Wednesday, May 7, 2008

Sejauhmana Keterbukaan Blog di RTM 1?






Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan pendapat pembaca tentang program rancangan blog di RTM 1 tempoh hari. Pendapat pembaca bernama Jojo ini disiarkan di dalam www.mstar.com.my. Klik di sini.

Saya rasa pengacara yang lebih sesuai adalah Sdr Syed Munawar kerana nampaknya pengacara ini kurang memberi impak di dalam memberi soalan serta kelihatan berpihak. Akhirnya dengan kebijaksanaan RPK, dia tidak dapat mengawal keadaan dan keseluruhan rancangan ini menampakkan kelemahannya. Saya setuju dengan pendapat pembaca bernama Jojo ini, jikalau nak potong2 cakap RPK dan setakat nak tunjuk RTM sedang bebas tetapi sebenarnya tidak, saya rasa blog ini tidak mencapai sasaran Kementerian Penerangan baru yang mahukan lebih ruang dibuka kepada blogger. Akhirnya yang malu sekarang ialah Kementerian Penerangan sendiri...

Sejauhmana keterbukaan "Blog" di RTM 1?
05-05-2008 12:11:32 PM


USAHLAH beria-ia sangat nak tonjolkan diri untuk mewar-warkan kepada umum/penonton yang media perdana (kerajaan) sudah memberi sikap keterbukaan' atau "openness" dengan hanya sekadar memberi ruang/slot yang hanya memakan masa selama 15 minit ataupun di lanjutkan kepada setengah jam sekalipun pun tidak boleh di buat "declare" dengan mencanang kepada seluruh dunia yang badan penyiaran RTM sudah bersikap 'terbuka'.

Tak payahlah bermati-matian nak menunjuk kononnya begitu 'open' atau 'terbuka' , namun pada hakikatnya, tidak pun sampai ketahap sasaran yang dapat diterima umum.

Kalau dah tak mampu atau tak terdaya nak memberi ruang untuk sekurang-kurangnya selama satu jam. Itu belum di tolak 'berehat' atau ruang untuk iklan lagi, untuk jangka jadual 'seminggu sekali' itu, baik hentikan saja.

Buang masa - lagipun penonton yg bukan ahli parti Umno/BN sudah jelak dan tidak menggemari atau berminat sikit pun akan siaran-siaran dari RTM. Buang masa saja. Banyak kerja lain boleh di buat. Dan kecenderongan mengaleh ke media media lain pun banyak pilihan.

Jika siaran langsung (Live) seperti Blog di RTM1yg menampil mereka yg tidak menyokong atau mengampu/membodek kerajaan (Umno/BN), elok lupakan sajalah.

Cara daya usaha pihak RTM memperkenalkan program 'Live' seperti itu nampak macam 'hendak tak hendak' saja, seolah-olah memaksa diri untuk menarik perhatian rakyat sekaligus untuk mengambil hati rakyat yang telah tidak menyokong parti pemerintah (Umno/BN) semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Dan ianya juga untuk secara tidak langsung untuk memaksa orang ramai (penonton) menerima atau akur akan sikap RTM/kerajaan yang dikatakan sikap 'keterbukaan' itu.

Apa 'keterbukaan'nya? bila setiap apa yang sedang diberi sebelum habis ayat yang diucapkan oleh tamu yang diundang, contoh terhadap Raja Petra, tempoh hari, dengan menghalang, menyekat dengan cara memotong cakap dan cuba mengalih ke soalan atau ke topik lain dgn secara mengejut.

Apa? Itu boleh diterima sebagai "bebas dan telus untuk memberi pendapat dan pandangan secara terbuka"?

Andaikata sebarang pendapat dan pandangan yang di beri oleh pihak tamu blogger yg diundang agak menempelak kepada pihak kerajaan (UMNO/BN) dengan mudah si hos diarahkan oleh pihak penerbitnya (dibelakang tabir) untuk mengalihkan kepada soalan atau topik lain.

Jadi dimanakah yang dikatakan 'terbuka, bebas dan telus' itu? Sedangkan segenap apa pendapat dan pandangan sentiasa disekat-sekat dan dihalang sekira ia menentang arus.

Ini juga termasuk rancangan-rancangan yg berupa siaran Live yg lain dimana seolah-olah pihak badan penyiaran RTM nampak 'reluctant' untuk memberi ruang yang lebih wajar dan berpatutan untuk kepentingan rakyat sekaliannya sebagai penonton dan juga untuk menarik bilangan seramai mungkin penonton untuk mengadap siaran yang disajikan oleh pihak RTM.

Jika beranggapan semua rakyat yg mengundi pembangkang bukan rakyat Malaysia amatlah tidak wajar dan cetek sekali tahap akal pemikiran pihak RTM maupun pihak pemerintah.

Jika marahkan pihak parti-parti pembangkang dan menganggap mereka sebagai musuh, jangan lah pula menganggap para rakyat yg mengundi parti pembangkang juga musuh kerajaan.

Proses sistem demokrasi sememangnya memerlukan pihak rakyat sebagai pengundi membuat pilihan dalam proses undi mereka. Semua pihak kena terimalah hakikat itu.

Jika siaran secara langsung dalam perkara-perkara lain pihak RTM nampak bersungguh-sungguh tambah pula dengan masa yang begitu panjang diberi, malah melebihi had kebiasaan, seperti majlis konsert hiburan atau siaran-siaran hiburan yang lain atau majlis penganugerahan untuk sesuatu badan hiburan kebanyakannya memakan masa lebih pada dua jam malah ada yang sampai lebih tiga jam pun pernah berlaku.

Jadi, jika 15 minit atau setengah jam punya slot pun tidak boleh di beri tempoh yang agak dapat dilanjutkan (extend) kepada satu jam atau lebih, lebih baik dilupakan sajalah. Baik jangan diadakan.

Tak payah memaksa diri supaya orang nampak kononnya pihak RTM atau pihak kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam hal itu, padahal ternyata jelas akan "reluctant" nya sikap sebegitu.

Alang-alang hendak menyekat, buatlah sekatan dengan sepenuh hati. Jangan di adakan langsung. Tidak sesiapa akan membicara lagi.

JOJA




No comments:

Related Posts with Thumbnails