Thursday, May 29, 2008

Asthma dan Perokok






Assalamualaikum.

Ramai pesakit saya jumpa yang merupakan penghidap Asthma adalah seorang perokok.

Asthma adalah satu penyakit alahan yang berulang yang menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas disebabkan oleh salur penafasan yang menjadi sempit.

Dua sebab utama saluran nafas ini menyempit ialah yang pertama tindakan otot kecil yang mengecut dan menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan kedua ialah pengeluaran mukus atau lendir yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi semakin kecil.

Pada kebiasannya kejadian asthma berlaku kerana pesakit terdedah kepada beberapa perkara yang menyebabkan alahan atau allergy berlaku. Perkara yang memnyebabkan alahan ini dipanggil ALLERGEN.

Allergen boleh terdiri daripada makanan seperti makanan laut, ubat-ubatan, gigitan serangga, debunga, habuk, kutu halus (dust mites), bulu kucing dan asap.

Serangan asthma juga boleh berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca, samada terlalu sejuk atau terlalu panas, jangkitan virus atau bakteria pada saluran penafasan dan stress keterlaluan seperti kerja berlebihan atau menghadapi peperiksaan boleh juga memulakan asthma.

Apabila berlaku serangan asthma, pernafasan akan menjadi sukar. Ini disebabkan oleh pengecutan saluran pernafasan sehinggakan ada ketikanya ia tertutup terus dan menyebabkan kematian. Ya, asthma yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Udara yang memasuki saluran pernafasan yang sempit ini akan menyebabkan bunyi seperti seruling atau wisel yang diistilahkan sebagai WHEEZING. Mereka juga akan kerap batuk-batuk yang menghasilkan kahak yang banyak.

Pernafasan yang sukar ini menyebabkan otot-otot pada leher dan dada terpaksa digunakan secara berlebihan daripada biasa untuk "memaksa" pernafasan. Ini menyebabkan otot leher dan dada kelihatan ketara, manakala dada pula menjadi berombak-ombak.

Kekurangan oksigen di dalam badan dan peningkatan karbon dioksida berlebihan menyebabkan mulut penghidap asthma teruk boleh bertukar menjadi biru. Badan yang kekurangan oksigen menyebabkan jantung terpaksa berdegup lebih laju. Ini adalah senario yang sungguh menakutkan.

Apabila pesakit yang datang ini (biasanya lelaki dewasa) menghadapi masalah asthma dan memberitahu bahawa mereka adalah perokok tegar, rawatan menjadi sukar. Ini adalah kerana salah satu penyebab asthma adalah asap. Sekiranya mereka merokok berbatang-batang sehari, bagaimana pula asthma dapat dikurangkan?

Asthma dan rokok tidak boleh duduk semeja....

Salam.

9 comments:

Wahidah said...

hurm...asthma n rokok mmg perlu dielakkan..tp tk sumer org phm..sya ade asthma..kdg2 tk suke pergi tmpt yg sesak sbb ramai sgt smokers....nak tegur serba slh..so langkah selamat jauhkan diri jer la..

putri_nian said...

saya pon ade asma gak,suami merokok,tapi di luar rumah lah,sakit dada ni nak menahan kalau gi tempat sesak2...

Dr Azwan said...

wahidah dan putri nian : kalau kita kena asthma, dikhuatiri anak juga boleh jadi penghidap asthma walaupun tak semestinya, Oleh itu ada suami perokok pujuk dia berhenti perlahan-lahan. setiap batang rokok yang dihisap memendekkan 5 minit nyawa.

nadia yuna said...

adekah athma keturunan?
adik beradik my mom semua kene astma.. atuk saya pon athma..

tapi die kene bukan dari kecikla
my mom kene lepas da ade 4 org anak
tapi mmg semua siblings my mom da kena.. adekah saya berpotensi kena?

Dr Azwan said...

Ya asthma dikira ada yang keturunan. kalau org kena asthma bila tua mungkin bukan asthma, lebih kepada masalah paru2 yang simptom hampir cam asthma dan ubat pun lebih kurang sama. Terutama perokok.

jila :) said...

sy kena asthma hari ini
teruk la juga
tp family sy sorang pon x de penyakit nie
mak sy kata sy kena masa jerebu
apa yg saya boleh buat jika saya kena asthma dgn tiba-tiba?

amoi said...

saya bg artikel ni kpd kawan saya...alhamdulillah dia sudah kurang merokok...terima kasih doktor :)

doktor...kdg2 saya sukar bernafas...perkara ni terjadi selepas saya habis belajar di U...saya dah jumpa doktor pada masa tu...tp doktor ckp hanya angin...dan dia hanya bagi ubat gastrik (cair colour putih)...lepas mkn ubat tu alhamdulillah ok...tp selepas tu saya still lagi mengalami keadaan mcm tu...apa masalah saya ek?athma ke?

kakngahsihat said...

Info yang sangat berguna... mohon share doct....

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails