak boleh berlaku kecuali VC UiTM sendiri yang melaksanakannya. Itu sahaja.

Tidak timbul isu siapa sokong siapa walaupun VC UiTM hari hari keluar TV3 mengata TSKI bodoh. Lagi pelik nak saman TSKI. Patut VC UitM saman JPA sebab turunkan peratus biasiswa orang melayu... Budak UitM pun kena juga sebab tak dapat biasiswa.


Kamarul : Saya memang rasa TSKI patut tarik semula kenyataannya kerana segala terjadi disebakan statementnya. Walaupun utk org politik ia susah untuk berlaku kerana ia menunjukkan kelemahan. Apa pun, apa yang terjadi telah merosakkan nama TSKI dan parti PKR sendiri sekaligus pakatan rakyat.

Cadangan TSKI untuk berjumpa dengan student UiTM adalah amat dialu-alukan dan ini akan membentuk semanga muhibbah dan mengurangkan emosi.

Daripada VC UiTM dok menyepak terajang TSKI di dalam TV - tapi tak pernah pulak TV panggil TSKI untuk menjelaskannya, apa salahnya VC UiTM dan TSKI duduk semeja bersama-sama para cendikiawan UiTM untuk membincangkan masalah ini dengan hati terbuka sekiranya, masing-masing kata mahu membantu bangsa melayu..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails