Thursday, March 21, 2013

Kuman Pemakan Daging (Necrotizing Fasciitis)

--> 


Necrotizing fasciitis juga dikenali sebagai penyakit pemakan daging atau bakteria pemakan daging adalah satu jangkitan yang jarang-jarang berlaku yang melibatkan kulit dalam. Ia merebak merentasi tisu fascia di bawah kulit dan kulit dalam.  

Ia sangat cepat merebak terutama kepada pesakit kencing manis dan kanser. Pesakit ini biasanya lemah ketahanan badan dan tidak mempunyai imun untuk melawan penyakit. Oleh kerana ia sangat merbahaya dan cepat merebak, kebiasaannya ia dirawat menggunakan antibiotik dengan dos yang tinggi dan kaedah pembedahan. 


Gejala dan Tanda

Penyakit ini jarang terkena kepada pesakit yang sihat. 70% daripada kes pesakit yang direkodkan adalah mereka yang merupakan penghidap kencing manis, masalah imun yang rendah kerana memakan ubat seperti ubat kanser, pesakit kanser dan penderita penyakit kronik. 

Pada awalnya, kawasan yang terkena jangkitan mungkin bermula dari luka kecil. Walaupun luka yang kecil, pesakit merasakan kesakitan yang teramat sangat. 

Sebenarnya kedudukan bakteria yang berada bawah di  dasar kulit menyebabkan kulit kelihatan seperti tidak ada apa-apa. Dalam tempoh beberapa jam, tisu semakin membengkak dan merah. Ini kerana bakteria semakin merebak ke sekitar kawasan sekeliling. Kulit mula bertukar warna menjadi kebiruan dan keunguan. Blister atau pelepuhan mula kelihatan dan kulit dan sel bawah kulit mengalami kematian (necrosis). 


Pesakit yang mengalami necrotising fasciitis biasanya mengalami demam dan kelihatan sangat lemah dan tidak sihat. Kadangkala pesakit muntah dan cirit birit. Sekiranya tidak dirawat 73% daripada penghidap boleh membawa maut. 


Pathofisiologi

Bakteria pemakan daging ialah satu misnomer. Bakteria tersebut sebenarnya tidak memakan daging itu. Apa yang bakteria itu lakukan ialah ia merosakkan kulit dan otot dengan merembeskan satu toksin. Toksin ini yang menyebabkan kerosakan kepada sel tubuh. Nama bakteria itu ialah Streptococcus pyogenes.





















 Rawatan

Pesakit akan dibedah sekiranya pesakit didiagnos dengan penyakit necrotizing fasciitis. Tisu-tisu yang dijangkiti akan dibuang secara agressif .Pembedahan adalah pilihan rawatan yang paling utama kerana membiarkan tisu yang dijangkiti akan menyebabkan toksin merebak ke tempat lain pula. dalam masa yang sama antibiotik ke dalam saluran darah vena juga akan diberikan. 

Setelah banyak tisu kulit dibuang ia akan menyebabkan luka yang besar terbuka di kawasan pembedahan. Luka yang besar ini akan ditutup dengan kulit yang diambil daripada kawasan badan yang lain. Kebiasaannya pesakit akan di rawat di kawasan rawatan rapi dan sangat ketat kawalannya untuk mengelakkan jangkitan. 


Sekiranya masalah itu sangat ekstrim, amputasi organ mungkin menjadi pilihan. Selain daripada itu rawatan hyperbaric oxygen boleh membantu pesakit namun tidak banyak hospital yang menawarkan kaedah ini.


Sunday, March 17, 2013

Apa itu Konvensyen Geneva


--> 


Salam,
Saya coretkan di sini apa itu Konvensyen Geneva yang sering diperkatakan. Ia adalah perjanjian yang menjadi peraturan kepada perlakuan sesama manusia terutama ketika waktu perang. Seperti yang kita maklum, Israel tidak pernah patuh kepada Peraturan yang ditetapkan oleh Konvensyen Geneva. Untuk makluman, petugas perubatan tidak boleh dianggap sebagai tentera walaupun bertugas di bawah tentera, mereka dibenarkan merawat tawanan yang cedera tanpa halangan.

***********


Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Empat perjanjian ini menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia.



Perjanjian ini berkenaan layanan kepada orang yang cedera, orang awam, mangsa nahas kapal dan tahanan perang. Ia tidak melibatkan penggunaan senjata dalam perang yang berada dalam ruang lingkup Konvensyen Hague 1899 dan 1907 dan Protokol Geneva berkenaan penggunaan senjata gas dan biologi tahun 1925.



