Wednesday, August 20, 2008

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok



Assalamualaikum,

Kenapa nak tukar songkok kepada mortar? Kenapa nak habiskan RM 2.1 juta untuk tukar jubah baru? Harap ini bukan tekanan kerana ada orang-orang tertentu yang tidak mahu orang melayu, bukan melayud an pelajar antarabangsa memakai songkok sebagai satu upacara rasmi di UIA. Saya sebagai ex UIA pun tak setuju. Kita kekalkan songkok. Full stop. Apa pendapat anda?

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok

Jimadie Shah Othman Aug 20, 08 2:48pm

Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.

Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.

Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).

Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.

Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.

Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.

Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.

Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.

UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.



Salam

12 comments:

malaysia baru said...

Apa boleh buat..pemimpin Melayu yg tak mau pertahankan nilai kita..
Mcm orang Melayu tak ada kelas..
Univ kita, ikut cara kita la..

Yg penting quality akademik tinggi, orang akan datang utk belajar cari ilmu...bukan tengok pakai songkok atau mortar board..

Dulu di UTM, pakai songkok...tapi la ni tak pakai dah..

Bagus utk syrkt kroni yg supply pakaian baru konvo...menghabiskan wang rakyat.

Selamat berkabung wahai UIA....

Anonymous said...

alahai uia.

keseragaman sesama IPTA?

alahai uia.

moga penukaran mortar board ini bukan... kepentingan bisnes pihak tertentu atau ada desakan tertentu yang fobia dengan songkok.

alahai uia.

alumni uia
http://pakdi.my

Anonymous said...

salam...saya pon sama xsetuju nak kena tukar semua tu.As an ex UIA,saya rasa songkok tu slh satu kelainan n keunikan UIA...saya mmg 100% xsetuju dgn cadangan tu

Anonymous said...

melayu ada uitm jek...

PoP

Anonymous said...

Insi lah padahnya apabila pelajaran di bisneskan oleh orang yang ada kepaentingan politik. Mereka tidak akan sedar sehingga musibah menimpa......Ingatlah!

Anonymous said...

Salam,

Saya pun ex-uia juga.. ex-student dan ex-staff. Kalo saya kat situ lagi mmg akan sain petisyen membantah sekali.

Sedih, after 25 years IIU is no more unique with her own beautiful culture.

Dr Azwan said...

Dato' Prof Dr Tahir tuh bekas Dekan Medic dulu. Dia tuh mungkin boleh buat sesuatu untuk mengekalkan songkok. Masih ada cahaya di sebalik terowong yang gelap.

Anonymous said...

mungkin ada sesuatu yang lain .....

kucau said...

tukar pakai lain sewaktu ekonomi tgh meleset nie sama lembulah dgn mat said tganu tuko v6 ker merc . walaupun 2.1 juta , tapi tetap bengap sebenarnya sebab yg buat decision sebenarnya sepatutnya org yg lebih berilmu. Hanya utk keseragaman? mau tuang ini 2.1 juta . aku kata nie langkah yg bengap

kucau said...

aise wann .. Prof tahir maybe takleh buat ape2 kot . bukan dah tempah ker? kalau revert balik lagi la mangkuk plak sebab dah rugi 2.1 juta. thehehe

SNA said...

haih~ UIA!

suke UIA dengan identitinya yang tersendiri~
rndu nye kt UIA~~ :P

Anonymous said...

saya ex-student uia..and now staff uia...mmg sedih tau....tak taulah apa nak jadi...pentingkan poket masing2 jerk...moga Allah memberi mereka petunjuk yang benar amin......

Related Posts with Thumbnails