Thursday, June 12, 2008

Rebat Tunai di Pejabat Pos




Assalamualaikum,

Ini adalah makluman kepada sesiapa yang ingin memohon rebat sebanyak RM 625.00 di 683 buah pejabat pos bermula 14 Jun minggu hadapan. Saya petik daripada sumber Yahoo (Bernama).

1. Bawa Mykad yang asli atau IC polis/tentera yang asal.

2. Anda dikehendaki mengisi sejenis borang khas di pejabat pos.

3. Mereka yang mempunyai lebih dari satu kenderaan kena mengisi borang berasingan untuk setiap kenderaan sehingga maksimum lima jenis kenderaan (termasuk kereta, kombinasi kereta dan motosikal atau motosikal sahaja).

4. Untuk fasa pertama ini, orang ketiga tidak dibenarkan mewakili tuan punya kenderaan untuk memohon rebat ini.

5. Fasa pertama yang berakhir sehingga 31 Mac 2009 adalah untuk cukai jalan baru atau yang dihidupkan pada 1 April hingga 31 May 2008.

6. Selepas mengisi borang, Kakitangan Pos Malaysia akan memeriksa kesahihan pemilik kenderaan dengan merujuk pengkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini untuk memastikan samada mereka layak untuk menerima rebat tunai tersebut.


Salam

14 comments:

Wahidah said...

so kalo mcm sya br idup kan insurans ngan jpj last month bole claim ker rebate tu eik??

Dr Azwan said...

Kalau 2nd phase, claim mula 1 Julai 2008. Boleh claim wahidah

Unknown said...

Doc,

Saya nak gi claim juga, tapi panjang sangat org beratur, jadi biar dulu lah..Biar reda sikit, tapi takut juga, lambat-lambat claim nanti polisi berubah. Tak merasa kita..

Di kesempatan ini saya nak tanya sikit tentang skim cepat kaya yg saya nak cerita ni boleh pakai tak? Nak minta komen Doc, sebagai ahli perniagaan atau sesiapa membuat kajian dengan lebih mendalam lagi.

Katakan hari ini saya pergi beli kereta lama yg dah semput dgn harga RM1,000 atau lebih rendah. Yang umur lebih 30 tahun contoh nya.
Pastikan cukup-cukup untuk lulus pemeriksaan Puspakom bagi urusan pertukaran nama. Pah tu ambik lah third party insurance. Lebih kurang RM60 ke RM100 je.

Kemudian bayar lah road tax untuk kereta tu. Kos lebih kurang RM100 je. Pah tu pegi la claim duit rebet RM625 tu dari Pejabat Pos.

Jadi keuntungan nya ialah lebih kurang begini..RM625 - RM150(Kos insuran & road tax)= RM475. Kalau kita buat dgn 4 kereta kita boleh untung RM1,900 setahun.

Kereta tu masih milik kita lagi dan boleh di simpan untuk claim bagi tahun depan pula. Hah! macam passive income yg doc selalu ajar je.

Saya nampak sekim ni macam berdaya maju hingga lah polisi kerajaan ditukar.. Tapi tak pa, kereta tu kita boleh jual sebagai besi burok. Besi burok mahal sekarang ni.. Tak caya tanya Mat Pit.

Untung lagi!

udin said...

Insurans third party boleh claim ke? confius....ada yg cakap tak boleh claim...

Anonymous said...

kita yang belum renew roadtax ni camne ye ...kena tunggu fasa dua pulak ke?

Dr Azwan said...

En Husin : betul-betul... itu adalah loopholes yang parti pembangkang bawak masa sidang parlimen baru2 ni. En Husin punya idea ka? En Husin memang businessman sejati. respect2! Ni baru praktikal passive income. Tapi setahun RM 1900.. boleh hidup ke En Husin?

Udin : dengar kata pun tak boleh.

anon : tunggu satu julai

Anonymous said...

Ni nak kongsi pengalaman. Saya renew roadtax dalam fasa kedua di pejabat pos Kelana Jaya pada pagi Jumaat 4 Julai 08. Pada masa tu jugak keluar screen yang saya dah boleh buat tuntutan rebat petrol. Tapi saya tak isi borang rebat. Terus saya bagi tau kerani yang saya akan buat kemudian kerana mengisi borang akan mengambil masa Yang menunggu giliran pun ramai jugak. Keesokan harinya Sabtu, 5 Julai 08 saya datang lagi nak buat tuntutan kerana berasa confident, sebab semalam kata dah boleh buat. Tapi malang bagi saya apabila sampai giliran, saya diberitahu yang maklumat di komputer masih belum di update. Pembaharuan roadtax saya masih belum direkodkan. Kerani bertanya bila saya renew roadtax. Saya jawab "Pagi semalam saya renew, tapi saya tak buat claim kerana tak isi borang". Saya pun rasa pelik, kejap ada kejap tak ada. Saya balik dengan tangan kosong sambil menyalahakan diri sendiri pasal tak buat sekali semalam.

Untuk memendekkan cerita, apabila memperbaharui roadtax, anda sudah boleh menuntut rebat sertamerta selepas itu. Oleh itu saya nasihatkan isilah borang tuntutan rebat sekali. Jimatkan masa anda kerana dapat "kill 2 birds with one stone" kata orang putih. Takut nanti melepas macam saya kena tunggu beberapa hari kemudian sebab rekod belum di kemaskini di komputer JPJ. Sampai sekarang saya belum datang lagi ke pejabat pos takut maklumat belum di-update. Nanti balik hampa.

Anonymous said...

a'kum doc,

nak tanya sikit, isteri say baru beli kereta 2nd hand (road-tax 290708) semalam pergi pejabat pos nak ambil rebate tapi org kat counter cakap nama kereta masih belum ditukar jadi tak boleh ambil,
1) normal ke dah nak 2 minggu belum tukar nama??
2) ada member kata kereta 2nd tak leh dapat rebet. betul ke?

yang geramnye talipon org bank yang hadle loan asyik tak de je..
talipon kedai kereta dia pulak cakap tahun depan baru dapat, boleh pakai ke cakap dia??

terima kasih!
husni

Anonymous said...

nak tanye la... rebat nie bagi mereka yang dah setahun pakai kereta eh? so orng baru yang beli kereta akan dapat rebat tue tahun depan la..yela nak kene renew roadtax baru dapat...

Anonymous said...

nk tanye...

if renew roadtax for 6 mths (half year) blh claim ke?

Anonymous said...

sye baru dapat kete bulan 1/2009
so bleh claim x rebet.?

Anonymous said...

saya dah claim utk julai2008 -jan 2009, pastu saya perbaharui cukai jalan utk 1 tahun lagi ( jan2009-jan2010)
so bleh claim lagi tak ??

sweet_silent said...

salam..
pada bulan lepas saya telah membeli motor baru.saya nak ambil rebat tetapi telah di ambil orang lain..pdhal ianya di atas nama saya..

Anonymous said...

mcm mne kalau CC mlebihi 2.0 keatas??
ade org ckp x dpt...

Related Posts with Thumbnails