Saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Asia Herald Tribune, iaitu tentang penggunaan Allah sebagai ganti perkataan "GOD" di dalam Surat Khabar tersebut versi Bahasa Malaysia. Ini adalah berikutan kerajaan Malaysia akan menarik balik lesen kepada Herald Tribune sekiranya mereka masih menggunakan perkatan Allah di dalam surat khabar tersebut.
Authorities in this Muslim-majority nation ordered The Herald weekly in December to stop using "Allah" in its Malay-language section. The paper - the main organ of the Catholic church in Malaysia - was warned it could lose its publishing license if it defied the order
The government told The Herald to drop the word "Allah" because it refers to the Muslim God. But the newspaper insists "Allah" has been used for centuries to mean "God" in Malay.
"It is basically a birth right to use the word 'Allah' because it is the only word for God in the Malay language," The Herald's editor, Rev. Lawrence Andrew, told The Associated Press.
Minda Mufti kelolaan Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) membawa satu terjemahan ayat al Qur'an berkenaan dengan isu ini.The Herald - which publishes in the English, Malay, Mandarin and Tamil languages - insists that "Allah" is an Arabic word that predates Islam and has been used for centuries to mean "God" in Malay.
Allah says (translated as): “And if indeed Thou ask them who it is that sends down rain from the sky, and gives life therewith to the earth after its death, They will certainly reply, “(Allah)!” say, “Praise be to Allah.” but most of them understand not.” (Surah al-Ankabut: 63)
Ust MAZA berpendapat bahawa penggunaan perkataan Allah di dalam ayat ini dibenarkan untuk digunakan sebagai menunjukkan bahawa Allah adalah Pencipta Agung. Islam tidak memandang kepada luaran sahaja tetapi kepada isi dalaman atau "substance"nya. Jika mereka mempercayai bahawa Allah adalah pencipta sesuatu padahal menyamakan Allah dengan manusia lain, mennganggap bahawa Allah mempunyai anak dan keturunan, maka ia tidak memenuhi makna TAUHID Allah.
Allah says (translated as): “They do blaspheme who say: Allah is one of three in a Trinity: for there is no God except one Allah. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them.” (Surah al-Maidah: 73). This verse did not object to the Christians using the name of Allah but it objected to their claim that stated Allah was one of three.
Beliau juga berpendapat bahawa Kristian Arab telah lama menggunakan perkataan Allah di dalam Bible dan syarahannya tetapi tidak pernah dihalang oleh Cendekiawan Islam. Penggunaan nama Allah tidak ada kaitan dengan akidah Islamiah seseorang. Seseorang di zaman Jahiliyyah Arab di Mekkah semasa zaman nabi juga menggunakan perkataan Allah dan digunakan secara meluas, walaupun mereka penyembah berhala.
Oleh itu, apakah yang menyebabkan perkataan Allah ini sungguh sensitif dan menyebabkan Jabatan Perdana Menteri menghalang penggunaan Allah oleh penganut Kristian Malaysia? Tentulah disebabkan oleh maslahah tempatan.
Apakah ini sebenarnya sekadar isu BAHASA sahaja dan wajar dilayan sekadar penggunaan istilah dan perbezaannya sahaja? Atau adakah terdapat agenda yang BESAR disebaliknya?
Pada pendapat saya sendiri, penggunaan istilah "GOD" ini dan bukannya perkataan "ALLAH" adalah penghalang terbesar penganut Kristian untuk menyampaikan ajaran mereka di Malaysia dan khususnya kepada orang melayu.
Penggunaan perkataan GOD dan bukannya ALLAH adalah penyebab kenapa ajaran mereka sangat sukar menembusi kotak pemikiran orang melayu Islam di Malaysia. Walaupun itu adalah dasar penggunaan istilah atau bahasa semata-mata, saya teramat yakin implikasinya yang sangat besar.
Saya tidak pernah berjumpa melayu murtad walaupun dikatakan sangat ramai oleh Mufti Perak. Saya yakin mereka ini sangat fasih berbahasa Inggeris (seperti Lina Joy) dan penguasaan bahasa melayu yang sederhana atau kurang. Sekiranya penggunaan Allah boleh digunakan secara rasmi di dalam surat khabar, SMS, majalah dan makalah-makalah, maka kekeliruan akan berjaya ditimbulkan terutama kepada orang melayu Islam.
Dua orang budak sedang berbual di dalam kelas:
Ahmad : Tuhan Aku Allah, Aku orang Islam
Xavier: Tuhan Aku pun Allah, tapi Aku Kristian
Ahmad : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Xavier : Tak lah Allah itu ada Anak... Bapak aku kata.
Ahmad : Allah aku ni sama ke dengan Allah kau?
Bertolak daripada perkataan Allah itu, kenapa penggunaan Allah hanya digunakan di dalam bible versi bahasa Melayu sahaja? Kenapa tidak sama ratakan penggunaan Allah di dalam Bible versi Inggeris, Tamil dan Mandarin? Adakah dengan menggunakan Allah di dalam Bible Bahasa Inggeris nilai bible itu akan berkurang? Atau pendakwah Kristian Malaysia ini tidak yakin dengan agama mereka sekiranya "GOD" pula ditukarkan kepada Allah?
Di dalam Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2008, ABIM, isu ini ada ditimbulkan dan menarik perhatian para perwakilan. Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden, menyatakan bahawa sekiranya isu perkataan "GOD" itu cuma istilah bahasa sahaja (seperti yang dibawa oleh mereka), maka apakata kita rujuk kepada KAMUS DEWAN. Ia adalah sumber rujukan bahasa melayu a.k.a bible berkenaan bahasa Melayu di Malaysia.
Di dalam Kamus Dewan, "GOD" diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai "TUHAN". Carilah di dalam kamus dewan, memang tidak akan jumpa perkataan ALLAH sebagai makna istilah "GOD". Apa pula istilah Allah? Di dalam kamus dewan, Allah merujuk kepada Tuhan Umat Islam. Nampaknya Dewan Bahasa terpaksa memanggil pakar-pakar bahasa untuk duduk berbincang tentang istilah "GOD" yang sinonim dengan "ALLAH" pula sekiranya masalah ini berpihak kepada pendakwah kristian. Maka di Dalam Kamus Dewan, ALLAH akan menjadi tuhan bukan sahaja kepada orang Islam tetapi Kristian di dalam konteks Bahasa Malaysia.
Dr Amran di dalam Tamrin Qiyadi Kebangsaan ABIM juga ada memberi respons, sekiranya perkataan ALLAH sudah begitu longgar dan tidak eksklusif kepada umat Islam, di atas makna TUHAN semata-mata, maka perlu ada satu perubahan dari sudut Rukunegara.
KEPERCAYAAN KEPADA ALLAHSaya yakin ramai orang Kristian di Malaysia akan bersetuju!
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Salam.
Ditulis oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin www.drazwan.blogspot.com
12 comments:
Dari dulu saya melihat isu ini semamgnya berpihak kepada Islam.
Jika semua orang Kristian membaca Injil dalam bahasa Inggeris dan menggunakan "ALLAH", adalah lebih mudah bagi mereka menjumpai kebenaran.
Walaupun saya cenderung kepada pendapat MAZA, saya berpandangan bahawa kelonggaran itu harus ditangguhkan.
Ditangguhkan untuk memberi peluang kepada cendekiawan Islam kembali merombak sistem pengajian Islam disamping memberikan penjelasan kepada masyarakat.
Perlu lebih banyak fokus untuk menambahkan modul 'comparative religion' dalam subjek pendidikan Islam. Dan perlu buang jauh-jauh stigma pendidikan Islam hanya untuk lulus KAFA,solat, puasa, bersuci (ataupun untuk dapatkan hukum halal haram sahaja). Kena jadikan subjek pendidikan Islam bukan tadah kitab semata-mata dan 'score' A1.
Perlu fokus bagaimana nak timbulkan suasana pembelajaran yang kritikal untuk bincang aplikasi Islam dari segi pemerintahan, ekonomi, bagaimana hidup dalam suasana berbilang kaum.
Tapi kalau nak buat suasana sebegini, perlu dihapuskan AUKU, mimbar masjid dibebaskan agar khutbah membina. Orang Melayu perlu belajar untuk elak melatah. Hujah lawan dengan hujah.
Hmmm...macam idealistik, tapi saya rasa ini lebih baik daripada beersifat defensif. Moga-moga, apa yang bro Sebol komen jadi kenyataan- yang berlaku adalah sebaliknya,
"Jika semua orang Kristian membaca Injil dalam bahasa Inggeris dan menggunakan "ALLAH", adalah lebih mudah bagi mereka menjumpai kebenaran".. Ameen
so, pendekkan cerita ada 3 option:
-kekalkan status quo
-benarkan penggunaan kalimah Allah.
-tangguhkan penggunaan tetapi WAJIB disertakan usaha untuk rombak pendidikan Islam.
Tepuk dada tanya iman. Saya beriman (percaya) kegemilangan Islam akan berlaku walaupun tiada option 1.
Salam Dr Azwan,
Saya melihat ini sebagai salah satu helah kaum kafir utk memecahbelahkan umat islam.umat islam akhir zaman begitu nipis imannya, dan mewujudkan kekeliruan sebegini akan memudahkan mubaligh kristian utk terus memurtadkan org melayu.
bg mereka yg tipis imannya, sedikit hujah yg dangkal menggunakan ayat Quran mampu mengelirukan..
Mentaliti anak2 Melayu sekarang tidak diajar berfikir secara kritis & kurang membaca.Semuanya exam oriented, & sesiapa yg dapat byk A dikira sbg bijak..tp apa ertinya kalau semuanya dihafal & tidak terkesan di sanubari?
Semoga Allah melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini..Amin
Saya kira mungkin doktor akan diWAHABIkan oleh sesetengah pihak yang anti kepada gerakan Tajdid yang ingin dibawakan pendokong Sunnah,antaranya adalah Dr Mohd Asri sendiri....
Nampaknya penggunaan perkataan Allah dalam bible bahasa arab juga patut di tukarrr...!!! Fuhh...
(Saya setuju sepenuhnya dengan DrMAZA)
Nur kata: "Saya melihat ini sebagai salah satu helah kaum kafir utk memecahbelahkan umat islam.."
Realitinya, tanpa orang kafir pun orang Islam memang telah lama berpecah...sila baca balik sirah awal perpecahan Islam...Janganlah kita asyik menunding jari kepada orang lain saja...menambah besarkan kemaluan kita nanti, selain nampak sangat kedangkalan akal budi kita..!!
Nur...ini salah orang kafir juga kaa??? :
"...bg mereka yg tipis imannya, sedikit hujah yg dangkal menggunakan ayat Quran mampu mengelirukan..."
dan ini, saya kira tiada kaitan langsung dengan org kristian :
"...Mentaliti anak2 Melayu sekarang tidak diajar berfikir secara kritis & kurang membaca.Semuanya exam oriented, & sesiapa yg dapat byk A dikira sbg bijak.."
yang ni aku kata AMIIN...:
"..Semoga Allah melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.."
Assalamualaikum,
Wah hangat juga isu ini. Ada yang menyokong ada yang menentang. Tak apalah, kita meriahkan perbincangan ini secara berkompromi dengan perbezaan pendapat.
1. Saya setuju dengan pendapat Nasir bahawa umat Islam sudah lama berpecah belah. Bukan disebabkan oleh orang bukan Islam, tetapi kadang2 tidak menerima perbezaan pendapat tentang isu dasar mengenai Islam itu sendiri dan sifat pengingkan diri dan haloba pemimpin Islam sebagaimana berlaku ketika kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniyah. Adakalanya, isu remeh pun orang Islam boleh bergaduh dan berperang.
2. Walaubagaimanapun, saya juga berpendapat seperti Nur bahawa Orang Islam sekarang yang tidak bersatu dan lemah dan juga sering bercakaran tentang isu remeh, telah menyebabkan orang-orang Islam menjadi sasaran MUDAH oleh para musuh untuk mengeksploitasi kelemahan ini, sebagaimana kelemahan Iraq dan Afghan yang diserang Amerika Syarikat secara jelas dan juga sebagaimana penjajahan budaya dan hiburan oleh kaum Yahudi secara senyap.
3. Penggunaan perkataan Allah di dalam bahasa Arab telah lama wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ustaz Maza telah menerangkannya dengan panjang lebar dan kita bersetuju mengenainya. Tak ada Wahabinya disitu :). Injil Arab pun ada perkataan Allah, cuma kita jer tak pernah membacanya sebab kita tak reti Bahasa Arab.
Tetapi Penggunaan Allah di dalam BAHASA MALAYSIA untuk tuhan agama Kristian BELUM pernah lagi digunakan secara rasmi sebagaimana yang digunakan oleh negara Indonesia di dalam surat khabar, Majalah dan apa apa makalah bertulis. Sebagaimana yang saya katakan tadi - di dalam Kamus Dewan pun- Allah (di dalam Bahasa Malaysia) ditafsirkan sebagai Tuhan Umat Islam.
4. Persoalannya, adakah kita ingin sangat2 memulakan penggunaan Allah ini untuk agama Kristian dan Sudahkan kita bersedia sangat-sangat untuk ia digunakan dengan meluas di dalam Bahasa Malaysia? Dan perkara ini sudah duduk diam lama sebenarnya (saya yakin) - ia cuma timbul baru-baru ini apabila orang Islam kelihatan tidak sebulu atau berpecah-pecah lagi semenjak pilihanraya baru-baru ini. Mungkin ini sebab isu ini mula ditimbulkan?
5. Adakah isu ini rentetan daripada isu Murtad Lina Joy? Adakah penggunaan Allah di dalam Bahasa Malaysia lebih memudahkan Paderi Melayu menyebarkan dakwah mereka. Sudahkan kita bersedia dengan perencanaan besar-besaran mereka dengan mengedarkan risalah di dalam Bahasa Malaysia di sekolah, di universiti, di rumah2?. Sudah bersediakah kita dari segi Ilmu sebagai ibu ayah Guru dengan jawapan anak-anak kita tentang persoalan Nabi Isa itu anak Allah dan sebagainya sebagaimana dibangkitkan oleh Saudara IKRAM?
6. Saya setuju dengan Sebol, sekiranya perkataan Allah juga digunapakai di dalam kitab Injil di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi sentiasa yang berlaku ialah sekiranya kelebihan kepada pihak mereka maka mereka akan menerimanya, sekiranya ini menyebabkan kerugian kepada mereka maka mereka akan menolaknya.
Terima kasih di atas komen anda
Salam,
Bedasarkan kajian-kajian emperikal sarjana terdahulu dalam beberapa bidang bahasa terutama semiology, penggunaan ALLAH dalam penulisan ajaran Kristian merupakan sesuatu yang merbahaya.
Faizal
Terim akasih faizal. Boleh elaborate bagaimana bahaya itu terjadi?
salam damai,
Dua orang budak sedang berbual di dalam kelas:
Ahmad : Tuhan Aku Allah, Aku orang Islam
Xavier: Tuhan Aku pun Allah, tapi Aku Kristian
Ahmad : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Xavier : Tak lah Allah itu ada Anak... Bapak aku kata.
Ahmad : Allah aku ni sama ke dengan Allah kau?
Saya ingin jelaskan sedikit...
KENAPA JESUS DISEBUT ANAK ALLAH
Dalam Injil Yohannes 1: 1 dan 14 dikatakan
demikian:
"Pada mulanya adalah Firman: Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah"."Firman itu telah menjadi manusia dan diam
di antara kita dan kita telah melihat
kemuliaanNya, yaitu kemuliaan yang diberikan
kepadaNya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh
kasih, karunia dan kebenaran.
Dalam ayat ini terungkaplah bahwa makna
Jesus itu disebut "Anak Allah". ialah dari hal Firman Allah
yang telah menjadi daging dalam kelahiran Jesus Kristus.
Dengan lain perkataan juga Jesus dikatakan "Firman
yang Hidup 'sebagaimana disebutkan didalam 1 Yohanes 1
Jadi jelaslah bahwa Jesus disebut Anak Allah, bu-
kanlah bermakna Allah beranak secara biologis sebagaimana sering diartikan orang, melainkan Firman Allah
itu telah dinyatakan didalam kelahiran Jesus atau Almasih Isa Ibnu Maryam.
Pengertian nats Alkitab disaksikan kebenarannya oleh
Nabi Muhammad sendiri yang mengatakan:
"Isa faa innahu Rohullah wa Kalimatuhu'-
(Isa itu sesungguhnya Roh Allah dan Firman-Nya).
(Hadits Anas bin Malik--Mutiara Hadits halaman 353).
Quran s.An Nisaa 171 mengatakan:
"Innamal Masihu 'Isa bnu Maryam~ Rasululahi wa
Kalimatuhu alqahaa ila Maryama wa Rohu, minhu..-'
(Sesungguhnya Almasih Isa ibnu Maryam itu, adalah utusan Allah dan
Firman-Nya yang ditumpahkanNya kepada Maryam dan Roh daripadaNya)
Mengenai kata ''Kalimat" atau Firman Allah yang
menjadi jasad Jesus ini, Drs. Hasbullah Bakry dalam
bukunya yang berjudul-"Nabi Isa dalam Al-Quran"
halaman 109 mengatakan:
"Nabl Isa disebut sebagai Kalimah Allah (Firman Yang Hidup), disebabkan dia adalah penjelmaan dari pada Firman Allah yang ditujukan kepada Maryam untuk mengandung Nabi Isa".
Dr Azwan, kita tidak menyebut Jesus itu "Anak Allah", adalah disebabkan pengertian "Anak" disini secara biologis, secara kemanusiawian.
Nats Al-Quran s.Al Ikhlas yang mengatakan: "
Dialah Allah Yang Esa ...tidak beranak dan
tidak diperanakkan .." yang sering dikemukakan oleh penganut Islam , sebagai dalil untuk menolak bahwa Allah itu mempunyai anak sebagaimana halnya iman Kristen dengan penyebutan ''Yesus
Anak Allah''.Sebenarnya ajaran Kristen sendiri dapat menerima sepenuhnya atau mengaminkan sepenuhnya ayat
Quran ini, karena ajaran Kristen sendiri sama sekali tidak
pernah mengatakan bahwa "Allah itu punya anak" dalam
pengertian secara biologis.
Amin.. moga Tuhan berserta kita selalu...
Salam..
"kita tidak menyebut Jesus itu "Anak Allah", adalah disebabkan pengertian "Anak" disini secara biologis, secara kemanusiawian." -
Jika son of god itu tidak dirujuk sebagai anak kepada tuhan sebagaimana biologisnya "anak" kepada "bapa", cuma sekadar perbezaan bahasa sahaja disebabkan oleh patah perkataan Ibrani kepada bahasa roman atau inggeris, malah Isa cuma manusia yang hanya menyampaikan wahyu sebagaimana Adam, Ibrahim, Nuh dan Muhammad, maka kristian itu sebenarnya tidak ada perbezaan dengan Islam.
Segala puji bagi Allah!
Salam Dr.Azwan. Memang kristian yang berimankan pada kitab Injil,Taurat dan Zabur adalah saudara orang Islam maka sudah pasti mereka2 ni akan menganuti agama Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w kerana telah terdapat didalam kitab2 itu akan kedatangan dan kebenaran Nabu Muhammad alaihisallam. Tetapi bila mereka menafikan kebenaran ajaran Nabi Muhammad dan menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi yang terakhir maka tidaklah sama agama kristian itu dengan agama Islam. Waallahuallam.
Post a Comment