Monday, July 30, 2007

Guru Kena Cekik - Satu Tindakan Spontan??

Assalamualaikum WBT


Bila keluar cerita dari akhbar tentang seorang guru perempuan dicekik dan ditolak hampir jatuh dari tingkat 2, saya terfikir ada juga anak murid yang tergamak buat sehingga begitu kepada gurunya. Saya tak pernah terbayang untuk buat sehingga begitu kepada guru saya sendiri tak kisah dia pernah mengajar saya atau tidak, jadi tidak terjangkau akal saya untuk terfikir ada anak murid yang sanggup berbuat dosa sebegitu kepada guru mereka.

Lagi menyayat hati, bapanya pula memberitahu bahawa itu adalah tindakan spontan anaknya kerana lengannya dicengkam guru perempuan tadi. Bapanya menyalahkan sekolah, kenapa anaknya harus dibuang dan kenapa tidak bertindak adil kepada anaknya yang akan menduduki SPM.

Tindakan spontan mencekik dan menolak cikgu? Saya tertarik untuk mengupas isu ini dari sudut jawapan ayahnya itu. Dari pandangan saya daripada sudut sains, tindakan spontan bermaksud satu tindakan yang tidak menggunakan otak. Perlaksanaan tindakan spontan berdasarkan impulse/arahan setakat level saraf tunjang atau spinal level. Jadi orang yang berbuat sesuatu secara spontan adalah mereka yang tidak menggunakan otaknya. Contoh yang mudah, kalau kita terpijak bara api, apa tindakan spontan yang berlaku ialah kita cepat-cepat menarik balik kaki kita daripada terus terkena api tersebut. Tindakan spontan ini membantu kita daripada terus tercedera. Kita tak perlu fikir untuk mengangkat kaki tersebut, ia terjadi secara spontan.

Soalan saya.. Adakah reaksi pelajar yang mencekik dan menolak gurunya hampir jatuh dari tingkat 2 itu adalah tindakan spontan? Adakah jawapan ayah nya itu wajar mengaitkan tindakan anaknya sebagai spontan? Adakah ini bermaknya anaknya tidak menggunakan otaknya ketika menolak guru tersebut? Yaa.. haiwan pun ada otak tapi mereka tiada akal.. mungkin di dalam kes mungkin bukan sahaja otak tidak digunakan, malah mungkin akal juga disimpan di rumah...

Saya letakkan kewajaran itu sebagai ini, adakah sekiranya guru saya merotan saya kerana saya bertindak nakal, saya secara spontan mengambil rotan tersebut dan memukul guru saya semula... macam tak logik sahaja?.. Seorang ibu sedang memakai kain lampin anaknya, kemudiannya anaknya terkencing di atasnya... apakah tindakan spontan ibu itu? Kencing balik ke atas anaknya?? hahaa.. Nampak tak beberapa spontan pulak kan...

Sekiranya saya seorang pelajar yang membuat bising bersama kawan-kawan saya, kemudian dipanggil oleh guru dari kelas sebelah, kemudian saya dimarahi, tetapi saya tidak peduli, saya terus ketawa seolah olah guru tadi tidak wujud di hadapan saya. Kemudian tangan saya dicengkam guru yang memarahi saya tadi, saya menolak dada guru itu dan hampir guru itu jatuh dari tingkat 2... bagi saya, saya tak patut dibuang sekolah sahaja... Saya patut dimasukkan ke kelas pemulihan akhlak istimewa untuk pelajar yang dibuang sekolah (SPM walaubagaimanapun wajar diduduki). Sudah ternyata dengan jelas lagi terang bahawa saya tidak menghormati guru itu walau apa pun alasan yang diberikan.


Cuba bayangkan sekiranya guru wanita itu jatuh dari tingkat 2 dan meninggal dunia atau lumpuh. Ia bukan lagi menjadi kes yang kecil.. yang menyedihkan, insiden guru itu ditolak tidak dibincangkan. Betapa malunya guru itu di hadapan pelajar-pelajarnya, bagaimana terluka perasaannya, bagaimana dia terganggu secara fizikal dan emosi... Ada sapa-sapa tanya?? Ada sapa-sapa nak ambil tahu? Seolah-olah guru wanita itu bukan manusia..

Banyak pakar psikologi berpendapat, pendekatan yang efektif harus diambil seperti memberi pengajaran yang baik, nasihat dan tidak menggunakan kekasaran seperti rotan dan sbgnya supaya anak tadi tidak "retaliate" dan menjadi semakin aggresif. Saya amat bersetuju dengan cadangan itu. Pendekatan aggresif merupakan cara yang terakhir sekiranya tiada tanda-tanda anak itu akan berubah. Kementerian Pelajaran Malaysia selalu memetik kata-kata itu.


Apa yang Kementerian Pelajaran Malaysia kurang hendak memetik kata-kata pakar psikologi ialah, apabila anak dididik di dalam dua disiplin yang berlainan oleh dua guru yang berlainan dan dua guru ini selalu berbeza pendapat, anak akan jadi keliru.
Di rumah, ibu-bapa sebenar yang menjadi guru. Mereka tidak pernah menegur anak mereka, pakaian mereka yang mendedahkan tidak di ambil peduli, mereka tidak pernah hormat ibu bapa dan orang-orang tua, bahasa yang keluar dari mulut mereka sangat menyedihkan. Bila sampai di sekolah, perkara ini cuba diubah. Mereka diajar budi pekerti mulia, hormatkan guru, memakai pakaian yang sopan dll.

Pelajar ini akan menjadi keliru, di rumah tidak ada yang menegur tetapi di sekolah asyik menjadi perhatian guru di atas disiplinnya. Kekeliruan ini akan memuncak apabila, guru mengambil tindakan ke atasnya dan kemudian ibu-bapanya pula membela mereka seolah-olah tidak apa kalau buat kesalahan seperti itu.... Konflik ini akan memakan jiwa anak-anak tadi menyebabkan mereka rasa kurang hormat kepada orang tua dan tidak apa sekiranya kesalahan dilakukan. Lagipun ibu dan bapa akan menyebelahi mereka.. tak apa buat itu.. dan tak apa buat ini...

Saya berpendapat, jika kita menjadi defensif untuk anak kita pun ada hadnya. Jikalau saya yang menjadi ayahnya, saya akan merotan anak saya di hadapan guru yang berkenaan. Yang paling patut, saya sebagai bapa, saya akan merotan anak saya dihadapan guru besar, semua guru dan semua pelajar sekolah. Sekiranya ibu-bapa sendiri yang merotan, maka tugas guru disiplin telah selesai... Anak kita akan menjadi malu?? Tak apa! sekiranya malu itu mampu mengubah dia menjadi manusia. Malah saya lebih malu sekiranya nama saya yang dibinkan dan dibintikan dengan nama anak saya, menjadi "dayus" kerana melihat kemungkaran yang dilakukan oleh anak saya sendiri dan saya pula yang membelanya!. Saya tak mahu menanggung dosa anak saya yang menderhaka terhadap guru. Ilmu yang diperolehi menjadi tidak berkat dan kehidupannya keseluruhannya tidak berkat.

Saya berasal daripada sekolah asrama beraliran agama yang mementingkan keberkatan ilmu. Guru kami dan warden kami ada yang garang. Dan kami semua pun ramai yang nakal. Kami didenda mencuci tandas dan berkawad jikalau lambat bangun solat Subuh. Ada di antara kami didenda memanjat tiang bendera pukul 3 pagi sebab ditangkap "fly" waktu malam. Ada juga di antara kami yang didenda tengah-tengah 10 malam di padang sekolah cuma berseluar kerana ditangkap mandi berkubang di dalam kolah asrama. Kami pernah didenda beramai-ramai beratur "menghidu" najis di magkuk tandas kerana ada seorang budak bertuah tidak flush selepas qada' hajat. Kami pernah berkumpul di tengah padang pukul 2 pagi sebab nak buat spot check asrama.. Ada di antara kami dirotan di khalayak ramai kerana tinggal solat. Kami juga pernah dirotan dan ditampar Ustaz kerana nakal... Jika ada ibu-bapa yang kurang bersetuju dengan tindakan Ustaz.. mudah sahaja.. keluarkan anak anda daripada sekolah itu... 1 orang keluar ada 2000 lagi orang nak masuk...

Cuba tengok kami sekarang... tak ada yang kurang.. tak ada lagi yang mati dan lumpuh... tak ada lagi yang hilang jari sebelah atau buta... Ramai di antara kami yang jadi doktor, akauntan, engineer, Ustaz, guru, pilot, penyanyi nasyid (kumpulan Now See Heart), businessman, banker... macam macam... saya yakin ini adalah kerana keberkatan dan doa guru-guru kami...

Saya menasihatkan diri saya dan semua mak dan ayah, biar guru melaksanakan tugas mereka mendidik anak-anak kita. Di rotan adalah perkara biasa untuk mendisiplinkan mereka. Guru juga ada melakukan kesalahan kerana mereka manusia. Oleh itu, daripada tindakan kita menyerang guru dengan parang atau memaki hamun dengan kata-kata nista di hadapan anak kita, adalah lebih baik kita berfikiran rasional dan berjumpa guru dengan niat yang baik untuk membetulkan disiplin anak kita. Saya yakin dengan cara ini, hubungan guru dan ibu bapa akan bertambah baik... dan yang paling penting guru sentiasa akan memberikan perhatian kepada anak kita dan ilmu yang diperolehinya diberkati...

Ingat kata cikgu saya Prof Dr. Sidiq Baba, kita didik mereka agar ber-ADAB, kemudian baru kita isikan mereka dengan ILMU...

Wallahu A'lam.



Friday, July 27, 2007

Dana Investment Prepaid Terkumpul

Assalamualaikum Warahmatullah...
Baru-baru ini saya ada membuat pengumuman berkenaan dengan investment prepaid dengan company saya di mana saya akan membayar 5% untuk 6 bulan iaitu RM 500 sebulan dengan investment minimum RM 10,000.
Alhamdulillah, saya telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 45,000. RM 15,000 daripada saya sendiri, dan RM 30,000 daripada 3 orang sahabat saya yang semuanya Doktor perubatan. Seorang doktor wanita yang bertugas di Bangi, dan 2 orang lagi Doktor lelaki yang bertugas di United Kingdom. Mereka ini merupakan rakan-rakan saya semasa di sekolah dahulu dan rakan setugas semasa di HKL.
Walaubagaimanapun, terdapat 2 orang lagi yang ingin menyertai program ini tetapi tidak kesampaian, iaitu seorang doktor yang baru sahaja melaburkan wangnya ke dalam bidang pertanian dan seorang jurutera minyak yang baru sahaja membeli 3 relung tanah sawah. Tidak mengapa tuan-tuan, InsyaAllah jikalau ada rezeki akan ada peluang lain yang terbuka. Peluang pelaburan ini akan ditutup sehingga akhir bulan ini. Sesiapa yang berminat anda mempunyai beberapa hari sahaja lagi.
Saya juga menerima berita baik iaitu rumah saya di Bandar Universiti Teknologi Legenda (BUTL) Mantin, yang telah dibeli beberapa tahun yang lalu akan disewa!! Yaa... walaupun sewanya tak banyak... sekurang-kurangnya.. ada juga orang yang boleh meringankan beban maintenance dan menjaga rumah itu. Kepada saudara-saudari yang mempunyai rumah di BUTL, Mantin dan ingin menyewa unit anda sila hubungi saya. Mungkin saya boleh membantu. Dengan syarat rumah anda di dalam lingkungan kawasan perumahan yang berdekatan. Jikalau jauh pun susah juga.
Semalam saya baru menerima dough divider yang dijual oleh saudara Bahtiar "The Baker's Place" kepada saya. Dough divider tersebut merupakan dough divider manual yang telah lama diidam-idamkan. Harganya RM 2500.00. Saya membeli dengan Bahtiar secara ansuran sebanyak RM 500 selama 5 bulan tanpa FAEDAH. Mula-mula Bahtiar berat hati juga nak menjualnya, ye dak Bahtiar??... Tetapi kesian agaknya melihat kesungguhan saya merayu untuk membeli alat itu. Tetapi Bahtiar pun apa kurangnya, dia dah ada dough divider baru automatik!
Semalam saya menguli 4 kg tepung. Pada kebiasaannya proses membahagi dough secara timbang potong mengambil masa hampir 45 minit hingga sejam. Mesin ini mengurangkan tempoh itu tak sampai 15 minit! Paling best termasuk proses membulat-bulatkan dough menjadi tersangat senang.. perrhh... bayangkan boleh potong dan bulatkan 150 biji dough kurang dari setengah jam! Malam tadi semua orang tersenyum...
Sabtu ini, ada program usahawan di Sekolah isteri saya. Jadi kami mensasarkan untuk menjual 500 biji roti dengan tujuan kembali modal dan jajaran untung yang sangat kecil. Baki untung diambil oleh sekolah untuk program memajukan sekolah. Jadi, sekolah boleh mengambil untung tanpa mengeluarkan modal. Dengar cerita pengetua sekolah excited sangat dengan idea jual roti nih... hehe.. majulah sekolah untuk negara.
Minggu hadapan bermula 30 hb Julai saya akan memulakan tugas di Klinik Idzham, Kota Damansara jam 2 pm hingga 10 pm. Kepada sesiapa yang tak sihat, nak amik ubat atau ehem ehem... (kita sama kita jer tahu)... jemputlah datang ke klinik Idzham. Skarang ni pun dah bukak, tapi Boss besar yang jaga pagi sampai malam.. Harap-harap sempatlah untuk saya meneruskan kerjaya kesukaan saya ini iaitu menulis blog...
Blog Drazwan.blogspot.com ini telah mencecah rekod tertinggi 155 orang pada hari Rabu. Pada hari Khamis semalam pula mencecah sekali lagi rekod tertinggi 162 orang. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog saya ini. Diharapkan anda terus setia mengunjung blog saya yang tidak seberapa ini. Saya akan cuba sebaik mungkin mengupdate apa-apa yang saya tak larat nak update akibat kesuntukan masa.. terutama harga handphone terkini.... Apapun... terima kasih
Ada juga satu cerita sedih. Dr Fairus, batch ke 3 UIAM Doctors, junior saya baru sahaja meninggal dunia 2 hari yang lepas kerana polytrauma akibat kemalangan jalan raya. Isteri beliau Dr. Maslina merupakan mentee saya semasa di UIAM dulu dan sedang mengandung anak kedua dan dijangka sedang menunggu saat kelahiran. Berita ini begitu menyedihkan. Hadiahkan al-Fatihah untuk Allahyarham. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh beliau. Amin...

Wednesday, July 25, 2007

Dr Kassim "The Miracle Healer"

Assalamualaikum..

Pernah dengar Klinik Kassim dan Zubaidah? Klinik ini terletak di Perumahan Kos rendah, flat Sri Kota, Bandar Tun Razak. Sekali melihatnya anda akan dapati bahawa klinik ini tiada bezanya dengan klinik-klinik swasta yang lain. Malah kedudukannya agak jauh ke dalam, kliniknya sempit dan keadaannya pun nampak usang. Pintu tandasnya dah rosak, kerusi di luar klinik muat untuk 10 orang sahaja dan waktu rawatannya 2 sesi - pagi 8.30 am hg 1.00 pm dan dibuka semula pd waktu petang 4.30pm hingga 9.00 mlm. Tak ada apa-apa yang menghairankan, tak ada apa-apa yang hebat pun...

Apabila saya ditawarkan lokum oleh Dr. Kassim sendiri, saya terima dengan perasaan biasa. Kadar bayarannya lebih tinggi daripada biasa iaitu RM 45/jam. Apabila hari yang dijanjikan tiba, saya pun ke klinik Kassim. Saya sampai pukul 4.25 pm. 5 minit lebih awal dan saya duduk kira-kira 20 meter dari klinik menunggu klinik tersebut dibuka. Tiba-tiba sahaja entah dari mana, saya melihat manusia, lelaki perempuan, kanak-kanak, kira-kira 15 orang datang menghampiri klinik dan berdiri di hadapan klinik. Tepat pukul 4.35 pm, pintu dibuka dan mereka menyerbu `masuk ke dalam klinik seperti orang berebut makanan untuk buka puasa.

Saya masuk ke dalam bilik rawatan. Bila buka sahaja komputer... "15 pesakit sedang menunggu!" perrhh... ramai.. Cabaran yang paling getir di klinik Dr. Kassim ini ialah semua pesakit sebenarnya nak jumpa Dr. Kassim.. bukan Dr. Azwan. Tiap-tiap kali pesakit masuk mereka akan berkata," Saya datang nak jumpa Dr. Kassim sebenarnya"... huuuu.... Yang itu tak pe lagi.... Yang paling pening.. "Dr., saya tak nak ubat lain... saya nak bagi ubat serupa yang Dr. Kassim bagi".... huuuu.... kenalah saya menelaah ubat-ubat yang telah lepas... tapi yang hairannya... kalau demam Dr. Kassim bagi ubat Paracetamol jugak... Kalau antibiotik ubatnya Amoxycillin jugak... kalau selsema ubatnya actifed jugak... kalau tahan sakit ubatnya Voltaren jugak... bukan ada ubat yang pelik-pelik pun... sama jugak... sehingga klinik sepatutnya tamat pukul 9.00 pm ada 10 pesakit sedang menunggu! Saya keluar klinik malam itu pukul 9.45 pm.

Pagi ini saya bertugas di sana lagi menggantikan Dr. Kassim. Kali ini saya lebih bijak. Saya akan sebut, "Saya akan bagi ubat serupa yang Dr. Kasim bagi, kaaakk...", sambil tersengih.... hehehe

Anda tentu takjub tentang reputasi Dr. Kassim ini. Saya sempat bertanya, pesakit yang datang tinggal di mana... ada yang jawab Damansara Heights... ada yang dari Sg. Pusu, Gombak... Ada yang datang dari Cheras... ada yang datang dari Kedah! Waahh.. rupa-rupanya Dr. Kassim ini ada reputasi sebagai "miracle healer". Kira-kira taraf bomoh lah ni... Kalau ada sapa-sapa yang sakit, datang jumpa Dr. Kassim gerenti baik... huuu... patutlah patient ramai...

Kalau di dalam bisnes... ini dipanggil "personalized marketing".. di mana orang datang ke klinik itu kerana kehebatan Dr. Kassim. So, Dr. Kassim begitu attached dengan pelanggan dan pesakitnya. Dan pelanggannya tanpa berbelah bagi akan datang ke klinik itu walaupun jauh. Itulah kehebatan "personalized marketing". Tetapi ada juga kelemahannya. Tanpa Dr. Kassim, maka klinik tersebut kurang rancak seperti biasa. (Mengikut kakak pembantu klinik, biasanya kalau Dr. Kassim ada lagi ramai!!)... Kalau diganti dengan doktor lain, maka klinik ini akan kehilangan pelanggan.. makin lama makin berkurang.

Jika dilihat contoh Klinik Idzham, "personalized marketing" tidak banyak berlaku. Dr. Idzham meletakkan pekerjanya di kliniknya dan pesakit datang walaupun tanpa kehadiran Dr. Idzham. Mungkin akhirnya "personalized marketing" hanya wujud selepas itu di mana pesakit mahu berjuma doktor yang bertugas iaitu "pekerja" Dr. Idzham dan bukannya Dr Idzham sendiri. Dengan cara ini, Dr. Idzham boleh membuka 10 cawangan di merata tempat dan mengawalnya di pejabatnya di Gombak.
Walaubagaimanapun, "Personalized Marketing" biasa berlaku di dalam early level of business terutama di dalam bidang perkhidmatan atau servis seperti kedai gunting rambut, atau klinik. Bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk keluar dari level ini dan mengagih-agihkan tanggung-jawab kepada pekerja pekerja kita.

Perbezaan Dr. Kassim dan Dr Idzham menjalankan bisnes agak jelas. Dr. Idzham tidak meletakkan emotional attachment pesakit kepadanya tetapi mengagihkan tanggungjawab itu kepada pekerjanya. Beliau bergerak sebagai ahli business di dalam level yang berlainan.
Sedangkan Dr. Kassim menjadikan pesakit attached kepadanya dengan penuh kepercayaan dan emosional dan merawat pesakitnya dengan memberi seluruh tenaga,masa dan jiwanya kepada pesakit. Inilah kisah Dr Kassim - "the miracle healer"....










Tuesday, July 24, 2007

BASIC RULE NO 5 & 6 - Guide To Investing (RDPD 3)

Assalamualaikum WBT,


Dipetik daripada buku "Guide To Investing" (Rich Dad poor Dad Part 3)- Basic Rule No 5 & 6: m/s 109 - 111.


Seorang pelabur mesti bersedia apa pun situasi yang berlaku. Seorang yang bukan pelabur (non-investor) cuba untuk mengagak perkara yang akan berlaku dan bila ia akan berlaku.


"Apa maksudnya?"Saya bertanya


"Pernahkah awak mendengar seseorang pernah berkata,"Aku sepatutnya beli tanah tu untuk RM 500/ seekar 20 tahun dulu. Cuba tengok sekarang. Ada orang telah membina sebuah kompleks membeli belah betul-betul sebelah tanah itu. Sekarang ni tanah tu dah berharga RM 500,000 seekar!"


"Ya, saya pernah dengar cerita seperti banyak kali.


"Kita semua pernah mendengarnya", kata Rich Dad. "Dalam kes ini, orang itu tidak bersedia. Kebanyakan pelaburan yang akan membuatkan kita menjadi kaya sudah tersedia. Mungkin ia akan datang di dalam masa yang sangat singkat seperti sebuah jual beli di dalam perniagaan, atau di dalam masa yang lama seperti di dalam bidang hartanah.

Tetapi tidak kisah samada peluang itu terbuka dalam masa yang singkat ataupun lama, sekiranya anda tidak bersedia dengan ilmu ataupun pengalaman, ataupun dengan simpanan wang tunai, peluang itu walaupun baik akan terlepas".


"Bagaimana seseorang itu harus bersedia?",


"Anda harus fokus dan menumpukan kepada apa yang pelabur lain sedang mencari-cari. Jikalau kamu ingin melabur di dalam saham, kamu harus hadir ke kelas untuk bagaimana cara untuk memilih saham yang baik. Begitu juga di dalam bidang hartanah. Itu semua bermula dengan latihan di minda untuk tahu apa yang dicari dan bersedia untuk saat-saat apabila pelaburan itu muncul di hadapan.


Ia seperti bermain bola. Kamu bermain dan bermain, dan satu saat tiba dimana kamu terpaksa untuk membuat tendangan gol untuk kemenangan. Di saat itu ia adalah di antara kamu sudah bersedia atau tidak. Atau kamu berada di posisi yang betul atau tidak. Walaupun begitu, sekiranya anda terlepas peluang untuk menjaringkan gol, akan tiba masanya peluang itu tiba lagi. Peluang untuk pelaburan terbaik akan sentiasa tiba kepada anda sekiranya anda sentiasa bersedia.


"jadi itulah sebabnya, anda selalu ketawa sekiranya anda orang memberitahu, anda terlepas peluang itu atau peluang ini".


"Betul. Dan terlalu ramai manusia di dunia ini yang berfikir bahawa peluang untuk berjaya terlalu sedikit. Mereka mengeluh mengenai terlepas satu peluang yang besar dan memegang satu peluang dengan berfikir terlalu panjang bahawa itu satu-satulah peluang mereka dan tidak nampak peluang yang lain. Jika anda berada di dalam B atau I Quadrant (Businessman or Investor) anda mempunyai banyak masa untuk mengenali di mana peluang yang terbaik. Malah keyakinan anda yang tinggi membolehkan anda menukar peluang yang "tidak bagus" bagi seseorang kepada sebuah pelaburan yang "bagus".


......


"Dan apa maksud anda jangan buat jangkaan?"


"Ya, pernahkah anda mendengar, " Apa akan berlaku sekiranya pasaran saham jatuh?', apa yang akan berlaku terhadap pelaburan saya nanti? Itu sebabnya saya tak beli, Saya akan tunggu dan lihat!".


"Sudah banyak kali",


"Saya mendengar sudah banyak kali, apabila diberi peluang satu peluang pelaburan yang baik, mereka melarikan diri daripada pelaburan itu kerana takut. Mereka menjangkakan tentang kegagalan satu pelaburan yang akan mereka alami. Mereka akan mengeluarkan perkataan-perkataan negatif dan tidak melabur... ataupun mereka jual ketika sepatutnya mereka tidak jual, atau mereka beli ketika tidak sepatutnya mereka beli berdasarkan jangkaan emosi mereka."

"Ini semua boleh dihindarkan berdasarkan pengalaman, ilmu dan sedikit persediaan. "
......


"Bagaimana saya nak melabur tanpa wang?"


"Jika kamu sudah bersedia dari sudut ilmu dan pengalaman, dan anda terjumpa satu peluang pelaburan yang baik duit akan datang kepada anda, atau anda akan berjaya mendapatkan wang itu. Pelaburan yang baik akan menjadikan mana-mana orang menjadi "tamak". Saya tidak berniat menggunaan konotasi "tamak" sebagai satu simbol yang negatif. Ia adalah emosi manusia biasa seperti kita. Jadi apabila sesuatu pelaburan itu baik, wang akan datang sendiri kepada kita kerana minat pelabur terhadap pelaburan itu. Sekiranya pelaburan itu tidak baik, maka pelabur tidak akan tertarik dengan kita.


"Pernahkah berlaku bahawa walaupun peluang pelaburan itu sangat baik, tetapi tiada wang yang datang?"


"Ia pernah berlaku, tetapi bukan kerana peluang itu tidak menarik wang untuk datang, tetapi Orang yang mengawal peluang itu yang menyebabkan ia tidak menarik. Sekiranya orang yang mengawalnya dikeluarkan atau dialihkan, maka peluang itu kembali nampak menarik.


"Orang tidak akan bertaruh pada kereta lumba Ferari di perlumbaan F1 sekiranya pemandunya merupakan pemandu kereta biasa sahaja. "

"Di dalam pelaburan hartanah, kita selalu mendengar perkataan, "lokasi, lokasi, lokasi." Saya mempunyai fikiran yang berlainan. Di dalam pelaburan, perkataan yang paling utama ialah "orang, orang, orang!". Itu lah yang menyebabkan hartanah terbaik di atas lokasi yang terbaik juga gagal kerana ORANG yang salah menguruskannya."

"Jadi saya bersedia, saya telah buat tugasan saya, saya berpengalaman dan saya ada "track record" yang baik.Sekiranya saya dapati sesebuah pelaburan yang baik, saya dapati wang itu satu perkara yang mudah."

---- dipetik dari Guide to Investing oleh Robert T. Kiyosaki ----

...................

.....


Friday, July 20, 2007

Pinjaman Perumahan -10 tahun vs 30 tahun

Assalamualaikum...

Ramai yang tak pasti.. kalau nak membeli rumah untuk pelaburan, berapa tahun yang sebaik-baiknya untuk kita pinjam. 10 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Pilih yang paling singkat? Atau pilih yang paling lama?

Ada beberapa faktor yang harus kita lihat:-

Yang pertama adalah TUJUAN.
Apakah tujuan anda membeli rumah? Untuk pelaburan atau untuk duduk sendiri? Sekiranya anda buat untuk pelaburan, maka lebih baik anda ambil tempoh paling lama. Sekiranya untuk duduk sendiri, sebaik-baiknya ambil tempoh paling pendek. Ini adalah kerana, untuk duduk sendiri, kita terpaksa menanggung interest rate dari bank yang keluar dari poket kita sendiri. Sedangkan untuk pelaburan, penyewa rumah kita yang amat baik hati akan membayar interest bank tersebut.



Yang kedua adalah UMUR.
Sekiranya anda masih muda seperti saya... Ya.. saya masih lagi muda walaupun rambut dah makin tak beberapa nampak... Sebaik-baiknya ambil pinjaman yang paling lama. 30 tahun adalah baik. Kenapa? nanti akan saya ceritakan. Kalau anda berumur 50 tahun.. anda tiada pilihan lain selain daripada membuat pinjaman dengan tempoh singkat ataupun mendapat bantuan daripada anak-anak untuk buat pinjaman bersama.

Ada 4 sebab besar mengapa kita perlu ambil pinjaman di dalam tempoh paling lama :-

1. Pembayaran bulanan ke Bank akan Berkurang.

Bila kita buat pinjaman dalam tempoh 30 tahun, bayaran bulanan ke bank akan menjadi sedikit. Contohnya kalau pinjaman 20 tahun, bayaran bulanan ialah RM 800/bulan tetapi kalau pinjaman 30 tahun ia akan jadi 600/bulan. Sekiranya rumah anda disewa hanya RM 600/bulan, ada tidak perlu mengeluarkan wang dari poket anda untuk membiayai rumah tersebut. Jadi cashflow anda setiap bulan tidak berkurang. Beban anda boleh ditangani sekiranya tiba-tiba sesuatu terjadi contohnya tiada sewa sebanyak 1-2 bulan. Lubang di poket anda pun tidaklah sebesar mana.


2. Boleh mendapat Cashflow untuk tujuan pelaburan yang lain.

Sekiranya terdapat lebihan sewa daripada bayaran bulanan ke Bank, contohnya rumah disewa sebanyak RM 800/bulan dan bayaran bulanan adalah RM 600/bulan, kita akan ada lebihan cashflow sebanyak RM 200/bulan. Baki RM 200/bulan boleh digunakan untuk disimpan di dalam ASB atau dilaburkan ke Mutual Fund dan menjana pendapatan lebih tinggi. Ataupun kita boleh masukkan di dalam cash reserve sekiranya terdapat masalah di kemudian hari. Atau lebihan wang boleh kita simpan untuk jadi duit deposit untuk membeli rumah yang seterusnya.



3. Boleh menghasilkan pelaburan yang lebih besar
Ini diterangkan dengan baik oleh Dr. Dolf De Roos di dalam bukunya Property Riches. Sekiranya kita mempunyai wang RM 100,000.. kita mempunyai pilihan untuk membeli sebuah rumah dengan harga RM 100,000 tunai! Ataupun kita boleh beli 5 buah rumah yang berharga RM 100,000 dengan deposit RM 20,000 (20%) setiap satu dan bakinya membuat pinjaman ke bank sebanyak RM 80,000 (80%) setiap satu untuk 30 tahun.

Andaikan setelah 20 tahun rumah tersebut naik 3x ganda... Anda akan dapati portfolio anda tumbuh seperti cendawan. Orang yang membeli cash sebanyak RM 100,000 hanya mendapat RM 300,000 nilai aset sahaja. Tetapi yang meminjam dengan tempoh maksimum akan mendapat RM 300,000 x 5 buah rumah = RM 1.5 juta. Setelah ditolak dengan baki pinjaman maka bakinya sekurang2nya tinggal RM 700,000. Atau anda boleh jual 2 rumah dan membayar hutang 3 buah rumah yang lain... Anda ada aset bernilai RM 900,000! Tu belum masuk untung sewa lagi! Ini dipanggil financial leverage. Anda boleh baca artikel saya "the concept of Leverage" di dalam artikel pilihan saya.



4. Inflasi berpihak kepada anda!

Sekiranya anda memanjangkan tempoh bayaran ke bank, inflasi akan memihak kepada anda. Macamana tuh yer... Ok lah.. Anda membeli sebuah rumah dengan bayaran RM 500 sebulan selama 30 tahun. Anda sewakan rumah anda sekarang sebanyak RM 600 (dengan cashflow positif RM 100/bulan). Sekarang memang anda rasa RM 500/sebulan tuh sangat besar... Tetapi bagaimana selepas 25 tahun akan datang? Nilai RM 500 sebulan mungkin masa tuh cuma RM 100 sebulan sahaja kerana Inflasi. Tetapi cuba teka berapa nilai sewa masa itu? Mungkin 25 tahun akan datang sewa kan naik RM 1500 sebulan?. Kenapa tidak gunakan peluang inflasi ini? Bukan shj anda mendapat untung dari sewa tiap-tiap bulan dari tahun pertama anda meminjam tetapi anda dapat untung setiap bulan selama 30 tahun!



Walau bagaimanapun, strategi yang dicanangkan adalah bergantung kepada portfolio anda masing-masing. Ada sebahagian daripada kita mahu hidup bebas dari hutang. Ada yang berani menanggung risiko. Sebaik-baiknya, segala pelaburan adalah mengikut kesesuaian masing-masing. Azizi Ali pernah menulis, mungkin membeli 5 buah rumah dalam masa setahun adalah terlalu berlebihan, tetapi siapa yang ingin menghalang anda untuk membeli 5-6 biji rumah di dalam masa 10 tahun?








Thursday, July 19, 2007

INVESTMENT UNTUK PREPAID BUSINESS - Tingkatkan Cashlow Anda!

Assalamualaikum...

Kepada Alee dan Mak Farhah serta lain-lain yang bertanya...


Prepaid card business berkembang dengan pesat setiap hari... berjuta-juta orang menggunakan handphone dan kebanyakan menggunakan sistem prepaid instead of postpaid kerana boleh mengawal belanja dan mengelakkan daripada caj-caj bulanan sistem postpaid. Syarikat saya Hypertech SES Enterprise menjual alat telekomunikasi dan juga kad prepaid sudah hampir 2 tahun. Pada asalnya, saya mempunyai kesukaran untuk mendapat bekalan kad prepaid untuk tujuan peruncitan. Sangat sukar dan mahal... Kebanyakan kad prepaid saya dapat dari kedai-kedai cina yang menawarkan harga dengan kentungan yang sangat rendah. Bayanglah kad DiGi dijual dengan harga RM 9.95!! Dahlah tu, nak ambik kad Digi 20 keping kena wajib beli kad Celcom atau Maxis 20 keping. Masalahnya kad Maxis ngan celcom banyak lagi! Ya, itu satu masalah. Ada juga kad yang jual dengan harga sederhana iaitu RM 9.80 untuk DiGi. Tapi anda terpaksa bersaing dengan berpuluh-puluh retailer lain untuk berebut keping2 kad yang terhad tu. So, first come, first serve.
Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk berurusan dengan sebuah syarikat pembekal kad prepaid (Bumiputera) di Kelana Jaya. Syarikat ini membuat sales sebanyak RM 1.2 juta sehari dan mempunyai pembeli mereka tersendiri yang terdiri daripada retailer dan juga pembekal. Saya diperkenalkan syarikat pembekal ini daripada kawan dan setelah itu saya mengambil bekalan daripada mereka secara kecil-kecilan di dalam lingkungan RM 2000-3000 seminggu daripada syarikat ini (RM 10,000 sebulan jugak) dengan harga yang menarik. Tetapi sehingga itu, saya hanya tertumpu untuk retailing business. Setelah banyak perbincangan dilakukan, saya menyatakan hasrat untuk membuat dealership business prepaid secara bulk.


Syarat yang diletakkan ialah untuk mendapat harga terbaik ialah minimum pembelian adalah sebanyak 1000 keping prepaid kad (RM 10,000) setiap 15 hari. Dan order atau booking 1000 keping ini dikenakan payment upfront (prepayment booking). Maknanya letak duit baru boleh order. Harga diberi memang marvelous... Bak kata Eliana - tak terjangkau akalmu lah. 1000 kad tak banyak tuan-puan. Kalau kita sebagai dealer 1000 sehari tu biasa. Jualan saya sehari pun kat kedai mencecah 80 keping sehari. Itu jualan saya, belum jualan kedai-kedai lain lagi. Kat kawasan rumah saya ada 4 buah kedai jual prepaid. Belum lagi kawasan sekitar. Kalau 3000 kad (RM 30,000) dalam masa seminggu boleh habis untuk delaers. Oleh kerana terlampau ramai, syarikat pembekal hanya menerima pesanan 2 kali seminggu (setiap 15 hari). Jadi saya boleh order 2x sahaja sebulan. Oleh itu anda boleh faham kenapa saya terpaksa meningkatkan modal saya.


Untuk mengurangkan risiko saya dan pelabur saya, syarikat pembekal yang menjual mempunyai term yang juga menguntungkan kedua-dua pihak. Kad yang berlebihan boleh dipulangkan kepada mereka dengan keuntungan 3%. Maknanya kalau saya dapat RM 9.20 untuk celcom, saya tolak balik kepada dia dengan harga RM 9.50. Kerana syarikat pembekal itu sendiri tak larat nak cope up dengan permintaan ready buyers yang meningkat. Jadi kalau kita beli dengan upfront duit, syarikat mengurangkan modal syarikat dengan system profit sharing lah. Anda dapat lihat risiko dapat dikurangkan kerana 3% x 2 kali sebulan ialah = 6%. Jadi cukup untuk saya bayar 5% kepada anda dan dapat 1% kepada saya....
Untuk pengetahuan anda juga, syarikat ini mengurangkan risiko mereka. Selain daripada supply kepada delars dengan harga rendah, mereka juga supply kepada peruncit mengikut harga market i.e Maxis RM 9.80. So, mereka boleh mengambil untung daripada jualan secara runcit juga. Jadi apa yang saya tolak kembali kepada mereka akan juga dijual kepada peruncit.


Apa yang saya ingin offer kepada anda, saya buka tawaran minimum untuk menjadi pelabur RM 10,000. Saya akan uruskan perjanjian jikalau anda memerlukan perjanjian. Saya bayar RM 500 (5%) sebulan setiap bulan dan akan masuk ke dalam akaun anda. Wang capital anda tetap tidak bertambah iaitu RM 10,000 (Untuk pengetahuan en Alee). Saya buka untuk penyertaan selama 6 bulan sahaja. Sekiranya hasilnya memberansangkan, saya akan buka untuk lanjutan. Setelah 6 bulan, wang capital iaitu RM 10,000 anda akan dipulangkan di dalam masa 60 hari. Bukan selepas 60 hari tetapi dalam masa 60 hari. Mungkin seminggu, mungkin 2 minggu, mungkin 3 minggu... Ini adalah kerana, sekiranya wang tersebut terikat di dalam bentuk stok prepaid dan termasuk di dalam kitaran modal, syarikat memerlukan masa sedikit untuk menukarkan kepada tunai. (harap dapat menjawab soalan Mak Farhah)


Saya hanya boleh menjanjikan 5% sahaja. Kerana saya rasa itu adalah berpatutan dan ia berada di dalam kapasiti kemampuan syarikat setelah tolak semua urusan pentadbiran dsbg. Saya berada di dalam legal business, bukan MLM, bukan Raja Prepaid dan bukan main saham dan bukan skim cepat kaya. Kalau saya letak 10% tetapi saya tak mampu untuk uruskan pembayaran juga akan menyusahkan pelabur. Untuk makluman tuan dan puan, dari segi pelaburan 5% x 6 bulan = 30% untuk 6 bulan adalah baik kerana melebihi ASB tetapi tentulah mempunyai risiko terkira (calculated Risk). Pelaburan memang ada risiko tetapi pada perkiraan saya risiko mungkin rendah. Saya sudah pernah rugi di dalam perniagaan, saya juga ada reputasi untuk dijaga dan ada isteri dan anak untuk dibesarkan, jadi saya juga risau seperti anda untuk melabur. Tetapi oleh kerana saya dah terlibat dengan business prepaid ni sudah 2 tahun, saya yakin risikonya agak kurang.
Buat masa ini saya sendiri meletakkan RM 15,000 dan seorang doktor telah melabur sebanyak RM 10,000, oleh itu jumlah pelaburan sekarang ialah RM 25,000. Jikalau tuan-puan berminat, saya akan buka peluang untuk anda meningkatkan cashflow anda sehingga hujung bulan ini. Saya rasa artikel ini telah jelas. Sila hubungi saya di email abiteha@yahoo.com atau hp 012-9597074 untuk maklumat lanjut. Atau sila pos soalan di dalam blog.


Wasalam

Wednesday, July 18, 2007

MAAF... SAYA SIBUK...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Minggu ini saya memang terlalu sibuk. Saya sibuk hendak menguruskan rumah saya di Oakleaf Park kerana urusan kemasukan tenant baru saya berwarga Australia. Macam-macam yang dimintanya, pening-pening. Sewa RM 1200, tapi nak sampai vacuum cleaner dan water filter! Itu belum lagi yang saya masukkan katil dan sofa full leather, hob baru, washing machine baru dan water heater baru... berlubang besar poket saya...


Kemudian, rumah saya Desa Palma Campus Apartment, bersebelahan INTi International University College, Bandar Baru Nilai pun terpaksa dibersihkan dan di uruskan kerana ada tenant baru dari sebuah syarikat nak masuk. Tenat sebelum ni merupakan pelajar di situ baru keluar untuk berpindah ke dalam kolej. Saya terpaksa mengganti tombol, menukar buah pintu dan membeli perkakas baru. Harapnya dia confirm masuk next week.


Kemudian, permintaan handphone pun juga boleh tahan. Terima kasih kepada :-

1. Siti Aisyah dari bandar Kinrara (lupa dah model)

2. Marliana dari Selayang - K800i hitam

3. Puan Rohaya dari PUSRAWI - k650i merah

4. Sharifah dari Ampang - Motorola V3x pink + 1 Gb t/flash memory

5. Dr Sharmina dari HKL - N70 black + 512 Mb MMC Duo

6. S/N Rosmawati dari Hospital Putrajaya - Zithron Nokia 6300 + free 1 gb memory


Alhamdulillah business prepaid card saya berjalan lancar. Buat masa ini modal yang saya ada ialah RM 15,000 untuk 1500 kad prepaid berharga RM 10. Yang terbaru saya berjaya mengumpul modal untuk mengembangkan bisness prepaid saya. Ada seorang Doktor kawan saya yang sudi menjadi partner saya untuk melabur di dalam syarikat saya . Setiap pelabur meminjamkan RM 10 000 (minimum investment) kepada saya. Saya sedang menunggu jawapan daripada 1 orang doktor lagi yang berminat. Setiap 10,000 yang dilaburkan saya akan membayar profit sharing 5% iaitu RM 500 setiap bulan selama 6 bulan (30% selama 6 bulan atau 60% setahun). Setelah 6 bulan, sekiranya pelabur inginkan kembali pelaburannya, maka saya akan memulangkan semula wang RM 10,000 di dalam masa 60 hari. Wang yang akan dilaburkan akan dijana untuk menambahkan lagi modal untuk membeli prepaid kad (bukan raja prepaid atau MLM prepaid tau)... Untuk pengetahuan anda, syarikat yang saya venture merupakan syarikat supplier prepaid yang menjana sales RM 1.2 juta sehari. Wang yang dilaburkan akan ditukarkan kepada asset iaitu kad prepaid yang rata-ratanya sudah ada ready buyer setiap hari. Kepada anda yang berminat - saya buka kepada anda minimum investment RM 10,000 selama 6 bulan dan 5% profit sharing setiap bulan selama 6 bulan. Offer dibuka sehingga akhir bulan Julai sahaja.


Untuk bisnes roti UmmuSofeya Bakery, saya dah menambah satu lagi oven kepada 2 oven. Saya masih lagi menunggu dough divider 2nd hand yang hendak dijual oleh Bahtiar (the Baker's place) kpada saya. Asalnya hendak dijual awal Julai tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dough divider baru yang dipesan oleh Bahtiar tidak dapat di kapalkan dari China melalui CKE. Saya terpaksa meningkatkan pengeluaran kerana permintaan roti ban telah meningkat sehingga 200 biji pada satu-satu masa... buang masa mendivide dough secara manual. Harapnya dengan ada dough divider ini semakin mudah untuk UmmuSofeya Bakery menghasilkan lebih banyak bun.


Saya akan memulakan tugas sebgai doktor perubatan di Klinik Idzham Kota Damansara bermula 1 Ogos 2007 pada pukul 2 pm sehingga 10 malam. Dan bersambung pula pada pukul 11 malam hingga 7 pagi di Taman Kosas Ampang. Nampak macam hectic bukan? Memang pun kalau patient ramai... ini adalah measurement sementara waktu untuk kumpul lagi modal untuk buat bisnes. Kalau ada rezeki tahun depan dah boleh bukak klinik sendiri... Nanti saya promo lah di dalam blog...


Saya memohon maaf kepada Alumni IIUM Doctors sebab tak dapat hadir ke 1st Alumni baru-baru ini di Kulliyyah of Medicine, UIA Pahang. Isteri saya tiba tiba ada kelas ganti hari Sabtu untuk raya nanti... awal betul dah ganti... Sekolah petang pulak tuh... walaupun ada ura-ura terdengar ada permintaan untuk saya jadi 1st president of AIDOC... tapi harap maaf kerana saya tak dapat memenuhi permintaan itu... saya sangat sibuk... Tahniah Dr Nasrul Muhaimin kerana terpilih menjadi the 1st President of AIDOC. Bukan mudah untuk memegang jawatan kepada organisasi yang baru nak bercambah. Semasa saya menjadi 1st Presiden untuk Medical Students Council, Kulliyyah of Medicine, IIUM pada tahun 1998-1999 kalau tak salah.. kami bersama-sama dengan kawan saya Dr Basir Ahamad, Dr Amilia Afzan, Dr Azhar Amir Hamzah dan ramai lagi ketika tu memerah otak untuk buat constitution baru dan sebagainya.... Itu tengah banyak masa tu... dengan masa yang terhad ini lagi lah susah... Program pun main adhoc ajer... Apapun good luck Dr Nasrul and your AIDOC comittee.. Wa Caya Lu..


Semalam saya berjuma dengan Dr Ahmad Fareed Abd Rahman.... huu.. ini best friend merangkap roomate lah ni... lama tak dengar cerita dia kat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya... Bakal Director General of KKM lah katakan (sorry la bang!).. smalam kat 2 jam gak berborak.. saja jer kiter cerita pasal kerja masing-masing, bisness, rumah, isteri dan anak-anak.... kalau ada masa boleh borak lagi. Dr Fareed nih baru beli rumah thrugh auction kat Bangi... dapat rumah harga RM 170,000 dengan harga pasaran RM 220,000... lepas renovate RM 20,000 sekarang nilai pasaran naik RM 250,000... BRAVO!! That is one good piece of property man! Congrats...


Ok celoteh saya hari nih.... nak pergu cari rezeki pulak nih... ok... thanks sebab visit my blog... nanti I share lagi dengan U all progress hari ini...


Wassalam...





Thursday, July 12, 2007

MEMBELI RUMAH DENGAN "NO MONEY DOWN"

Assalamualaikum...

Sebenarnya konsep "No Money Down" di dalam membeli rumah adalah suatu yang wujud walaupun di Malaysia ia tak begitu popular. Ia banyak diperkatakan oleh pelabur hartanah di luar negara seperti Robert G. Allen dan Dr. Dolf De Roos. Milan Doshi dan Azizi Ali juga ada menulis tentang "No Money Down" di dalam pelaburan hartanah.


KEBIASAANNYA 10% DEPOSIT DIPERLUKAN

Pada asalnya, sebelum saya membaca buku2 tentang pelaburan hartanah, saya ada terfikir, macamana nak beli rumah kalau tidak dapat menyediakan wang sebanyak 10% untuk deposit. Jikalau saya yang baru sahaja memulakan kerja, bagaimana saya ingin mengeluarkan sebanyak 10% itu kerana simpanan pun tidak sebanyak itu. Bayangkan untuk membeli rumah RM 200,000 kita perlu ada RM 20,000. Tak campur dengan bayaran peguam, duti dan sbgainya. Kalau begitu, memang susah untuk kita membeli rumah, kerana bank hanya mengeluarkan sebanyak 90% financing sahaja...

Tetapi seperti kata Robert T. Kiyosaki - "Money Dont Make You Rich" , "Financial Intelligent Makes you Rich". .. Saya mula membaca buku2 pelaburan hartanah oleh penulis dari luar negara. 6 tahun dulu, mana ada penulis tempatan yang menulis tentang pelaburan hartanah lagi... Jadi buku-buku luar negaralah yang menjadi rujukan saya. Walaubagaimanapun, manfaat nya tetap ada. Saya mula memahami konsep No Money Down dan cara2 membeli rumah tanpa menggunakan deposit.



RUMAH PERTAMA SAYA MENGGUNAKAN "NO MONEY DOWN"

Rumah pertama saya ialah Oakleaf Park Condominium di Bukit Antarabangsa. Harganya untuk dijual ketika itu ialah RM 135,000. Masa itu saya begitu bersemangat untuk membeli rumah untuk pelaburan. Ketika itu saya baru memulakan tugas sebagai seorang doktor. Saya masih belum ada kemahiran untuk membeli rumah ketika itu, bagi saya lokasi tidak penting! Yang penting ialah untuk membeli banyak rumah sebanyak mungkin. Bagi saya SEKARANG, Bukit Antarabangsa bukanlah lokasi yang menjadi pilihan saya walaupun dengan harga yang rendah.

Ketika itu, PJD Development mahu menjual unit saya dengan cepat. Ini adalah kerana keseluruhan unit telah pun dijual kecuali dua unit kosong. Harga yang saya beli adalah harga bumiputera. Saya tidak cukup kemampuan untuk mengeluarkan RM 13,500 ketika itu. Tetapi, saya telah bersekongkol dengan manager Oakleaf Park ketika itu, untuk menukar harga jualan iaitu 10% lebih dari harga asal iaitu RM 148,500. Saya menghantar permohonan ke RHB Bank dan akhirnya pinjaman 90% iaitu RM 135,000. Walaupun 90% tetapi sebenarnya Saya mendapat pinjaman 100%!! Tak ada pembayaran deposit 10%. Cuma saya kena membayar hampir RM 4000++ untuk bayaran peguam dan lain-lain.

Kini saya membayar RM 1000 sebulan kepada bank+ RM 100 untuk maintenance, dan kini unit ini disewa sebanyak RM 1200 setiap bulan.



RUMAH KEDUA MENGGUNAKAN NO MONEY DOWN

Membeli rumah menggunakan konsep No Money Down tidak semestinya tidak menggunakan deposit. Ya, jangan ingat kalau No money Down anda tak payah keluar duit langsung... itu adalah separuh betul. Kadangkala, anda harus mengeluarkan deposit dahulu. Tapi the best part is , deposit anda dipulangkan. Jadi berapa wang anda yang habis? Tiada...

Saya telah membeli sebuah hartanah 2 tahun lalu iaitu Vistana Condominium di Jalan Pahang berhadapan GHKL dan bersebelahan dengan Grand Season Hotel dan Vistana Hotel. Di hadapannya terdapat sebuah monorel dan dibelakangnya berhampiran dengan LRT Titiwangsa. IJN dan PUSRAWI juga hampir. Ketika saya terbaca iklan tersebut, harga yang diletakkan ialah RM 220,000. Saya bepeluang untuk berjumpa dengan ejen rumah tersebut seorang berketurunan india. Apabila saya mengetahui bahawa tuan rumah dari Singapura, saya pun menekan harga sehingga turun RM 200,000. Untuk pengetahuan anda, sekiranya tuan rumah dari luar negara ini kebanyakannya tidak tahu akan nilai harga pasaran propertynya. Jadi peluang sangat besar untuk tawar menawar sehingga ke takat paling rendah. Dan biasanya mereka terdesak!

Penilai bank menilai harga pasaran untuk Vistana Condominium ini untuk unit saya yang fully furnish (dah siap ada semua perabot dah!) ialah RM 240,000. RM 40,000 kurang! Betul2 bernasib baik saya nih. Saya membayar deposit sebanyak RM 20,000 kepada peguam penjual. Saya membuat pinjaman RM 220,000 dan sekali lagi bank favourite saya RHB meluluskan 90%. (Sebenarnya saya baik ngan Mr.Liew - banker kat RHB tuh... tapi sekarang dia dah pindah ke Hong Leong..sob.. sob.. ).. RM 20,000 akhirnya dipulangkan setelah tamat transaksi. ( Penjual menjual RM 200,000 tapi atas S&P tertulis RM 220,000... so baki RPGT yang dibayar oleh penjual sebanyak RM 1000++ adalah di atas tanggungan saya... ). Saya membayar bank RM 1200 sebulan dan maintenance RM 280 sebulan, saya sewakan dengan RM 1600 sebulan.



BUKANNYA TIDAK GUNA DUIT LANGSUNG

Jadi, membeli dengan no money down bukannya tanpa duit tetapi juga melibatkan pembayaran peguam, itu dan ini yang mencecah hampir RM 6000 bergantung kepada harga rumah. Walaupun begitu, wang deposit RM 10% dapat disimpan untuk kegunaan kita seterusnya.

Sebenarnya saya ada membeli rumah saya seterusnya dengan meminjam 10% daripada nenek saya... Kua..kua..kua... tapi saya tak nak cerita kat sini.. malu.... hu hu.. (Ini pun cara nak elak bayar 10% deposit tapi kena bayar kat nenek lak ngan ansuran interest free).... saya tak nak beli tapi nenek saya yang paksa.. kan dah kena pinjam duit... hehe

Nasihat saya kepada anda... anda boleh membeli rumah dengan cara di atas untuk tujuan pelaburan.. bukan untuk membeli rumah untuk tinggal sendiri. Oleh kerana terdapat pembayaran2 lain untuk membeli rumah seperti apa yang telah saya sebutkan, jadi adalah lebih baik simpanan untuk perkara-perkara lain telah cukup solid. Jika tidak anda jadi cam saya... hari-hari makan tulang buat sup.. kua kua..

Wednesday, July 11, 2007

TENANT FROM HELL!!

Assalamualaikum,

Terkejut tak tengok tajuk kat atas.. haa... penyewa dari neraka... Itulah.. kalau baca buku-buku daripada property investor terkenal macam Azizi Ali dan Rhenesial Leong, mesti ada tajuk spesifik perihal penyewa dari neraka ini. Pendekata, kalau anda tidak pernah berjumpa penyewa dari neraka ini, anda belum layak digelar tuan rumah...

Baru-baru ini ada cerita hebat kisah seorang penyewa rumah berbangsa cina, meminjam Ah Long sebanyak RM 10 000 dan menyamar seolah-olah dia tuan rumah. So, selepas beberapa bulan tidak bayar sewa, dia pun menghilangkan diri. Sekarang ini tuan rumah yang betul2 pula yang juga berbangsa cina dikejar Ah Long. Dah lah tak dapat sewa rumah, kena kejar pulak ngan Ah Long... nasib-nasib..