Konvensyen Geneva dibuat hasil daripada usaha Henri Dunant yang mendapat mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam Pertempuran Solferino tahun 1859. Pada tahun 1977 dan 2005, terdapat tiga pindaan berasingan dalam Konvensyen Geneva.



Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.




Konvensyen dan persetujuan 


Konvensyen 1 & 2


  1. Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera.

  1. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.

  1. Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri.

  1. Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan.

  1. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi.

  1. Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.

  1. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Konvensyen 3


  1. Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. 

  1. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat.

  1. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains.

  1. Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.

  1. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan peang berada dalam keadaan yang selesa.

  1. Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.

  1. Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan.

  1. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.

  1. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll).

  1. Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang.

  1. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang.

  1. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan

Konvensyen 4


  1. Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. 

  1. Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan.

  1. Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan.

  1. Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperang diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan.

  1. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur.

  1. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat.

  1. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang.

  1. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah.
 

Thursday, March 14, 2013

Gambar Berdarah di Wad Kanak-Kanak

-->


Ini gambar seorang bayi di mana IV branula di kakinya tercabut atau leaking. IV branula adalah alat yang dimasukkan ke dalam saluran darah vena yang bertujuan untuk mengalirkan air, antibiotik atau ubat-ubat lain terus ke dalam saluran darah. Gambar ini sudah tersebar di facebook. Pendarahan nampak teruk, darah terpercik membasahi tilam. Nampak bertompok-tompok darahnya di sini dan sana. Bayi itu sedang menangis dengan mata tertutup. Darah penuh di kaki kirinya sehingga ke paras peha.

Ia nampak mengerikan kerana kebanyakan pembaca tidak biasa melihatnya dan jarang-jarang melihat pendarahan yang banyak seperti ini. Bagi doktor dan jururawat, kami biasa melihatnya jadi ia bukan sesuatu yang sangat mengejutkan.

Jika diikutkan, tentulah  jururawat yang menjaga anak ini akan dipersalahkan dari segenap arah. Ini kerana dia telah "cuai" menjalankan tugas.  Jururawat berkenaan memberi alasan bahawa ini adalah cara perkhidmatan di hospital kerajaan. Saya rasa alasan itu hanya akan menyebabkan keadaan lebih rumit. Alasan tersebut tidak patut diberikan kerana ia seolah-olah memperlekehkan perkhidmatan hospital kerajaan yang saya kira tidak benar. Pada hakikatnya insiden ini boleh berlaku di mana-mana, tidak kira hospital kerajaan dan swasta kerana melibatkan masalah teknikal.

Alasan bahawa jururawat terpaksa kerja berat sehingga terpaksa mengabaikan anak di rumah untuk menjaga pesakit di hospital juga adalah tidak wajar. Apabila kita menjalankan tugas, ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan dan amanah itu sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Ia adalah aku janji yang telah kita materai sewaktu kita memasuki bidang ini. 

Namun, saya kira ibu dan bapa pesakit juga kena faham tentang apa yang berlaku. Masalah ini sebenarnya tidak lah besar sehinggakan boleh membawa kecederaan teruk. Mungkin ibu dan bapa tidak faham bahawa sebenarnya ia boleh berlaku kepada sesiapa saja yang dipasang IV branula. 

IV branula di pasang di dalam saluran vena. Darah boleh keluar sekiranya ia longgar atau tercabut tetapi jangan risau kerana pendarahan itu boleh berhenti sendiri selepas beberapa minit. Berbeza dengan pendarahan di arteri, pendarahan yang lebih teruk lagi boleh dilihat. Seperti saya sebutkan tadi, ia kelihatan mengerikan kerana ibu bapa tak pernah melihat tompokan darah. Ia tidaklah teruk seperti apa yang disangka. 
 
Saya teringat kepada satu kisah terjadi kepada saya semasa saya mengkhatankan seorang budak pada tahun lepas. Ibu kepada anak yang saya khatankan itu menemaninya di dalam bilik khatan dan berdiri bersebelahan dengan anaknya. Sewaktu proses khatan berjalan, saya berborak-borak dengan jururawat dan pembantu saya mengenai pelbagai hal dunia. Memang secara rutin saya akan berborak-borak samada dengan kakitangan atau keluarga pesakit. Saya tidak menyangka bahawa kali ini, cara tersebut mengundang ketidak puasan hati ibu pesakit.

Sewaktu proses khatan hampir berakhir, ketika menutup luka dengan jahitan, terdapat sedikit pendarahan pada kawasan jahitan itu.  Dengan berhati-hati saya memberhentikan pendarahan tersebut. Alhamdulillah pendarahan berjaya diberhentikan tetapi mengambil masa beberapa minit lebih daripada biasa. Ibu tadi bertanya soalan itu dan ini. Beliau seperti tidak puas hati kenapa pendarahan berlaku walaupun sebenarnya khatan sudah pun siap dan pendarahan telah berhenti.

Setelah keluar dari bilik khatan, Ibu tersebut masih tidak puas hati. Di kaunter hadapan, beliau membandingkan cara khatan anaknya ini dengan anaknya sebelum ini. Anaknya yang sebelum ini berkhatan tanpa pendarahan. Beliau mengulang-ulangkan kenapa kali ini ada pendarahan sewaktu jahitan. Beliau menyalahkan saya kerana "cuai" dan berborak-borak sewaktu mengkhatankan anaknya.Saya mendengar cerita ini daripada kakitangan di luar bilik yang menceritakan perkara ini kepada saya selepas mereka pulang. Saya senyum sahaja. 

Pendarahan boleh berlaku kepada mana-mana pembedahan. Tidak kira pembedahan kecil atau pun besar. Jika tidak mahu ada pendarahan sewaktu berkhatan, lebih baik jangan berkhatan. Berkhatan menggunakan teknik apa pun boleh berdarah. Saya dengar, dari seorang pesakit bahawa terdapat seorang bomoh khatan yang handal di Indonesia. Bomoh ini berkhatan menggunakan "teknik batin" di tempatnya. Mengikut ceritanya, ia tak ada bius, tidak menggunakan gunting atau pisau dan tidak sakit langung. Ajaibnya walaupun tidak sakit tetapi memang ada sedikit darah sewaktu berkhatan. Jadi, guna "teknik batin" pun boleh berdarah!

Kembali kepada kisah kanak-kanak kecil yang di dalam gambar tadi, tentu ada ibu-bapa yang bertanyakan kenapa jururawat tak perhatikan anak itu sehingga terjadi perkara sebegitu. Apa yang boleh saya jawab ialah ia telah berlaku, dan tak ada alasan pun boleh diberikan bagaimana perkara ini berlaku. Saya percaya ia telah berlaku di dalam masa beberapa saat sahaja. Ibu-bapa boleh menyalahkan jururawat tersebut di atas kecuaian yang berlaku tetapi semat dalam minda, bahawa ia adalah tidak disengajakan dan ia tidak membahayakan pesakit. Jururawat tersebut perlulah memohon maaf kepada ibu bapa tersebut dan ibu bapa tersebut perlu diberi kefahaman yang jelas tentang insiden itu.



 

Mini Karnival Gaya Hidup Sihat ABIM

-->

Salam,

Jemputan kepada semua. 

Program Mini Karnival Gaya Hidup Sihat anjuran ABIM, Kumpulan Peransang Selangor Berhad, dengan kerjasama J/Kuasa Masjid Ar Rahman, Bukit Badong, Batang Berjuntai akan diadakan bertempat di Masjid Ar-Rahman, Bukit Badung pada 15 dan 16 Mac 2013. 

Program yang bakal dijalankan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, Ceramah Kesihatan, Sukaneka, Futsal, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna ntuk kanak-kanak dan lain-lain lagi. 

Di samping itu, satu forum Peduli Umat juga akan diadakan pada malam 15 hb Mac di Masjid tersebut selepas solat Maghrib. 

Semua dijemput hadir. 



Tuesday, March 12, 2013

Tips untuk Mengempiskan Perut Dengan Self Hypnosis

-->

Ini ada cara yang mudah dan murah untuk mengempiskan perut. Anda tidak perlu makan Herbalife, Alpha Lipid,  ubat Dr Romzi dan diet sampai lapar untuk mengempiskan perut. Cukup dengan skill self hypnosis yang anda belajar di blog ini.

Kepada siapa yang sudah berjaya.. Tahniah. Kongsi cerita anda di sini. :)


Monday, March 11, 2013

Hadis Palsu Tentang Buta Ketika Bersama Isteri

Salam,

Sudah lama saya terfikir apabila membaca satu hadis Rasulullah yang menyatakan tentang apabila melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh boleh menyebabkan buta. Apabila saya belajar tentang ilmu kedoktoran dan saya terdengar hadis ini saya tak dapat memahami tentang logiknya itu. 

