Monday, June 30, 2008

Nur Fateha Syahdina Johan Bercerita




Assalamualaikum,

Minggu lepas, anak sulung saya, Nur Fateha Syahdina (Fateha) berumur 5 tahun, telah masuk pertandingan bercerita untuk Hari Potensi Tabika anjuran Tabika Kemas. Pertandingan diadakan untuk parlimen Seputeh dan Parlimen Bukit Bintang. Anak saya mewakili Tabika Taman Salak Jaya untuk Parlimen Seputeh. Tajuk ceritayang dipersembahkan ialah "Beruang dan 2 orang sahabat karib.

Dia mula menghafal cerita 1 bulan sebelum itu. Pada asalnya guru tadika mahukan dia memasuki pertandingan fesyen, tetapi ia dibatalkan. Kemudian Fateha diminta pula memasuki pertandingan reka cipta menggunakan tanah liat atau plastesin tetapi akhirnya tidak jadi juga. Oleh kerana tiada wakil untuk pertandingan bercerita, maka Fateha pun dipilih.

Pada awalnya dia malu-malu, tetapi oleh kerana dia diminta untuk bercerita di hadapan semua orang, maka akhirnya malu itu semakin berkurang.

Oleh kerana kebanyakan kawan-kawan Fateha yang memasuki pertandingan bercerita berumur 6 tahun, mahu tak mahu abah dan umi Fateha terpaksa "bekerja keras" supaya Fateha dapat meneruskan pertandingan ini dengan rasa gembira dan tanpa stres yang keterlaluan. Maka, terpaksalah abah dan umi berjanji untuk menghadiahkan anak patung "Barbie" kepada Fateha dan 2 orang lagi adiknya sekiranya dia berjaya naik ke pentas dan bercerita.

Kami menyewa sebuah kostum "beruang" dari bangunan Yow Chuan Plaza jalan Ampang untuk pertandingan bercerita ini.

Pada pagi hari pertandingan Fateha menangis kerana takut. Lama kelamaan setelah melihat ramai kawannya beraksi, ketakutan itu semakin hilang. Segala aksi-aksi yang dipelajari separuh daripadanya tidak dibuat kerana terlupa dan terlalu takut.

Alhamdulillah, berkat dorongan semua orang, kesungguhannya untuk berlatih setiap hari dan anak patung "barbie" yang dijanjikan, dia berjaya menjadi johan bercerita Hari Potensi untuk Parlimen Seputeh. Selepas ini Fateha akan bercerita ke peringkat kebangsaan pula. Cai yuk!


Nur Fateha Syahdina ketika berumur 4 tahun dengan aksi cun (baru dapat kasut kot masa tu). Tembam macam abah dia.


Di rumah, malam sebelum hari pertandingan bersama kostum beruangnya. Tangan kostum terlalu panjang. Di sebelah kanak, Nur Annisa' Insyirah (Syirah)- 4 tahun anak saya yang kedua, Mohd Amir Syahmi (Cami) - anak saudara saya yang merupakan jelmaan hero Ultraman, dan Nur Soleha Sofeyya (Piya)- umur 2 tahun - anak ke 3.


Nur Fateha sedang beraksi.


Nur Fateha mendapat hadiah. Saya yang di bawah pun tengah terkejut. Maklumlah peserta lain lebih hebat.

Nur Fateha bersama kawan baiknya di atas sofa selepas mengambil hadiah.


Bersama kawan-kawannya yang juga menjadi johan pertandingan nasyid.


Salah seorang kawan Fateha yang menjadi johan pertandingan nasyid.


Di sebelah kiri sekali, kawan Fateha yang menjadi johan membaca Qur'an. Mereka kena menghafal ayat 1-5 Surah Ar Rahman beserta maknanya.

Thursday, June 26, 2008

Tatu (Tattoo) - Masalah dan Perawatannya




Assalamualaikum,

Semalam saya didatangi oleh 2 orang wartawan surat khabar sinar yang ingin menemuramah saya tentang tatu dan bertindik badan untuk diterbitkan di dalam akhbar mereka. Mereka membawa isu tatu dan bertindik badan ini kerana ini adalah gejala kurang sihat yang semakin merebak di kalangan anak muda kita.

Tidak dinafikan budaya bertatu dan bertindik badan di kalangan remaja muda Islam kita semakin meningkat. Saya rasa kita kena sama-sama menegur sesama kita terutama ahli keluarga kita sendiri.

Oleh kerana saya pernah bekerja di HKL di dalam bidang plastik surgeri dan mempunyai sedikit pengalaman perihal tatu, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda berkenaan hal tersebut.


DEFINISI TATU

Untuk pengetahuan anda, tatu adalah satu perkataan yang berasal dari samoa iaitu "tatau" yang bermaksud untuk menanda atau untuk mencacah dua kali. Makna ini berkait rapat dengan cara orang Samoa membuat tatu di badan mereka. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawa bangsa polynesia yang mempelopori tatu. Secara sejarahnya, tatu telah diamalkan hampir 5000 tahun sebelum masehi.

Dari sudut sains, tatu adalah proses di mana pigmen warna dicacah ke dalam lapisan kulit yang dalam dipanggil dermis. Lapisan di atas dermis iaitu epidermis adalah lapisan yang sering berganti-ganti, tetapi lapisan dermis adalah lebih tetap.

Dengan reaksi pencacahan tatu menggunakan jarum, maka tindak balas badan menyebabkan pigmen tersebut diperangkap oleh sel-sel dipanggil fibroblast (sel parut) di kawasan dermis dan menjadi stabil dengan warna kulit.


KENAPA BERTATU?

Agama dan Spiritual.
Tatu dibuat kerana beberapa sebab. Di antaranya adalah kerana hubungan spiritual dan agama seseorang. Pada sesetengah agama tatu boleh menghalau hantu dan syaitan. Di dalam cerita Ripley's Believe it or Not, seorang lelaki yang merasakan dirinya adalah jelmaan harimau, telah mentatu seluruh badannya dengan belang dan warna harimau.

Budaya
Kaum Iban di Sarawak mengamalkan tatu terutama di kalangan pahlawan mereka waktu dahulu. Ini menunjukkan semangat keberanian dan kepahlawanan mereka.