Saya membawa tajuk ini sebab saya juga baru lepas terkena penyewa dari neraka nih.. Masa mula-mula masuk memang layak di gelar "blue chip tenant". Untuk tuan-puan yang tak belum biasa ada rumah sewa, blue chip tenant ni adalah gelaran untuk penyewa kelas 5 bintang. Personaliti baik, menjaga harta rumah kita macam harta sendiri, tak menyusahkan kita kerana boleh menguruskan rumah kalau ada masalah sikit2 dan yang tersangat penting bayar setiap bulan tepat pada masanya tanpa disuruh.


Penyewa saya ini menyewa di Kondominium Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa dengan sewa RM 1000 sebulan. Rumah saya tu kondominium lengkap dengan perabut termasuk kitchen cabinet, sofa, hood, hob, tv, astro, washing machine, peti ais dan 3 aircond. Semua bilik lengkap dengan katil dan almari. Toilet ada water heater. Toaster dan Rice cooker pun ada! Dia nih suami isteri dengan 4 orang anak. Sewa dibayar oleh syarikat, jadi saya nampak mudahlah untuk saya mendapat bayaran bulanan tepat pada masanya.

Pada bulan yang lepas, setelah 6 bulan, seorang lelaki yang mengaku setiausaha kepada penyewa terbabit menelefon. Beliau menyatakan bahawa penyewa telah membeli sebuah rumah 2 tingkat dan mahu berpinda serta merta. Beliau meminta deposit sebulan dikembalikan. (Ada setiausaha penyewa saya ni!). Saya terlalu sibuk ketika itu dan meminta masa untuk melihat dulu keadaan rumah.

2 minggu selepas itu, saya dan agent saya (sdr Francis ) apabila melihat keadaan rumah yang ditinggalkan.. MasyaAllahhhh.. Terasa nak pengsan..


Dinding terkopak dengan cat tertanggal, kesan paku di sana dan sini. Kotornya Nauzubillah.. Daki kat dapur nak dekat seinci. Yang paling sedih, sofa saya banyak kesan koyak sehingga terkeluar kapasnyaa... Kaki sofa patah. Lepas tu vernition blind yang saya letak di ruang tengah dicabut. Sinki kat bilik air kena pecah. Semua dinding kotor. Salah satu pintu bilik rosak teruk dengan kesan pecah menggunakan mungkin hammer. Hood saya dah rosak satu motornya. Peti ais yang baru 3 bulan saya ganti sebab dia kata peti ais lama telah rosak, pun tercabut sana-tercabut sini. Ada bunyi seolah-olah macam dah ada problem. Baru je 3 bulan beli, semua kaca almari TV dicabutnya.. Bil elektrik ditingalkan RM 130. Bila air dalam RM50. Yang pelik sekali, pintu dapur yard di cabutnya! pintunya tersadai kat lantai... apasal mamat ngan minah ni... mental ke apa...

Saya garu kepala melihatnya. Francis (my agent) pulak nak bawak customer tengok rumah. Nak tak nak saya terpaksa upah seorang warga Indonesia dan kawan-kawannya untuk membersih rumah, mengecat semula, menampal kembali mana-mana yang terkopak dan terpaku. Semua mentol2 yang rosak diganti. Pintu bilik diganti baru dengan sinki juga diganti baru. Yang itu habis RM 750. Sofa diganti dengan sofa full leather 2nd hand RM 400 + RM 200 untuk dihantar cuci oleh professional = RM 600. Rincih2 lain, nak ganti itu dan ini, RM 50. So total semua RM 1400. Campur bil air dan api = RM 1580 semuanya. Lupa pulak- vernition blind kena RM 200 untuk diganti = RM 1780.

Mujur ada deposit rumah RM 1000 + 500 (utiliti) = RM 1500. Jadi, tak payah haraplah deposit tuh dapat balik. Sekarang anda dah nampak kepentingan deposit kan? Walaupun saya kena keluar duit sendiri RM 280. (Dia bayar deposit RM 2000- tapi bayar agent RM 1000, tinggallah RM 1000)

Alhamdulillah, tenant baru saya merupakan company dari Australia. Local company dia mahukan sebuah apartment yang dekat dengan Ukay Perdana. Ternyata, unit saya bagi mereka amat menarik. Saya sewakan dengan RM 1200 sebulan. Penyewa kali ni adalah Australian yang berkunjung sebulan 2-3 kali sahaja untuk menguruskan projek di Terengganu. Wakil syarikat berjanji akan menjaga apartment dengan sebaik-baiknya. Untuk menunjukkan komitmen saya, saya menggantikan hob yang baru, washing machine baru dan menambah satu lagi water heater. Saya menggantikan katil dan wardrobe dengan yang "macam baru" yang saya beli dari Ellie deHearT Cup cakes dari Puchong. Habis lagi RM 2500. Dan tenant baru saya signed agreement 1+1 semalam dan menyerahkan deposit.

Takpelah asalkan saya tak keluar duit seposen pun ke bank untuk 2 tahun akan datang. Malah dapat RM 100 extra positive cashflow.


Alhamdulllilah.....


P/s - Kepada anda yang ingin membeli TV 2nd hand dari Elli deHeart Cup cakes dari Puchong .. sila rujuk add ini http://useditem.fotopages.com/.








Friday, July 6, 2007

KEPERCAYAAN KARUT ORANG MELAYU

Assalamualaikum Wbt.


Terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan yang menjadi bualan dan buah mulut orang dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi tetapi sebenarnya kesasihannya tidak terbukti. Kepercayaan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan adalah kepercayaan-kepercayaan tradisional terutama oleh masyarakat melayu. Kebanyakan kita memegang kepercayaan-kepercayaan ini seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu gugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai.

Mungkin ini adalah kerana kepercayaan ini disampaikan oleh ibu dan bapa kita, atau orang-orang tua yang seangkatan dengan mereka menjadikan ia suatu kefahaman yang dogmatik dan "mesti percaya" sebab mereka lebih "makan asam garam dahulu daripada kita". Saya tidak mengatakan kesemua kepercayaan-kepercayaan yang menjadi pegangan kita itu salah. Ada yang mungkin benar dan mempunyai penjelasan yang logik dan saintifik berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka. Tetapi yang menyedihkannya ialah terdapat kepercayaan tertentu yang menjadi amalan kita tidak selari dengan bukan sahaja sains tetapi juga agama Islam yang kita anuti.


Terdapat juga kepercayaan yang tidak beberapa karut atau tahyul malah ia adalah kepercayaan yang saintifik tetapi tidak betul. Kepercayaan saintifik ini meniti dari mulut ke mulut sehingga ia menjadi seolah olah betul. Peliknya yang saya lihat ia cuma berlaku pada masyarakat melayu sahaja.

Di antara kepercayaan karut masyarakat melayu :-

URI


Uri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan dan masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Saya pernah bertanya kepada mak saya berkenaan dengan uri saya dahulu, dia kata uri saya ditanam dengan buku dan pensel... tu sebab saya jadi doktor.. hehehe....

Ada juga uri yang dicuci dengan bersih dan diletakkan garam, kemudian diletakkan paku-paku dan sebagainya. Walaupun ada sesetengan orang tua berkata, perkara ini menjadikan anak lelaki mereka pandai bertukang tetapi ia ada kewajarannya.

Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.



TANGKAL

Adakalanya, kanak-kanak yang datang ke klinik memakai tali kuning atau tali hitam yang diikat di pinggang. Ada yang memakai tali di pergelangan tangan. Ini semua dipanggil tangkal dan ulamak berpendapat tangkal hukumnya haram dipakai kerana dikhuatiri menyebabkan syirik. Bila saya tanya kepada ibu bapa yang masih muda ini kenapa pakai tangkal, jawapannya ialah orang tua yang suruh. Kemungkinan perkara ini lumrah suatu waktu dahulu. Namun sekarang dengan adanya ilmuwan Malaysia yang ramai di dalam bidang agama, program agama spt forum hal ehwal Islam dan sebagainya, kepercayaan mengenai tangkal harus dibuang jauh-jauh dari kotak kepala kita. Sebenarnya kepercayaan kepada kuasa tangkal ini lebih banyak pada agama hindu dan buddha kerana pesakit kanak2 dari keturunan India dan cina rata-rata memakai tangkal yang serupa.


PENYAKIT ANEH ATAU BUATAN ORANG

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan aktres kita yang terkenal iaitu Azean Irdawaty yang mengalami kanser payudara. Mengikut ceritanya, aktres ini telah mengesan ketulan pada payudaranya beberapa tahun yang lepas. Namun beliau telah berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh ini menyatakan bahawa beliau telah terkena satu penyakit ganjil. Selepas itu tiada rawatan susulan dibuat.




Penyakit ganjil dan penyakit buatan orang ini juga sudah sebati dengan masyarakat kita. Bukan hendak menafikan wujudnya ilmu hitam di dalam masyarakat kita, tetapi kadang-kadang ia mengelabui pemikiran dan kewarasan kita di dalam bertindak.


Jikalau ada kedai melayu yang perniagaannya merosot pasti ia buatan orang. Jikalau ada lelaki bujang yang kahwin dengan janda... jaga-jaga.. pasti lelaki bujang tuh dah kena jampi mak ayah perempuan janda atau jampi perempuan itu sendiri.

Saya pernah berjumpa seorang pesakit kanser payudara. Beliau bukan calang-calang orang. Beliau lulusan Universiti Canada, dengan bahasa inggerisnya yang fasih. Namun sayangnya, ketika didiagnosed penyakit kanser payudara stage awal, beliau telah pergi berubat di kampung kerana diberitahu ia buatan orang. Sehingga kanser di payudaranya berulat (ye.. boleh nampak ulat).. maka barulah beliau ke hospital.. tapi sayangnya kanser tersebut sudah parah. Beliau meninggal selepas 2 bulan di Hospital. Kesian melihatnya menderita kesakitan setiap hari.



SANTAU

Orang melayu ni memang suka main santau. Ada sahaja yang kena batuk darah. Orang cerita batuk darah dan muntah darah sampai keluar paku dan kaca. Kalau depan mata kepala kita nampak betul-betul objek tu... memang betul-betul santau. Tapi kalau setakat batuk darah, tak nampak apa objek yang terkeluar... adakah ia santau? Atau sebenarnya mungkin Tuberculosis atau batuk kering? Atau mungkin juga Kanser Paru-paru sebab merokok terlampau banyak? Jangan buat kesimpulan awal sehinggakan sebab-sebab yang lebih patut difikirkan tidak kita fikirkan.


BIBIR SUMBING DAN LELANGIT TERBELAH

Semasa di Jabatan Pembedahan Plastik di HKL, Cleft Lip atau Cleft Palate (Kesumbingan Bibir dan Lelangit) ini merupakan masalah kecacatan sejak lahir yang paling popular di sini. Semenjak lahir sehingga pesakit dewasa, rawatan susulan demi susulan diberikan. Bibir sumbing atau lelangit terbelah berlaku disebabkan otot bibir atau otot lelangit tidak bercantum pada tempat yang sepatutnya ketika proses janin berkembang. Faktor-faktor yang menyebabkan termasuk keturunan, mengambil ubat yang tertentu ketika mengandung, jangkitan, radiasi dan sebagainya.

