Showing posts with label Handphones N Prepaid. Show all posts
Showing posts with label Handphones N Prepaid. Show all posts

Tuesday, April 15, 2008

Baru Dapat Lesen DBKL




Assalamualaikum,

Saya baru sahaja mendapat lesen dari DBKL untuk kedai telefon bimbit baru saya di kedai Taman Salak Jaya, Salak Selatan. Alhamdulillah setelah segala susah payah naik turun ibu pejabat DBKL maka selesai lah sudah urusan lesen.

Saya telah membeli 3 unit kabinet handphone dan beberapa peralatan pejabat untuk diletakkan di kedai saya.

Selepas ini saya akan memenuhkan stok, memasang banner dan mencari seorang pekerja untuk menjaga kedai. Saya juga berhasrat untuk menyewa mesin fotostat, kerana ingin memudahkan urusan masyarakat yang terpaksa pergi jauh ke pekan untuk urusan fotostat. Walaubagaimanapun, bergantung juga kepada kehendak pelanggan.

Saya sedang mencari cara untuk memasang sistem pembayaran (payment gateway) menggunakan kad kredit di kedai. Ramai pelanggan bertanya samada mereka boleh menggunakan kad kredit ataupun tidak. Kemungkinan saya akan menggunakan sistem ini untuk memudahkan jual beli. Cara ini juga memerlukan modal yang lebih dan lebih pengawasan kerana penipuan kredit kad yang berleluasa.

Diharapkan kedai baru ini akan mula beroperasi pada 1 hb Mei 2008 atau selewat-lewatnya pertengahan Mei 2008.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli handphone boleh menghubungi saya. Pembelian Zithron adalah digalakkan kerana warranty di seluruh Malaysia. Penghantaran pos adalah percuma. Selagi sistem pembayaran kad kredit ini belum berfungsi, maka terpaksalah tuan puan beli dengan tunai dahulu.

Salam.

Monday, April 14, 2008

Iklankan Bisnes Anda di Blog Dr Azwan!



Assamualaikum,

Baru-baru ini saya menerima cek Nuffnang sebanyak RM 120.00 setelah 3 bulan menunggu. Ia adalah untuk pengiklanan Nuffnang tahun 2007. Saya terima cek itu dengan tersenyum kerana sudah nampak hasil daripada blog saya ini walaupun seciput.

Kata orang duit RM 120.00 boleh buat apa? Tak pe ini adalah satu permulaan.

Kalau anda lihat gambar di atas, itu adalah print screen daripada page Nuffnang saya untuk bulan 1 sampai bulan 4 tahun ni iaitu RM 516.00. Sekarang ini bandwidth saya telah mencapai 12 iaitu pelawat yang berjumlah 500-600 sehari. Apalah sangat jikalau nak dibandingkan dengan blog dia ni (yang ada 39 bandwidth) dan blog dia ni (yang ada banyak iklan).

Apapun permulaan ini adalah satu yang baik kerana pada awalnya saya cuma menerima kunjungan 100 orang sahaja sehari tetapi telah mengalami peningkatan walaupun perlahan.

Saya bercadang nak letak pengiklanan banner kecil-kecilan dan charge RM 50 sebulan. Ada orang nak tak agaknya? Takde lah mahal sangat kot. Nuffnang pun bayar RM 37.00 seminggu, ini pula RM 50 untuk sebulan atau RM 1.80+ sehari. Setakat 8 iklan (banner) sebulan cukuplah. Boleh hubungi saya untuk berbincang.

Mungkin ada di antara anda yang ingin berniaga kuih-muih tradisional melayu untuk tempahan orang ramai, berniaga kain baju dan tudung, berniaga kek online, insuran dan sebagainya. Ini adalah peluang anda untuk mengembangkan bisnes.

Salam.


Friday, March 14, 2008

MENANGI NO VIP CELCOM XPAX !!

SEMUA PEMBACA BLOG DR AZWAN !!

CEPAT! CEPAT! CEPAT!
SERTAI PERTANDINGAN DI BLOG INI!