Sains dan Islam tidak bercanggah terutama Al-Quran. Jika ada percanggahannya, samada kita masih belum membuat kajiannya atau kajiannya belum lagi selesai. Apabila Dr Maza mengatakan ia adalah hasil palsu, saya menarik nafas lega. Ternyata masih belum ada percanggahan. 

Harapan kita agar hadis palsu ini dapat disebarkan dan lebih difahami umum.

Saya membawa petikan dari Dr MAZA yang bersumberkan di sini:

" Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.

Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan.

Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya)
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h:
Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak!
Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka.
Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas”
(Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).


-->

Sunday, March 10, 2013

Patah Tulang. Kenapa Perlu Besi?

Patah tulang boleh sembuh dengan sendirinya?

Ya, kenyataan ini adalah separuh betul.

Sebenarnya jika anda patah dan tidak mahu ke hospital, selepas 3 bulan, tulang yang patah itu boleh bercantum semula. Seekor beruk di hutan, terlepas dari dahan pokok , jatuh ke tanah dan patah kakinya.

Tidak ada pakar tulang tulang mahupun bomoh tulang yang akan merawat. Namun begitu, selepas 3 bulan patahnya sembuh dan beruk itu melompat semula. 

Persoalannya, bagaimana rupa penyembuhan tulang itu nanti?



Gambar di atas menunjukkan gambar dua tulang peha. Tulang di sebelah kanan menunjukkan tulang peha manusia yang normal dan yang di sebelah kiri pula menunjukkan di tengah-tengahnya penyembuhan tulang yang patah. 

Apakah perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua tulang peha tersebut? 

Tulang di sebelah kiri adalah lebih pendek daripada tulang di sebelah kanan. Ini berlaku kerana apabila tulang itu patah, ia tidak diluruskan dan disejajarkan (aligned) dengan sempurna. Apabila tidak diluruskan dan tidak disejajarkan samada menggunakan instrument ataupun plaster of paris (simen), maka tulang itu akan selamanya bengkok dan pendek. 

 Bolehkah tulang disejajarkan tanpa menggunakan besi? 

Apabila tulang besar seperti tulang peha atau tulang tangan patah, ia akan menjadi bengkok dan tidak sejajar. Ini adalah kerana tulang besar ini dipegang oleh otot peha yang besar dan kuat. Apabila patah, otot ini akan menarik tulang ini kepada arah yang berlainan. Hujung tulang yang patah ini pula akan lari daripada paksinya. Ini dipanggil patah yang tidak stabil. 

Untuk menjadikan ia sejajar, ia bukan lah mudah terutama tulang peha. Hanya dengan memasang besi dan dikemaskan dengan skru khas sahaja maka tulang itu dapat diluruskandan distabilkan. Itu sebabnya, kenapa kita perlu meletakkan besi sekiranya tulang kita patah. 

Sekiranya patah tersebut stabil, yang bermakna hujug patah tersebut tidak jauh dari kedudukan asal dan tidak perlu disejajarkan, maka ia hanya perlu disimenkan (plaster of paris). Ada juga patah yang stabil tidak perlu dibuat apa-apa pun.

Thursday, March 7, 2013

"Nightmare Bacteria" yang kebal antibiotik

Dulu saya pernah menulis tentang salahguna antibiotik di dalam kehidupan kita seharian, menjadikan kuman-kuman menjadi kebal. 

Akhirnya, kuman-kuman kebal ini tidak dapat dibunuh dan kita seperti berada di dalam medan perang tanpa memakai baju besi dan perisai. Kita akan kembali ke zaman perang dunia, di mana antibiotik belum lagi wujud dan mengakibatkan banyak kematian. 

Di US sekarang terdapat kuman-kuman bakteria baru yang kebal daripada semua jenis antibiotik. Tidak hairan sekiranya tidak ada lagi ubat dapat membunuh kuman-kuman bakteria baru ini. pakar-pakar saintis akan mencipta lebih banyak antibiotik berkuasa nuklear yang lebih mahal, tetapi akhirnya bakteria ini bakal dapat mengatasinya.

