Tuesday, May 13, 2008

Nyamuk Aedes Semakin Kebal






Assalamualaikum,

Cuba tuan puan baca artikel berkenaan dengan nyamuk-nyamuk di negara kita yang dikeluarkan oleh akhbar kosmo. Satu fakta yang menakutkan apabila 50 daripada 100 nyamuk yang dikaji telah didapati semakin kebal dengan racun serangga.

Suatu waktu dahulu, di negara barat, racun serangga biasa didapati tidak lagi berkesan untuk membunuh tanaman perosak kerana serangga tersebeut mengalami mutasi dan menjadi kebal terhadap racun serangga biasa. Ini adalah kerana penggunaan racun serangga tersebut secara meluas dan besar-besaran. Para saintis terpaksa mencipta racun serangga yang lebih kuat setiap kali untuk membunuh makhluk perosak ini.

Jika ini terus berterusan berlaku maka, sistem imuniti nyamuk akan terus meningkat dan makhluk pembunuh ini akan bermaharajalela.

NYAMUK aedes kini mempunyai sistem imuniti terhadap racun serangga.

Perkara itu didedahkan pakar serangga Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun. Beliau merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga.

Jelasnya lagi, amalan pengasapan yang dilakukan sekarang turut menjadi punca nyamuk kini semakin kebal. Racun itu meresap semasa proses pembiakan nyamuk aedes termasuk racun ‘temphos’.

“Ini kerana semasa proses pembiakan, ia menjadi sebati dengan racun itu dan menghasilkan nyamuk yang tidak alah terhadap racun serangga.

“Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang,” katanya. Baca artikel penuh

Baru-baru ini seorang anak murid perempuan kepada isteri saya baru sahaja meninggal dunia akibat diserang denggi berdarah di Kampung Bharu. Berita itu dikhabarkan daripada kawan-kawannya melalui telefon kepada isteri saya. Diceritakan bahawa beliau lewat datang ke hospital.

Sekiranya anda atau anak menghadapi demam tinggi yang tidak kurang, sakit-sakit badan yang teruk, hilang selera makan, kelesuan melampau, cirit-birit dan sakit perut, ruam merah di seluruh badan dan lebam-lebam, usah tunggu lagi kerana pemeriksaan darah pada hari ke empat atau ke lima adalah wajib kepada anda.

Salam.

10 comments:

zina said...

patut la skrg nie, bila saya pasang ubat nyamuk pun, nyamuk still dok menari-nari kat telinga. Agaknya nyamuk dah immune dgn ubat nyamuk tuh...

Dr Azwan said...

orang bagi racun - nyamuk mati - awak bagi ubat - manalah nyamuk tuh tak menari... haha :) Salam kenal

Kassim Selamat said...

Salam Dr. Azwan,

Denggi bukan sekadar membunuh tapi melumpuhkan. Saya salah seorang mangsanya.

Sekadar ingin bertanya. Sepanjang Dr. menjadi pegawai perubatan di hospital/klinik, ada tak doktor bertemu dengan kes denggi yg melumpuhkan mangsanya?.

Tima kasih Dr.

Dr Azwan said...

Abg Kassim : Pernah bang. Boleh effect otak. Itu sebab lumpuh. Yang kena sakit buah pinggang sampai kena dialysis pun banyak. Tapi ramai yang meninggal dunia.

ealyie said...

Salam Perkenalan Doc,
Tertarik dgn blog ini since baca Susu Ibu vs Susu Lembu..:) Sbb saya mmg pro bf.. N one thing about this artikel, saya nak share pengalaman menjadi mangsa demam denggi sewaktu di IPTA dulu. Dah la nak final exam..dkt seminggu warded. Hari2 kena cucuk sampai phobia tgk jarum.. Tapi Alhamdulillah bukan denggi bedarah. N since ada anak ni mmg berhati2 sungguh dengan sang nyamuk yang dah kebal ini.. Hopefully sentiasa dilindungi dari segala malapetaka olehNya. Teruskan memblogging Doc!

putri_nian said...

hari tu saya mati2 ingat kene denggi,punyalah demam kuat pastu badan2 penuh ruam,rupa2nya campak,ishk2,bukan pe kat tempat tinggal saya kawasan denggi yg kuat,tu yg berjaga2...

Dr Azwan said...

ealyie : Tu lah, seksa demam denggi ni. Kat rumah darah habis kena gigit nyamuk. Kat Hospital darah habis kena ambik ngan drakula.

Oh.. patient saya dulu diorang panggil drakula... haha.. 6 jam sekali datang bawak jarum... nyam nyam..

Putri nian : campak pun boleh bawak maut - especially kat orang dewasa. Measles = misery.

kelambu said...

memang semakin kebal, biasakan gunakan kelambu nyamuk sebelum tidur.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Illa said...

kawasan rumah saya kat seremban memang dah mark tempat selalu kene buat fogging. memang risau sgt..sampai satu masa berkurung je dlm rumah :P

Related Posts with Thumbnails