Identifikasi atau pengenalan
Kumpulan Yakuza iaitu satu kumpulan mafia Jepun dikenali kerana tatu mereka yang mereka pakai. Di Malaysia terdapat kumpulan kongsi gelap (biasanya cina) yang mencacah tatu di badan mereka sebagai tanda satu kumpulan. Ada juga tatu yang bersifat rank atau pangkat.

Jikalau tatu helang atau tatu harimau, maka pangkatnya adalah tinggi sedikit daripada tatu ular. Atau tatu naga yang paling tinggi pangkatnya di kalangan semua tatu contohnya. Tentera Nazi juga pernah menanda golongan yahudi dengan tatu dengan nombor semasa peristiwa holocaust dahulu sebagai tanda pengenalan.

Kosmetik
Ada orang yang mentatu kawasan kulit yang bermasalah untuk menutup kelemahannya. Walaupun tidak bagus sebenarnya mentatu kulit yang bermasalah, tetapi seorang wanita di barat telah mentatu separuh badannya kerana masalah kulit yang dihadapinya ketika terkena cahaya matahari.

Perubatan
Tatu mempunyai kurang indikasi di dalam perubatan. Seseorang yang menjalani pembedahan mastektomi iaitu buang payu dara kerana kanser, kemudian menjalani pembedahan semula untuk rekonstruktif payudara. Salah satu cara untuk membina puting susunya dengan cara mudah adalah melalui cara tatu.


RISIKO DAN MASALAH

Jangkitan
Jangkitan adalah masalah utama tatu. HIV dan Hepatitis adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan kematian. Ini disebabkan penggunaan jarum yang sama bagi pelanggan-pelanggan. Jangkitan kulat dan bakteria juga boleh berlaku dan mengakibatkan luka susah sembuh dan kadangkala bengkak dan bernanah.

Oleh itu mereka yang menerima tatu tidak dibenarkan menderma darah di Malaysia dan banyak negara di dunia selama 12 bulan selepas kali akhir ditatu.

Alahan
Alahan kepada bahan dakwat yang digunakan boleh terjadi. Ini boleh menyebabkan kegatalan. Ada sedikit insiden tatu menyebabkan alahan teruk seperti sesak nafas.


BAGAIMANA MEMBUANG TATU

Akhirnya sampai di tempat isi yang ingin saya sampaikan kepada pembaca.

Ada segelintir anak-anak muda melayu Islam kita yang belajar di luar negara yang pulang dengan hadiah tatu kepada ibu bapa mereka. Ada ibu bapa yang "cool" tidak beberapa mengendahkan sangat dan buat-buat suka. Ada ibu bapa yang terkejut "panda" dan beristighfar banyak-banyak. Tiada apa yang boleh dilakukan sangat ketika itu.

Titik pertukaran penting cuma berlaku iaitu ketika mereka ingin mendirikan rumah tangga. Masa tu ingin kembali ke jalan yang benar. Nak menjadi suami perlu sedikit ilmu di dada. Buka semula al-Quran. Buka semula kitab fekah. Baca rukun nikah.

Tiba-tiba terfikir tatu besar di lengan, macamana nak berdepan dengan kadi dan bakal mertua. Malu kalau ternampak. Mulalah di dalam kepada ligat berfikir. Bagaimana nak membuang tatu.

Terdapat pelbagai cara membuang tatu.

1. Cara yang paling berkesan adalah menggunakan laser. Terdapat 3 jenis laser yang kami gunakan dulu di plastik surgery iaitu Alexandrite, ND Yag dan Intense Pulse Light. Ini adalah cara yang paling berkesan kerana setiap laser mempunyai ciri unik dan jarak gelombang yang tertentu untuk membuang tatu.
Apa yang laser akan buat apabila dipancarkan, ia akan menguraikan pigmen warna di dalam dermis. Dan proses ini menyebabkan sel badan bertindak dengan "memakan" pigmen warna yang diuraikan itu.

Walaupun begitu, proses ini mengambil masa beberapa sesi (mungkin 5-6 sesi atau lebih) bergantung kepada jenis tatu dan besarnya. Ia juga agak sakit berbanding mencacah tatu itu sendiri walaupun krim bius digunakan. Jika dijalankan di klinik atau hospital swasta ia boleh melibatkan kos yang besar setiap sesi.

Parut yang ditinggalkan oleh rawatan laser boleh menjadi kekal dan tidak cantik. Ada sesetengah kulit yang sensitif terutama kulit gelap, parut yang ditinggalkan mungkin lebih gelap (hyperpigmentasi) atau lebih cerah (hypopigmentasi) daripada warna kulit asal.

Warna hijau, kuning, merah yang digunakan di dalam pencacah tatu professional adalah lebih sukar untuk dihilangkan menggunakan laser, mungkin kerana jarak gelombang warna yang berbeza atau jenis dakwat yang digunakan. Warnah hitam dan biru lebih mudah dihilangkan. Ini menyebabkan tatu tradisional yang biasanya menggunakan dakwat biasa atau nila lebih mudah dibuang.

2. Ada juga cara lain iaitu melalui pembedahan. Saya pernah melihat seorang budak perempuan berumur 17 tahun ingin membuang tatu di Hospital Kuantan dulu. Kulit tatu yang ingin dibuang akan "disiat" sehingga ke level dermis (tak sakit sebab ada bius). Lepas itu akan ditampal dengan kulit yang baru yang diambil dari anggota lain (sekarang ada 2 parut pula). Cara ini lebih pantas dan dilakukan di kawasan yang tiada perkhidmatan laser. Walaupun begitu parut yang ditinggalkan adalah hodoh.

3. Selain dari 2 cara ini saya tiada pengalaman. Tetapi saya ada terjumpa seorang askar yang menggunakan kapur simen yang panas tu untuk "membakar" tatunya. Kesannya mungkin hilang sedikit tetapi ia telah meninggalkan parut yang sangat hodoh.



NASIHAT SAYA

Pertama sekali mencacah tatu adalah satu dosa. Ini dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, "Daripada Ibnu Umar, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu."

Sekiranya, anda ingin bertatu, tolonglah baca artikel ini dan fikir 1000 kali. Ia adalah satu perbuatan mensabotaj diri sendiri. Malah sabotaj ini boleh dikategorikan hampir kekal. Sekiranya anda ingin membuangnya, ia akan meninggalkan parut yang boleh menghantui anda seumur hidup. Parut fizikal boleh ditutup dan dibuang, parut mental kekal ke akhir hayat.

Bukan itu sahaja ia juga melibatkan pembaziran wang yang besar. Dulu anda membuang wang untuk mencacahnya sekarang anda membuang wang untuk membuangnya.

Ingatkan Allah dan ibu bapa sebelum anda mentatu diri anda. Ramai di kalangan orang yang ditatu menyesal tidak sudah setelah ditatu dan terpaksa menerima hakikat hidup dengannya seumur hidup. Sebagai anak, anda sendiri tidak mahu sekiranya suatu waktu akan datang anak anda sendiri pula mentatu diri.

Pendekata ini adalah budaya barat ikut-ikutan yang terlalu mengagungkan hedonisme, tidak bermanfaat, menyakitkan, membazir dan menjatuhkan maruah. Janganlah gunakan tatu di atas alasan meningkatkan personaliti, kebebasan dan keremajaan kerana ini adalah cara hidup orang yang rosak akhlak di barat. Ia adalah cuma taktik komersial mereka untuk mengaut untung dan anda sendiri yang menerima padahnya.

Wallahu A'lam.

Artikel ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk www.drazwan.blogspot.com.



Monday, June 23, 2008

DI MANAKAH KAUM ADAM?



Assalamualaikum.

Kemana hilangnya pelajar lelaki di IPTA tempatan? Kenapa terlalu berkurangan? Seorang mahasiswa perempuan USIM ditemuramah di radio 24 minggu lepas berkata, Di dalam kelasnya ada 40 orang pelajar semuanya, yang lelaki tak sampai 10 orang.

Adakah baru sekarang baru gejala ini timbul?

Semasa saya di MRSM Kuala Terengganu pada tahun 1993, kelas saya seramai 40 orang tetapi pelajar lelaki hanya seramai 10 orang sahaja. Kebanjiran pelajar perempuan ketika itu begitu ramai sehingga terdapat satu kelas bilangan pelajarnya semuanya perempuan iaitu 5L yang mempunyai nama jolokan 5 Ladies.

Ada seorang professor kejuruteraan memberitahu, pada zaman ini kursus seperti kejuruteraan juga semakin dipelopori golongan wanita. Pelajar lelaki sudah semakin kurang.

Di Maktab perguruan kebanyakan guru-guru 80% terdiri daripada perempuan.

Adakah ini satu "vicious cycle?". Ada pendapat menyatakan bahawa lepasan maktab perguruan ini yang terdiri daripada 80% guru wanita, menjadikan suasana sekolah menengah lebih tertumpu kepada suasana keperempuanan sehinggakan pelajar lelaki kurang berminat untuk bersekolah. Role model guru lelaki pula semakin berkurang.

Pelajar wanita yang lebih cepat matang daripada lelaki lebih mendapat perhatian guru wanita berbanding pelajar lelaki yang nakal dan lambat matang. Biasanya ini menyebabkan mereka lebih berjaya di dalam peperiksaan dan masuk ke Universiti tempatan berbanding lelaki. Ada di kalangan graduan wanita masuk semula ke bidang pendidikan dan menjadi guru. Dan kitaran ini berputar.

Pelajar lelaki lebih lambat matang dan adakalanya tidak suka terikat dengan disiplin. Ramai juga yang kurang berjaya di dalam peperiksaan. Daripada sifat semula jadi lelaki yang lebih tertumpu kepada perkara-perkara teknikal berbanding teoritikal, kebanyakan mereka berada di politeknik dan kursus-kursus vokasional yang menawarkan subjek lebih bersifat teknikal. Ada yang berjaya ke universiti dan mengisi ruang-ruang subjek teknikal di universiti.


Bagaimana dengan Universiti Swasta Tempatan?

Mengikut seorang pegawai kemasukan di Universiti Lim Kok Wing, perkara kekurangan penuntut lelaki ini TIDAK berlaku di universiti swasta. Beliau menyatakan bahawa penuntut yang hebat-hebat dan cemerlang di universiti swasta adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Malah bilangan pelajar lelaki di universiti swasta adalah seimbang dari sudut jantina, malah ada juga bilangan pelajar lelaki yang lebih ramai. Walaupun begitu mereka terdiri daripada BUKAN melayu

Oleh itu masalah kekurangan pelajar lelaki di universiti ini adalah terdiri daripada pelajar lelaki melayu sahaja. Bagi bukan melayu, ia bukanlah satu masalah.

Jadi, dimanakah pelajar lelaki melayu kita? Benarkah mereka mengisi ruang-ruang di pusat serenti, penjara dan sekolah-sekolah akhlak?

Itu mungkin sedikit benar kerana penghuni pusat-pusat bermasalah ini hampir 90% terdiri daripada orang melayu.

Bagaimana dengan pelapis pemimpin lelaki yang akan kita pilih 20 tahun lagi misalnya sekiranya perkara ini tidak dibendung? Adakah wajar, kerajaan semata-mata terpaksa menolak kemasukan pelajar perempuan yang lebih pandai semata-mata untuk memberi ruang kepada pelajar lelaki memenuhi bilangan kuota universiti?

Perancangan untuk menyelesaikan masalah ini perlu bermula dari sekolah rendah dan dibawa ke sekolah menengah. Seperti contoh awal tadi, di kelas saya terdapat hanya 10 orang pelajar lelaki berbanding 30 orang perempuan. Jika trend ini berterusan maka inilah juga adalah refleksi bilangan penuntut lelaki dan perempuan di Universiti. Oleh itu mengawal tingkah laku dan pendidikan mereka ketika masih di bangku sekolah adalah langkah yang sangat penting.

Saya berpendapat institusi kekeluargaan di kalangan keluarga melayu Islam di Malaysia perlu diperkukuhkan. Tidak boleh hanya meletakkan beban berat seperti ini kepada guru sekolah sahaja.

Anak-anak lelaki harus kembali diberi banyak tanggungjawab di dalam keluarga, diberi pengawasan yang sewajarnya oleh ibu bapa sama seperti anak-anak perempuan. Kawalan yang terlalu longgar kepada anak-anak lelaki tidak kira dari segi agama, disiplin, akhlak dan pendidikan menjadikan lebih ramai anak-anak lelaki tidak berdisiplin dan tidak faham tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan anak.

Salah anggap bahawa cuma anak perempuan sahaja yang perlu dikawal ketat dan disiplinkan adalah satu cara mendidik yang sudah ketinggalan zaman. Sekiranya insitusi kekeluargaan diberi perhatian yang lebih baik oleh ibu-bapa, maka lebih kurang kejadian negatif berlaku dan ini boleh menyelamat anak-anak lelaki kita dari terjebak ke lembah-lembah hina yang sukar untuk dipulihkan kembali.

Anak-anak remaja kita lelaki dan perempuan adalah cermin masyarakat dan sistem kekeluargaan kita. Buruk perangai mereka maka itulah rupa masyarakat kita yang sebenarnya.

Wallahu A'lam

Thursday, June 19, 2008

Indahnya Ciptaan Tuhan




Assalamualaikum,

Eyes do not see what the mind does not know.

Saya sambung artikel yang saya tulis 2 hari lepas tentang ayat di atas. Kemungkinan cerita di bawah lebih menerangkan tentang frasa tersebut.

Beberapa bulan lepas saya telah menonton satu dokumentari di dalam National Geographic. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki dewasa (umur mungkin dalam 40-an) telah kehilangan penglihatannya di dalam satu kemalangan ketika dia berumur 3 tahun. Dalam kata lain dia menjadi buta pada waktu masih kecil.

Dia meneruskan hidup seperti biasa dan setelah dewasa dia berkahwin dan mendapat beberapa orang anak.

Lebih 40 tahun selepas insiden itu dia mengunjungi pakar mata. Setelah diperiksa oleh pakar mata, dengan menggunakan teknologi terkini, pakar mata berpendapat bahawa matanya boleh dibedah dan penglihatannya boleh pulih.

Dia akhirnya dibedah dan semua orang menanti hasilnya dengan berdebar-debar. Pakar mata berpendapat, hasilnya mungkin menakjubkan dan yakin bahawa pesakit boleh melihat semula.

Apabila tiba masanya dan kain penutup matanya dibuka, lelaki tersebut dapati, apa yang dilihat cuma cahaya sahaja, dia masih tidak dapat melihat apa-apa. Dia tidak mengetahui apa yang dilihatnya itu dan penglihatannya hampir sama seperti dia buta.

Apa yang berlaku ialah lelaki tersebut telah hilang penglihatannya semasa berumur 3 tahun. Pada umur 3 tahun, dia masih di dalam keadaan "baru" belajar melihat. Pemahaman tentang objek, warna, rupa, bentuk, dimensi adalah sesuatu yang sangat baru. Pada umur 3 tahun, kanak-kanak tidak tahu apa itu warna hijau, apa itu telefon, apa itu jalan tar, apa itu eskalator dan macam -macam lagi. Oleh itu, apa yang dilihatnya sekarang adalah apa yang sepatutnya dia lihat ketika umurnya 3 tahun.

Mari kita kembali kepada asas fisiologi penglihatan. Apabila cahaya yang dipantulkan oleh satu objek masuk ke dalam mata dan membentuk imej terbalik di dalam retina. Imej ini akan dihantar dari retina ke otak melalui saraf optik. Di dalam otak lah imej ini akan ditafsir dan difahami.

Sekiranya otak tidak mengenali imej yang dihantar itu, otak tidak dapat menafsir imej tersebut. Dan pandangan tentang imej itu tidak boleh difahami.

Di dalam konteks cerita lelaki ini, tempoh masa 40 tahun yang dia tidak dapat melihat, apa yang didaftarkan ke dalam otaknya semasa umur 3 tahun juga adalah sesuatu yang kelam dan samar-samar. Oleh itu cahaya dan imej yang masuk ke dalam matanya tidak dapat ditafsir oleh otak dan akhirnya ia hanya difahami sebagai satu yang kelam dan gelap, serupa seperti keadaan dia buta dahulu.

Beliau perlu mengambil masa untuk belajar semula semua objek yang dilihatnya untuk mendaftarnya ke dalam bentuk ingatan dan pengalaman. Kemudian baru beliau dapat memahami apa yang dilihatnya.

Terdapat satu lagi fakta aneh yang tuhan jadikan tentang penglihatan dan otak. Dunia yang luas dan berwarna-warni, dihiasi dengan keindahan alam yang serba indah dan cahaya yang sangat terang, adalah imej yang dipantulkan kedalam mata dan akhirnya sampai ke otak.

Ironinya, otak itu sendiri yang mentafsir cahaya, keindahan, kecantikan dan keluasan alam ini berada di dalam satu ruangan yang sangat-sangat sempit iaitu di dalam tengkorak manusia dan juga berada di dalam keadaan amat-amat gelap kerana tiada cahaya. Indahnya ciptaan tuhan.

Wednesday, June 18, 2008

Artikel Sahibus Samahah Yang Mengharukan



Assalamualaikum,

Saya terharu dan rasa insaf apa bila terbaca tentang ulasan mufti Perlis tentang keadaan berjimat cermat yang dianjurkan oleh pemimpin kita. Cuba baca tentang artikel ini dan nilaikan sendiri.

Kita sudah begitu perit untuk hidup biasa sedangkan ramai pemimpin yang berkuasa sedang berpesta naik gaji sehingga 100% dan bergaduh samada konsert-konsert perlu diteruskan untuk pesta2 dan sebagainya. Di harap para pemimpin kita dapat mengambil iktibar di atas artikel yang ditulis oleh Sahibus Samahah Mufti Perlis.

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?". Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Sama-sama kita ambil iktibar. salam.

Tuesday, June 17, 2008

Di antara Dua Telinga.





Assalamualaikum,

Teringat saya masa saya belajar dahulu.

Ketika itu kami di dalam dewan syarahan. "Sakit apa ni ha?", tanya salah seorang dari kami apabila sejenis ruam yang menjangkiti orang asli di Malaysia ditunjukkan di dalam sebuah persembahan slide oleh pakar kulit di dewan.

"Molluscum Contangiosum!", kata si Rassem, seorang mamat Palestin yang duduk di antara kami yang tahu jawapannya.

"OOOOOOooooooo...", besar sungguh mulut kami ketika itu melopong. Ada juga yang terdiam seribu bahasa sebab tak pernah dengar diagnosis tu.

Professor saya yang pernah berkata di dalam kelas syarahannya.

"Eyes do not see, what the mind doesn't know". Ia bermaksud, mata tidak dapat melihat apa yang minda kita tidak ketahui.

Ia ditujukan untuk kami semua pelajar perubatan. Pada ketika kami melihat satu simptom, satu penyakit, satu ruam, satu kondisi maka, sekiranya otak ini tiada ilmu pengetahuan tentang penyakit itu maka apa yang dilihat itu sekadar satu pandangan kosong sahaja dan tiada ertinya. Tidak lebih dari itu. Kosong.

Teringat pula kisah Long Jaafar di Perak dengan bijih Timah sebagaimana yang Cikgu Kamal iaitu guru Fizik saya dulu pernah bercerita.

Dulu-dulu di Bukit Larut, Long Jaafar dan kawan-kawannya dibesarkan di tanah kelahirannya di Perak. Tiap-tiap hari beliau berjalan dan bermain-main. Satu hari kaki beliau terpijak sebuah batu aneh yang tajam dan melukakan kakinya... "Cis... kurang ajor ko ni batu!", kata si Long Jaafar sambil mencampak batu itu jauh-jauh.

Malah setiap orang kampung saban hari terpijak batu yang aneh itu dan ramai juga yang berdarah kakinya, tetapi mereka tidak peduli dan tidak pula hairan.

Sehinggalah satu hari, seorang lelaki berkulit putih bermata biru datang dan ternampak kawasan Bukit Larut. "Wow.... banyak sungguh bijih timah di sini!", kata mat salleh itu dengan slang orang putehnya. Baru diberitakan kepada semua orang bahawa benda yang selalu terpijak-terpijak tu adalah sejenis bahan yang berharga dan bernilai.

Maka sejak itulah Bukit Larut dan Long Jaafar menjadi sinonim dengan perlombongan bijih timah. Kalau tipu Cikgu Fizik saya, tipu lah saya :)
Sesuatu yang mungkin bernilai tidak akan nampak bernilai tanpa melalui penglihatan orang yang berilmu. Melalui orang yang berilmu dan berakal, sampah dan tin kosong boleh bertukar menjadi barang yang bernilai. Tanpa ilmu, bertan-bertan berlian mungkin dianggap sebagai batu biasa sahaja.

Cerita lain pula, semasa kami di belajar dahulu, terdapat seorang pesakit kanak-kanak yang mengalami sakit jantung berlubang. Kami akan memeriksa dengan menggunakan stetoskop, sejenis alat yang diletakkan dekat telinga pada satu hujung dan ditekap di dada pada satu hujung lagi untuk mengesan bunyi abnormal pada jantung dan paru-paru.

Ada di antara kami yang tidak dapat menangkap bunyi deruan jantung tersebut untuk dikaitkan dengan abnormaliti jantung dan membuat diagnosis (saya juga tak terkecuali). Ada yang menyalahkan bahawa stetoskop itu yang kurang berkualiti. Malah ada yang tiba-tiba sahaja mengaku mempunyai masalah pendengaran.

Professor berkata, "It is not the ear, but what is between the ear". Ia bukanlah disebabkan oleh telinga, tetapi apa yang berada di antara dua telinga itu.

Yang berada di antara dua telinga tak lain dan tak bukan ialah otak atau akal.

Apa yang kita tahu tentang alam dan dunia ini adalah kerana kita pernah terjumpa dan belajar tentang perkara itu. Kita mengatakan bahawa buah oren itu berwarna jingga kerana kita pernah diberitahu bahawa buah oren itu berwarna jingga oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kita.

Oleh itu pengalaman dan pengetahuan yang disimpan di dalam otak dan akal adalah bekalan untuk kita meneruskan hidup yang serba mencabar ini. Tetapi perlu kita ingat bahawa akal manusia adalah terbatas. Kita boleh membuat pola logik dan mantik tertentu berdasarkan satu isu atau masalah, tetapi penyelesaiannya boleh jadi sesuatu yang pelbagai.

Oleh itu, kita sama perlu ingat-mengingati. Jangan mendabik dada di atas kepandaian akal semata-mata kerana akal itu dibatasi dengan ruang lingkup apa yang pernah kita belajar dan lalui sahaja. Allah telah menurunkan panduannya di dalam kitabnya dan model kehidupan di dalam bentuk kehidupan para rasul. Maka, panduan seperti ini adalah ubat kepada akal-akal yang sesat dan liar.

Wallahu Alam

Monday, June 16, 2008

Vaksin PENTAXIM




Assalamualaikum,
Kepada sesiapa yang bertanya tentang Vaksin baru-baru ini, saya tak dapat kesan komen threading yang anda hantar.

Apa beza Pentaxim dan DPT+Polio.

Ia adalah benda yang sama.

Pentaxim adalah nama vaccine yang dikeluarkan oleh syarikat Sanofi Pasteur. PENTA bermaksud LIMA. Jadi ada 5 vaksin di dalam 1 vaksin.

5 Vaksin tersebut ialah vaksin untuk Diphteria, Pertussis dan Tetanus (DPT) + Polio + Hemophilus Influenza B (HiB) = PENTAXIM.

Tahun lepas semasa saya bertugas di klinik PUSRAWI, DPT + Polio datang dengan satu vaccine lain dan HiB vaccine datang dengan kotak yang lain pula.

Dengan PENTAXIM sebua ke lima-lima telah digabung menjadi satu vaksin.

Mudah...

Salam.

Friday, June 13, 2008

CACING TANAH UNTUK DIJUAL !! MURAH !!





Assalamualaikum,

Untuk makluman semua pembaca, kepada sesiapa yang ingin membeli cacing tanah (Red Worm / Lumbricus Rubellus) untuk tujuan induk atau baja kompos (vermikompos) boleh hubungi saya dengan segera 012-9597074 atau email kepada abiteha@yahoo.com. Saya jamin harga yang saya beri adalah antara yang terbaik dan di bawah pasaran.

Untuk pembelian 100 kg ke atas, kos penghantaran adalah ditanggung oleh saya. Untuk pembelian kecil (untuk kegunaan sendiri) juga adalah dialu-alukan.


Baja organik cacing (vermikompos)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.

Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.

Ini adalah peluang anda untuk membeli baka induk cacing merah lebih murah dari pasaran. Sila hubungi saya dengan segera 012-9597074 atau hantar email abiteha@yahoo.com.

Thursday, June 12, 2008

Rebat Tunai di Pejabat Pos




Assalamualaikum,

Ini adalah makluman kepada sesiapa yang ingin memohon rebat sebanyak RM 625.00 di 683 buah pejabat pos bermula 14 Jun minggu hadapan. Saya petik daripada sumber Yahoo (Bernama).

1. Bawa Mykad yang asli atau IC polis/tentera yang asal.

2. Anda dikehendaki mengisi sejenis borang khas di pejabat pos.

3. Mereka yang mempunyai lebih dari satu kenderaan kena mengisi borang berasingan untuk setiap kenderaan sehingga maksimum lima jenis kenderaan (termasuk kereta, kombinasi kereta dan motosikal atau motosikal sahaja).

4. Untuk fasa pertama ini, orang ketiga tidak dibenarkan mewakili tuan punya kenderaan untuk memohon rebat ini.

5. Fasa pertama yang berakhir sehingga 31 Mac 2009 adalah untuk cukai jalan baru atau yang dihidupkan pada 1 April hingga 31 May 2008.

6. Selepas mengisi borang, Kakitangan Pos Malaysia akan memeriksa kesahihan pemilik kenderaan dengan merujuk pengkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini untuk memastikan samada mereka layak untuk menerima rebat tunai tersebut.


Salam

Wednesday, June 11, 2008

Nokia N82




Assalamualaikum,

Terima kasih kepada En Azman dari Petronas yang telah membeli 2 unit original zithron set Nokia N82 berwarna hitam semalam untuk diri sendiri dan isteri dengan harga RM 1925.00 setiap satu.

Beliau juga telah membeli sebuah leather case original untuk Nokia N95 dengan harga promosi RM 89.00 (Biasa RM 99.00).

Untuk itu saya telah menghadiahkan 2 original car charger Nokia dan beberapa aksesori seperti 2 unit silicon cover, 2 unit crystal cover beserta 2 wrist string dan neck string.

Saya memberi penghargaan kepada beliau kerana jarang pembeli saya membeli 2 unit handphone secara tunai yang bernilai hampir RM 4000.00 sekaligus!

Terima kasih.

Tuesday, June 10, 2008

Kos Rawatan Pula Meningkat?




Assalamualaikum,

Klinik Idzham tempat saya bekerja mengumumkan beberapa langkah baru untuk mengurangkan perbelanjaan disebabkan oleh peningkatan harga minyak dan tarif elektrik.

Di antaranya ialah untuk menutup lampu-lampu di lapan cawangan klinik kecuali 2 cawangan baru. Menutup aircond-aircond yang tidak digunakan kecuali di kawasan dispensari ubat. Semua pengubahsuaian untuk mencantikkan klinik juga dibekukan buat sementara. Pengambilan staf baru juga terpaksa dibekukan buat masa ini.

Beberapa harga ubat-ubatan juga nampaknya akan dinilai semula. Yang terbaru ialah peningkatan harga vaksin meningococcal ACWY untuk Haji.

Yang baik juga ada. Gaji-gaji doktor lokum akan dinaikkan kepada RM 40 sejam berkuatkuasa minggu hadapan. Insentif setiap pesakit dikekalkan. Kemungkinan elaun COLA juga akan dinaikkan kepada para kakitangan klinik tetapi masih belum diputuskan.

Perubahan-perubahan ini tidak hanya terbatas di klinik tempat saya berkerja. Saya amat yakin, syarikat-syarikat lain secara umumnya sudah mula mengawal perbelanjaan mereka dengan lebih berhemah untuk menampan kenaikan minyak dan kadar tarif elektrik.

Kadar inflasi yang meningkat ekoran dari itu menyebabkan kuasa membeli menjadi kurang. Harga barangan akan meningkat sedangkan pendapatan tidak berubah. Rakyat terpaksa berjimat cermat dan menyimpan. Ekonomi akan menjadi perlahan dan lembab. Kemungkinan banyak syarikat akan merasa kesannya akibat jualan yang semakin berkurang. Ada kemungkinan syarikat boleh tutup dan akhirnya memberhentikan ramai pekerja kerana kelembapan ekonomi.

Kos perubatan tidak akan menurun malah akan terus meningkat terutama di Hospital Swasta. Jika dahulu, rakyat Malaysia akan memilih untuk melahirkan anak di Hospital Swasta walaupun terpaksa mengikat perut? Adakah itu tetap akan berlaku?

Saya pasti lebih ramai rakyat Malaysia akan berkunjung ke Hospital Kerajaan kerana Hospital Swasta bukan lagi satu pilihan. Warga asing pasti tetap akan membanjiri hospital kerajaan walaupun dengan kadar harga yang sedikit mahal dari warga tempatan. Ini lebih baik daripada dirawat oleh hospital swasta yang lebih mahal.

Syarikat-syarikat ubat juga akan menaikkan harga kerana kos pengeluaran mereka yang meningkat. Persoalannya sejauh mana Malaysia akan memberi subsidi kesihatan kepada orang ramai? Adakah insuran kesihatan boleh menampung peningkatan kos perubatan yang bakal mendadak naik tak lama lagi.

Adakah Malaysia akan mengikuti jejak langkah Indonesia dengan menjadikan farmasi (apotek) sebagai satu badan swasta. Setelah pesakit diperiksa secara percuma di hospital kerajaan, mereka boleh membeli ubat di mana-mana farmasi di luar dengan harga ubat di atas tanggungan sendiri oleh pesakit. Oleh itu kerajaan masih boleh mengekalkan bayaran subsidi RM 1.00 kerana tidak perlu lagi menanggung kos subsidi ubat untuk pesakit luar.