Syarat-syarat pertandingan :-

1. Anda adalah pengunjung blog "Selamat Datang ke Blog Dr Azwan" yang berasal dan ketika ini berada di Malaysia.
2. Sekiranya anda seorang rakyat Malaysia yang sedang menetap di luar negara i.e Nadlique di Australia :) - peluang anda masih terbuka tetapi anda harus mempunyai seorang proxy di Malaysia untuk saya hubungi.
3. Anda mesti membaca artikel yang saya tulis yang bertajuk "PENDIDIKAN DAN NILAI SEORANG MANUSIA"
4. Selepas membaca artikel tersebut anda dikehendaki meninggalkan komen anda di situ secara bernas dan kreatif.
5. Ia mestilah berkisar tentang tajuk dan isi tersebut.
6. Sila letak nama dan no. telefon @ EMAIL setelah tamat komen tersebut untuk saya hubungi setelah tamat pertandingan.
7. Tarikh tamat pertandingan ialah 22 March 2007
8. Pertandingan juga akan tamat setelah komen daripada pembaca mencecah ke 40 orang.
9. Keputusan adalah muktamad. Bantahan tidak diterima. Email, surat layang dan saman mahkamah tidak akan dilayan.
10. Komen yang berunsur fitnah, politik perkauman atau yang boleh menyebabkan ketegangan antara kaum tidak akan disiarkan.

BACA SEKARANG!

Pemenang yang memberi komen yang paling baik akan memenangi
NO. VIP CELCOM XPAX PERCUMA
013 - 673 999 0
(Yang bernilai RM 88)!!
Pengaktifan dan penghantaran pos adalah PERCUMA!.
Mudah! Cuma tinggalkan komen anda... Cuma 5 minit daripada masa anda sahaja.
Selamat Mencuba.

Thursday, November 1, 2007

NOKIA 6500 CLASSIC IDAMAN ANDA


NOKIA 6500 CLASSIC
RM 1140.00 (AP)
RM 1390.00 (ORI)
(Harga pada 1.11.2007)

Nokia 6500?? Begitu banyak yang bertanya saya mengenai handphone ini. Saya rasa ia adalah kerana kekerapan iklan yang ditayangkan di dalam TV mengenai keseronokan menggunakan Nokia 6500 ini. Malangnya, kebanyakan di dalam pasaran samada AP dan Original Zithron adalah untuk Nokia 6500 Classic sahaja. Buat masa ini, pembekal saya masih tidak lagi stok untuk 6500 sliding walaupun permintaan agak tinggi.

Nokia 6500 Classic mempunyai ciri rupabentuk yang unik dan menarik. Susuk tubuh yang digilap menggunakan aluminium, ia sangat nipis dengan ketebalan 9.5 mm sahaja (tak sampai 1 cm!! ).

Dengan adanya sambungan 3g anda boleh memuat turun pelbagai program dengan pantas.

Yang lebih menarik ialah memori dalaman (Internal Memory)dilengkapi dengan 1gb! Tiada lagi handphone sepertinya. Oleh itu, anda boleh melaksanakan segala urusan anda - mengambil gambar, video, muat turun lagu, mesej dan macam-macam lagi tanpa menggunakan memory card!

Kameranya mencapai 2 megapiksel dengan Dual LED Flash.

Dengan menggunakan hanya satu kabel port ke komputer, anda boleh mengecaj bateri, di samping memuat turun data atau memuat naik data ke komputer pada masa yang sama.. Mudah kan??

Friday, August 17, 2007

Sapa nak Kad Maxis??

Assalamualaikum,

Suatu waktu dahulu, peniaga runcit prepaid seperti saya ini menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan kad prepaid daripada syarikat Digi. Ini adalah kerana seorang pegawai atasan Digi yang baru dilantik melaksanakan beberapa perubahan drastik kepada pembekalan kad Digi.

Tujuannya untuk menyekat lebih ramai kedai-kedai runcit daripada menjual kad prepaid dan mengelakkan daripada kedai-kedai handphone membekalkan kad prepaid kepada peruncit-peruncit.
Antara perubahan yang dilaksanakan ialah yang pertama, margin keuntungan Digi daripada kad semakin kecil (kalau dulu RM 9.40 skarang RM9.60 - jadi susah nak tolak harga lebih murah daripada itu ke peruncit lain), kedua pengambilan prepaid kad dihadkan kepada jumlah kecil... cthnya 100 keping setiap kali order.. cukup-cukup untuk dijual di kedai sahaja dan seterusnya melaksanakan sistem e-load dan bukan kad secara fizikal. E-load transfer lebih sukar di transfer dan pembelian menjadi lebih sukar. Digi juga akan membatalkan pembekalannya kepada kedai-kedai handphone yang mengingkari arahan mereka. Terdapat banyak kedai yang menjadi mangsa.
Baru-baru ini, dikatakan, pegawai atasan daripada Digi yang melaksanakan perubahan di syarikat Digi telah berpindah ke Maxis. Dan, perubahan yang dahulunya dilaksanakan di Digi kini telah digunakan di Maxis pula. Kad Maxis sangat sukar didapati sekarang ini dan cara-cara di atas telah dilaksanakan dengan jayanya. Saya sendiri amat sukar mendapat kad jikalau tidak kerana saya mengenali supplier kad Maxis di sini.

Saya mendapat telefon daripada kawan-kawan dari Kelantan dan serata tempat untuk membeli kad Maxis daripada saya atau supplier saya. Saya harap masalah kad prepaid Maxis ini akan berakhir dengan tempoh yang segera.

Walaubagaimanapun, kepada yang berhajat, saya akan menjual kad prepaid Maxis secara pukal sebanyak 2000 keping minggu hadapan secara tunai dengan harga RM 9.70. Tiada eload dan tiada pengambilan simpack. Sila sms saya sekiranya anda berminat. Peruncit adalah digalakkan!
Tawaran ini one off sahaja (sekali). Minimum pengambilan 500 keping. Bermakna hanya 4 orang sahaja yang akan membawa pulang 2000 keping kad ini. Tarikh availability saya akan bagitahu kemudian, bergantung kepada supplier. Term : cash on delivery. Hanya di lembah Kelang sahaja. Kepada sesiapa yang telah menelefon saya yang berminat untuk membeli kad maxis baru-baru ini.. ini adalah peluang anda. Telefon saya semula.... 012-9597074...

Wassalam


Monday, July 2, 2007

KETAHUI RAHSIA KOD TELEFON BIMBIT ANDA

Assalamualaikum...

Untuk memudahkan anda memeriksa handphone anda, kesahihan imei no (serial no:), tarikh manufacture phone anda, software version, simlock info dan lain-lain jadi berikut adalah senarai kod rahsia phone anda yang tidak lagi rahsia...

Sorry cuma ada nokia dan samsung... Erricsson ada sket..

Nokia

IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 0 0 0 0 # lub * # 9 9 9 9 #
Simlock info: * # 9 2 7 0 2 6 8 9 #
Enhanced Full Rate: * 3 3 7 0 # [ # 3 3 7 0 # off]
Half Rate: * 4 7 2 0 #
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 1
Network lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 2
Provider lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 3
SimCard lock status: # p w + 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 + 4
1234567890 - MasterCode which is generated from IMEI

Ericsson
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: > *
Dafault Language:
Enter to phone menu without SimCard - after Wrong PIN: press NO:* * 0 4 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 * 0 0 0 0 #


Samsung
IMEI number: * # 0 6 #
Software version: * # 9 9 9 9 # albo * # 0 8 3 7 #
Net Monitor: * # 0 3 2 4 #
Chaning LCD contrast: * # 0 5 2 3 #
Memory info: * # 0 3 7 7 # albo * # 0 2 4 6 #
Reset memory (SIMLOCK`a removing!!!): * 2 7 6 7 * 3 8 5 5 #
Reset CUSTOM memory: * 2 7 6 7 * 2 8 7 8 #
Battery state: * # 9 9 9 8 * 2 2 8 #
Alarm beeper: * # 9 9 9 8 * 2 8 9 #
Vibra test: * # 9 9 9 8 * 8 4 2 #


Silakan cuba.. kalau tak berjaya maaf dipinta..

Terima kasih..

Friday, June 29, 2007

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum,

Terima kasih daun keladi kepada semua pembeli handphone dan aksesori-aksesori yang lain daripada saya. Saya harap anda semua berpuas hati.. terima kasih sekali lagi.

