Assalamualaikum...
Pernahkah anda tercekik tulang ikan? Saya yakin anda semua pasti pernah. Perkataan "tercekik" itu mungkin bunyinya berlebih-lebih kerana tercekik dari segi definisinya sesuatu benda yang melekat di ruang tenggorok sehingga boleh menggangu pernafasan.
Mungkin lebih tepat "terlekat" tulang ikan? Ya... itu mungkin lebih sesuai. Apapun perkataan yang digunakan "tercekik" atau "terlekat" tulang ikan mempunyai natijah yang sama iaitu rasa tidak selesa, terganggu dan sakit pada kerongkong terutama apabila kita menelan air liur secara sedar.
Hari ini, seorang pelajar jururawat perempuan dari Kolej
Mahsa datang berjumpa saya pada pukul 3 petang. Kerongkongnya terlekat tulang sudah 3 hari lamanya. Kesian dia. Nampak dari matanya (tak turun ke hati ye..) perasaan stress yang teramat.Apabila beliau membuka mulutnya luas-luas, tulang tersebut tidak kelihatan. Satu hal tentang membuka mulut-mulut luas dan dijolok dengan kayu spatula, ia akan mengundang satu refleks dipanggil "gag" refleks atau refleks nak muntah. Itu yang menjadikan proses membuang tulang yang terlekat menjadi lebih sukar kerana tak sampai 10 saat pesakit akan terasa nak muntah dan melarikan tekaknya dari jolokan spatula.
Percubaan saya yang pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima tidak berjaya. Tulang itu terlalu dalam untuk saya lihat hanya menggunakan spatula dan lampu picit. Kegagalan itu menyebabkan saya menyuruh beliau pulang dahulu. Saya minta dia datang jam 6 petang.
Jam 6.30 petang, pelajar jururawat datang bersama kawannya. Kali ini saya sendiri telah bersedia.. jeng.. jeng.. jeng.. Percubaan seterusnya dilakukan. Kali ini saya dapati, beliau boleh merasa tulang
tersebut di dalam kerongkong menggunakan jari telunjuknya. Oleh kerana beliau alah menggunakan spatula, saya menyuruhnya menekan lidahnya sendiri menggunakan jari sahaja. Malah dengan cara itu beliau boleh menunjuk dengan jelas kedudukan tulang tersebut.Akhirnya... dengan menggunakan "crocodile forceps" (gambar), saya be
rjaya mengeluarkan tulang yang sepanjang 3 cm itu. Cai yuuukk! .. Wajahnya bertukar ceria dan tersengih-sengih.... Saya pula berjaya mengekalkan wajah kemachoan saya ke tahap maksima yang boleh dibanggakan isteri dan anak-anak... walaupun dalam hati.. tuhan aje yang tahu.Nampaknya ini sudah lebih dari 8 kali mungkin saya berjaya mencabut tulang ikan dari kerongkong pesakit.
Ini juga mungkin bermakna... saya adalah pakar cabut tulang ikan yang paling handal di seluruh Kota Damansara!!... Ya, mungkin di seluruh kawasan yang bernama Damansara... and some says in Mont Kiara too... Haha..
Jikalau anda tercekik tulang ikan.. Tak kira jenis ikan.. Ikan parang, terubuk, senohong, gelama, ikan duri... jangan ragu-ragu dan jangan risau.. hubungilah saya segera.. saya bersedia berkhidmat untuk anda... !! Sayalah Pakar Cabut Tulang Ikan.. Cai yuukk...







Another way of saying tak nak..