Atau pengasingan farmasi tidak berlaku tetapi pesakit mungkin terpaksa membayar harga kos ubat yang meningkat. RM 1 mungkin akan menjadi RM 25 tidak lama lagi?

Bagaimana dengan bayaran di wad-wad? Mungkin caj bayaran RM 3 sehari untuk wad kelas 3 akan dinaikkan kepada RM 30 sehari? ataupun bayaran-bayaran yang dahulu dimansuhkan untuk penyakit-penyakit tertentu seperti kanser dan warga emas terpaksa dikenakan secara minimum?

Ini merupakan kemungkinan yang ekstrim. Jikalau harga petrol mencecah RM 200 setong, nampaknya kerajaan terpaksa berbuat sesuatu untuk memikirkan apa lagi subsidi yang harus diberhentikan kepada rakyat ini. Dan salah satu subsidi yang besar ditanggung kerajaan ialah subsidi kesihatan.

Monday, June 9, 2008

NGV sebagai alternatif Petrol.




Assalamualaikum,

Seperti yang telah dimaklumi, kerajaan telah menaikkan harga petrol kepada RM 2.70, suatu kenaikan sebanyak 30% kenaikan daripada harga RM 1.92.

Seperti artikel yang saya tulis terdahulu, peningkatan harga minyak Malaysia akan menyebabkan peningkatan tarif elektrik. Ini adalah kerana TNB bergantung kepada syarikat IPP iaitu independent power provider untuk membekalkan tenaga elektrik kepada TNB. Peningkatan harga minyak menyebabkan peningkatan kos pengeluaran tenaga kerana IPP menggunakan minyak di dalam menghasilkan tenaga.

Oleh hal yang demikian, peningkatan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana mustahil syarikat IPP akan menghiraukan harga kos yang meningkat. Selaku syarikat yang mementingkan keuntungan, kos yang meningkat di IPP akhirnya akan diserap oleh TNB. Ini menyebabkan kerugian kepada pihak TNB.

Penurunan keuntungan ini menyebabkan saham TNB yang semakin menurun di pasaran. Kos akhirnya terpaksa juga kembali diserahkan kepada pengguna dengan cara peningkatan harga tarif apabila TNB tidak mampu atau tidak mahu lagi menanggung peningkatan kos.

Apakah cara lain seseorang di Malaysia untuk mengurangkan lagi penggunaan petrol pada kenderaan masing-masing?

Cara yang paling murah tetapi berkesan adalah menukar kepada penggunaan NGV (natural gas vehicle) atau lebih mudah penggunaan gas. Buat masa ini harga gas di pasaran Malaysia ialah RM 0.60 seliter.

Natural gas juga adalah alternatif terbaik kepada petrol kerana pencemaran karbon dioksida yang rendah berbanding petrol.

Isu pengubahsuaian enjin daripada petrol kepada NGV melibatkan kewangan sebanyak RM 2500 - RM 3000 untuk kenderaan biasa dan sehingga RM 6000 - RM 7000 kepada MPV menyebabkan hasrat orang ramai untuk menukar kepada NGV juga terbantut.

Bukan itu sahaja, stesen minyak yang menyediakan kemudahan NGV juga adalah sangat kurang. Malah, di Pahang dan sebagaimana negeri-negeri yang lain, hampir tiada stesen minyak yang menyediakan kemudahan NGV.

Oleh hal yang demikian, cadangan untuk memberi subsidi kepada kemudahan pengubahsuaian enjin kenderaan kepada NGV untuk mengurangkan kos pengubahsuaian dan memperbanyakkan lagi kemudahan stesen minyak yang menyediakan NGV di seluruh negara sebagai salah satu alternatif bahan bakar yang lebih murah amatlah dialu-alukan.

Salam.

Thursday, June 5, 2008

Anak Tekak Penyanyi Rock Kapak





Assalamualaikum.

Minggu lepas semasa bertugas di Klinik Idzham Bukit Antarabangsa, salah seorang pesakit yang datang telah membuatkan saya tak senang duduk.

Bila terpandang beliau teringat saya akan zaman masa saya budak-budak dulu. Saya dulu adalah seorang peminat kumpulan muzik ROck Kapak. So, zaman Search, Wings, Teja, Laksamana, BPR, Darmasutra, Febians... etc etc. MEmang banyak kumpulan rock dulu. Tapi masa tu budak-budak kan, lagu pun sedap2. Bukan cam sekarang, lagu Indonesia jer kat radio ERA. Lagi baik dengar Radio 24, kurang-kurang dapat gak dengar suara Nazira Noran.

Tak lain dan tak bukan, beliau ialah Awie! Bukan setakat dapat tengok muka jer.. malah dapat peluang tengok anak tekak dia! fuhh.. anak tekak dia tuh anugerah tuhan tu..! Bukan calang-calang orang dapat anugerah anak tekak yang macam tu. Walaupun merah sebab sakit tekak dan bersuara serak, tapi aura anak tekak dia tuh memang hebat...

Saya tahu, ramai di antara anda akan berkata hek eleehh... poyo lah dr Azwan nih... stakat dapat tengok anak tekak Awie jer dah poyo..

Ehh tunggu dulu.. jangan cakap cam tu.. Anda semua berpeluang dapat tengok anak tekak Awie ker? haa.. itu semua kata nista cemburu lah tu..

Awie ni sama level dengan Amy Search cuma Awie ini ada banyak kontroversi yang tidak sudah-sudah. Namun mereka ini dah semakin menginjak umur, lama kelamaan telah "tone down". Mereka boleh menjadi samaritan yang baik dan berkhidmat kepada masyarakat melalui contoh kehidupan yang lebih baik. Amy Search pun dah bukak restoran cina Islam malah Tok Guru Nik Aziz pun datang. Bukankah ini memberi satu contoh yang baik kepada anak remaja kita. Nak tunggu Awie naik haji pulak...

Salam

Vistana Condominium Sudah Disewa.




Assalamualaikum,

Maafkan saya sebab dah lama tak menulis. Bukannya apa, rumah sewa saya di Vistana Condominium berdepan HKL sekarang kosong. Tenantnya dah keluar. Kalau tenant keluar, maka saya agak sibuk untuk membersihkan, cat semula, upgrading perabot dan sebagainya.

Alhamdulillah, lokasi Vistana Condo memang agak baik kerana di hadapannya adalah HKL, IMR, di sebelahnya ada Grand Season Hotel dan Monorel Chow Kit dan di belakangnya ada Vistana Hotel dan LRT Titiwangsa. Berdekatan pula dengan IJN dan PUSRAWI.

Sekiranya anda ingin mencari kondominium untuk tujuan pelaburan, cubalah pastikan bahawa kemudahan pengangkutan awam adalah sepelaung sahaja jauhnya dari tempat kemudahan pengangkutan seperti LRT, komuter dan Monorel. Ini bukan sahaja memudahkan anda mempromosi kondo anda, saya amat yakin penyewa yang anda dapat juga adalah lebih berkualiti.

Terdapat lima orang yang telah bertanyakan kondominium saya, seorang doktor dari Brunei, seorang manager hotel reinassance, seorang engineer di Ambank, seorang concierge dari Grand Season Hotel dan seorang lagi peniaga kapal terbang dari Langkawi.

Pada asalnya saya ingin sewakan kepada peniaga kapal terbang melayu dari Langkawi itu. Dia sudah berumur 60 tahun, dan mahukan sebuah kondominium hinggap untuk ke Gleneagles, Ampang untuk rawatan follow up sakit jantung setiap bulan dari Langkawi. Tetapi oleh kerana kondo saya tinggi, maka dia tak jadi. katanya terlalu gayat dan dia pula sakit jantung.

Saya akhirnya sewakan kepada seorang doktor wanita dari Brunei yang terdesak kerana tiada kondominium lain yang berhampiran HKL. Beliau ingin menyewa selama 4 tahun kerana mengambil master di HKL dan tidak pula mempunyai kenderaan. Beliau tinggal berseorangan, oleh itu saya rasa dia adalah calon terbaik.

Sekurang-kurang doktor ni kurang masa di rumah, perempuan melayu pulak tuh, jadi kondo lebih terjaga... dan point paling besar ialah dia orang Brunei.. $$$.... Tapi percayalah.. niat saya ini ikhlas, iaitu memberi perlindungan kepada seorang wanita yang berseorangan. ehem.. ehem.. tidak lebih dari itu...

Sewanya adalah RM 1700.00 sebulan. Ianya bukan murah, jadi penyewa yang dipilih adalah sepatutnya melalui "selection" yang ketat. Bayangkan deposit, utiliti dan advance payment sahaja mencecah lebih RM 6000.00.

Perangai tenant adalah sukar diagak. Mereka mungkin nampak sopan dan baik di luar tetapi rumah kita hancur dibuatnya. Adakalanya mereka mungkin nampak macam kacang hantu - tapi memang cam hantu. Bak kata Rhenesial Leong, Malaysia Queen of Property, kadangkala kita kena ikut gerak hati kita sendiri. Itu pun setelah dipastikan mereka mampu untuk membayar sewa rumah kita setiap bulan dengan pendapatan mereka.

Cara memilih tentant adalah lebih kurang memilih isteri (maaf ye, contoh je). Kalau kita tersalah pilih, kita kena berhadapan dengan masalah dia setiap bulan. Dan kita tak boleh halau dia keluar sewenang-wenangnya.
Pengalaman saya dengan perangai penyewa sudah banyak dan ini betul-betul mengajar saya bagaimana cara memilih tenant yang baik dan lebih dari sekadar gerak hati sahaja. Saya harap dan berdoa kepada Allah agar calon pilihan saya kali ini adalah tepat!.

Monday, June 2, 2008

Doktor Si Kambing Hitam






Assalamualaikum.

Saya kadang-kadang geram juga, bila ibu-bapa bawa anak masuk ke dalam bilik rawatan untuk berjumpa doktor, tiba-tiba doktor ini menjadi "figure" yang paling jahat di dunia.

"Ha..jangan nakal, nanti doktor cucuk kat buntut!", kata si ibu.

"Doktor, cucuk budak ni ha... dia tak mahu duduk diam..!" , jerit si ayah.

Persoalannya, adakah perkataan-perkataan yang menjatuhkan reputasi doktor di hadapan kanak-kanak ini akan menyebabkan anak-anak ni duduk diam? haa.. tentulah jawapannya TIDAK!

Kalau dah kanak-kanak namanya gitulah, dia tetap panjat katil, dia tetap bergaduh juga dan tetap mengejek juga. Tetapi apa yang berlaku ialah, perkataan ibu dan ayah telah meresap masuk ke dalam otak kanak-kanak yang seumpama kain putih ini.

Pada pendapat kanak-kanak, doktor ini merupakan insan "terjahat" yang akan mendatangkan kesakitan. Oleh itu apa respon kanak-kanak? Dia akan menjerit, menangis, menjauhkan diri daripada seorang insan bernama doktor walaupun sehensem dan semacho mana sekalipun.. ehem ehem.. seorang doktor itu.

Apabila kanak-kanak menjadi sukar didekati, amat susah lah pula untuk memeriksa dan memberikan rawatan yang sebaiknya.

Sebenarnya, yang takut kepada jarum itu bukannya kanak-kanak itu, tetapi emak dan ayahnya! Sebab, kanak-kanak ada yang tak tahu makna istilah cucuk pun, tetapi yang tahunya ialah emak dan ayah kanak-kanak tersebut. Jadi mereka mengaplikasikan ketakutan yang mereka pernah hadapi sebagai bentuk ancaman kepada anak-anak mereka.

Walhal anak-anak tak faham apa-apa pun sehingga suatu hari dia dicucuk vaksin untuk tujuan imunisasi. Jadi fobia tentang jarum baru difahami. Setelah di api-apikan sejak sekian lama dan bertambah bersemarak dan bersemarak sehingga menyebabkan ketakutan melampau, sudah pasti berjumpa doktor adalah salah satu "fear factor" sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa.

Siapa yang menjadi mangsa? Doktor yang dikambing hitamkan seperti saya yang tersengih-sengih menghulur vitamin C tetapi tak dilayan oleh budak kecik. Kesian kaww kaww tahap gaban... waaa...!!
Related Posts with Thumbnails