Thursday, August 30, 2007
AIR KENCING SYAITAN
2 hari yang lepas, jam 3 pagi sewaktu saya bertugas di Taman Kosas Ampang, datang seorang gadis berumur macam saya.. 30 tahun. Matanya terpejam dan tidak sedarkan diri. Wanita ini, seorang Islam berdasarkan nama yang tertera pada I.C. diusung oleh seorang lelaki. Lelaki yang mengaku dia seorang kawan kepada wanita itu menerangkan saya kejadian yang berlaku.
Mengikut cerita lelaki itu, gadis itu baru sahaja bergaduh dengan teman lelakinya. Lelaki itu meletakkan di atas meja saya 2 benda. 1. Sebuah botol kosong arak kecil tertulis 40% alcohol 2. satu aluminium foil yang telah koyak yang tertulis nama ubat di dalam bahasa jepun (obviously, saya tak paham bahasa Jepun kan... ) iaitu ubat amphetamine (ecstasy). Menurut lelaki itu, wanita ini telah menelan 5 biji pil ecstasy dan sebiji pil tidur. Benda inilah yang menyebabkan wanita itu terpejam matanya..
Wanita ini tidak sedar keadaan dirinya dan seluarnya basah akibat terkencing. Walaupun di dalam keadaan yang tidak sedar, wanita itu menepis-nepis tangan kami yang memeriksa menjadikan pemeriksaan terhadapnya lebih sukar. Adakalanya, dia tiba-tiba cuba menanggalkan baju tshirtnya yang tidak memakai apa-apa pakaian dalam. Saya buat pemeriksaan ringkas dan cepat-cepat membuat rujukan ke Hospital Kuala Lumpur setelah mendapati dia stabil. Kadangkala, bila manusia telah dipengaruhi air kencing syaitan dan najis dadah, dirinya seolah-olah telah ditelanjangkan. Tidak lagi hirau keadaan sekeliling dan hilang erti malu pada dirinya.
Bukan sekali perkara seperti ini berlaku. Ini sudah masuk kali ke 5 selama setahun saya bertugas, saya menghadapi kes makan amphetamine bersama alkohol dilakukan oleh perempuan melayu Islam di klinik ini. Ada yang datang menggigil dan tidak sedarkan diri. Ada yang baru lepas muntah dan di dalam keadaan tak tentu arah (restless). Ada juga yang menipu mengatakan mereka baru pulang dari KLIA kerana menjemput saudara dan tiba-tiba kawan dia yang seorang jadi begini. Namun mengikut staf saya, ada tanda cop di lengan kiri yang menunjukkan dia baru pulang dari disko. (Saya tak tahu sebenarnya kalau tak staf saya beritahu)... puas pulak saya fikir apalah masalah perempuan ini... kan bagus kalau bagitahu dia baru balik dari disko... bukannya saya nak marah. Lagipun, kalau menipu saya kat dunia nih, macamlah tuhan tak tahu...
Nampaknya, setelah 50 tahun merdeka, ada di kalangan kita yang terlalu merdeka. Terlalu merdeka hingga terlupa batas-batas dan tanggungjawab. Tiada siapa yang menegur dan menghalang. Mendapat kemerdekaan itu memang sukar tetapi mengisi kemerdekaan itu lebih sengsara. Terima kasih kerana Menteri Kebudayaan dan Pelancongan kita tidak mengadakan konsert suka-suka dengan artis-artis kita yang menyebabkan lebih ramai lagi remaja yang lalai... Wallahu A'lam.
SAYA ANAK PASCA MERDEKA
Sedar-sedar sahaja saya sudah hidup dengan aman dan sejahtera, ibu dan ayah mendapat pekerjaan dengan kerajaan dan boleh menampung kehidupan kami seadanya. Sedar-sedar juga, saya dapat belajar dengan baik, masuk ke sekolah menengah dan MRSM seterusnya ke menara gading. Sedar-sedar juga saya tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang baik sehingga sekarang. Sedar-sedar sahaja kehidupan saya juga sebaik kehidupan ibu dan bapa saya.
Tapi itu tidak bermakna, saya selaku generasi ?ketiga pasca merdeka tidak memahami erti kemerdekaan. Hidup bebas tanpa dijajah adalah impian mana-mana manusia, mana-mana negara. Lihat di Acheh, negeri yang kaya dengan minyak itu cuba untuk mencapai kemerdekaan sebegitu lama daripada republik Indonesia. Ramai yang sudah terkorban. Tidak kurang juga harta yang musnah. Lihat di Kashmir, juga ingin mencapai kemerdekaan dari India. Bukan ribuan malah puluh ribu sudah terkorban. Yang mati tidak kira mangsa. Yang Islam dan yang Hindu.... Lihat di Palestin. Cerita yang tak kunjung selesai...
Ya, anak pasca merdeka juga faham erti kemerdekaan. Cuma di Malaysia, 50 tahun selepas merdeka, senarionya berbeza. Kita tiada kekurangan material. Kita hidup rukun aman. Kalau betul caranya kita tiada masalah menimbunkan harta. Kata chef Li di dalam trilogi bukunya Menjejaki Jutawan Senyap... "Anda patut menjadi Kaya. Anda tidak berhak menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak Kaya adalah Malang." Mungkin betul kata Chef Li. Jadi tak hairan, saudara-saudara kita yang datang jauh seberang laut boleh bina rumah lagi besar daripada rumah saya di tanah bertuah ini. Mereka boleh beli 2-3 buah kereta. Itu salah satu buktinya. Malaysia memang sumber rezeki.
Ada juga bangsa-bangsa lain yang berkongsi negara dengan saya berkokok. Kerajaan tak adil!! Kerajaan berat sebelah!! Kerajaan lebihkan bangsa saya!! Dasar Ekonomi Baru menjadi perdebatan. Bangsa saya dilihat sering mendapat kelebihan. Tak cukup dengan itu, orang puteh dari negara luar yang tak tahu apa erti kemerdekaan di Malaysia juga campur tangan memberi komen yang menyakitkan hati (entah-entah ada percaturan).
Tetapi di Malaysia... Bangsa mana yang pendapatan isi rumahnya lebih tinggi? Bangsa mana yang paling banyak beli volvo dan mercedez? Bangsa mana yang bilangan rumah di Bangsar dan Mont Kiara paling banyak? Bangsa mana yang pagi-pagi tak payah bangun pagi macam kaum saya beratur bersesak-sesak di jalan raya untuk ke pejabat-pejabat mencai rezeki dengan makan gaji? Bangsa yang berkokok itu lah. Hairan juga.. rumah dah penuh padi.. masih menjerit-jerit kenapa dia juga tak dapat subsidi beras...
50 tahun selepas merdeka, pemikiran kita masih belum sepenuhnya merdeka. Kita dijajah secara ekonomi dan budaya. Lihat sahaja stesen radio kita. Saya rimas mendengar lagu yang bukan wajah kita. Di TV Malaysia, juga penuh dengan cerita-cerita yang bukan wajah kita. Filem-filem kita kalah dengan filem-filem seberang. Pengarah filem Malaysia tiada rasa bersalah menghidangkan cerita lawak picisan yang tiada kelas.
Tuan dan Puan, biar saya cerita tentang pengalaman saya ke negara Indonesia semasa saya belajar selama sebulan di sana untuk tuntutan elektif. Sebulan di sana, saya mendalami budaya di sana yang cantik dan menarik. Ketika itu di di Indonesia tengah popular Kumpulan Sheila on 7 dan Padi.
Saya dapati siaran TV dan radio di Indonesia, jarang-jarang atau hampir tiada langsung menyiarkan drama-drama Malaysia. Filem2 Malaysia pun tiada. Lagu Malaysia ada satu dua video klip yang ditayangkan bukan pada waktu puncak. Itupun lagu2 dari kumpulan rock yang saya dan 5 orang kawan saya tidak kenali!! Bayanglah, kumpulan rock kat Malaysia ni punya banyak yang famous2 tapi dia siarkan kumpulan rock yang saya tak pernah dengar! Lagunya tok sah ceritalah betapa lelehnya... Rasanya macam malu jer nak bagitahu orang Indonesia.. itulah rupa wajah kumpulan rock Malaysia dengan lagunya cam tuh... Ketika itu Raihan dan Siti Nurhaliza tengah gah kat Malaysia, tapi takde satu pun klip video nya disiarkan. Di dalam radio pun tak disiarkan lagu2 Malaysia.
Tapi hairan kalau di Malaysia kini.. sebut saja... semua kumpulan dari seberang tak kira famous atau tidak.. semua masuk dalam radio kita. Kumpulan dari Malaysia hanya dibakul sampahkan. Ya.. memang itu adalah kehendak peminat di Malaysia kata mereka. Itulah kalau kita terlalu mengikut jejak kapitalisme dan Laizzes Faire ("Let it be" dalam french)... tak ada tangungjawab sosial. Dalam pasaran ekonomi terbuka, permintaan yang tinggi akan menjadi raja, yang selebihnya terpaksalah menempuh segala kesukaran, walaupun di negara sendiri.
Pagi di ERA dah tak seronok seperti dulu.. Mungkin telinga saya atau apa, saya tak tahu. Saya stress mendengar perbincangan yang diadakan. Tajuk yang dibincangkan pada waktu pagi di ERA terlalu remeh. Sekarang saya dah tukar dengar IKIM pada waktu pagi. Lebih informatif. Seronok juga dengan Ustaz Zamri berceloteh pada waktu pagi, walaupun kadang2 saya tukar juga ke ERA sebab rindu....
Akhir sekali.. saya sebak mendengar sajak Tun Dr. Mahathir yang dideklamasi oleh warga IKIM.. terasa terhina bangsa melayu di bumi sendiri, terasa kita patut bangun untuk berbuat sesuatu... Perjuangan Yang Belum Selesai... Dengarkanlah..
Thursday, August 23, 2007
Jamal Abdillah dan Dadah
- Menggeletar
- Loya dan muntah
- Tidak boleh tidur
- Tidak boleh menumpukan perhatian
- Berpeluh
- Risau
- Jantung berdebar
Setelah mengalami masalah di atas, kebiasaannya penagih terpaksa mengambil kembali dadah untuk menghilangkan symptom ini. Begitu juga ketagihan psikologikal, fikiran akan terganggu dan "mengidam" atau "craving" terhadap najis dadah. Kekerapan mengambil dadah menjadikan akal penagih "belajar" bahawa mengambil dadah satu yang perlu untuk menghasilkan satu pertunjukan atau persembahan yang mengagumkan. Ilusi ini akan menjadikan mereka tidak yakin kepada kebolehan diri dan merendahkan semangat mereka.
Di samping itu, setiap kali diundang masalah. mereka akan mencari jalan keluar yang mudah iaitu dadah. Ini adalah kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan sahabat. Tiada sokongan menjadikan mereka merasakan mereka berseorangan dan najis dadah adalah penyelesaian masalah mereka dengan pantas.
Jamal Abdillah adalah mangsa kepada perangkap dadah. Saya yakin sdr Jamal yang telah menagih selama 30 tahun sedar dan tahu bahawa dadah telah memakan sebahagian daripada dirinya. Beliau cuba lari dan setiap kali lari, dadah berjaya menangkap dan menyumbatnya semula ke dalam ketagihan. Itu adalah cabaran yang beliau lalui. Sekurang-kurangnya beliau sedar dan melawan, walaupun akhirnya beliau tewas juga.
Kepada mereka yang agak skeptikal dan mencerca Sdr Jamal di atas usahanya kembali ke pangkuan masyarakat, saya cuma ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah.
Di sekeliling kita, terdapat ramai perokok. Ada yang merokok selama usia kita sendiri. Ayah kita, suami, adik, abang, nenek... Merokok bukan dadah... tetapi unsur yang ada pada rokok iaitu nikotin mampu menjadikan seseorang itu ketagih pada rokok...
Cuba sekali, kita kata kepada ayah kita yang sudah 40 tahun merokok...
"Ayah, rokok ni macam dadah jugak... ayah ni ketagih merokok... mulai pada hari ini ayah berhenti merokok, saya akan buang rokok yang ayah beli... ayah tak boleh merokok... Haraaamm...!!".
Cuba tengok apa akan terjadi kepada ayah anda.. berapa lama dia boleh tahan dengan sikap anda yang membuang rokoknya... entah-entah ada yang bermasam muka.. ada pulak yang tak mengaku anak... silap haribulan ada pulak yang lebam...
Begitulah tegarnya perokok.. bayangkan ia 20x ganda kepada penagih dadah. Saya tidak menyokong penagih dadah di sini.. cuma saya harap pembaca boleh faham betapa sukarnya penagih dadah untuk menukar tabiatnya. Berilah bantuan dan sokongan sedaya mampu.. cuma jangan mencerca dan perli seolah-olah usaha mereka itu sekadar bermain-main. Ini akan menghancurkan hati mereka dan membuatkan mereka mahu kembali ke keadaan asal...
"BELIA BENCI DADAH!"
Wednesday, August 22, 2007
TOL DI MALAYSIA
Tuesday, August 21, 2007
Gerai UmmuSofeya Bakery di Muktamar Sanawi ABIM ke 36
Inilah gerai kami... takde Dato' Sri Shahidan Kasim yang datang.. takder Dr Irfan Khairi.. hanyalah peserta muktamar...
Di samping itu kami juga ada menjual t-shirt labuh... yerr.. ramai yang berminat dan bertanya.. tapi kami paham... kalau dilihat dari tarikh Muktamar iaitu 18-19 Ogos tuh... pengarah bank pun dah tak der duit dalam poket... Almaklumlah.. tengah bulan ni.. kering... pegang t-shirt lama-lama lepas tuh senyuuuummm panjang pulak tuh senyum nya... saya paham akak abang... pahala senyum tuh lebih besar daripada beli tshirt saya nih..... kua kuaaaa... kata hati saya.... :)
Inilah gambar hadapan gerai. Kalau anda bersedih tengok wanita yang tengah jaga gerai UmmuSofeya ni... anda lebih patut bersedih melihat wanita yang duduk di di belakang wanita yang jaga gerai UmmuSofeya...
Saya juga ada menjual air kotak dan tin, menjadikan gerai kami gerai yang paling ramai dikunjungi oleh kanak-kanak yang sukakan air milo kotak dan soya kotak... Itulah kelebihan gerai kami... air kotak yang sejuuuuk... Namun begitu kami mendapat persaingan daripada penjual burger dan air bancuh diseberang sana... itulah seteru paling kuat kami... hampir sahaja kami berpatah arang.. kalu tidak kerana mereka datang ke gerai kami dan merayu-rayu sambil mengeluarkan air mata kepada kami meminta-minta... (plastik nak bungkus burger diorang habis... hahaha... kami jual plastik kami yang tak bukak lagi dengan harga RM1.. patut jual RM 10 kann??).
Sewa kedai untuk dua hari ialah RM 180... kalau nak dibandingkan dengan muktamirin dan muktamirat yang datang ke gerai... tak beberapa ramai.. oleh itu banyak gerai yang tak pulang modal... saya kira-kira cuma gerai saya dan gerai burger tuh je yang pulang modal... Saya fikir mereka tak ramai datang ke gerai kerana pihak penganjur telah menyediakan makanan 5 kali sehari kepada peserta (peserta dari seluruh Malaysia duduk di hostel). Jadi mereka pun dah kenyang... kecualilah pengunjung atau peserta seminar berdekatan.
Pekerja saya yang comel. Baru memulakan tugasan. Tengah melihat gerai seteru kuat kami iaitu kedai burger di sebelah yang bak kata orang Pahang "poh paleh" ramainya customer deme tuh....
Ada gerai yang jual jubah harga RM 80... mereliiip... hmm.. teman khabor usoh le.. T-shirt labuh teman yang terbest lagi terpower dan teramat canggih yang teman import dari Perlis pun takat pegang dan senyuuuum je.. jubah yang berharga RM 80 tuh... Pandang pun tak nak.. takut kena suruh beli.. duit pulak cukup-cukup nak beli roti kat gerai teman jer... kua kua kua
Ada gerai yang jual buku.. siap sewa 2 tapak tuh.. RM 360.00 utk 2 hari... perghh... susah gak nak balik modal tuh... Orang banyak gak beli cuma sewanya agak mahal.. jadi nak balik modal agak sukar...
Walaubagaimanapun, segala kesyukuran dihadratkan kepada Allah SWT kerana dengan IzinNya, gerai UmmuSofeya telah mendapat pulangan modal dan untung yang sederhana.... ini adalah percubaan pertama kami. Saya pun bukan ada di gerai sangat... paham-paham je lah.. kejap kena pergi buat pemeriksaan kesihatan, kejap pergi seminar, kejap pergi ke muktamar... mujur ada pembantu saya yang comel...
InsyaAllah saya akan buka gerai kami sekiranya ada peluang lagi... nantikan kehadiran kami... Wassalam...
Friday, August 17, 2007
Sapa nak Kad Maxis??
Suatu waktu dahulu, peniaga runcit prepaid seperti saya ini menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan kad prepaid daripada syarikat Digi. Ini adalah kerana seorang pegawai atasan Digi yang baru dilantik melaksanakan beberapa perubahan drastik kepada pembekalan kad Digi.
Thursday, August 16, 2007
Muktamar Sanawi ke-36 ABIM
Tarikh : 4 – 6 SYAABAN 1428H / 17 – 19 OGOS 2007 (JUMAAT - AHAD)
Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR, BDR.
MENJALARA, KEPONG, K. LUMPUR
Tema : JATIDIRI GERAKAN UMAT DALAM MENDEPANI CABARAN ZAMAN
Tuesday, August 14, 2007
MIMPI DAN TIDUR
Stage 1 dan 2 adalah keadaan dimana proses tidur baru bermula, jantung mula perlahan dan suhu badan mula rendah. Di kala ini, bunyi perlahan masih boleh mengejutkan anda dari tidur.
Stage 3 tidur anda lebih nyenyak. Di dalam keadaan ini, mata anda sudah tidak nampak apa-apa walaupun kelopak mata dibuka. Bunyi yang kuat sahaja boleh mengejutkan anda.
Stage 4 fungsi badan lebih direhatkan. Pernafasan anda perlahan dan terkawal. Anda telah masuk ke peringkat tidur paling nyenyak.
Stage 5 REM (rapid eye movement) - Peringkat inilah dipanggil MIMPI. Mata mula bergerak-gerak mengikut gelombang otak. Walaupun mata bergerak, badan kita tidak bergerak seolah-olah lumpuh. REM mengambil masa di dalam 10 minit untuk kitaran pertama dan semakin lama setelah beberapa kitaran berlalu. Biasanya seseorang mengambil masa 2 jam untuk keseluruhan
stage REM.
Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu.
Di dalam Islam, mimpi memainkan peranan penting dan sejarahnya pernah dicatit di dalam Al-Quran di dalam Kisah Nabi Yusuf.
"Dan raja berkata, 'Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi.'" (12:43)
"Berkata (Yusuf), 'Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.'" (12:47-49)
Apapun, tidur yang mencukupi sangat penting untuk badan manusia terutama kanak-kanak kerana tidur yang cukup membantu proses pembesaran dan pembelajaran anak-anak.
Walaupun begitu terdapat penyakit seperti "Narcolepsy" satu keadaan di mana seseorang itu selalu mengantuk, sering tidur dan merasakan badan penat dan satu keadaan dipanggil "Insomnia" iaitu penyakit susah nak tidur adalah di antara masalah tidur yang boleh dialami oleh seseorang.
Wallahu A'lam..
Monday, August 13, 2007
Alangkah Indahnya....
Alangkah indahnya hidup ini sekiranya saya bekerja sehari-hari bukan untuk mendapat gaji. Saya bangun pagi untuk merawat pesakit dengan niat yang ikhlas. Sebagai mengisi tanggungjawab saya. Kalau boleh saya hanya pesakit membayar kos ubat-ubatan, sewa klinik dan kos gaji pekerja sahaja. Tiada keuntungan, tiada caj perawatan... Ini menjadikan klinik saya paling murah di Kuala Lumpur. Pesakit akan datang mendapat manfaat lebih ramai.
Atau saya boleh bina sebuah hospital untuk orang ramai. Saya selaku pengarah hospital. Semua pesakit akan dicaj mengikut bayaran sekadar lepas kos ubat-ubatan dan kos penyelenggaraan hospital sahaja, termasuk gaji doktor yang bertugas. Ini menjadikan hospital saya termurah di Malaysia dan hampir menyamai hospital kerajaan.
Atau saya boleh membuka sebuah yayasan khusus untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, saya akan menubuhkan tabung untuk membantu anak-anak ini berjaya di dalam hidup, masuk ke sekolah dan universiti dan kemudian mendapat pekerjaan untuk membantu keluarga. Harapan agar mereka boleh keluar dari kesusahan hidup dan membantu keluarga.
Atau saya boleh menubuhkan satu dana kewangan bernilai berbilion ringgit untuk membantu para-peniaga Islam untuk meningkatkan modal untuk membesarkan perniagaan, atau menyediakan dana untuk mahasiswa/i memulakan perniagaan tanpa melalui karenah birokrasi seperti sekarang.
Atau saya boleh menubuhkan dana dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia untuk bersama-sama membantu bakal haji menunaikan haji dengan lebih selesa dan murah, memberi bantuan kewangan untuk menunaikan umrah atau haji dan meningkatkan infrastruktur jemaah haji Malaysia di sana.
Atau saya boleh bina lebih banyak masjid untuk menampung bilangan orang Islam yang bertambah di tempat-tempat seperti Bukit Bintang, Bangsar, Damansara dan Mont Kiara.
Atau saya boleh laksanakan sebuah bank Islam yang menguruskan pinjaman secara Islam untuk orang Islam mampu memiliki rumah, kereta dan harta-harta tanpa riba' dan dengan pulangan yang rendah, lebih rendah dari bank-bank konvensional supaya perbankan Islam menjadi buah mulut orang Islam dan bukan Islam.
..... Huuu... seronok kan kalau dapat berangan-angan macam ni?? .... Tak apa.. niat pun dah dapat pahala... apa nak buat.. niat sahaja lah...
Wallahu A'lam.
Friday, August 10, 2007
TAK ELOK MENGUMPUL HARTA??
Kehidupan kita perlu bersederhana, tenang dan mudah. Bekerja tanpa memikirkan masa untuk diri, keluarga adalah kurang tepat. Bekerja hanya dengan sebab nak melabur dan menambah pedapatan adalah syor yang kurang tepat. Tidak perlu bersusah payah mengumpul harta kerana ia tidak baik. Apa apa pun kita kena sederhana. Jangan terikut2 dgan cara bangsa asing mengumpul harta. Agama kita memang mengalakan kita berusaha tetapai ada hadnya. Jangan ingat nak tambah harta sahaja tanpa memikirkan kebajikan diri dan keluarga serta masyarakat. Hidup biar mudah,tenang dan sederhana. Kaya tak akan memberi apa apa jika kita diperangkapnya.
Di antara warisan pemikiran para ulama terdahulu yang dapat kita ikuti sekarang ini ialah topik pembahasan mengenai persoalan manakah yang lebih utama bagi seorang Muslim pada saat terjadinya fitnah dan menyebarnya kemaksiatan dan kerosakan. Apakah dia harus ikut serta menceburkan diri dalam masyarakat atau kah berusaha untuk memperbaikinya, atau memencilkan diri dari mereka dan menyelamatkan diri sendiri.
Orang-orarg sufi... kebanyakan lebih memilih tindakan yang kedua. Sedangkan ulama rabbani dan pejuang lebih mementingkan jalan para nabi. Yakni tetap bergaul dan berusaha memperbaiki mereka dengan penuh kesabaran dalam menerima siksaan yang dilakukan oleh manusia.
Ibn Umar meriwayatkan dari Nabi saw, "Orang beriman yang tetap bergaul dengan manusia dan bersabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada orang yang tidak mau bergaul dengan mereka dan tidak bersabar atas gangguan mereka."
Topik lainnya yang juga menjadi pembahasan mereka ialah tentang dunia dan kekayaannya. Manakah yang lebih utama kita menggeluti dunia dan kemewahannya, ikut serta melakukan kesibukan dalam urusan dunia bersama mereka dan ikut merasakan kenikmatannya dengan tetap memperhatikan batas-batas yang ditetapkan oleh Allah SWT; Ataukah kita memalingkan diri darinya dan menjauhinya, serta menjauhi orang kaya, perhiasan dunia, dan harta kekayaannya?
Kebanyakan orang sufi lebih memilih tindakan yang kedua, akan tetapi ulama rabbani yang benar dari ulama umat ini lebih memilih tindakan yang pertama;
Sebagaimana yang dilakukan oleh para nabi. Seperti Nabi Yusuf, Dawud, dan Nabi Sulaiman, serta para tokoh senior sahabat Rasulullah saw, seperti Utsman, Abdurrahman bin Auf, Talhah, Zubair, Sa'ad, dan lain-lain.
Al-Allamah Abu al-Faraj ibn al-Jawzi (w. 597 H.) menolak sikap para sufi yang mencela dunia secara mutlak, dan menganggapnya sebagai suatu keburukan dan bencana, serta tidak mau memilikinya dan mencarinya walaupun kekayaan itu halal.
---- Anda boleh baca fatwa Syeikh Yusof Qardawi di alamat ini http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html --------
Yang penting ialah mencari kekayaan dunia itu halal, maka pergunakanlah kekayaan itu sebaik-baiknya untuk mencari Redha Allah. Umat Islam berada di dalam keadaan tertindas sekarang. Mari kita bersama-sama jihad di dalam bidang ekonomi untuk membangunkan agama Islam yang dicintai. Jangan jadikan alasan beragama Islam untuk tewas dengan bangsa asing di dalam jihad ekonomi ini...
WALLAHU A'LAM...
Wednesday, August 8, 2007
FENG SHUI - Satu Pandangan
Haaa... sekarang ini pasti anda semua akan memandang saya dengan mata anda yang terbeliak dan berkata, "Biar betul Dr. Azwan nih?? ... lain macam ajerr bunyi artikel kali ini... Jangan bagitahu kami benda-benda tahyul ni.. kami tak mau dengar!"..
Ini adalah saranan-saranan di dalam feng shui ketika memilih rumah.
Friday, August 3, 2007
MIXER BARU UMMUSOFEYA BAKERY
Thursday, August 2, 2007
AC Di Mana? AC di Klinik Idzham...
Wednesday, August 1, 2007
Status Rumah Unit Bumiputera Terancam?
- REHDA memohon kerajaan agar status bumiputera unit yang belum dijual ini boleh ditukar secara automatik sekiranya pemilikan bumiputera telah mencapai peratus sasaran keseluruhan termasuk jualan unit bukan bumiputera yang dibeli oleh bumiputera.
- Pemilikan bumiputera bukanlah kekal seperti sekarang. Unit bumiputera lebih bersifat sementara contohnya selepas 5 tahun sahaja. Selepas itu, ia boleh boleh ditukar status dan dijual kepada bukan bumiputera. Ini lebih menarik minat kepada pelabur bumiputera kerana ia boleh membeli dengan status bumiputera dengan harga rendah tetapi menjual semula dengan harga unit bukan bumiputera.
- Unit bumiputera boleh ditukar kepada unit bukan bumiputera secara automatik tanpa permohonan sekiranya diiklankan ke dalam akhbar utama bahasa melayu sebanyak 3 keluaran dan tiada belian.
- Tiada lagi potongan harga khas bumiputera untuk kondo mewah dan rumah mewah. Ia dihadkan kepada kondo atau rumah kelas pertengahan dan rendah sahaja.
Perkara ini menarik untuk difikir-fikirkan kerana mungkin tidak lama lagi, setelah didesak dan didesak, kita mungkin mengalami keadaan di mana status bumiputera akan ditiadakan atau dikurangkan. Ini akan mengurangkan lagi pegangan bumiputera di dalam bidang hartanah.