Thursday, August 21, 2008

Kuih Raya UmmuSofeya 2008






Assalamualaikum,

Kuih raya UmmuSofeya 2008 sudah kembali. Sebenarnya sampel sudah diedarkan sejak minggu lepas lagi tetapi oleh kerana sambutan yang menggalakkan 20 kotak sampel telah habis diedarkan.

Apa pun tahun ni terdapat 8 jenis kuih raya yang akan dijual. Harga juga sedikit meningkat namun masih mengekalkan rasa yang sedap dan kualiti yang tinggi. Semuanya adalah buatan sendiri.

Semprit Millenium - Harga RM 22/ sebalang

Semprit millenium adalah resipi asli semprit yang diberi nafas baru dengan kehadiran coklat putih dan beras coklat berwarna warni. Amat digilai oleh kanak-kanak dan juga diminati oleh yang berusia.

Ice Lemon Cheese - RM 22 / sebalang

Ice Lemon Cheese adalah resipi terbaru menggunakan topping keju chedar dan perasa lemon. Keju chedar ini dimasukkan di dalam peti ais sebelum disagat dan dibakar bersama-sama ramuan kuih berasaskan tepung suji. Enaknya dimakan begitu saja.

White Chocolate Capucino - RM 22/ sebalang

White Chocolate Capucino adalah satu lagi kuih raya terbaru UmmuSofeya yang digubah mengikut selera semasa. Ramuannya diperkasakan dengan perasa capucino dan adunan campuran cornflakes dan kacang tanah. Ia kemudiannya dihiasi dengan coklat putih dan coklat hitam untuk menambahkan perisa. Kegaringannya pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah!

Chocolate Cornflakes - RM 22 / sebalang

Hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam semakin manis. Itulah hakikat yang paling sesuai untuk Chocolate Cornflakes ini. Setelah disadur dengan sekata di dalam coklat, cornflakes kemudian disejukkan di dalam peti ais selama beberapa lama dan dihias dengan hundreds and thousands. Kerangupannya dikekalkan dengan cara itu. Cubalah, anda pasti teruja.

Tart Nenas - RM 22 / sebalang

Tak perlu diperkenalkan lagi. Tart Nenas UmmuSofeya sudah terkenal turun-temurun di seluruh Lembah Kelang (cam poyo jer...). Ia tidak cair di mulut, tetapi cair di perut. Inti nenasnya adalah dimasak sendiri di rumah menggunakan resepi ibu (nenas kena lah beli kat econsave kan.). Untuk peminat tart nenas, sebalang pasti tidak akan memuaskan hati anda. Beli 3 balang untuk memastikan anda mendapat kepuasan yang anda inginkan.

Walnut Chocolate Chips - RM 22/ sebalang

Resipi ini telah diubahsuai untuk memastikan ia tidak terlalu manis seperti resepi "famous amous". Dengan resipi yang diubahsuai, coklat chips enak dan kacang walnut yang diimport, maka menjadikan rasa walnut chocolate chips di antara yang terbaik di pasaran. Saya mempunyai seorang pelanggan yang memesan 10 balang walnut chocolate chips (sekali order) pada tahun lepas hanya setelah merasakan keenakannya. Itupun kerana dia telah terorder kuih raya dengan orang lain dan menyesal.

Almond London - RM 22/ sebalang

Anda tengok saiznya sahaja, anda sudah terliur. Almond London ini dijaga kualiltinya dengan saiz yang hampir-hampir sama dengan ibu jari kaki.... anak anda. Ia menggunakan kacang badam (almond) bersaiz besar sebiji - bukan kacang almond mini dari China yer dan bukan juga diimport dari London. Ia juga dihiasi dengan potongan halus almond (nip). Saya masih mengekalkan rupa bentuknya dan ramuannya yang asli.

Strawberry Marble Cookies - RM 22/ sebalang

Saya tahu, kakitangan PUSRAWI dan Hospital Seremban amat menggilai Strawberry Marble Cookies. Mungkin kerana rasanya yang lemak manis dan lembut. Walaupun amat sukar menghasilkannya, namun amat berbaloi melihat wajah merka yang memakannya tersenyum puas dan akhirnya menjilat jari.

23 comments:

Anonymous said...

kalo luar KL contoh kat ipoh macam mana penghantaran??

Anonymous said...

macam mana nak order ni doc?bayaran & penghantaran?

Ally

Dr Azwan said...

Kat Ipoh.. kalau banyak boleh lah. 100 bekas ker.

Ally : contact saya 012-9597074 atau email abiteha@yahoo.com. Penghantaran melebihi 5 bekas percuma di kawasan lembah kelang.

Anonymous said...

Nak tanya, dalam satu bekas tu berapa purata ketul biskut? Bila start tempah dan due? Bila dapat biskutnya?

Dr Azwan said...

Dalam satu bekas antara 48 -52 biji. Kadang2 lebih pun ada.

Anonymous said...

amboi...kemain jadi agen biskut raya lak...isteri ko wat sendiri ke ??... sah ko tukang rasa jah nih...tengok pada ayat promosi ko ler...heheh...selamat menjadi usahawan biskut raya yang berjaya...

lin1177
(mrsmktmate & ldpmate)- entah ingat ke x nih..

yummy said...

dr, cantik dan sedap biskut raya doktor, tapi ce alih gambo cacing tu dulu.. macam tak sesuai dok sebelah kuih...

kumb@ng said...

tengok gambar je dah tau kuih tu sedap... :)

Dr Azwan said...

Lin 1177 : kenal lah, apa tak kenal lak... bila ko nak jadi ketua reunion lagi. Buat lah satu majlis bukak puasa. Zadil boleh sponsor. Dia dah kaya sekarang.

yummy : lah... cacing tuh tak menarik ker? Ada orang makan cacing tuh.. buat cantik kulit, Ada yang makan buat suara sedap.

kumb@ng : belum rasa lagi kan...

lebah madu said...

kuihnya enak sekali, ada resepnya?

muzir said...

Terliur pulak aku tengok gambar & baca ayat promosi kau, hehe...

OK, Azwan, aku ada prmote kat forum smakl:
http://www.smaklian.freeforums.org/kuih-raya-drazwan-t36.html

the author said...

sedapnya nampak biskut raya tu. terliur la.saya tak wat biskut raya thn ni.ada baby kecik.

kalo nak jd agent belah sini kira cemana?tp jauh laa... :(
-najah-

Anonymous said...

masih terima tempahan ke? Kalau saya nak tempah kuih raya ni tapi saya tinggal di terengganu boleh ke doc?

Hanneem said...

dr azwan ex mrsmkt ker?

Dr Azwan said...

Muzir - terima kasih, walaupun belum ada sorang budak smakl pun beli lagi.

hanneem : Betul2... no maktab 269/93. Ex-Presiden LDP, Ex-Presiden PAIS. :)

Anonymous said...

saya 278/93. Cuba teka siapa saya.hehehhe...Lin ko nyer no maktab brape?

Good bisnes doc, biskut raya tu pon nampak menyelerakan.

Hanneem said...

A'KUM DR Azwan...u senior i la...i 49/94 .... saya baru je transfer out from MOH...u still under doktor kat MOH ke keluar... salam ramadhan...sedak ah nampok kueh raye

--{-@ Zaity @-}-- said...

Dr. masih sempat ke nak order kuih ni. Bila tarikh last order.

--{-@ Zaity @-}-- said...

Assalamualaikum Dr. Saya nak order kuih - ice lemon cheese (3) - coklat chip (1) - strawberry marble (1). Mcm mana prosedur pembayaran dan bila boleh dapat. Saya dah hanta email pd. Dr. mengenai tempahan ni. Wait for your reply. email saya - zaity@myfox.com.my / ztakmal@yahoo.com.my. Thank you.

meiza said...

agak2 masih terima tempahan tak. mcamana dgn bayaran.

meiza said...

Assalamualaikum Dr. Saya nak order Tart Nenas = 1, Ice Lemon Cheese = 1, Almond London = 1. Bayaran macamana?

Dr Azwan said...

Sorry semua. Zaity dapat last. Yang lain dah tak terima dah. (Hehe.. komen dibuat 8 hari lepas raya)

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails