Thursday, January 31, 2008
Wednesday, January 30, 2008
Kisah Mesin ATM
Wallahu A'lam.
Friday, January 25, 2008
Ratatouille
Karakter yang dibangunkan adalah seperti hidup dan animasi yang dipaparkan sungguh mengesankan. Oleh kerana ramai pengunjung blog saya ni juga adalah di kalangan chef dan teringin nak jadi chef, apa kata kita layan cerita ni kalau ada masa lapang.
Wassalam
Tuesday, January 22, 2008
MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selamat Mencuba!
Sunday, January 20, 2008
Dr Basmullah di Penjarakan!
Assalamualaikum...
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Seorang doktor didenda RM120,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah engendalikan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan sejak 10 tahun lalu.
Dr. Basmullah Yusom, 45, dikenakan hukuman tersebut oleh Hakim S. M. Komathy Suppiah dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.
Basmullah yang gagal membayar denda itu kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang, petang ini. Ini merupakan kes pertama kesalahan seperti itu didakwa di mahkamah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengendalikan sebuah klinik perubatan swasta iaitu Pusat Perubatan Al-Hilal Sdn. Bhd. yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10 malam, 11 Januari tahun lalu di alamat No. 55, Jalan 5/76B, Desa Pandan persimpangan Jalan Kampung Pandan, di sini.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1) akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama.
Berdasarkan fakta kes, satu pasukan dari Kementerian Kesihatan telah menyerbu klinik perubatan itu yang sedang beroperasi.
Apabila diberitahu oleh hakim bahawa kesalahan yang dilakukan adalah serius, katanya, dia mempunyai lesen sebagai pengamal perubatan tetapi hanya kliniknya tidak didaftarkan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Kesihatan, Norfiza Mohamad Nordin yang mengendalikan pendakwaan pula berkata, sesebuah klinik perubatan perlu didaftarkan bagi membolehkan pemantauan dibuat demi keselamatan orang ramai.
“Ia juga boleh menghalang perkara yang tidak diingini berlaku seperti menggunakan khidmat doktor palsu dan melakukan pengguguran haram,’’ ujarnya.
Mungkin Dr. Basmullah memandang remeh kepentingan mendaftar klinik beliau ke Kementerian Kesihatan. Pembayaran pendaftaran klinik jikalau saya tidak silap cuma RM 1500. Amatlah murah jikalau dibandingkan dengan RM 120,000 dan dimasukkan ke dalam penjara. Menyesal dahulu pendapatan...
Friday, January 18, 2008
Mendapat Cahaya Mata
Semalam, hari ke 3 lahir, Irfan bertukar warna kuning. Saya membawanya ke Hospital Ampang bertemu dengan kawan saya di sana Dr. Maryati di sana. Pemeriksaan darah menunjukkan indirect bilirubin 300. So kena 3 lampu. Ni dah dua hari saya berulang ke Hospital Ampang. Mungkin ditahan selama 3 hari. Ibunya berdarah O dan anak mungkin berdarah sama ngan saya. Tuh antara sebab anak jadi kuning.
Wassalam.
Wednesday, January 9, 2008
Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring
Assalamualaikum,
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
Tuesday, January 8, 2008
PREPAID BUSINESS IS BACK!!
Assalamualaikum...
Segala puji dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang memberikan segala nikmat dan rezeki kepada hambaNya. Alhamdulillah, blog ini baru sahaja terlepas dari cengkaman masalah advertlets.com. Saya dah pun membuang iklan advertlets walaupun Josh Lim, CEO Advertlets sudah meminta maafnya melalui email. Saya hanya akan mengambil Nuffnang sebagai eksklusif advert untuk blog ini.
Saya sudah kembali menjadi supplier prepaid kad untuk tahun 2008 ini. Saya akan menawarkan kepada anda, InsyaAllah kad prepaid dengan harga yang baik dan supply yang berpanjangan. Terima kasih kepada seorang insan yang bernama adik Azmi (ke Azmir) yang banyak membantu untuk mencari supplier prepaid kad. Tuhan sahaja yang membalas jasamu.
Ini adalah tawaran saya :-
1. Semua kad kena ambil 50% Celcom, 30% Maxis, 20% Digi
2. Semua kad melebihi 300 keping perlu menyediakan cash 2-3 hari sebelum menerima kad dan dimasukkan ke dalam akaun saya. Kad diserahkan 2-3 hari selepas itu.
3. Pembelian kad melebihi 10,000 keping - harga boleh runding.
4. Harga tertakluk kepada perubahan
Semua urusan adalah melibatkan wang tunai di dalam Ringgit Malaysia.
Blog Dr Azwan di Hijack!
Saya tak pasti bila mulanya tetapi blog saya telah di hijack sejak beberapa hari yang lepas. Mengikut kawan saya yang juga pakar tentang PC iaitu DR Kucau.. kemungkinan saya di hijack secara automatik ketika membuka blog saya di sebuah cyber cafe atau ketika menerima WIFI. Oleh itu, sementara masalah ini diatasi, (sekiranya dapat diatasi) saya akan bertapa buat seketika di klinik Idzham ini. Untuk menghubungi saya, sila gunakan alamat email. Terima kasih.
Thursday, January 3, 2008
3 Golongan Ibu Bapa Yang Patut Anda Ketahui
Assalamualaikum Warahmatullah,
Selama saya merawat pesakit luar di klinik-klinik swasta di Kuala Lumpur ramai ibu bapa datang membawa anak mereka yang tidak sihat. Saya perhatikan terdapat 3 jenis golongan ibu-bapa. Biar saya terangkan di sini.
Golongan yang pertama ialah golongan ibu bapa yang terlalu risau atau anxious. Sebenarnya semua ibu bapa patut merasa risau sekiranya anak mereka tidak sihat. Tetapi ada golongan ibu bapa yang over anxious atau terlalu risau.
Kenapa saya katakan terlalu risau. Adakalanya setelah diperiksa, anak mereka mungkin ada demam sedikit dan batuk selsema. Tetapi ada ibu dan ayah tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka cuma mengidap jangkitan virus biasa yang InsyaAllah akan hilang di dalam masa 7 hari. (Untuk pengetahuan anda hampir 80-90% jangkitan tekak dan hidung di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan virus dan akan hilang di dalam masa 7 hari)
Mereka akan bersungguh-sungguh memohon untuk dirujuk ke pakar kanak-kanak yang biasa mereka pergi. Sebenarnya tidak ada masalah untuk merujuk mereka ke hospital pakar sekiranya dirasakan bahawa mereka layak untuk dirujuk. Tetapi untuk merujuk kes yang cuma "the slightest fever" kepada pakar kanak-kanak adalah sesuatu yang dilema. Nak menjaga hati ibu bapa ni bukannya senang, apatah lagi ramai yang cerewet...
Adakalanya saya terpaksa fikir, (kadang-kadang menipu pun ada) apalah alasan untuk saya merujuk pesakit kepada pakar kanak-kanak. Itulah yang demam setakat 37.5 degree dinaikkan ke 38.5 degree.. heheh... untuk cukupkan syarat merefer. Kalau tak apa yang nak saya tulis dalam surat referal?
Sampai ke satu tahap saya terpaksa membuat rujukan dengan meletakkan ayat "as requested by the parent" - sehingga satu syarikat insurans pernah menelefon saya, adakah pesakit ini doktor sendiri ingin rujuk atau ibu bapa yang meminta rujukan... apa saya nak cakap? Saya ni bukannya pandai sangat bohong sunat sangat...
Golongan yang ibu bapa yang ke 2 ialah ibu bapa yang terlalu rileks. Perghh... anak dah bernafas macam "ikan atas darat".. boleh lagi negotiate dengan saya untuk tak payah hantar anak ke hospital. Saya dah siap tulis surat rujukan ke hospital, mereka seperti berat hati dan tidak mahu ke sana.
Ada juga ibu biapa yang rileks ini dah biasa dengan keadaan itu. Maklumlah 2 bulan lepas pun dah kena serangan sesak nafas, 4 bulan dulu pun dah kena, jadi apa bezanya dengan yang ini. Ini mungkin ibu bapa yang dah berpengalaman merawat anak-anak seperti ini. Jadi doktor macam saya ni yang pertama kali tengok anak dia berkedaan sebegitu mungkin tak senang duduk dan rasa gemuruh pula lebih daripada ibu dan ayah.
Apa yang ditakutkan ialah, mungkin adakalanya anak tersebut mengidap demam tinggi. Sekiranya ibu bapa menganggap ia demam biasa dan tidak dibawa ke hospital boleh jadi ia adalah penyakit yang serius seperti jangkitan paru-paru, meningitis atau denggi. Ramai orang kampung dahulu dahulu kala yang kehilangan anak akibat demam tinggi dan cuma dibawa ke hospital setelah terlalu lambat.
Golongan ke 3 ialah golongan yang sederhana. Tidak terlalu anxious dan tidak terlalu rileks. Dia bersedia mendengar pandangan doktor. Saya gembira untuk bekerjasama dengan ibu bapa yang sebegini. Malah, kalau boleh saya akan ambil no telefon mereka dan tanya perkhabaran anak mereka sekiranya anak mereka dimasukkan ke hospital.
Cerita saya
Semasa di plastik surgery HKL, ada seorang ibu bapa kepada anak yang mengalami kecacatan bibir sumbing. Bibirnya telah dibedah namun keadaan hidungnya masih tidak sempurna dan sedikit bengkok. Ini adalah kecacatan hidung yang biasa berlaku untuk pesakit sumbing bibir. Anaknya baru masuk ke sekolah tahun 1.
Prosedur di jabatan plastik surgery untuk tidak melaksanakan pembedahan ke atas hidung kanak-kanak kerana pelbagai sebab. Antaranya untuk membiarkan hidung itu berhenti membesar dahulu (kanak-kanak kan mengalami pembesaran tubuh - begitu juga hidung) dan dikhuatiri pembedahan pada usia awal boleh merencat pertumbuhan hidung. Pembedahan boleh dibuat selepas pesakit dewasa.
Oleh kerana tekanan daripada rakan seusia, diejek dan dihina oleh teman sekolah, ibu bapa itu mahu Pakar bedah plastik HKL untuk menjalani pembedahan hidung itu juga dan membelakangi nasihat daripada pakar. Untuk tujuan itu, ibu bapa kepada kanak2 ini mengumpulkan surat sokongan daripada menteri itu dan menteri ini, ahli politik itu dan ini.. sehinggakan surat daripada Dato' Seri Najib Tun Razak pun ada (sah dah orang Pahang!)
Situasi ini menimbulkan rasa kurang senang Ketua Jabatan Pembedahan Plastik ketika itu iaitu Prof Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad. Beliau memberi nasihat kepada ibu bapa tersebut yang telah membuka mata saya dan saya ingin kongsikan kepada semua.
Yang saya nampak kenapa Dato' begitu marah sangat ialah kerana pada fikirannya, tipikal mentaliti orang ramai, untuk kerja jalan di dalam sektor kerajaan kena ada surat sokongan dan tandatangan menteri. Kalau tak ada surat, kerja tak jalan... jadi dengan surat sokongan menteri akan memberi tekanan kepadanya untuk membuat keputusan.
Dato' berkata bahawa sekiranya pembedahan ini perlu dilakukan, beliau pasti akan lakukan walaupun tanpa mereka membawa surat-surat sokongan daripada menteri-menteri ini kerana ia adalah sesuatu yang perlu. Beliau berasa terkilan kerana ibu dan bapa tersebut seolah mencabar professionalismenya dengan membawa surat-surat dari menteri kerana mungkin surat2 tersebut boleh memberi tekanan dan mengubah keputusan Dato' untuk membuat pembedahan.
Tapi yang paling penting nasihatnya ialah, kita sedang merawat anaknya bukan merawat ibu bapanya. Yang menjadi masalah sekarang ialah apabila anak sakit, yang perlu dirawat bukan anak tersebut tetapi ibu bapanya. Terimalah keadaan anak tersebut dengan seadanya. Kecacatan itu adalah ujian tuhan bukan sahaja kepada anaknya tetapi juga kepada ibu dan bapanya. Ya, nasihat itu menyebabkan ibunya mengalirkan air mata.
Itu adalah senario sekarang. Saya juga adalah seorang bapa dan saya tahu apa kesan antibiotik kepada anak2. Jadi saya menegur diri saya dan semua pembaca. Adakalanya saya berat hati untuk memberi antibiotik, tetapi adakalanya ada bapa yang menegur saya begitu kasar - Inikan anak saya, saya tahulah!!... bukan sekali dia kena sakit ni, dah banyak kali... kalau tak bagi antibiotik dia takkan baik punya!" - ini kisah benar saya di PUSRAWI.
Untuk ibu bapa yang terlebih pandai ini, saya nak buat macamana selain daripada tersenyum dan menulis jelah preskripsinya. Lagipun, kan dia kata itu anak dia...
Sensasi Tahun 2008
Assalamualaikum.
Beberapa hari kebelakangan ini kita dikejutkan dengan cerita sensasi seorang doktor merangkap menteri merangkap pemimpin rakyat dimalukan dengan sehina-hinanya di hadapan televisyen dan dada akhbar akibat penyebaran aksi DVD beliau.
Mungkin bagi Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek, isu ini adalah isu peribadi seseorang. Ramai orang cina bersependapat dengan beliau. Ramai sahaja kaum berbangsa cina yang tinggal serumah dan tidak berkahwin. Saya ramai terjumpa pesakit saya sebegitu. Ia sudah menjadi kehidupan moden masyarakat moden bangsa cina Malaysia. Cerita "China Doll" juga terkenal di kalangan veteran2 kaum Cina. Tetapi senario kehidupan masyarakat Timur walau apa jua agama atau bangsa tidak mengizinkan skandal seks sebegitu bagi seorang pemerintah.
Bukan tiada skandal seks sebegini di dunia. Cuba lihat cerita Gus Dur Abdur Rahman Wahid yang jatuh di Indonesia, Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dan Presiden Israel Moshe Katzav juga akhirnya gugur dengan isu sebegini.
Satu perkara yang saya terpanggil ialah begitulah buruknya penangan politik orang yang tamakkan kuasa. Sanggup menjatuhkan air muka lawan (mungkin kawan juga) sehingga sebegitu rupa. Di mana keluarga Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek hendak meletakkan maruah mereka. Jikalau silap langkah mungkin yang ada yang mengambil nyawa sendiri.
Tetapi yang patut diinsafi ialah, bagaimana sekiranya Allah ingin menjatuhkan manusia ke tahap yang sehina-hinanya, Dia boleh melakukannya dalam masa sekelip mata. Di dalam masa 3-4 hari, seorang Menteri Kanan Malaysia yang sangat dihormati di mata masyarakat dan orang kuatMCA Kebangsaan, tiba-tiba sahaja menjadi manusia biasa yang tidak berjawatan seperti saya dan anda. Mungkin beliau tidak akan dipandang lagi walaupun hanya sebagai seorang doktor.
Walaubagaimanapun, Di dalam Islam, satu perkara penting di dalam Islam ialah menjaga kehormatan dan menutup keaiban seseorang. Dato' Seri Dr. Chu Soi Lek telah mengaku kesalahannya dan meletakkan semua jawatannya di dalam pentas politik dan kepimpinan negara. Jadi biarkanlah beliau dengan keluarganya bersendiri menempuh saat-saat sukar begini.
Wallahu A'lam.
Wednesday, January 2, 2008
Pengumunan Semula - Jawatan Kosong di Klinik Idzham
-->
(Tawaran ditutup pada 01.01.2010)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Ini adalah pengumuman Semula.
Perhatian kepada semua pengunjung blog, buat masa ini terdapat :-
a. 3 kekosongan jawatan untuk pembantu klinik di Klinik Idzham, Kota Damansara
b. 2 Kekosongan di Klinik Idzham, Taman Melawati
c. 2 Keokosongan di Klinik Idzham, Taman Kosas, Ampang
d. 4 Kekosongan di Klinik Idzham, Bukit Antarabangsa.
e. 2 Kekosongan di Klinik Idzham, Pandan Jaya.
f. 2 Kekosongan di Klinik Idzham Taman Setiawangsa
Jumlah 15 kekosongan kesemuanya.
Untuk pengetahuan semua, klinik Idzham Kota Damansara 24 jam ini merupakan cawangan yang ke 10 daripada rangkaian Klinik Idzham Sdn Bhd. Ia merupakan syarikat 100% bumiputera Islam dengan pekerjanya 100% bumiputera Islam termasuk doktor-doktor yang bertugas.
Telah bertapak di dalam industri sejak 80an (Lebih dari 20 tahun) dan merupakan antara leader didalam industri ini. Cawangan utamanya ialah di Taman Melawati dan ibu pejabat terletak di Medan Idaman, Gombak. Di antara cawangan2 lain ialah di Pandan Indah, Pandan Jaya, Danau Kota, Taman Setiawangsa, Taman Kosas, Bukit Antarabangsa, Damansara Damai dan Kota Damansara.
Berikut adalah butiran lanjut berkenaan dengan jawatan ini:-
Jawatan : Pembantu Klinik Sepenuh Masa
Jumlah kekosongan : 15 kekosongan
Syarat:-
1. Perempuan melayu
2. Wajib bertudung ketika bekerja
3. Atitud dan disiplin yang baik
4. Mahu belajar dan boleh menerima teguran
5. Boleh bekerja mengikut shift
6. Sekurang-kurangnya SPM - Matematik P8, Bahasa Melayu P8 dan Bahasa Inggeris P8
7. Yang berpengalaman digalakkan memohon
8. Sekiranya SPM gagal - Yang berpengalaman bekerja di klinik akan dipertimbangkan
Gaji, Elaun dan bonus:
Gaji Basic : RM 650 (Tiada pengalaman)
Elaun Kola : RM 30 / bulanan
Elaun Uniform : RM 50 / bulanan
Elaun tambahan RM 100 untuk menjahit uniform - sekali sahaja
Elaun tambahan RM 100 untuk menjahit uniform mengandung -untuk sekali mengandung shj
** Elaun uniform dan kola diberi setelah disahkan di dalam jawatan**
Elaun buka puasa dan Sahur RM 12 sehari selama bertugas
Kenaikan gaji RM 50 setiap tahun mengikut prestasi
Kenaikan gaji RM 70 setiap tahun selepas 10 tahun bekerja
Duit raya setahun sekali - bergantung kepada keadaan
Duit bonus setahun sekali - bergantung kepada keadaan
Lain-lain imbuhan:
Potongan SOCSO dan KWSP setiap bulan
Potongan KWSP sebanyak 15% setelah 5 tahun bekerja
Setelah berkhidmat 5 tahun - Polisi Insuran hayat percuma bernilai RM 20,000.
Cuti:
Cuti rehat - 12 hari setahun (tidak termasuk cuti mingguan)
Cuti MC - 14 hari
Public Holiday - Cuti atau dibayar overtime
Cuti bersalin : 60 hari bergaji penuh - untuk 5 anak sahaja.
Shift :
Terdapat 3 shift.
Pagi : 8 jam (dapat cuti 1 hari
Petang : 7 jam (dapat cuti 1 hari)
Malam : 10 jam (Dapat 3 hari cuti tidur)
Tempoh percubaan:
Tempoh percubaan untuk pengesahan didalam jawatan ialah 4 bulan -6 bulan mengikut prestasi kerja.
Semasa tempoh percubaan - anda akan dihantar ke cawangan klinik Idzham untuk proses pembelajaran. Kenderaan ke cawangan disediakan.
Suasana kerja :
Suasana kerja yang baik. Sambutan Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Raya setiap tahun bersama-sama staf di cawangan lain untuk mengeratkan Sillaturrahim.
Sesiapa yang berminat atau mempunyai pertanyaan, anda boleh menghubungi saya Dr. Azwan 012-9597074, email resume ringkas anda kepada abiteha@yahoo.com atau hubungi ibu pejabat Klinik Idzham 03-40029007 (u.p Puan Yusalinda). Sila tinggalkan no telefon anda untuk kami hubungi. Satu temuduga akan dijalankan pada tarikh yang akan ditetapkan di klinik Kota Damansara atau di pejabat di Gombak.