Semasa saya di HKL dahulu, kami didedahkan dengan kuman-kuman yang dipanggil MRSA (Methicillin resistant Steph Aureus) dan VRSA (Vancomycin Resistant Steph Aureus). Methicillin dan Vancomycin adalah nama antibiotik. Carbopenem Resistant Bacteria ini saya fikir mungkin istilah baru berdasarkan kekebalan bakteria kepada Carbopenem.

Apa yang menakutkan ialah, ia bu,an sahaja menyerang pesakit di Hospital, tetapi kakitangan hospital yang sihat boleh juga menjadi hos kepada bakteria-bakteria yang kita panggil "superbug' ini.

Cuba baca petikan berita dari US ini. 


NEW YORK (Reuters) - "Nightmare bacteria" that have become increasingly resistant to even the strongest antibiotics infected patients in 3.9 percent of all U.S. hospitals in the first half of 2012, including 17.8 percent of specialty hospitals, public health officials said on Tuesday.

"Our strongest antibiotics don't work and patients are left with potentially untreatable infections," Dr Tom Frieden, director of the Centers for Disease Control and Prevention, said in a statement. He said doctors, hospitals and public health officials must work together to "stop these infections from spreading."
At a news conference, he added, "it's not often that our scientists come to me and say we have to sound the alarm, but that's what we are doing today."

Over the past decade more and more hospitalized patients have been incurably infected with the bugs, Carbapenem-Resistant Enterobacteriaceae (CRE), which kill up to half of patients who get bloodstream infections from them, according to a new CDC report. The report did not say how many patients were killed by the bacteria.

Enterobacteriaceae bacteria include more than 70 species that normally live in the water, soil and human digestive system, such as the well-known E. coli. Over the years, some Enterobacteriaceae have become resistant to all or almost all antibiotics, including last-resort drugs known as carbapenems. Present in one U.S. state in 2001, the superbugs have now spread to 42, Frieden said at the news conference.

Over the past decade, the proportion of Enterobacteriaceae that are resistant to the last-ditch antibiotics rose to 4.2 percent from 1.2 percent.
Almost all CRE infections occur in patients receiving medical care for serious conditions in hospitals, long-term acute-care facilities (such as those providing wound care or ventilation) or nursing homes.

CATHETERS OR VENTILATORS

These patients often have catheters or ventilators, which can allow bacteria "to get deeply into a patient's body," Frieden said. In addition, such seriously ill patients are often receiving antibiotics. When the antibiotics wipe out susceptible bacteria, the coast is clear for CRE to proliferate.

In one of the worst outbreaks, 18 patients at the National Institutes of Health Clinical Center in Bethesda, Maryland, contracted a CRE strain of Klebsiella pneumoniae in 2011. Seven patients, including a 16-year-old boy, died. The outbreak began when a patient unknowingly infected with CRE was transferred from a New York City hospital.
Northeastern states report the most cases of CRE, which "is prevalent in a number of hospitals in the New York area," said Dr Arjun Srinivasan, CDC's associate director for healthcare-associated infection prevention programs. He said patients and their families should ask a hospital or nursing home if it was monitoring for CRE and if it had any cases.

Only six states require healthcare providers to report cases of CRE to public health authorities.

Last month, CDC reported that unusual forms of CRE - with such exotic names as New Delhi Metallo-beta-lactamase and Verona Integron-mediated Metallo-beta-lactamase - are becoming more common in the United States. Of the 37 unusual forms ever identified, the last 15 have been reported since July.
The germs themselves spread from person to person, often on the hands of doctors, nurses and other healthcare professionals. They can easily pass their antibiotic resistance - contained in a speck of genetic material - to other kinds of germs, making additional kinds of bacteria potentially untreatable as well, CDC said.
That "can create additional life-threatening infections for patients in hospitals and potentially for otherwise healthy people," the CDC said in a statement.
The CDC is trying to make healthcare facilities more aware of the resistant germs, since their spread can be controlled with proper precautions and better practices. Israel, for instance, cut CRE infection rates in all 27 of its hospitals by more than 70 percent in one year.

Such measures include such standard infection control precautions as washing hands, as well as grouping patients with CRE together and dedicating staff, rooms and equipment to the care of patients with CRE alone, and using antibiotics sparingly. When an acute-care hospital in Florida had a yearlong CRE outbreak, implementing such measures cut the percentage of patients who got CRE to zero from 44 percent.
Sumber 

Friday, March 1, 2013

Testing

Salam,

testing...

Lama tak menulis....

Apa khabar semua?
Related Posts with Thumbnails