Friday, August 8, 2008

RABBANI, RAIHAN DAN NOWSEEHEART DI SMAKL!





Salam,

Apa khabar kawan se SMAKL dulu? Harap-harap anda masih ingat lagi kawan-kawan sebatch kita kan. Masih ingat lagi Ustaz Mohamad Awang, Ustaz Mohamad Mokhtar, Ustaz Hassan, Ustaz Sharif, Pn Rosnah, Puan Siti Halimah, Ustaz Aziz dan Ustaz Mohd Nor...

Sebenarnya saya sendiri pun dah lama tak bersua dengan cikgu-cikgu lama kita nih. Kebetulan semasa isteri saya berkursus di SMAKL untuk Mukhayyim Al-Arabi, saya terjumpa Ustaz Azahari (vokalist NowSeeHeart), junior SMAKL setahun saya. Dia meminta saya untuk mengumumkan tentang konsert Warisan SMAKL. jadi saya tolonglah war-warkan nih. Kepada anda yang berkesempatan untuk hadir petang itu, ada AGM jam 3 petang untuk memilih barisan kepimpinan alumni yang baru.

Tidak dinafikan hanya NowSeeHeart sahaja yang berusaha mengembalikan nostalgia SMAKL.. Cerita terkini, Mujahid dah keluar dari group untuk bekerja di studio universal, namun teman-teman lama seperti Azahari, Huzaimi (Kozaim), Sariman, Izhar Jumali dan Firdaus masih lagi mengekalkan kegemilangan SMAKL di dalam NowSeeHeart. Ada juga yang menjemput saya bernasyid... eheemm ehemm.. namun pakcik nih dah boleh diconsiderkan golongan menopause.. keh keh keh..

Sempena sambutan 20 tahun SMAKL, pihak sekolah berhasrat untuk menganjurkan sebuah konsert dinamakan KONSERT WARISAN SMAKL.

Konsert ini sebagai hadiah kepada seluruh warga SMAKL dan para guru serta semua yang pernah menjadi warganya, di atas sumbangan dan kejayaan dalam mengharum dan mengangkat nama SMAKL di mata masyarakat.

Objektif konsert ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, PIBG dan alumni SMAKL, memberi semangat kepada pelajar-pelajar SMKAKL sedia ada terhadap kejayaan bekas-bekas pelajarnya dan mempertemukan semula bekas-bekas pelajar dan bekas-bekas guru yang telah lama tidak berhubung.


Berikut adalah detail tentang program :-

Tema konsert ialah : 1988 – 2008 Dua Puluh Tahun Yang Gemilang

Tarikh/Masa : 10 Ogos 2008 (Ahad) jam 8.00 – 11.30 malam.

Tempat : Dataran letak kereta di hadapan Dewan.

Tentatif Konsert

8.00 - 9.00 mlm : Ketibaan tetamu dan penonton
9.00 – 9.05 mlm : Kata-kata aluan Pengerusi
9.05 – 9.10 mlm : Ucapan VIP
9.10 – 9.15 mlm : Perlancaran Lagu SMAKL

9.15 – 10.00 mlm Persembahan 1 oleh :
1. Anugerah (Pelajar SMKAKL)
2. Madani (Kumpulan baru)

10.00 – 10.10 mlm Selingan Video Nostalgia
10.10 – 10.45 mlm Persembahan 2 oleh :
1. Kumpulan NowSeeHeart (Ex-SMAKL)
2. Raihan
3. Rabbani

10.45 – 11.30 mlm Jamuan Khas Tetamu VIP dan Artis

Semua penuntut dan bekas penuntut SMAKL dijemput hadir.

Jangan main2 bro.. ada Rabbani dan Raihan sekali tuh. Kalau campur dengan NowSeeHeart, memang ngetop sangat lah ni. So apa kata anda semua warga Ex SMAKL bersama-sama join untuk konsert Warisan SMAKL ni.

Salammmm...

6 comments:

yus said...

rupanye dr azwan senior saya...
saya belajar di sana dari 1994/95.
spm 1999.

Ummi Ainun said...

Salam,

Saya memang peminat nowseeheart dari zaman dulu lagi (Nampak nau dah tua ye).. rasa2 dulu dipanggil Suara SMAKL. Bestnya kalo dapat pegi konsert nasyid tu.. Kalau bukan warga alumni SMAKL boleh join ke? Tapi saya ni jauh le kat Kelantan ;-)

Kamarul said...

jemput semua masuk dan mewar-war kan laman http://smaklian.freeforums.org/index.php

dan ajk yang baru dilantik juga diminta mengaktifkan diri di situ yer....

admin said...

Salam, x sangka rupenye dr azwan ni senior saya. Saya batch SPM 96. :)

mR_sHuFFix said...

sy pn smkaklgak..batch spm07..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails