Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Perhatian kepada semua pengunjung blog, buat masa ini terdapat 5 kekosongan jawatan untuk pembantu klinik di Klinik Idzham, Kota Damansara.
Berikut adalah butiran lanjut berkenaan dengan jawatan ini:-
Jawatan : Pembantu Klinik Sepenuh Masa
Syarat:-1. Perempuan melayu
2. Wajib bertudung ketika bekerja
3. Atitud dan disiplin yang baik
4. Mahu belajar dan boleh menerima teguran
5. Boleh bekerja mengikut shift
6. Sekurang-kurangnya SPM - Matematik P8, Bahasa Melayu P8 dan Bahasa Inggeris P8
7. Yang berpengalaman digalakkan memohon
8. Sekiranya SPM gagal - Yang berpengalaman bekerja di klinik akan dipertimbangkan
Gaji, Elaun dan bonus:Gaji Basic : RM 650 (Tiada pengalaman)
Elaun Kola : RM 30 / bulanan
Elaun Uniform : RM 50 / bulanan
Elaun tambahan RM 100 untuk menjahit uniform - sekali sahaja
Elaun tambahan RM 100 untuk menjahit uniform mengandung -untuk sekali mengandung shj
** Elaun uniform dan kola diberi setelah disahkan di dalam jawatan**
Elaun buka puasa dan Sahur RM 12 sehari selama bertugas
Kenaikan gaji RM 50 setiap tahun mengikut prestasi
Kenaikan gaji RM 70 setiap tahun selepas 10 tahun bekerja
Duit raya setahun sekali - bergantung kepada keadaan
Duit bonus setahun sekali - bergantung kepada keadaan
Lain-lain imbuhan:
Potongan SOCSO dan KWSP setiap bulan
Potongan KWSP sebanyak 15% setelah 5 tahun bekerja
Setelah berkhidmat 5 tahun - Polisi Insuran hayat percuma bernilai RM 20,000.
Cuti:
Cuti rehat - 12 hari setahun (tidak termasuk cuti mingguan)
Cuti MC - 14 hari
Public Holiday - Cuti atau dibayar overtime
Cuti bersalin : 60 hari bergaji penuh - untuk 5 anak sahaja.
Shift :
Terdapat 3 shift.
Pagi : 8 jam (dapat cuti 1 hari
Petang : 7 jam (dapat cuti 1 hari)
Malam : 10 jam (Dapat 3 hari cuti tidur)
Tempoh percubaan:
Tempoh percubaan untuk pengesahan didalam jawatan ialah 4 bulan -6 bulan mengikut prestasi kerja.
Semasa tempoh percubaan - anda akan dihantar ke cawangan klinik Idzham untuk proses pembelajaran. Kenderaan disediakan.
Suasana kerja :
Suasana kerja yang baik. Sambutan Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Raya setiap tahun bersama-sama staf di cawangan lain untuk mengeratkan Sillaturrahim.
Sesiapa yang berminat atau mempunyai pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Dr. Azwan 012-9597074 atau email resume ringkas anda kepada abiteha@yahoo.com. Sila tinggalkan no telefon anda untuk kami hubungi. Satu temuduga akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan di klinik Kota Damansara.