Kepercayaan karut orang melayu bahawa bibir sumbing disebabkan kerana mulut ikan tersangkut pada mata kail yang dipancing ketika isteri sedang mengandung adalah sesuatu yang salah. Malah, ada juga yang menyalahkan ibu yang melahirkan.

"Tu lah kau, masa mengandung kau menyiang ikan.. tak hati-hati... kan anak kau dah cacat"...

Kesian kat ibunya. Sudahlah dapat anak cacat. Dituduh pula penyebab kecacatan anaknya. Mana ibu yang nakkan anaknya menjadi cacat. Sepatutnya kita memberi sokongan moral kepada ibu yang mendapat anak yang seperti ini. Lagipun penyakit ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh pakar-pakar bedah plastik.


KENAN

Banyak sungguh jenis-jenis kenan di Malaysia. Kenan monyet, kenan gajah, kenan Ular, kenan burung dan macam-macam lagi. Kita mempercayai bahawa binatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan kepada manusia di dalam proses kejadian manusia. Nak disedapkan cerita, dikatakan pula bahawa binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir itu telah dizalimi oleh ibu-bapanya. Kalau benda ini benar-benar wujud di dalam Islam maka pasti banyak hadis-hadis atau ayat Qur'an yang menceritakan tentang kenan.

Mengikut Professor saya di UIA, kenan ini sebenarnya budaya masyarakat Animisme yang masih wujud di dalam amalan-amalan kita sehari-harian. Ia telah membudayakan pemikiran kita agar takut kepada kekuasaan luar biasa haiwan. Islam telah meletakkan pemikiran kita lebih baik daripada penyembah haiwan.


MAKAN IKAN KERING SELEPAS BERSALIN

Berehat selepas bersalin amat dituntut. Ia amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum mengandung. Proses pemulihan ini memerlukan masa yang panjang dan juga sumber nutrien yang berkhasiat dari pemakanan yang seimbang. Tisu-tisu yang luka memerlukan protein yang cukup dari makanan. Bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu. Penghasilan susu ibu yang cukup lengkap khasiatnya tentulah dihasilkan daripada pemakanan ibu yang baik dan air yang cukup.

Kepercayaan orang-orang tua di dalam mengawal makanan dan air dengan begitu ketat kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah berlawanan daripada objektif yang telah saya sebutkan. Pemulihan tubuh tidak akan berhasil sekiranya kita makan jamu tradisional sahaja. Sekiranya makan ikan kering dengan nasi putih dan air setengah gelas, tiada sumber protein yang mencukupi untuk pemulihan badan.

Kemudian, tidak boleh pula makan buah-buahan kerana sejuk dan sebagainya. Air pula minum sedikit. Maka selepas itu masalah sembelit pula timbul sebab kurang makan makanan berserat dan kurang air. Kesian orang yang bersalin, dah lah luka sana luka sini, makan pun ikan kering, air kena catu, kena sembelit pulak tu. Bukan kesian pada ibu sahaja, yang anak juga menjadi mangsa. Kerana kurang air dan makanan berkhasiat, susu pun kurang terhasil. Maka anak pun terkena tempiasnya, terpaksa minum susu lembu.

Saya ada menulispanjang di dalam artikel sebelum ini iaitu susu ibu vs susu lembu. Sila rujuk artikel tersebut di artikel pilihan saya.


DI ANTARA KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN LAIN

Tak semestinya kepercayaan-kepercayaan di kalangan melayu itu karut-karut. Ada yang "macam" saintifik, tetapi tak betul pun. Kepercayaan-kepercayaan ini bukan sahaja menyusahkan doktor kadangkalanya tetapi menyusahkan yang empunya badan. Antaranya:-

1. Kalau mengandung dan makan multivitamin, nanti anak jadi besar. Akhirnya kena bersalin melalui pembedahan. Jadi tak nak makan multivitamin masa mengandung.

2. Kalau anak-anak makan makanan yang masam macam epal atau limau nanti otak anak jadi lembab dan pelupa.

3. Kalau makan kicap atau minum kopi masa mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.

4. Makan ais dan aiskrim boleh buat anak jadi demam (walaupun begitu memakan aiskrim atau gula2 berlebihan boleh merosakkan gigi anak dan mak ayah kepada anak. Ais kadangkala boleh menyebabkan batuk kepada pengidap asthma)

5. Kalau anak demam, kena pakai baju tebal-tebal. "Anak saya sejuk doktor", jawab ayah. Tapi kalau sejuk takkan suhunya mencecah 40 darjah?. Mana lagi sejuk.. 37 darjah atau 40 darjah? Kalau pakai baju lagi tebal, suhu anak semakin meningkat dan boleh menyebabkan sawan demam. Buka baju anak dan basahkan dengan air suam aatau air paip. Air ais tidak digalakkan kerana dikhuatiri menyebabkan hypothermia (suhu terlampau rendah).

6. Kalau anak kecil kalau tak pakai barut nanti masuk angun perutnya.

7. Ibu yang ada asthma boleh menjangkiti anaknya melalui susu ibu. Atau kepercayaan asthma boleh berjangkit.

8. Kalau kaki terseliuh tak diurut nanti akan masuk angin. Jadi pesakit jumpa saya selepas terseliuh akan bertanya, boleh urut tak doktor. Bengkak kaki selepas terseliuh bukan sebab masuk angin tetapi proses kerandangan (inflamasi). Tisu membengkak adalah biasa selepas apa-apa injury. Malah kalau urut lagi bertambah bengkak.

9. Kaki yang patah boleh baik jika pergi tukang urut atau bomoh patah?. Ada sesetengah patah yang tak mungkin boleh diluruskan tanpa penggunaan simen. Terutama kalau patah cara "spiral" atau patah riuk. Jika patah itu cuma dislocation sahaja, maka memang boleh menggunakan teknik manual (kira urutlah kalau ikut org melayu). Saya pernah ke Indonesia, diceritakan, ketika itu zaman gawat di sana. Mereka kekurangan wang, jadi bomoh menjadi pilihan utama untuk merawat patah ketika kemalangan (Ya,bomoh patah ada juga diIndonesia). Dan beberapa bulan dan tahun selepas itu, ramai pesakit-pesakit yang berjumpa bomoh kembali ke hospital kerana kaki sebelah pendek, tempang yang teruk sehingga ada yang tak boleh berjalan.

10. Mengambil air tulang belakang boleh menyebabkan lumpuh. Ini kena dihuraikan dengan panjang lebar. Ia tersebar di kalangan masyarakat melayu sehinggakan terkeluar perkataan "Biar anak saya mati, jangan ambil air tulang belakang dia"... pergh.. terjadi kat diri saya masa saya houseman dulu. Ini kena ada satu lagi artikel yang boleh ditulis... kalau saya rajin... hehe.

Tapi tuan puan, orang cina ngan india kat Malaysia ni pun masuk hospital ambik air tulang belakang jugak, orang putih kat england tu, kat US pun masuk hospital ambik air tulang belakang gak... takder pulah dengar jadi lumpuh.. jadi gila... orang melayu kita ni jelah allergik sket pasal air tulang belakang nih. Ini kita cerita lain kali.

11. Kalau anak baru lahir kena kuning, minum susu kambing. Ini pun saya akan buat satu artikel lagi nanti. Maaf ye penjual susu kambing.

Saya mendapati masyarakat melayu lebih percaya kepada sanak saudara atau ipar duai daripada doktor atau pakar perubatan. Ini adalah kerana kelemahan bangsa kita di dalam kajian-kajian dan pembacaan bahan-bahan saintifik. Kadangkala, sejak kecil lagi kita diterapkan dengan benda-benda tahyul. Kebanyakan ibu-bapa melayu mengklasifikasi anak-anak yang bertanya dan tidak bersetuju dengan cara dan budaya tahyul ini dianggap melawan cakap orang tua dan menderhaka.

Saya hairan, adakah tuan-tuan akan menghantar kereta yang rosak ke Chef Farid untuk bertanya resepi macamana nak betulkan enjin. Atau anda suka bertanya bagaimana nak masak roti perancis kepada mekanik belakang rumah anda. Wajarkah anda bertanya adakah sesuai makan ubat multivitamin ketika mengandung kepada saudara mara anda dan bukan doktor? Fikir-fikirkan.




Wednesday, July 4, 2007

Cerita Damansara Heights

Assalamualaikum...
Salam perkenalan buat anda yang baru mengunjungi blog saya ini...
Saya dipanggil melalui hphone oleh seorang wanita 2 minggu yg lalu.. namanya Imelda.. dia meminta saya untuk bertugas sebagai doktor sementara di sebuah klinik swasta dipanggil global doctor specialist center di mana saya diminta menjaga klinik pesakit luar. Bagaimana mereka mendapat nombor telefon saya pun saya tak tahu. Biasanya doktor yang available untuk lokum ini spreads around very fast... saya pun tak pasti sebenarnya terdapat berpuluh-puluh klinik yang call saya untuk membuat lokum kadang2 sampai ke kelana jaya dan shah alam... macam seolah2 ada network pulak...
Global Doctor specialist center nih terletak di Damansara Heights. Untuk pengetahuan kepada mereka yang tidak beberapa mengenali Damansara Heights ni, di sinilah tempat tinggal orang-orang kaya, ternama, golongan expatriates dan golongan bijak pandai. Salah seorang yang terkenal, ternama, kaya dan bijak pandai yang semakin masyhur adalah Abdul Razak Baginda... Sesiapa yang tak kenal Abdul Razak Baginda ini samada anda ni bukan orang Malaysia ataupun anda bukan orang Monggolia... Di Damansara Heights satu buah rumah teres boleh mencapai 500 k hingga 1 juta sebuah... dan sebuah rumah banglo buruk sebesar 5000 sft boleh dijual dengan harga 4 juta..... TUNAI! ...
Berbalik cerita kisah klinik saya bertugas... Klinik itu terletak di jalan Dungun sbelah Jalan Semantan. Dia adalah bangunan bersebelahan MBSB dan SPPK, juga terletak di sebelah bangunan HP (Hewlett Packard). Nak carik bukan main susah sebab klinik ini takder sign board. Pusing2 dan tanya orang, akhirnya saya pun parking kat sebuah bangunan di mana klinik itu dikatakan terletak. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga.
Yang best part about klinik nih ialah ia baru sahaja dibuka.. actually tak lah baru sangat... dah 4 bulan. tapi pesakitnya satu hari cuba teka? paling ramai 3 orang!! hahaha... itulah paling ramai.. itupun yang 2 orang tuh anak beranak... macam semalam.. takder orang langsung... manalah saya tak boleh tulis artikel panjang2 dalam blog... terasa bahagiaaa... duit masuk tapi melayan internet...
Pesakitnya adalah dari golongan expats... semua yang datang berjumpa saya adalah mat salleh dan minah salleh British... haaii... tergeliat gak lidah nih nak cakap accent depa.. depa punya accent pun macam slang omputeh... hehehe... tapi pengalaman bagi saya.. maklumlah ngan omputeh ni soalan yang depa tanya sedikit extravaganza... kalau tak equipped, berpeluh gak nak jawab...
Ok Ok... part ni lah yang saya nak cerita... masa nak balik dari Klinik, saya pun masuk kereta dan start engine... pastu keluar, sampai ke tempat bayar parking... saya masuk pukul parking pukul 8.45 am keluar pukul 5.15 pm (kerja masuk kul 9.00 am keluar pukul 5.00 pm- 8 jam). Saya pun hulur lah kad parking...
"RM 30.00!"... jerit penjaga parking tuh...
"RM 30.00????? ", saya tak puas hati... menanya semula.... muka saya nampak sangat terkejut...
" Ye Encik... sekali masuk jam pertama RM 6.00, satu jam seterusnya RM 3.00... tak ada flat rate"..
Saya pun mengira semula RM 6.00 satu jam... baki 8 jam RM 3.00 x 8 jam = RM 24.00 = Jumlah RM 30.00
(semua kira 9 jam lah sebab jumlah jam saya kat parking 8 jam 30 minit) ...
Berpeluh saya mencari duit kat dalam dompet.. TAK ADA!!... hahaha... korek punya korek... terjumpa RM 50.00 saya simpan kat dalam celah2 dompet... Masa simpan dulu niatnya untuk emergency macam kes nih.... Sebenarnya saya pun dah lupa kehadiran duit yang saya simpan tuh... Alhamdulillah... ada gak.. terlepas azab saya...
Masa nak hulur tuh.. menggeletaaarr... yelah duit RM 30.00 bayar parking kat Damansara Heights... buat makan pun kenyang 3 hari.... Sumpah dah tak nak parking kat sini lagi...
Selepas pada itu, saya bertanya-tanya orang kat mana nak parking murah... nampaknya tiada parking murah di sini... jadi saya pun parking seadanya di parking yang disediakan... hari ke 2 saya kena RM 15.00 untuk 9 jam. Hari ke tiga saya bekerja disitu selama 4 jam... parking kat MBSB kena RM 10.00 (RM 2.50 sejam) ... akhirnya saya terjumpa satu kawasan banglo yang dibuka untuk parking... 9 jam dia charge RM 11.00...
flat rate lah tuh... ok lah.. itu ajelah alternatif yang ada... bengang tak bengang pun kena bayar gak...
Cuma saya niatkan di dalam diri saya... 1/2 jam kerja yang pertama saya sedekahkan untuk bayar parking... hehehe.. lagipun saya kerja kat tempat nih tak der patient... goyang kaki jer... padan la ngan muka saya...
wasalam...

Tuesday, July 3, 2007

Diari saya - ini barulah blog!

Assalamualaikum Bloggers!

Pada sabtu lepas saya terlibat dengan program Biro Perubatan ABIM untuk melatih sukarelawan untuk 'disaster relief'.. bertempat di Batang berjuntai berhampiran UNISEL. Peserta adalah mahasiswa/i UNISEL pelbagai kaum dan juga penduduk tempatan. Tak sempat nak upload gambar lagi sebab sibuk sangat. UNISEL ni tempat diorang buat penggambaran cerita "DUnia Baru"... tapi saya manalah tengok cerita tuh.. so blur lah sket...

Yang datang sekali dengan saya masa itu ialah Dr Syazni... kami doktor ada 5 orang dan 1 orang farmasi. Nak cerita kat sini ialah pasal saya berborak ngan Dr Syazni... Dia actually menyatakan rasa 'kurang senangnya'.. kerana blog saya banyak sangat produk-produk untuk dijual... hehehe...ada bluetooth lah..ada handphone lah.. yang paling dia terkejut ada CORSET perempuan "beautiful" untuk dijual.. mengucap panjang dia.. kah kah kah... haaii.. kena dah sayaaa... dia kata blog supposed to be your very personal writing (personal tapi boleh share lak ngan orang).. so tak sepatutnya ada benda-benda cam ni kan... haha.. :) gembira saya kena lecture hari tuh...

Untuk pengetahuan anda Dr. Syazni memang berbakat in writing... blog dia iaitu blog resam-padi baru di updated di dalam my favourite blog. Cuba baca... boleh buat novel u... Beliau sekarang bertugas di PPUM (Hospital universiti PJ) di dalam posting Perbidanan dan Sakit Puan. Orangnya lemah lembut, berbudi pekerti mulia, pandai masak dan mempunyai pemikiran yang tajam. Chinese look... Tinggal di USJ.. (tengok gambar dia kat blog dia) Hahaha... sempat gak saya promote Dr. Syazni.. apa nak buat.. kalau dah suka berniaga tuh... memang kena promosi jelah...

Agaknya pemikiran orang yang suka berniaga ni lain sket, be it doktor ke, akauntan cam zahiramli ke, chef macam chef farid ke, cikgu cam cikgu azleen ke, lawyer cam pakdi ke, IT specialist cam shuth ke... kita sebenarnya seronok menjadi usahawan.. dan kita menangkap apa apa sahaja peluang yang ada kerana ciri usahawan adalah bijak mencari peluang... mungkin saya belum lagi berhenti nak jadi doktor... tak ada lagi berniat lagi nak berhenti... saya boleh duduk kat klinik 48 jam straight, tengok 150 patients sehari.. tapi masih lagi seronok... dan pada masa yang sama, saya ada sebuah kedai runcit cum handphone (join venture ngan maklong) yang menjana extra income... itulah saya.. apa nak buat.. hutang banyak kena bayar...hehehe :)

Saya dah start buat website terbaru... www.drazwan.com... saya baru je beli domain dr.azwan.com.my dari exabytes... saya juga beli hosting dan domain drazwan.com dan dr.azwan.net dari saifulsham.com.. so far saya puas hati dengan support yang diberi oleh saifulsham.com (ecommercemastery.com).

Adik saya Shahril Azrin, sekarang pelajar jurusan perubatan tahun 1, Universiti Cyberjaya sedang menguruskan website tersebut. Skarang tengah cuti 4 minggu. Dia berbakat di dalam bidang IT jugak.. biasa buat website MRSM masa kaat MRSM Taiping dulu dan biasanya photoshop design memang saya suruh dia je lah. Dia skor 9A masa SPM tapi tak dapat pergi luar negara.. bukan rezeki dia blajar kat luar negara. Tak pelah, tapi saya akan jadikan dia rakan bisnes saya untuk buat website nih,... Website saya merupakan website blog cum jual products... ada handphone, bluetooth, laptops dan other gadgets. Oleh kerana saya guna ecommerce maka anda semua boleh membeli through credit cards atau cash... senang sket.

Saya juga akan menjadi distributor untuk prepaid kad.. ini prepaid kad ye kawan2.. ia adalah sejenis kad seperti kad celcom, kad maxis dan kad Digi.. dan ianya juga bukan juga MLM... sapa berminat menjadi penjual kad bleh hubungi saya.. Harga saya akan umumkan di dalam blog entry seterusnya...

Saya juga sekarang sedang mencari-cari rumah.. kalau boleh nak dekat kat taman salak jaya, dekat gak ngan bandar tasik selatan tempat orang rumah mengajar... nak cari rumah setingkat dan 2 tingkat yang ada tanah... sekarang ni duduk sebelah rumah mak.. (Rumah nenek).. tapi ingat dah time nak pindah... nak guna pinjaman kerajaan so, rumah apartment yang takder strata title tak boleh beli... syarat baru kerajaan.. kena gak cari yang bertanah.. kat Puchong banyak rumah, tapi nun jauh sangat dari tempat kerja, USJ danbandar sunway pun best tapi jauh gak, taman maluri leasehold... kat Damansara mahaaaalll.. kat depan rumah saya ada satu nak jual dengan harga 200k... belum sempat tanya dah kena sapu... haii macam goreng pisang rumah skarang nih.. kat cheras skarang pun mahal... semua harga 300k ke atas.. teruk gak nak bayar.. doktor nih gaji kecik jer... especially yang cabuk-cabuk cam saya nih... so, nak mintak tolong.. sapa sapa yang nak jual rumah dekat2 kawasan cheras, salak selatan, tmn sg besi, bandar tasik pemaisuri, bandar tasik selatan, pandan indah, pandan jaya... 2 tkgkat atau setingkat.. budget dalam RM 230 000...

Ok Dr. Syazni... ok tak entry saya kali ini?.. ada tak cam rupa-rupa blog gak... hahaha... tapi kan.. sapa-sapa nak beli corset beautiful tuh boleh call Nur Sharlina... atau shenna.. baca entry kat bawah-bawah.. dia tuh adik perempuan saya... dia nih seorang pegawai sains kat.. **tttuuuTTT*** ... tak boleh bagitahu tempat dia kerja.. tapi dia jual beautiful bayar RM 50 sebulan jer... Kak Roshatika tak berminat ker??? boleh guna lepas bersalin... Ramai dah guna... hai sempat gak promote..

Ok lah.. terima kasih kerana sudi membaca... takder entry serius kali nih...

Wassalam...

Monday, July 2, 2007

KETAHUI RAHSIA KOD TELEFON BIMBIT ANDA

Assalamualaikum...

Untuk memudahkan anda memeriksa handphone anda, kesahihan imei no (serial no:), tarikh manufacture phone anda, software version, simlock info dan lain-lain jadi berikut adalah senarai kod rahsia phone anda yang tidak lagi rahsia...

Sorry cuma ada nokia dan samsung... Erricsson ada sket..

Nokia

IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 0 0 0 0 # lub * # 9 9 9 9 #
Simlock info: * # 9 2 7 0 2 6 8 9 #
Enhanced Full Rate: * 3 3 7 0 # [ # 3 3 7 0 # off]
Half Rate: * 4 7 2 0 #
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 1
Network lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 2
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 3
SimCard lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 4
1234567890 - MasterCode which is generated from IMEI

Ericsson
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: > *
Dafault Language:
Enter to phone menu without SimCard - after Wrong PIN: press NO:* * 0 4 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 #


Samsung
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 9 9 9 9 # albo * # 0 8 3 7 #
Net Monitor: * # 0 3 2 4 #
Chaning LCD contrast: * # 0 5 2 3 #
Memory info: * # 0 3 7 7 # albo * # 0 2 4 6 #
Reset memory (SIMLOCK`a removing!!!): * 2 7 6 7 * 3 8 5 5 #
Reset CUSTOM memory: * 2 7 6 7 * 2 8 7 8 #
Battery state: * # 9 9 9 8 * 2 2 8 #
Alarm beeper: * # 9 9 9 8 * 2 8 9 #
Vibra test: * # 9 9 9 8 * 8 4 2 #


Silakan cuba.. kalau tak berjaya maaf dipinta..

Terima kasih..
Related Posts with Thumbnails