1. Dr Yuslina dari IMR KL : Sony Erricsson K 618
2. Kak Miza dari Farmasi PUSRAWI : Nokia N70 Music Edition + 1 gb MMC
3. Ellie deHearT cupcakes : Nokia N70 + 512 mb MMC
4. Linda dari PUSRAWI : 1 gb MMC + songs download
5. Junaidi dari UiTM Shah Alam : Nokia N73 + 1gb Mini SD + I tech Clip D Bluetooth.
6. Ida dari klinik keluarga : 2 unit x 2 gb mini SD.

Setiap pembelian mendapat 3-4 aksesori percuma daripada saya.

** Sorry Ellie sebab dapat pamphlet bahasa sepanyol... kesian dia.. sampai kena migraine nak memahamnya.. Dont worry, nanti saya ganti yg english punya...


Terima kasih...






Saturday, June 23, 2007

I tech Clip D - FOR SALE

Assalamualaikum Bloggers...


I tech clip D adalah bluetooth di dalam siri yang sama dengan I tech Clip 2 mini dan I tech clip V. Kelebihan I tech Clip D adalah dengan mempunyai sistem ID caller bagi mengetahui pemanggil melalui sistem lampu OLED Display pada clipnya. I tech Clip 2 mini atau clip V tidak mempunyai kelebihan ini. Ini menjadikan Clip D istimewa dan popular daripada bluetooth yang seangkatan dengannya. Bayangkan, anda boleh memilih untuk menjawab panggilan telefon atau tidak dengan ID caller tersebut.


Di samping itu, ia boleh menyimpan memori caller sebanyak 10 memori untuk memudahkan anda. Anda boleh tinggalkan handphone anda pada jarak yang jauh. Jarak di antara bluetooth Clip D dan handphone boleh mencapai sehingga 10 meter. Display juga boleh menunjukkan ketahanan bateri anda dan samada pairing anda dengan handphone berjaya atau tidak.


CLip D di dalam pek yang menarik.
Rupa bentuk yang canggih pasti menawan hati anda. Ia sesuai digunakan juga untuk wanita bertudung kerana tidak kelihatan di bawah tudung.




Perbezaan I tech CLip D dengan bluetooth I tech yang lain





Sistem OLED display with backlight membantu anda melihat pemanggil dengan mudah



HARGA BIASA RM 210.00. HARGA LOW YAT RM 190.00- RM 200.00




HARGA SEKARANG : RM 180.00 !!!


(tidak termasuk kos penghantaran)


*********************





Produk warranty daripada ASIA Distributor : MCM Sdn Bhd untuk 1 tahun.

Tuesday, June 12, 2007

I Tech Clip II Mini - FOR SALE

Assalamualaikum.... To All Bloggers!


Sebenarnya kalau kita cakap pasal bluetooth, terdapat kesukaran untuk pemakaiannya terutama kepada wanita yang bertudung. Ini adalah kerana alat bluetooth ini agak bulky dan kalau perempuan (atau lelaki hehehe) bertudung, memang nampak agak janggal. Anda akan dihujani soalan yang bertubi2 seperti, apa benda yang besar kat telinga bawah tudung tu? atau semalam gaduh ngan laki ke? apasal telinga nampak bengkak semcam jer... atau.. amboiii besarnya subang baru cik Yah...


Oleh itu, izinkan saya untuk memperkenalkan I tech Clip II Mini untuk anda, wanita-wanita yang bertudung. Alat ni macam earphone, kecil, ringan dan mudah. Alat clip tu boleh diletakkan di kolar baju dan wayarnya boleh diletakkan di bawah tudung ke dalam telinga tanpa sesiapa perasan anda sedang memakai bluetooth. Ada punat kecil pada earphone tu, kalau tekan sekali untuk jawab phone dan tekan 2 kali untuk mendail. Ia juga boleh di pairkan dengan 2 phones (1 bluetooth boleh guna 2 phone.. powerr...)


Juga come in handy sekiranya anda seorang doktor pakar bedah wanita juga... anda boleh melakukan pembedahan dan menjawab phone di dalam masa yang serentak (saya ada kawan2 doktor bedah wanita yang membeli daripada saya yang menyatakan kegembiraan mereka setelah mendapat alat ini)... bayangkan, anda bertudung dan tidak ada orang yang sedar anda sebenarnya sedang bercakap di phone! Wow.... Dan alat ini compatible kepada Nokia, Sony Erricsson dan Motorola. No problem...


