Assalamualaikum kepada Semua Pembaca Yang Dihormati,
Ramai yang ingin menternak cacing dan menjadi usahawan baja kompos dan cacing tetapi tidak tahu dan tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Yang paling penting anda perlu tahu kenapa anda menternak cacing? Apakah penghasilannya? Saya dapati ramai yang membeli cacing tetapi keliru tentang hasil produknya dan apakah pulangan kepada pelaburannya?
Ramai yang sudah menempah cacing daripada saya dan saya dapati mereka masih lagi tidak bersedia. Mereka telah datang kursus tetapi mereka masih tidak pasti bagaimana untuk menyediakan makanan cacing atau mengasingkan kompos. Ramai juga yang mengeluh kenapa cacing mereka mati? Kebanyakan hanya tahu teori... bagaimana dengan praktikal?
"Sesiapa yang inginkan dunia maka dia perlu mempunyai ILMU, Sesiapa yang inginkan Akhirat maka dia perlu mempunyai ILMU, Sesiapa yang memerlukan kedua-duanya maka dia perlu mempunyai ILMU".
Maka ilmu ini perlu merangkumi teori dan praktikaliti.
Sebelum menternak cacing, anda perlu fahami :- 1. Cacing dan jenis-jenisnya 2. Anatomi dan sistem fisiologi cacing (secara ringkas) untuk mengetahui struktur tubuh, sistem peredaran darah, pernafasan, pembiakan dan proses pertinjaan. 3. Bagaimana survival kehidupan cacing 4. Bagaimana cara menternak cacing secara komersial - pemilihan lokasi - pembuatan kandang - penyediaan makanan atau medium - pemilihan induk - pembiakan induk 5. Hama dan musuh cacing 6. Penuaian 7. Analisa hasil penternakan 8. Tips-tips untuk menjayakan penternakan 9. Praktikal di tapak penternakan 10. Membuat jaringan perniagaan
Oleh hal yang demikian, saya ingin menganjurkan satu kursus penternakan cacing ini dengan kerjasama Syarikat Agro Tech - satu syarikat penternakan cacing dan pembuatan makanan cacing di Saujana Utama, Sungai Buloh.
Kursusnya adalah seperti berikut :-
Tarikh :14 hb Disember 2008 (Ahad)
Masa : 8.45 pagi hingga 4 petang Tempat : Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor Bayaran : RM 300.00 sahaja Hubungi : Dr Azwan 012-9597074 @ abiteha@yahoo.com
Kelebihan Kursus Modul akan disediakan sepenuhnya. Praktikal di tempat penternakan. Kontrak Farming untuk pembelian induk dan baja disediakan. Tawaran menjual cacing dan makanan cacing dengan harga istimewa.
Sekiranya anda berminat - anda boleh hantar email atau hubungi saya pada email abiteha@yahoo.com atau telefon 012-9597074.
Sila sertakan Nama, No Kp, alamat email dan cara untuk menghubungi anda bagi saya menghantar gambar peta tempat kursus. Pilih tarikh yang mana satu anda ingin sertai.
Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer ke akaun Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin Maybank Current Ac : 564388100840
Sila simpan resit anda atau emailkan bukti penghantaran kepada saya selepas membuat bayaran.
Ambil peluang ini untuk menyertai kursus dengan harga yang berpatutan dan akan membawa anda ke mercu kejayaan. Jumpa di sana!..
Cacing merah (Lumbricus Rubellus) yang saya jual mendapat sambutan di yang agak baik dan di luar jangkaan. Semalam saya berjaya menjual 16 kg cacing di kawasan Bangi dan Meru. Terima kasih diucapkan kepada pembeli. Mereka membeli untuk induk dan juga untuk baja kompos. Masih ada 4 kg lagi yang belum di hantar kepada pelanggan di Bangi. Ada juga pembeli yang ingin membeli makanan cacing atau medium.
Oleh kerana medium cacing yang dihantar tidak tahan lama, oleh itu pastikan sebelum anda membeli cacing, anda sudah membeli medium terlebih dahulu. Jangan nanti, cacing dah beli tetapi makanannya masih belum ada. Atau anda boleh beli dengan saya secara pukal dengan pesanan melebihi 100 kg.
Itu untuk penternak cacing. Tetapi untuk pembeli secara individu seperti kawan saya Neta Suryana (ummu Zufayri) dari Bangi yang telah membeli sebanyak 2 kg minggu lepas, tujuan pembelian cacingnya adalah untuk menghabiskan sisa sisa makanannya seperti sayur busuk, buah2an busuk, kulit pisang atau pizza. Ya, ini adalah cara yang biasa di buat di luar negara. Oleh itu, Sdri Neta telah berbakti kepada alam dengan mengurangkan kadar pembuangan sampah dari rumahnya. Malah, cacing merah ini boleh makan hampir apa saja termasuk habuk-habuk kayu, tahi kambing atau lembu dan kertas surat khabar!
Apa pun bagi anda yang berminat untuk membuat bisnes penternakan cacing, sudah banyak kursus yang dijalankan dan anda boleh menyertainya. Saya tidak mengadakan kursus penternakan cacing kerana saya adalah ejen pemasaran sahaja tetapi harga cacing yang saya jual adalah lebih murah dibandingkan dengan pasaran. Harga pasaran sekarang ialah RM 350- RM 550 sekg. Oleh itu anda boleh beli cacing dengan saya dan ia lebih memuaskan hati anda.
Untuk makluman semua pembaca, kepada sesiapa yang ingin membeli cacing tanah (Red Worm / Lumbricus Rubellus) untuk tujuan induk atau baja kompos (vermikompos) boleh hubungi saya dengan segera 012-9597074 atau email kepada abiteha@yahoo.com. Saya jamin harga yang saya beri adalah antara yang terbaik dan di bawah pasaran. Untuk pembelian 100 kg ke atas, kos penghantaran adalah ditanggung oleh saya. Untuk pembelian kecil (untuk kegunaan sendiri) juga adalah dialu-alukan.
Baja organik cacing (vermikompos)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.
Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.
Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos: * kurang pembajakan antara musim * kurang masalah perosak * pertambahan pengeluaran hasil * mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama) * penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Ini adalah peluang anda untuk membeli baka induk cacing merah lebih murah dari pasaran. Sila hubungi saya dengan segera 012-9597074 atau hantar email abiteha@yahoo.com.