Friday, August 29, 2008

Belanjawan 2009 - Rokok Naik Harga Lagi!



Assalamualaikum,

Banyak kalau nak komen pasal Belanjawan 2009 yang dibentangkan petang tadi. Alhamdulillah dapat sebulan bonus untuk pekerja sektor awam. Presiden cuepacs bising sebab elaun COLA dan elaun khidmat awam tidak meningkat. Dapat sebulan pun dah kira baik, kalau PM bagi setengah bulan kang...

Saya cuma nak komen dalam banyak-banyak tuh ialah duti eksais ROKOK naik lagi. Ini menjadikan sebatang rokok berharga RM 18 sen. Wah... berharga juga rokok sekarang.. Malah duti arak tidak naik pula, walaupun duti rokok naik mencanak.

Sebenarnya, saya dengan segala rendah dirinya, ingin mencadangkan kepada semua perokok dan bukan perokok... jangan hisap rokok! Kita sebenarnya boleh simpan rokok ni buat barang komoditi. Bayangkan kalau naik 3 sen pun dah kira naik 20%. Wah, untung tuh. Jual rumah pun setahun naik tak sampai 6%!

Kalau kita semua tidak merokok, menyimpan rokok di dalam bentuk stok dan menjual semula mungkin 5 tahun lagi, saya pasti anda boleh membuat duit dengan banyak. Malah mungkin lebih membawa pulangan yang lebih lumayan daripada main saham kerana saham kita tidak boleh jamin naik turun pasaran.

Sedangkan rokok, saya boleh gerenti, selagi rokok itu tidak expired (ada tarikh expired ke rokok?), ia tetap boleh dijual di pasaran biasa atau pasaran gelap. Keuntungan mungkin boleh meningkat sehingga 100%... Wow!

Cuba lihat senario ini, jika dahulu harga rokok cuma RM 2.50 sekotak, di dalam masa 3-4 tahun sahaja ia telah meningkat sehingga mencecah RM 7.00. Dan saya jamin permintaannya masih tinggi.

Dari segi pasaran anda usah risau kerana, walaupun kerajaan meletakkan syarat had umur pembeli rokok mesti melebihi 18 tahun, namun, kedai-kedai tetap menjualnya pada budak sekolah rendah. Malah saya pernah tengok budak-budak sekolah hisap rokok pakai baju sekolah pada bulan puasa atas motor dengan kawan-kawan sekolah. Jadi pasaran tidak susah tuan-tuan. Had umur 18 tahun tuh? Tipu je tuh...

Jadi dermografinya besar dari segi pasaran.... Dari budak kecik tak sunat.... sampai ke orang tua kena Kanser paru-paru.... sampai ke orang sakit jantung tinggal semput-semput nafas pun.. InsyaAllah akan menjadi sasaran pasaran anda. Huh.. kalau kena penangan rokok.. antara rokok atau kaki kena potong, dia akan pilih rokok tuan-tuan... tak der masalah.

Jadi amacam? Boleh kita mulakan sekarang? Simpan stok rokok anda.. jangan hisap untuk 5 tahun. Kalau ada duit lebih sikit nak beli rokok, simpan duit tuh di dalam bank untuk pembelian rokok secara borong (lebih murah) atau beli rokok tetapi simpan di dalam peti besi. Lepas 5 tahun, harga dia mungkin naik RM 10.00 atau RM 12.00 sekotak, baru kita jual. Lepas 5 tahun, mungkin anda dah tak der selera nak merokok... sebab anda bakal jadi jutawan..

Well, saya nak bawak usul ni ke parlimen... hohoho..

Oleh Dr Azwan... Usahawan...







15 comments:

Hasbullah Pit said...

Haiya, Penat aku kempen.

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Kujie said...

saya menyokong cadangan YB .. hehehehe...

Dr Azwan said...

Sebol : Belanjawan ker...? setuju-setuju...

Kujie : bleh lantik jadi SU Parlimen nih.. hehe

Anonymous said...

kesihatan perokok2 kt msia akn trjejas teruk sebab hisap rokok seludup yg x th ape kandungannya..jnji murah n blh hsp rokok..

jejaka said...

dr azwan otak bisnes =)
hebat2.. hehe...

Anonymous said...

jadi kalau hisap ROKOK TAK SELUDUP tak jejas kesihatan lah ye?

hukum manalah pulak tu yg dipakai guna?

rokok jelas haram. tapi ada orang yg buat2 tak faham. atau saje2 tak mahu faham sebab fikir duit(bisnes) atau nafsu(menghisap).

Allahu a'lam.

kucau said...

ermmm , cukai rokok patut naik 100%. hehe. TAPI penguatkuassan untuk rokok seludup kene lebih AND hukuman utk seludup rokok kene gila2. kalau tak, setakat naik jer lg suka org seludup.AND org2 yg dok boikot barang yahudi/belanda dsb nyer , depa patut org yg pertama behenti rokok.

ermm simpan rokok byk? bleh ke simpan barang camni? dari segi udang2 negara salah kot. dari segi islam guane?

aku pon alhamdulillah dpt BONUS. BUT actually kalau akulah letak kat tapak kaki PM or org2 susah. biarlah aku x dpt bonus. Kadar inflasi skrg adalah 7.2 % paling tinggi sejak Tun Hussein dulu. Announce bonus masa inflation rate skrg? Masa nak raya? Masa ade desas desus minyak nak naik? apa kata announce later? bulan 12 ke? aku suka dpt bonus tp ade org yg lebih perlu, why dont just bagi bonus kat gov serv salary RM 1200 kebawah?

Anonymous said...

rokok ada expiry... at least perokok yg bijak tahu bila se-kotak rokok itu dikilangkan dengan hanya membaca nombor cetakan pada kotak...

Dr Azwan said...

Anon : Wah. terima kasih di atas pandangan expert anda. Kalau arak, dia makin lama simpan makin sedap.. kalau rokok? Mintak pandangan expert anda sekali lagi...

Dr Azwan said...

Kucau : Aku nak bonus.. tak pedulik..

kucau said...

Azwan : hahahah , ko pon skang mcm org BN ker. thehehe. ko cuba baca artikel yg dr Asri mufti perlis pasal bersusah2. Saidina Umar nak makan daging unta yg sedap pon tanya rakyat makan apa. last2 saidina usman tak makan pon daging yg sedap tuh.

Dr Azwan said...

Kucau : aku serba boleh.. haha.. rakyat Malaysia belanja berpuluh ringgit sehari beli ayam percik kat Pasar Ramadhan.. lepas tuh komplen tak der duit lah, api naik lah... apalah.. tapi kucau daging unta memang keras sikit.. aku dah rasa... baik daging kerbau lagi... haha!

Anonymous said...

arak disimpan lama lebih sedap sbb proses fermentasi menyebabkannya lebih kick. tapi berlainan dlm kes rokok, lagi lama simpan lagi tak sedap rasanya... bezanya umpama kerepek pisang rangup & segar vs kerepek pisang masuk angin & lipas

:)

Anonymous said...

Brkenaan dgn rokok, sila ke http://www.taknakmerokok.com/ . Dgn RM 77, kta bolh jimt RM 2,952. Lain2 yg brkaitn: S'DETOX Desquera jimat duit

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails