Friday, October 24, 2008

Seminar Antarabangsa Anjuran KHIM di Putrajaya


InsyaAllah Sabtu dan Ahad ini (25 dan 26 November 2008) saya akan menyertai satu seminar antarabangsa dan bengkel yang bertemakan Dilema In Medical Practice : Islam and Conventional yang dianjurkan oleh Konsortium Hospital Islam Malaysia (KHIM) di Auditorium Perbadanan Putrajaya.

Seminar antarabangsa ini akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekaligus akan membentangkan juga satu kertas kerja di sana.

Di antara penceramah yang turut membentangkan kertas kerja ialah Dr H.M. Hidayat Nur Wahid dari Indonesia, Prof Dr Ali Mishal dari Jordan, Prof Dr Omar Hassan Kasule dari Brunei, Prof Dr M. Iqbal Khan dari Pakistan, Prof Dato' Dr Mohd Tahir Azhar dari Malaysia (Dekan saya dulu di UIAM), Dr Ishak Mas'ud dari Malaysia (Pengarah Al-Islam Specialist Center - dulu KBMC - merangkap presiden KHIM), Prof Dr Siddiq Fadzil dari Malaysia (Prof UM/ WADAH) dan beberapa nama-nama lain.

Di samping itu pada hari Ahad akan diadakan 3 bengkel secara selari termasuk khusus kepada kumpulan jururawat.

Yuran kepada doktor yang berminat ialah RM 450 seorang. Bagi pelajar perubatan ialah RM 80.00 seorang.

Sila lawat laman sesawang KHIM di sini.

Salam.

1 comment:

siew said...

salam Dr,

Seminar ini akan diadakan di pejabat saya.Jadi Selamat Datang.
harap Dr boleh ceritakan pengalaman di seminar tersebut dlm blog Dr.Sy tak berkesempatan menghadirinya kerana komitmen lain hujung mgg ni.

Related Posts with Thumbnails