Friday, June 29, 2007

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum,

Terima kasih daun keladi kepada semua pembeli handphone dan aksesori-aksesori yang lain daripada saya. Saya harap anda semua berpuas hati.. terima kasih sekali lagi.

1. Dr Yuslina dari IMR KL : Sony Erricsson K 618
2. Kak Miza dari Farmasi PUSRAWI : Nokia N70 Music Edition + 1 gb MMC
3. Ellie deHearT cupcakes : Nokia N70 + 512 mb MMC
4. Linda dari PUSRAWI : 1 gb MMC + songs download
5. Junaidi dari UiTM Shah Alam : Nokia N73 + 1gb Mini SD + I tech Clip D Bluetooth.
6. Ida dari klinik keluarga : 2 unit x 2 gb mini SD.

Setiap pembelian mendapat 3-4 aksesori percuma daripada saya.

** Sorry Ellie sebab dapat pamphlet bahasa sepanyol... kesian dia.. sampai kena migraine nak memahamnya.. Dont worry, nanti saya ganti yg english punya...


Terima kasih...






Thursday, June 28, 2007

PART 3 - CASHFLOW 101 - THE CASHFLOW GAME

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.bicarajutawan.com


Pernahkah anda bermain saham dan anda kerugian lebih daripada RM 15,000 kerana tamak dan kekurangan ilmu??.

Pernahkah anda cuba untuk berniaga kerana dorongan orang lain, mengeluarkan modal yang besar sebanyak RM 12,000 daripada simpanan anda tetapi akhirnya gagal??

Pernahkah anda membeli sebuah rumah bernilai RM 140,000 dan kemudiannya anda dapati lokasi rumah itu hanya sesuai diduduki oleh golongan jin dan makhluk sepertinya sahaja??

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan mengalami jantung berdebar mengenangkan masalah-masalah seperti di atas?

Mungkin anda tidak pernah. Tetapi itu adalah senario yang berlaku kepada saya. Percayalah bahawa ia bukan satu situasi yang menyenangkan. Ia adalah satu perkara yang anda mahu lupakan di dalam lipatan sejarah hidup anda. Walaupun begitu, ia menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya, lebih bijak dan lebih berhati-hati. Bak kata pepatah, “what cannot kill you makes you stronger”. Tetapi seramai mana yang boleh bangun semula dari kejatuhan ini. Apatah lagi jikalau kerugian yang dialami berjuta nilainya. Saya amat bernasib baik kerana diuji Allah di dalam tempoh yang masih kuat bekerja. Bagaimana mereka yang sudah tidak mampu.

Menjana pendapatan pasif daripada sumber pekerjaan sekarang bukan perkara main-main dan boleh dibuat sambil lewa. Ia memerlukan pengalaman dan ilmu kewangan yang sewajarnya. Ilmu boleh dicari daripada buku dan makalah yang sedia ada. Tetapi pengalaman yang ditimba itu juga sama peri pentingnya. Pengalaman saya adalah daripada “school of hard knocks”. Ketukan di kepala saya sangat kuat sehingga meninggalkan kesan mental yang mendalam (untuk pengetahuan anda, saya masih waras ye.. ). Saya yakin anda tidak mahu mengalami nasib yang sama.

Para cerdik pandai di dalam bidang kewangan berpendapat sekiranya anda ingin berjaya, anda mesti mempunyai seorang mentor yang sudah terbukti kejayaannya. Salah seorang multi millionaire yang terkenal dengan kisah “from rags to riches” nya ialah Robert T. Kiyosaki. Beliau juga mempunyai mentornya yang tersendiri iaitu ayah angkatnya (rich Dad).

Di dalam memudahkan proses pemahaman strategi di dalam bidang kewangan peribadi, Robert T. Kiyosaki mencipta satu simulasi yang hampir sama dengan kehidupan seharian kita yang dipanggil Cashflow 101. Di dalam simulasi Cahsflow 101 ini, kita akan didedahkan tentang kerumitan hidup dengan makan gaji, menerima “paycheck” setiap bulan dan wang yang dihabiskan untuk “doodads”. Daripada dua artikel saya di dalam siri Cashflow 101 sebelum ini iaitu “the rat race” dan “menjana pendapatan pasif”, saya percaya tentu saudara/i sudah faham dan arif tentang perkara ini.

Di dalam permainan ini, setiap orang akan menerima tugas menjadi pekerja makan gaji, samada seorang doktor yang bergaji besar dan banyak berbelanja ataupun seorang tukang sapu sampah yang bergaji sedikit. Bak kata orang, makin besar periuk makin besarlah keraknya. Anda akan mendapat penyata pendapatan anda dan penyata wang yang disimpan setiap bulan. Di dalam perjalanan anda untuk mencapai kejayaan (yang dipanggil fast track) anda akan terjumpa beberapa peluang yang menarik seperti tawaran membeli saham, membeli syarikat dan rumah apartment. Anda boleh memilih untuk menerima tawaran tersebut atau tidak berdasarkan maklumat di atas kad yang disediakan dan kemampuan anda sendiri.

Cabaran menjadi semakin sukar kerana anda mungkin terpaksa berbelanja sekiranya mendapat “doodads” yang mengikis habis simpanan anda. Anda juga mungkin dibuang kerja, dipaksa membayar sebulan gaji dan hilang giliran. Anda juga mungkin mendapat anak percuma (tak kahwin pun bleh dapat anak) yang akan mengurangkan cashflow anda. Di sinilah kebolehan dan nasib anda diuji.

Apa yang sukar di dalam permainan ini adalah untuk membina pendapatan pasif daripada pendapatan yang anda terima daripada paycheck itu tadi supaya anda boleh keluar daripada rat race. Anda dikira keluar daripada rat race untuk anda masuk ke dalam fast track sekiranya pendapatan pasif anda berjaya melebihi perbelanjaan bulanan anda walaupun dengan nilai 10 sen. Di dalam fast track anda tidak lagi hidup merana kerana anda akan menerima wang beratus-ratus ribu dollar daripada banker. Bestnya kalau betul2 berlaku…. Anda dikira menang sekiranya pendapatan pasif anda mencapai jumlah RM 50,000 sebulan atau anda berjaya membeli “impian” yang anda ingini sebelum anda jadi kaya.

Yang menarik bagi saya di dalam permainan ini ialah, di dalam kehidupan sebenar, kita amat gembira menghabiskan wang kita untuk membeli kereta besar dan komputer canggih. Kita merasakan satu keseronokan kerana mendapat toys-toys yang baru dan barang up to date. Kita amat yakin yang kita selayaknya mendapat hadiah itu di atas kesungguhan kita bekerja. Tetapi dalam permainan Cashflow ini, “doodads” adalah satu dosa. Kita seolah-olah dihukum kerana membazirkan wang kita ke arah “doodads”. Setelah habis permainan, hati saya dapat merasakan sebenarnya memang “doodads” itu satu pembaziran walaupun sebelum ini tidak. Aneh, ia melekat di dalam hati...

Saya boleh menulis berbab-bab tentang Cashflow 101 kerana saya adalah peminat buku Rich Dad Poor Dad dan semua buku karangan Robert T. Kiyosaki yang menjadi koleksi peribadi saya. Pengalaman saya bermain simulasi Cashflow 101 amat menakjubkan. Saya ingin mengesyorkan anda untuk mencuba simulasi Cashflow 101 ini sebelum anda mengambil tindakan apa-apa untuk menambah pelaburan anda atau membazirkan wang anda.

Kepada anda yang baru meneroka alam pekerjaan setelah tamat belajar di kolej atau universiti, inilah peluang anda untuk mengambil langkah pertama yang betul. Kesilapan pertama yang anda lakukan di dalam kehidupan anda berlandaskan kekurangan ilmu akan membantutkan kejayaan anda. Tingkatkan ilmu, berani ambil risiko dan teruskan berjuang.
JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN..….


Sila lawati www.bicarajutawan.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang cashflow 101.

Anda juga boleh baca artikel tentang cashflow 101 di :-

+
+
+
Artikel ini ditulis oleh Dr Azwan untuk www.BicaraJutawan.com

Wednesday, June 27, 2007

PART 2 - CASHFLOW 101 - Menjana Pendapatan Pasif

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.BicaraJutawan.com

Suatu hari di dalam ceramah mingguan MLM yang saya sertai.. (saya pernah join MLM yer.. ), seorang penceramah yang berpendapatan RM 60,000 sebulan berdiri di hadapan. Beliau merupakan seorang Ustaz yang mempunyai perniagaan konsultansi untuk memberi motivasi kepada syarikat ataupun pelajar2. Beliau juga mempunyai Mercedes Brabus hadiah dari syarikat MLM dan tinggal di sebuah banglo miliknya.

" Kalau Anda Orang Kaya... anda boleh goyang kaki..... ".

" Haaa.. cuba tengok saya goyang kaki ni... nampak tak macam orang kayaaa... ", sambil menggoyang-goyangkan kakinya.. dan disambut dengan tawa hilai pendengar termasuk saya.

" Tapi kalau Anda Nak Kaya.... Anda TAK boleh goyang kaki..... ", ujarnya dengar nada yang membentak dan serius menyebabkan kami terdiam....

Ya.. Ustaz ini memang kaya. Dan apa yang Ustaz tadi ingin sampaikan kepada pendengarnya ialah jikalau kita bekerja kuat, InsyaAllah, kekayaan akan berpihak kepada kita. Kita mesti kerja kuat untuk kita menandingi bangsa lain. Itu tiada kompromi. Walaubagaimanapun, pendapatan yang kita dapati daripada jerit perih usaha kita ini dipanggil PENDAPATAN AKTIF. Apa itu pendapatan Aktif? Di dalam bahasa yang mudah, pendapatan aktif adalah sama dengan pendapatan hasil daripada kita menjual masa kita.

Sebagai contoh :- Seorang doktor swasta di klinik bekerja dengan gaji RM 35/jam. Dalam masa 7 jam Doktor tersebut akan membawa pulang RM 245.00 setiap hari dan RM 1470 seminggu (6 hari) dan RM 5880.00. Wang ini adalah hasil titik peluh doktor yang bertugas... Wang ini dipanggil pendapatan aktif. Kita menjual masa kita untuk mendapatkan wang sebanyak ini. Pendapatan aktif tidak kekal lama kerana sekiranya kita jatuh sakit, pencen, berhenti kerja dan ditimpa musibah pendapatan ini juga akan terhenti.

Pendapatan Pasif (Dan Pendapatan Portfolio) adalah berbeza dengan Pendapatan Aktif - Pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita apabila kita goyang kaki, tidur atau melawat ke luar negara... duit akan tetap masuk ke dalam poket. Pendapatan pasif adalah definisi kekayaan yang sebenarnya. Kaya di dalam maksud mudahnya adalah tempoh berapa lama kita boleh hidup tanpa pendapatan aktif (di dalam tempoh bulan atau tahun) sekiranya suatu hari kita tidak dapat bekerja... 1 tahun? 2 tahun? atau 20 tahun? Untuk lebih memahami konsep pendapatan pasif, anda di sarankan membaca artikel saya :


"Kisah Dolah dan Mamat - The Parable of the Pipelines".. sila klik pada senarai artikel menarik saya...

Saya pernah bertanya kepada diri sediri, bagaimana mendapat duit tanpa bekerja? Mana logik? Saya juga ada bertanya kepada ramai orang termasuk adik-adik siswa dan siswazah lepasan Universiti.. Bagaimana kita boleh dapat duit walaupun kita tidak bekerja... Dan rata-rata tidak boleh menjawab soalan itu... soalan yang mudah tetapi jawapannya begitu sukar... Ini adalah kerana tidak ramai remaja, siswa dan siswazah kita dan kebanyakan orang ramai yang faham tentang pendapatan pasif ini. Mereka dididik untuk menjana pendapatan aktif sahaja. Kerja tulang empat kerat sehingga terputus nafas. Di dalam universiti tidak ada silibus tentang pendapatan pasif dan juga ia tidak diajar secara formal.

Pendapatan Pasif boleh dijana antaranya melalui :-

1. Membeli rumah dan kondo untuk disewakan ataupun dijual selepas harga naik "capital appreciation"

2. Berurus niaga saham secara pasaran terbuka, atau melalui saham amanah yang membawa pulangan setiap tahun secara dividen ataupun melalui capital appreciation.

3. Mempunyai asset perniagaan yang menjana wang setiap walaupun tanpa kehadiran anda.

4. Memegang status di dalam portfolio syarikat yang menjana wang melalui pegangan saham di dalam syarikat.

5. Melalui royalti seperti penulisan buku, penghasilan album dsbg

6. Melalui pelaburan-pelaburan lain seperti bon, deposit tetap dan sebagainya.

Ini adalah antara pendapatan yang boleh menjana wang ketika anda tidur dan goyang kaki. Di samping itu, adalah sangat penting untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti Doodads. Membeli barangan, atau pelaburan untuk sesuatu yang susut nilai atau "depreciative" adalah sesuatu yang sepatutnya dikurangkan.

FINANCIAL FREEDOM atau kebebasan kewangan adalah sebenarnya sesuatu yang sangat bernilai. Memang benar wang bukanlah adalah segala-galanya. Bak kata Mentor saya Sdr. Azizi Ali, wang tidak boleh membeli kebahagiaan. Tetapi untuk menjadi bahagia kita memerlukan wang. Bagaimana ingin hidup bahagia sekiranya terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah ramai pasangan yang bercerai-berai kerana masalah kewangan yang menimpa.

Menjana Pendapatan pasif bulanan melebihi beban kewangan bulanan adalah jalan menuju ke Kebebasan Kewangan. Sekiranya kita mempunyai 5 buah rumah yang disewa dengan lebihan RM 200 sebulan, kita telah menjana pendapatan pasif sebanyak RM 1000 sebulan dengan goyang kaki (bab pening kepala kita kemudian cerita).

Ada seorang jururawat berbangsa cina yang saya kenal di hospital Kuala Lumpur yang mempunyai suami yang memiliki 3 buah kedai yang disewa. Kedai pertama di Balakong disewa dengan RM 10,000 sebulan dan bayaran ke bank RM 5000 - menjadikan aliran positif RM 5000, sebuah kedai lagi mendapat pulangan positif RM 2000 dan sebuah rumah yang dibeli tetapi belum lagi disewakan. Aliran pendapatan pasif suaminya sahaja sebanyak RM 7000 sebulan! Itu yang diceritakan kepada saya sahaja. Baru-baru ni jururawat tersebut ingin membeli sebuah rumah dari developer YTL yang bernilai RM 1 juta!! Biasalah kan orang cina... Adakah bangsa lain sahaja layak untuk mendapat kenikmatan seperti ini?

Saya sebagai orang melayu tidak boleh kah? Saya juga inginkan pendapatan yang serupa. Saya tak mahu kerja teruk-teruk sehingga umur saya mencecah 55 tahun dan saya dapati saya terpaksa bekerja lagi untuk menampung perbelanjaan bulanan saya setiap bulan. Paling menakutkan ialah menjadi miskin ketika umur kita 56 tahun!!

Saya mahu pendapatan aktif saya ditukarkan kepada pendapatan pasif. bagaimana caranya??

Teruskan Membaca PART 3 - CASHFLOW 101 - THE CASHFLOW GAME



Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.BicaraJutawan.com


Tuesday, June 26, 2007

PART 1 - CASHFLOW 101 - THE RAT RACE

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.bicarajutawan.com

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh...

Saudara saudari yang dihormati,

Pernahkah saudara/i membela tikus putih atau hamster?. Di dalam kandang kecil tempat ia bermain itu terdapat satu jenis alat permainan tikus yang berbentuk seperti Eye on Malaysia. Tikus putih atau hamster ini akan menghabiskan masanya berlari di dalam kitaran itu dan berlari dan berlari dan terus berlari... tetapi secara ironinya... dia tidak ke mana-mana, tempat nya masih sama. Tiada perubahan dari segi jarak tetapi saya yakin larian itu cukup memenatkan... tidak percaya, cuba bayangkan kita pula berada di tempat itu...

Robert T. Kiyosaki ada menyebut tentang putaran ini yang dipanggil "RAT RACE". Ya... rat race atau perlumbaan tikus ini berlegar di satu tempat yang statik. Kita bergerak dan berpusing menggunakan seluruh tenaga tapi secara realiti, kita tidak ke mana-mana. Kita masih di takuk yang sama sebagaimana yang kita mula dahulu.

RAT RACE boleh diterjemahkan di dalam kehidpan kita sehari-harian. Saya ingin memberi satu contoh. Di dalam contoh ini kita adalah tikus yang berlari itu. Ahmad yang baru sahaja menjadi lepasan universiti mendapat gaji RM 2600 sebulan sebagai seorang jurutera muda. Selepas membeli sebuah kereta Honda dengan bayaran RM 700 sebulan dan sewa rumah sebanyak RM 800 sebulan. Beliau perlu membayar PTPTN sebanyak RM 300 sebulan dan mengirim kepada ibu bapanya sebanyak RM 300. Baki RM300 sebulan digunakan untuk keperluan perbelanjaannya. Baki gaji : Ahmad menyimpan sebanyak RM 100 sebulan.

Setiap tahun gaji dinaikkan sebanyak RM 150. Sekarang gaji beliau selepas 2 tahun bekerja ialah RM 2900. Beliau ada sedikit simpanan. Namun beliau merasakan sudah sampai masanya dia berumah tangga. Ahmad kahwin dengan seorang guru yang bergaji RM 2000. Hendak berkahwin kena besar-besaran... pinjaman peribadi dari bank rakyat diambil sebanyak RM 30,000, dan bayaran kepada bank adalah sebanyak RM340 untuk 8 tahun.

Jumlah gaji mereka semakin besar iaitu RM 4900 apabila dicampurkan suami isteri. Mereka mula berfikir sampai bila nak duduk rumah sewa. Kata sepakat diambil. Sebuah rumah kondominium dengan harga RM 170 000 dibeli. Sesuai dengan kehidupan mereka yang ranggi dan on-the-go. Sebulan bayaran rumah ialah sebanyak RM 1000.
Untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja, sebuah kereta proton iswara dengan bayaran bulanan RM 500 dibeli (+ RM 700 kereta honda = RM 1200). Bayaran pinjaman PTPTN jikalau dicampur kedua-duanya ialah RM 600 sebulan. Wang perbelanjaan Ibu dan ayah untuk kedua-dua belah family dianggarkan lebih kurang RM 600 (RM 300 sebelah). Wang pinjaman personal loan harus dibayar setiap bulan RM 340. Minyak pula naik harga, kereta 2 buah mesti diservis, rumah harus dibeli perabot, TV skrin besar, meja makan kayu jati, fridge 3 pintu, sofa IKEA, tilam chiropractic... semua nya dibeli sedikit-sedikit setiap bulan... Akhirnya... adalah sikit gaji yang tinggal... RM 100-200 sebulan juga untuk disimpan.

Suatu hari terdengar pula berita gembira... isteri mengandung kali pertama... Alhamdulillah... Ahmad terlalu overexcited... kena buat persiapan untuk melahirkan anak di kelas pertama, hospital swasta. Sekarang kena beli katil baru untuk anak, susu, pampers, etc. Berita baik sekali lagi muncul... bagai dikata orang... rezeki anak, Ahmad dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera. Gaji bertambah sebanyak RM 500. Tetapi tugasan bukan seperti dulu, kerja semakin bertambah, masa bekerja juga semakin bertambah, kalau dulu kerja 8 jam sekarang pukul 8 pm baru balik dari pejabat... masa dengan famili semakin singkat.

Setelah anak masuk 2, terasa rumah semakin kecil. Kondominium sudah tak beberapa sesuai untuk membesarkan anak. Sekarang rumah 2 tingkat superlink berharga RM 350 000 dicari. Sebulan bayaran sekadar RM 2500 sebulan. Mampu dimiliki kata Ahmad. Kereta Honda juga dirasakan kecil... Sekurang-kurangnya MPV baru mesti dibeli... Harga paling kurang RM 120000 standard MPV skarang. Hutang semakin meningkat.

Ahmad semakin sibuk dengan urusan pejabat. Kadangkala dia pulang lewat setiap malam. Masa untuk diri sendiri dan keluarga semakin sikit. Gaji yang banyak habis dibelanjakan setiap bulan. Semuanya untuk menampung keperluan hariannya. Dia bekerja semakin kuat kerana mahukan gaji yang lebih... setiap kali dia kerja keras, gajinya meningkat...tetapi tugasannya semakin banyak.... dia terus bekerja dengan lebih keras... masanya semakin kurang.... Hari Sabtu dan Ahad beliau masih dipejabat.. Out station semakin banyak.... dan....

Sehingga suatu hari... beliau mendapat sakit dada.... Nafas semakin sempit. Peluh membasahi kepalanya. Dadanya berombak-ombak. Ahmad terpaksa dimasukkan ke Hospital... beliau telah didiagnosis mempunyai sakit jantung... iya.. Masalah seperti ini boleh terjadi kepada saya dan anda... Inilah putaran"RAT RACE". Serupa seperti tikus tadi.. berpusing ligat di dalam mainannya.. tetapi sebenarnya ia cuma satu bulatan yang berputar pada paksi yang sama.. tidak bergerak walaupun seinci.

Ahmad kerja kuat setiap hari, cuma menghabiskan wangnya dengan "DOODADS". DOODADS adalah satu perbelanjaan yang tidak menambahkan keuntungan kepada Ahmad. Beli kereta besar untuk diri sendiri, beli rumah untuk diri sendiri (Ya tuan dan puan, membeli rumah besar untuk diri sendiri adalah satu liabiliti kerana ia tidak menjana wang), hutang kredit kad, beli komputer dan perabot baru.... semuanya akan menambah perbelanjaan kita dan mengurangkan aliran tunai masuk ke poket kita... Bagaimana kehidupan Ahmad selepas dia sakit? Dia tidak lagi boleh bekerja kuat dan kemungkinan dia diberhentikan atau direhatkan. Jika dia diberhentikan sekarang bagaimana dia ingin meneruskan hidupnya dengan perbelanjaan bulanannya yang tinggi?

Bagaimana untuk kita meningkatkan pendapatan tanpa pekerjaan? Tunggu sambungan Artikel ini.... CASHFLOW 101 : Meningkatkan Pendapatan PASIF dan PORTFOLIO.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Azwan untuk www.bicarajutawan.com




Saturday, June 23, 2007

I tech Clip D - FOR SALE

Assalamualaikum Bloggers...


I tech clip D adalah bluetooth di dalam siri yang sama dengan I tech Clip 2 mini dan I tech clip V. Kelebihan I tech Clip D adalah dengan mempunyai sistem ID caller bagi mengetahui pemanggil melalui sistem lampu OLED Display pada clipnya. I tech Clip 2 mini atau clip V tidak mempunyai kelebihan ini. Ini menjadikan Clip D istimewa dan popular daripada bluetooth yang seangkatan dengannya. Bayangkan, anda boleh memilih untuk menjawab panggilan telefon atau tidak dengan ID caller tersebut.


Di samping itu, ia boleh menyimpan memori caller sebanyak 10 memori untuk memudahkan anda. Anda boleh tinggalkan handphone anda pada jarak yang jauh. Jarak di antara bluetooth Clip D dan handphone boleh mencapai sehingga 10 meter. Display juga boleh menunjukkan ketahanan bateri anda dan samada pairing anda dengan handphone berjaya atau tidak.


CLip D di dalam pek yang menarik.
Rupa bentuk yang canggih pasti menawan hati anda. Ia sesuai digunakan juga untuk wanita bertudung kerana tidak kelihatan di bawah tudung.




Perbezaan I tech CLip D dengan bluetooth I tech yang lain





Sistem OLED display with backlight membantu anda melihat pemanggil dengan mudah



HARGA BIASA RM 210.00. HARGA LOW YAT RM 190.00- RM 200.00




HARGA SEKARANG : RM 180.00 !!!


(tidak termasuk kos penghantaran)


*********************





Produk warranty daripada ASIA Distributor : MCM Sdn Bhd untuk 1 tahun.

Friday, June 22, 2007

KELIHATAN RAMPING DAN MENARIK CARA "BEAUTIFUL"!!

THIS IS A SPONSORED ADVERTISEMENT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Cik-cik dan Puan-Puan yang dihormati, korset merupakan fesyen yang terulung suatu waktu dahulu. Ia menjadi kegilaan anak-anak gadis kerana keberkesanannya mengawal bentuk pinggang dan menjadikan ia ramping. Malah korset melambangkan kecantikan dan keperibadian wanita zaman itu.


Kini ia kembali dengan bentuk yang lebih moden dan dinamik. Ia sesuai untuk semua golongan wanita, terutama kepada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ia juga sesuai untuk dipakai selepas bersalin untuk mengembalikan kerampingan sebelum waktu mengandung dahulu. Kepada mereka yang mempunyai masalah sakit belakang, korset ini mungkin boleh membantu anda. Dengan bayaran bulanan yang rendah dan mudah, anda boleh memiliki set korset dengan kelebihan infrared ini. Anda juga boleh menjadi usahawan dengan pulangan lumayan sekiranya anda berminat. Sila rujuk artikel di bawah untuk keterangan lanjut.





PREMIUM BEAUTIFUL: IMPIAN SETIAP WANITA!

REVOLUSI PAKAIAN DALAM -

SIRI PEMBENTUKKAN KONTUR PAYU DARA
Melangsing badan dan membentuk payudara yang mempersonakan.

SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGANG
Melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping.


SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL
Mengempiskan perut yang boncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.

Set pakaian dalam Premium Beautiful yang terdiri daripada coli panjang, bengkung dan seluar pendek diperbuat daripada 32 lapisan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadye yang sebati dengan air, diisitepu (impregnant) dengan gem dan mineral dan dipancarkan (emitted) dengan Gelombang Infra Merah Jauh (Far Infrared Ray) .

Hasil gabungan kepakaran teknologi dan penyelidikan globalpakar sainstis dan perubatan Amerika Syarikat, Jerman, China, Jepun dan Taiwan.

Ia amat baik untuk melancarkan perjalanan darah serta penghantaran nutrient ke seluruh badan dan pengeluaran bahan buangan yang lebih efisien.

Set pakaian ini diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat. (Superbrand) Sumber rujukan:www.fir dan www.Akwatek dan Akwadyne.



BEAUTIFUL direkacipta dengan mengambil kira struktur usuk badan wanita secara terperinci.

'Cup' ini membentuk piramid dimana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting payu dara dalam kedudukan yang betul dan tidak masuk kedalam.

Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang

Menguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut, serta menghilangkan kesan rekahan pada kulit (stretch-mark)

Bahagian ini tidak menekan ovari. Ini dapat memberi keseimbangan hormon 'estrogen' dan 'postrogen'.

Lace 'Cup' mempunyai keanjalan untuk mengelakkan payudara dari melimpah keluar.





Memecah lelemak pada bahagian atas perut.

Lubang angin mengawak keputihan, pengaliran darah, dan udara, untuk menghilangkan kesan bau pada wanita.

Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh

Lapisan tenunan bahagian belakang terbahagi kepada dua lapisan yang mengawal lapisan lemak yang telah kehadapan tidak kebelakang semula

'Love Shape' nipies untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan pinggul

Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelak lelemak dari mengalir ke bawah

Tetulang-tetulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, 'slip disk', sakit pinggang, dan pengaliran darah. Suntikan 'Far Infrared Rays' (FIR) paling banyak dalam tulang bengkung tersebut.

Khas untuk ibu2 selepas bersalin dalam pantang mengelak serta menghilang kerekahan kulit perut dan mengempis perut serta pinggang dengan cepat dan berkesanTali ini kegunaannya untuk mengemas dan merampingkan pinggang. Cara pengunaannya, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut.




ANDA MUNGKIN TERUJA UNTUK MENCUBANYA...



ANDA MUNGKIN TERUJA UNTUK MEMILIKINYA...



JANGAN RISAU... ANDA BELUM TERLAMBAT....




Sila hubungi Pn Nur Sharlina (SHENNA)



di no h/p :016-3040558




atau anda boleh hantar e-mail kepada :




*MILIKI KORSET BEAUTIFUL DENGAN ANSURAN MUDAH RM 50 atau RM 100 sebulan tanpa interest!


THIS IS A SPONSORED ADVERTISEMENT

Thursday, June 21, 2007

ALIEN ATAU MAKHLUK LAUT?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Saudara saudari yang saya hormati...
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang seadanya ini... Saya di dalam proses untuk membina sebuah blog baru yang dinamakan mobiledr.com-Check out your cool gadget di alamat http://mobiledr.blogspot.com. Blog ini dikhususkan untuk peminat2 handphone dan gadget2 yang lain. Blog itu akan dibuat eksklusif di dalam bahasa Inggeris.

Seterusnya, saya mendapat gambar di bawah daripada email adik saya. Agak menakutkan pada kali pertama melihatnya, dan masih menakutkan selepas banyak kali saya melihatnya. Mengikut email tersebut makhluk ini dijumpai di ?teluk bahang. Saya tak tahu kat mana itu. Walaubagaimanapun, saya rasa ini adalah makhluk yang sama digembar-gemburkan di dalam video klip handphone yang disebarkan secara meluas tahun lalu.

Saudara/saudari, blog ini bukanlah extension dari majalah mestika, mana-mana majalah misteri ataupun majalah seram yang berleluasa saat ini. Dan saya juga tak pasti kebenaran gambar ini atau mahkluk ini benar2 wujud. Sekiranya tidak benar, maka maafkan saya dan anggaplah ia satu gurauan. Sekiranya benar maka marilah kita sama-sama menginsafi akan kewujudan alam lain atau mahkluk lain yang berkelana di bumi Allah.



Daripada lokasi yang makhluk ini terbaring, dengan rupa bentuk ekornya, mungkin dapat disimpulkan bahawa makhluk ini datangnya dari laut. Bagaimana ia sampai ke tempatnya sekarang kemungkinan ia telah dialihkan oleh seseorang, ataupun dia menngunakan tangannya ditampung oleh ekornya ke tengah daratan.



Jika dilihat dari bentuk dadanya, terdapat rangka dada (costal cartilage). Seperti manusia, rangka dada ini melindungi 2 organ penting tubuh iaitu paru-paru dan jantung. Daripada rangka dada ini kemungkinan makhluk ini bernafas menggunakan paru-paru seperti ikan paus. Kalau makhluk ini manusia yang bertopeng pun mungkin juga! tetapi cuba lihat gambar tangannya di bawah nanti. Giginya agak panjang dan tajam, kemungkinan ini makhluk pemaging (carnivourous) yang makan ikan. Makhluk ini tidak mempunyai hidung seperti manusia , bukaan terus ke tengkorak. Rupa bentuk tengkoraknya juga agak pelik, rahangnya kecil, gigi yang overcrowded, tetapi mulutnya luas, tidak berambut dan mempunyai seakan-akan sirip di tepi kepala yang membentuk seolah2 telinga. Kalau ada orang yang menyamar di sebalik makhluk ini memang berjaya menipu saya sebab nak buat rahang gigi yang kecik cam tu dengan bukaan mulut terjuih .. susah tu...



Sekali tengok cam alien. Cuba tengok tangan dia. Terlampau kurus kering atau "emaciated". Makhluk ini mungkin mati kebuluran sebab badannya kurus sangat. Rangka dada nampak besar seperti manusia. Panjang tangannya lebih kurang macam manusia. Ada tulang humerus sambung melalui bahu ke bawah dan ?radius-ulnar selepas siku ke tangan . Tangannya ada webbing, macam kaki itik menandakan ia makhluk yang hidup di laut. Kalau ada manusia yang memakai pakaian ini, badannya mesti betul2 kurus. Cuba tengok tulang tanngannya, takde otot langsung.



Ekornya cam ikan... ada sisik lagi pada kulitnya.


Makluk ini bersirip. Sisiknya jelas kelihatan.




Gambar dari belakang, dialihkan oleh seseorang. Tulang belakangnya tak ubah cam manusia. Ada curvature lagi kat kawasan tulang lumbar macam manusia. Saya rasa, tulang belakangnya bersambung tulang pinggul sebab nampak macam ada tulang terbonjol di kawasan pinggul. Haiwan ini nampaknya panjang (tinggi), lebih dari 5 kaki. Daripada belakang, ia macam manusia.


Pertama kali saya tengok saya tak percaya. Maklumlah sekarang kat banyak cara manusia boleh menipu. Tapi lama-lama tengok macam real pun ada. Mungkin cerita manusia yang kena sumpah jadi ikan sebab menderhaka tu ada betulnya. Bagi saya, makhluk ini kalau dijumpai, perlu dikaji oleh pakar untuk menetukan kesahihannya. Pemeriksaan DNA patut dilakukan, termasuk X-ray dan MRI. Mungkin ia satu spesis yang masih belum dijumpai di lautan, dan manusia sejagat boleh mendapat ilmu daripada kewujudannya......

Wallahu A'lam

Tuesday, June 19, 2007

JANGAN JADI KURANG AJAR!

Assalamulaikum.

Sudah beberapa tahun yang lalu kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah melancarkan kempen budi pekerti mulia dengan moto “Budi Bahasa Budaya Kita”. Kempen ini turut dilancarkan di seluruh hospital termasuk Hospital Kuala Lumpur ketika saya masih bertugas di sana. Beberapa tahun telah berlalu dan kini saya sudah tidak lagi bertugas di HKL, kempen ini terus berjalan. Pada asasnya, kita orang melayu di Malaysia merupakan satu kaum yang amat bersopan santun. Pendekata, berbudi bahasa ini merupakan nilai orang melayu yang tiada tolok bandingnya. Oleh itu, di mana sahaja kita berada, tidak kira sewaktu bekerja, bermain, bersama keluarga, bersama teman-teman, orang tua dan muda penerapan nilai bersopan santun sepatutnya sudah menjadi darah dan daging.

Di dalam konteks kesihatan, pesakit yang datang ke hospital mahupun klinik mengharapkan sesuatu yang lebih dari material atau kata lainnya ubat-ubatan sahaja. Pesakit yang datang, bukan sahaja sakit dari sudut jasmaniah, tetapi kesakitan juga dirasai daripada sudut mental. Itu lah sebabnya ada pesakit yang otaknya kepenatan dan letih dan natijahnya ia dimanifestasikan dengan kelemahan seluruh badan. Begitu juga sebaliknya.

Amat menyedihkan, apabila pesakit yang datang ke institusi kesihatan, dianggap seperti barangan mainan. Ada yang diperli, dihina, diherdik dan ditolak ke sana-sini seperti bola. Ini mencerminkan kegagalan institusi kesihatan berperanan seperti yang sepatutnya dilakukan. Puas Izikan saya membawa satu contoh. Saya bertugas di sebuah klinik swasta di Ampang. Setiap kali saya bertugas dengan seorang pembantu klinik ini, saya akan rasa agak stress. Ini adalah kerana, tidak pernah sekalipun saya melihat dia tersenyum ketika bekerja.

Kadangkala, tak boleh salah sikit, ada sahaja kata perlian dilemparkan kepada pesakit. Apabila agak terlambat kerana pesakit ramai, adakalanya pesakit akan bertanya, ubat sudah siap ke belum, dah lama saya tunggu. Siaplah… Jawapannya : “Akak ingat saya duduk berborak sahaja ke… Saya sibuk ni… Tunggulah dulu!” . Itu belum lagi dengan muka mencebiknya lagi. Saya yang duduk menghadap pesakit di dalam bilik rawatan menjadi sakit hati. Dan untuk pengetahuan anda, mereka ini semua adik-adik belaka. Umur baru setahun jagung. Tetapi atitud – KOSONG. Itu Kurang Ajar namanya!

Ya! Ia bukan sahaja berlaku di klinik saya bertugas. Ia berlaku di mana-mana. Di hospital, di pejabat-pejabat kerajaan, di sektor swasta, di pasaraya dan di mana sahaja.

“Senior” di dalam bidang perubatan selalu menasihati, kita lakukan kepada orang apa yang kita nak orang lakukan kepada kita. Itulah kebenarannya. Itulah hakikatnya. Kalau semua orang praktikkan perkara ini pasti hidup kita lebih baik.

Sebagai contoh, kalau kita bawa ibu, bapa atau datuk kita ke satu klinik, dah lah lambat menunggu, itu boleh tahan lagi, staf klinik ni panggil nama kita melalui corong pembesar suara, maklumlah orang tua kurang dengar (kebetulan kita pun tak beberapa dengar), dijeritnya nama orang tua tu 2-3 kali melalui pembesar suara dengan nada marah (Nak menyampaikan maksudnya Woi, orang tua – tak dengar ke?). Masuk jumpa doktor pun dengan rasa kurang senang. Nasib baik jumpa doktor yang hensem dan lemah lembut!

Bagaimana sekiranya, perkara yang terjadi tadi berlaku kepada ibu atau ayah petugas klinik tadi. Dia pulak pergi hospital, orang buat tak endah. Kena tunggu berjam-jam tak dilayan. Jumpa dengan jururawat diperli-perli sahaja. Apa yang dia rasa? Tuan-tuan dan Puan-Puan, bagaimana kita mahu orang lain melayan kita atau keluarga kita dengan baik dan bersopan-santun, sebagaimana itulah kita harus melayan dan menghormati orang lain. Kita tak boleh buat suku-suku. Dengan boyfriend atau girlfriend, kita cakap amboi.. lembut gigi dari lidah…. Tapi dengan pesakit, kita jadi macam harimau… Dan umur kita baru setahun jagung!

Marilah kita sama-sama ingat mengingati tentang perilaku dan budi bahasa kita kepada sesiapa pun. Kita anggap semua orang yang lebih dewasa dan tua itu umpama ibu bapa kita. Kepada semua doktor, jururawat dan petugas klinik (terutama yang saya tengah geram tu) tidak akan rugi walau secalit kalau kita mengamalkan budi bahasa dan pekerti yang mulia…. Jangan Kurang Ajar!. Kalau tidak rugi kerajaan bayar beribu-ribu suruh Dato’ Siti Nurhaliza menyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita tu… Semoga, Kita menghormati pesakit kita sebagaimana kita mahu layanan yang sama diberikan kepada kita. Wallahu Alam.

Friday, June 15, 2007

AIYA CIK SITI

Assalamualaikum...

Saya terjumpa lagu ni bila melawat http://gelihati.blogspot.com. I find it irresistable.. So... kome pun mencilok dan meletakkannya di sini... nak share ngan semua lah ni... thanks tuan punya blog.. Apa kata U all bloggers melawat blog dia dan melayan cerita lawak kat situ... Maaf ye Datuk K dan Dato' Siti....



(dari filem Ali Baba Bujang Lapok)

Datuk K:
Aiya Cik Siti,
perempuan banyak muda
Ana banyak susah sebab sudah tua
Uwang dan ringgit
ana tak tak heran
Nanti kawin naik kuda tutup semua jalan

Siti:
Marilah Datuk, oi mari sayang
Ikutlah ana, Datuk jangan bimbang
Mata
tak nampak, Siti tunjukkan jalan
Kaki melangkah, oi perlahan-lahan


Datuk K:
Atuk tak nak bimbang Atuk tak nak takut
Tapi ana jalan
banyak sangkut-sangkut
Misai hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi
negeri Arab

Siti:
Oh Datuk sayang, oi jangan susah
Habis kawin
wang mas Siti upah
Marilah jalan, Datuk cepatlah cepat
Awas Tuk longkang
oi kaki melompat


Datuk, jaga depan ada wartawan

Mana?
Lompat
Haiyaa
Lompat
Haiyaa
Lompat Atuk lompat

Haiyaaaaaa..........

Thursday, June 14, 2007

EVIL CHOLESTROL!!


Assalamualaikum ...

Jom citer pasal kolestrol sket. Setiap orang mahukan tahap kolestrol yang cun melecun... kalau di dalam bahasa yang mudah.. bila kita ambik darah untuk periksa kolestrol kita nak ia dibawah paras yang ditetapkan.. biasanya di bawah5.2 mmol/l... Kolestrol pulak ada 2 jenis.. yang Kolestrol baik dan Kolestrol jahat. Tak ramai yang memahami konsep kolestrol baik dan jahat ini walaupun ramai yang pernah dengar...

First kita kena tahu pasal lipoprotein. Lipoprotein secara amnya ni ialah sejenis pengangkut.. cam bas atau teksi laaa... kerja dia mengangkut sel lemak... ia berada di dalam darah...
Kolestrol baik atau nama lainnya HDL (High Density Lipoprotein) adalah pengangkut yang tugasnya mengangkut lemak keluar dari salur darah... Jadi ia mengelakkan daripada lemak melekat kat dalam salur darah di dalam bahasa mudahnya... So tak tersumbat la salur darah kiter... ye dak?

Tapi Kolestrol jahat atau LDL (Low Density Lipoprotein) ni pengangkut yang angkut lemak ke salur darah... makin tinggi LDL ni makin banyak lah kerja mengangkut lemak ke salur darah...jadi makin tersumbat la salur darah kita... tu yang tersumbat salur darah jantung... jadi sakit jantung... kalau tersumbat kat pembuluh darah otak jadi stroke....

Kalau nak naikkan HDL dan turunkan LDL.. kena lah jaga makan, senaman, jaga berat badan, makan oat, makan makanan yg ada omega 3 dan makan makanan serat yg lain. Ada jugak ubat yang boleh turunkan kolestrol...

Saya nak nasihatkan diri saya gak... walaupun umur muda lagi.. ehemm-ehemm... baru 30 tahun... tapi berat ni pun berlebih jer dan dah lama den tak bersenam... kerja sepanjang masa... rehat pun takder sangat... jadi kerisauan tu ada.. anda pun begitu juga... kalau selalu pening-pening tapi tekanan darah dan bacaan gula normal... mungkin kolestrol anda tinggi... baik check.

Bye.. wassalam...



SILA KLIK BANNER DI BAWAH

Wednesday, June 13, 2007

AMAZON GROCERIES... PRODUK BARU AMAZON!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Amazon.com baru sahaja melancarkan produk barunya iaitu Amazon Groceries... Ia menawarkan 20 000 item untuk anda pilih. Anda boleh memilih dan membeli item melalui online...



Apa kata anda melawat amazon grocery ini?

Sila Klik banner di bawah...


What they say and what they really mean

Assalamualaikum...

To all my beloved friends... I paste this excerpt from my mentor website (Sdr Azizi Ali). Just to reflex that certain things are not usually what they really seem. I made my mistakes by buying a useless, worthless property and I'm still paying the price. Hope we can learn from our stupidest mistakes and move forward. It's a wild wild jungle out there!

Azwan.


What they say and what they really mean

By now, you would have realized that what some people say and what they really mean are two different things. Often, what they mean is the exact opposite of what they say.

Confused? Don't be. You'll see what I mean once you go between the lines of a typical property advertisement.


What they say - Excellent location

What they mean - It's excellent if you are into jungle survival.


What they say - 10 mins to KL

What they mean - 10 minutes by Concorde.


What they say - Proposed ...(fill in the blanks)

What they mean - Hey, you can't sue us if we don't build it. After all, it's only a proposal.


What they say - Freehold

What they mean - We have to include the word "free" somewhere in this ad to attract attention.


What they say - Reputable developer

What they mean - Developer has a reputation of not completing projects before.


What they say - Proven track record

What they mean - See above.


What they say - Close to Putrajaya

What they mean - Close to the least desirable part in Putrajaya.


What they say - The next "PJ/Subang Jaya/Damansara"

What they mean - Since when the next something has overshadowed the original? Ever heard of the next P.Ramlee or the next Bruce Lee?


What they say - Toll-free access

What they mean - The access is free but pay us big money you will. Oh yesss...


What they say - Free legal fees

What they mean - This is the only way we can make people sign those one-sided agreements.


What they say - In the Multi-Media Super Corridor

What they mean - The only thing Super here is the price.


What they say - Damansara

What they mean - The current hot name in properties. Even if the place is a thousand miles away from Damansara, let's change the name to Damansara something. Then we can charge a hefty premium. Heh! heh!

Tuesday, June 12, 2007

I Tech Clip II Mini - FOR SALE

Assalamualaikum.... To All Bloggers!


Sebenarnya kalau kita cakap pasal bluetooth, terdapat kesukaran untuk pemakaiannya terutama kepada wanita yang bertudung. Ini adalah kerana alat bluetooth ini agak bulky dan kalau perempuan (atau lelaki hehehe) bertudung, memang nampak agak janggal. Anda akan dihujani soalan yang bertubi2 seperti, apa benda yang besar kat telinga bawah tudung tu? atau semalam gaduh ngan laki ke? apasal telinga nampak bengkak semcam jer... atau.. amboiii besarnya subang baru cik Yah...


Oleh itu, izinkan saya untuk memperkenalkan I tech Clip II Mini untuk anda, wanita-wanita yang bertudung. Alat ni macam earphone, kecil, ringan dan mudah. Alat clip tu boleh diletakkan di kolar baju dan wayarnya boleh diletakkan di bawah tudung ke dalam telinga tanpa sesiapa perasan anda sedang memakai bluetooth. Ada punat kecil pada earphone tu, kalau tekan sekali untuk jawab phone dan tekan 2 kali untuk mendail. Ia juga boleh di pairkan dengan 2 phones (1 bluetooth boleh guna 2 phone.. powerr...)


Juga come in handy sekiranya anda seorang doktor pakar bedah wanita juga... anda boleh melakukan pembedahan dan menjawab phone di dalam masa yang serentak (saya ada kawan2 doktor bedah wanita yang membeli daripada saya yang menyatakan kegembiraan mereka setelah mendapat alat ini)... bayangkan, anda bertudung dan tidak ada orang yang sedar anda sebenarnya sedang bercakap di phone! Wow.... Dan alat ini compatible kepada Nokia, Sony Erricsson dan Motorola. No problem...


Untuk sang lelaki pula, alat ini menjadi igauan ramai orang kerana saiznya yang kecil.. kalau anda memakai alat ini, memakai spek hitam, pakai kot dan ada iras-iras muka Keanu Reeves.. orang mungkin akan confius anda dengan Neo @ Mr Anderson dalam movie Matrix... well.. atau mungkin orang akan confius anda dengan lelaki jahat (entah apa nama dia) dalam cerita Matrix tu gak... Mana2 satu pun, anda akan dipandang hebat dan macho... serta perasaan yang anda dapati itu tidak dapat nak digambarkan... perrghh... oklah.. kat bawah ni ada specification dia skit...

Harga Pasaran rm 168.00 ----- Biasa saya jual RM 148....
TAPI Sekarang ------->>>> RM 130.00!! HARGA MENANGIS...

Warranty Original MCM - 1 tahun. Produk boleh di pos ke rumah. Bayaran melalui akaun transfer (email abiteha@yahoo.com untuk maklumat)
SILA BANDINGKAN HARGA -



I-Tech CLIP II MINI

Clip II mini is embedded with multi-point technology which provides one-to-two connections to mobile handsets simultaneously. To use the multi-point connection, the two mobile handsets must support the Handsfree Profile. The special tie clip design + the silicon earphone bud reduces the pressure for the long wear.


Key Features

- Clips comfortably to your clothes

- Uncomplicated single button control

- Pairs with two Bluetooth mobile phones simultaneously

- Buzzer function lets you know when a call is coming through

- Enchanced voice clarity makes it easy to chat

- 4 level volume control

- Mute function

- Rechargeable battery

- Works with compatible Bluetooth phones



Specification

- Bluetooth specification v2.0 class 2

- Supports Bluetooth handsfree profile

- Talk Time: up to 6 hours^

- Standby Time: up to 120 hours^

- Nominal Charging Time: 3 hours - Compatible i.Tech 110 ~ 240Vac switching power charger

- Dimensions (main body): 45 x 22 x 22.2mm

- Weight: 16.5 grams


* To use the multipoint function, the two mobile phones must support Handsfree profile.

Monday, June 11, 2007

Laughter is the Best Medicine

Thanks Kak Zety.....
Hantar lagi kalau ada.....




Kah Kah Kah!!




Another way of saying tak nak..

Jangan isap rokok nanti lipas di rumah anda kena kanser.... kehkeh...









Ni saya paling tak tahan... kah kah kah!!


Rilex guys... I know this ad is not meant for you.... hehehe



Ada gakkkk.... Bagus kedai Mydin wat Ad gini...

Saturday, June 9, 2007

SAYA NAK BUKA PHARMACY ONLINE - Sila Beri Pendapat Bernas Anda!

Assalamualaikum semua bloggers!

Setelah membaca beberapa buah buku daripada penulis terkenal berkenaan dengan business online dan ditambah pula dengan keinginan saya yang sejak dari dulu lagi ingin membuka sebuah farmasi, saya merasakan sudah sampai masanya saya ingin membuka sebuah farmasi secara online.

Berkonsepkan farmasi yang menjual over the counter dan prescription drugs serta barang gifts dan beauty, saya ingin mengenengahkan "Guardian" dan "Watson" yang berbentuk online. Sebagai langkah pertama, saya mengambil rakan kongsi - iaitu seorang ahli farmasi di salah sebuah hospital kerajaan. Kami sedang mencari idea-idea baru, kreatif dan effektif untuk memantapkan lagi cadangan saya ini.

Saya ingin menggunakan exabytes sebagai hosting, dengan mengambil promosi ebizgold sebagai hosting kami nanti. Kami juga akan menggunakan kaedah pembayaran melalui kredit kad menggunakan khidmat worldpay.

Antara barang yang akan dijual ialah medical equipments seperti alat mengukur tekanan darah, mengukur glukosa, alat2 bantuan seperti tongkat, kerusi roda dan tilam angin untuk pesakit strok, alat bantuan asthma seperti mesin nebuliser dan aerochamber. Kami juga akan menjual ubat-ubatan seperti pil pelangsing, vitamin, ubat dan alat mencegah kehamilan. Di samping itu kami juga akan menyediakan barangan untuk kecantikan diri seperti produk penjagaan kulit, kuku dan rambut, gifts dan perfumes. Kami akan cuba menjual dengan harga yang lebih rendah dan lebih diskaun daripada pasaran. InsyaAllah..

Delivery akan menggunakan penghantaran secara pos dengan jaminan... walaupun kami belum boleh membayangkan bagaimana ia boleh dilakukan dengan berkesan... tapi kami akan cuba mencari penyelesaiannya.

Sehubungan itu, saya ingin meminta pendapat pembaca samada projek ini boleh dijalankan atau tidak, cabaran2 yang mungkin dihadapi (selain daripada kos), tambahan idea2 bernas daripada saudara/i, dan apa apa sahaja komen yang boleh memperbaiki dan mengembangkan lagi idea yang sedia ada.

Komen anda didahului dengan ucapan terima kasih.

DR. AZWAN.

Thursday, June 7, 2007

Kisah Pengembaraan Kg Tuel Gua Musang - Bersambung


Assalamualaikum Warahmatullah.

27 May 2007

Kami memulakan hari seawal 5.30 pagi di Kg. Tuel. Setelah solat Subuh, tazkirah disampaikan oleh Ustaz Abdullah yang menceritakan tentang cabaran di dalam berdakwah di kalangam Orang Asli.
Setelah sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke Kg. Plug jam 9.30 pagi. Apabila sampai, kami dapati keadaan begitu hening, tidak ramai penduduk di kawasan ini. Kami tiba di balai raya yang dibuat oleh buluh.
Kami menyangka sambutan hari pertama ini pasti menyedihkan, tapi sangkaan kami meleset. Seorang demi seorang tiba... sehingga satu saat, balai raya itu penuh dengan orang seperti satu majlis keramaian pula. Kelihatan 5 pelajar perubatan UiTM itu, Sdra Zulkifli, Sdra Syahidan, Sdari Atfina, Sdri Intan dan Sdri Bahijah begitu sibuk sampai tak menang tangan bertanyakan permasalahan kesihatan, mengukur berat dan tinggi dan mengambil tekanan darah. Sekiranya terdapat masalah kesihatan yang memerlukan rawatan, saya pula akan dirujuk... masa tulah saya berdendang... sorang demi sorang sehinggakan ubat yang dibawa tidak mencukupi. Semua yang datang pasti membawa pulang ubat. Paling tidak multivitamin. Cukup pukul 12.30 tghari klinik ditutup. Kami bergegas pulang ke Dewan kerana selepas ini akan diadakan Cak Rayak untuk tetamu (terbalik... kami pulak yang jadi tuan rumah).

Petang itu, saya bersama 5 orang anak buah saya melawat dari rumah ke rumah orang asli di kg. Tuel. Ada yang menerima kami dengan baik. Ada juga yang nampak takut-takut. Terus masuk ke dapur bila nampak kami tiba. Kami sempat melawat beberapa buah rumah sebelum hujan turun. Hujan sentiasa turun pada waktu petang... itulah hujan rahmat di Kg. Tuel. Apabila hujan turun, jalan balak jadi licin dan tidak ada kenderaan 4WD boleh keluar masuk kerana takut tergelincir ke dalam gaung atau sungai. Pernah terjadi sebuah pajero ABIM terbalik, oleh itu semua orang tidak berani utk keluar masuk bila jalan basah. Selepas Asar kami habiskan dengan berehat-rehat. Ada di antara kami yang mandi sungai (sungai laju tapi kena pilih tempat yang cetek) dan ada yang tidur.

Selepas solat Maghrib, kami adakan sebuah bengkel AZAN. Bertujuan untuk memperkukuhkan lagi amalan Azan kepada kanak kanak yg berumur 10 tahun hingga ke tingkatan 3. Malam itu kami tidur dengan lena...







Ini gambar pemandangan dari atas kampung Tuel. nampak tak sungai yang mengalir di bawah bukit. Itulah sumber air kami. Segar dan tidak dirawat. Airnya sejuk sangat tapi memang best.


Ini pemandangan kawasan kampung. Rumah yang dibina sudah beratap zink dan berdindingkan kayu menggantikan rumah tradisional buluh. Inilah antara hasil usaha IOA, Jabatan Agama Islam Kelantan dan JHEOA. Ia juga lebih tersusun.







Pemandangan yang hijau di kawasan laman perkampungan ini.



Ini pemandangan Kg Plug. Kampung pertama yang kami lawati. Masih terdapat rumah berdinding buluh. Kalau anda dapat lihat sejenis alat berbentuk empat segi di sebelah rumah, itu adalah sel solar. Itu adalah punca elektrik di kawasan kampung. Setiap rumah mempunyai satu tiang solar yang berharga RM 15 000 setiap satu... Mahal tu.. Walaupun begitu ia lebih ekonomi daripada sumber tenaga yang lain. Lagi satu... anda perasan tak ada perodua kembara kat situ?? Haaa... tandanya mereka ini ada yang dah mula berjaya dan mempunyai kehidupan yang lebih baik... ada tak saya bagitahu ada rumah kat sini yang ada Astro? ooo.. terlupa lah tu...





Orang Asli dari Kg plug sedang bersiap sedia beratur untuk di temuramah dan di ambil tekanan darah oleh adik adik bakal doktor dari UiTM.


Sekali lagi pemandangan dari sisi program pemeriksaan kesihatan. Berbaju biru Syahidan atau "Syidang" - sebab dia orang Terengganu, Bahijah sebelahnya, Atfina bercermin mata dan adik Hafizah.






Cuba tengok... tadi tak ramai sangat... tiba-tiba sahaja begitu ramai orang memenuhi kawasan balai raya. Saya kelihatan membelakangkan kamera tak menang tangan untuk memeriksa semua pesakit. Meriah dan seronok.


28 MAY 2007


Kami membuat keputusan untuk ke Kg. Ber. Kampung ini adalah kampung terjauh dari Tuel tetapi paling hampir dengan Jalan besar. Maksudnya, sekiranya kami ingin masuk ke Kg. Tuel dari jalan besar, kami harus melalui Kg Ber dahulu, kemudian Kg. Kerbuk, Hanir dan akhirnya Tuel dan Plug. Walaupun kg Ber paling hampir ke jalan masuk, tapi realitinya keadaan kesihatannya tidak menggambarkan yang ia menerima lebih perhatian dari jabatan kesihatan. Hampir semua anak-anak yang lahir tidak menerima imunisasi yang lengkap termasuk BCG. Ada ibu-ibu mengandung di Kg. Ber yang bersalin di kampung yang dibidani oleh bidan orang asli. Kebiasaannya mereka melahirkan di hospital dan diangkut melalui helikopter.

Ada anak-anak yang tidak cukup zat (pemandangan biasa) dan ibu-ibu yang pucat. Saya sendiri agak sedih kerana ubat-ubat yang ada tidak dapat menampung permasalahan di situ. Saya selalu mengingatkan diri saya, klinik bergerak yang dikendalikan oleh kami hanya sekadar membantu sekadar mampu. Kami bukanlah pasukan perubatan utama kerana kami sendiri tidak cukup peralatan. Apabila kanak-kanak tidak diberikan imunisasi yang lengkap, kami hanya boleh melaporkan kepada jabatan kesihatan yang terbabit sahaja. Apabila ada kes kanak-kanak tak cukup berat, multivitamin sahaja yang kami mampu. Mana mungkin untuk kami beri bantuan susu, walaupun di depan mata kami bayi2 diberi minum air teh-0 di dalam botol.



Wajah sedih seorang anak kecil di Kg Ber... badannya begitu kecil walaupun berusia 3 tahun. Badannya dipenuhi eczema.

Bergambar bersama ahli Kg. Ber dan pelawat dari JAHEIK (Jabatan Hal Ehwal islam Kelantan) yang kebetulan datang melawat pada hari kami di Kg. Ber.

Anak-anak muda dari Kg. Tuel. Antaranya Syukri sebelah kiri sekali dan Muhammad di sebelah nya. Mereka makan, mandi sungai, sembahyang dan tidur bersama kami.



BERSAMBUNG..

NEW PRICE LIST FOR HAND PHONES (Updated 21.05.2008)

NEW PRICE LIST FOR MOBILE PHONES


Mobile Phone

Colour

Memory Card

Price

NOKIA

1200

130

1208

145

1600

210

2310

215

2600 classic

285

2626

210

2630

310

3500

256 TF

459

5300

256 TF

480

5700

512 TF

6030

230

6070

320

6233

128TF

560

6288

64 M.SD

685

6300

512 TF

615

6500 classic

930

6500 slide

512 TF

1040

7610

128DV

540

E65

980

E90

512 TF

2380

N70

64 DV

690

N70 (music)

Black

1G DV

745

N73 (music)

Black

2G Mini SD

990

N76

512 TF

1100

N81

2G TF

1180

N95

1GB TF

1600

SONY ERICSSON

K530

520

K550

White

510

K610

(No USB/M2)

480

T280

483

T650

830

K770i

256 M2

710

K800i

No M2

680

K810

128 M2

815

K850

512 M2

1190

P1i

1 gb M2

1100

W810

512 Stick

815

W850

1G stick

955

W890

2GB M2

1110

W880

1GB M2

698

W910i

1gb M2

995

Z610

PINK

696

MOTOROLA

L6i

284

L7i

463

V3i

440

Bluetooth Clip 2 mi

140

Bluetooth Shine

150

Celcom Data Card

490

M2 Sony 1gb

78



Related Posts with Thumbnails