Untuk sang lelaki pula, alat ini menjadi igauan ramai orang kerana saiznya yang kecil.. kalau anda memakai alat ini, memakai spek hitam, pakai kot dan ada iras-iras muka Keanu Reeves.. orang mungkin akan confius anda dengan Neo @ Mr Anderson dalam movie Matrix... well.. atau mungkin orang akan confius anda dengan lelaki jahat (entah apa nama dia) dalam cerita Matrix tu gak... Mana2 satu pun, anda akan dipandang hebat dan macho... serta perasaan yang anda dapati itu tidak dapat nak digambarkan... perrghh... oklah.. kat bawah ni ada specification dia skit...

Harga Pasaran rm 168.00 ----- Biasa saya jual RM 148....
TAPI Sekarang ------->>>> RM 130.00!! HARGA MENANGIS...

Warranty Original MCM - 1 tahun. Produk boleh di pos ke rumah. Bayaran melalui akaun transfer (email abiteha@yahoo.com untuk maklumat)
SILA BANDINGKAN HARGA -



I-Tech CLIP II MINI

Clip II mini is embedded with multi-point technology which provides one-to-two connections to mobile handsets simultaneously. To use the multi-point connection, the two mobile handsets must support the Handsfree Profile. The special tie clip design + the silicon earphone bud reduces the pressure for the long wear.


Key Features

- Clips comfortably to your clothes

- Uncomplicated single button control

- Pairs with two Bluetooth mobile phones simultaneously

- Buzzer function lets you know when a call is coming through

- Enchanced voice clarity makes it easy to chat

- 4 level volume control

- Mute function

- Rechargeable battery

- Works with compatible Bluetooth phones



Specification

- Bluetooth specification v2.0 class 2

- Supports Bluetooth handsfree profile

- Talk Time: up to 6 hours^

- Standby Time: up to 120 hours^

- Nominal Charging Time: 3 hours - Compatible i.Tech 110 ~ 240Vac switching power charger

- Dimensions (main body): 45 x 22 x 22.2mm

- Weight: 16.5 grams


* To use the multipoint function, the two mobile phones must support Handsfree profile.

Thursday, June 7, 2007

NEW PRICE LIST FOR HAND PHONES (Updated 21.05.2008)

NEW PRICE LIST FOR MOBILE PHONES


Mobile Phone

Colour

Memory Card

Price

NOKIA

1200

130

1208

145

1600

210

2310

215

2600 classic

285

2626

210

2630

310

3500

256 TF

459

5300

256 TF

480

5700

512 TF

6030

230

6070

320

6233

128TF

560

6288

64 M.SD

685

6300

512 TF

615

6500 classic

930

6500 slide

512 TF

1040

7610

128DV

540

E65

980

E90

512 TF

2380

N70

64 DV

690

N70 (music)

Black

1G DV

745

N73 (music)

Black

2G Mini SD

990

N76

512 TF

1100

N81

2G TF

1180

N95

1GB TF

1600

SONY ERICSSON

K530

520

K550

White

510

K610

(No USB/M2)

480

T280

483

T650

830

K770i

256 M2

710

K800i

No M2

680

K810

128 M2

815

K850

512 M2

1190

P1i

1 gb M2

1100

W810

512 Stick

815

W850

1G stick

955

W890

2GB M2

1110

W880

1GB M2

698

W910i

1gb M2

995

Z610

PINK

696

MOTOROLA

L6i

284

L7i

463

V3i

440

Bluetooth Clip 2 mi

140

Bluetooth Shine

150

Celcom Data Card

490

M2 Sony 1gb

78



Sunday, May 20, 2007

Terima Kasih Pn Neta Suryana dan Cik Akmal


Assalamualaikum...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Neta Suryana (zufayri.fotopages.com) dan En. Kamil (suami) kerana membeli Sony Ericsson w800i daripada saya melalui blog ini. Diharap puan berpuas hati dengan telefon bimbit tersebut.


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada cik Akmal dari PUSRAWI Jalan Tun Razak kerana telah membeli Sony EricssonK750i baru-baru ini.. dan telah menempah satu lagi K750i untuk kawannya... Jazakillah...

Wassalam
Related Posts with Thumbnails