Saya siarkan semula artikel yang saya tulis dahulu pada 16 May 2007 untuk tatapan pembaca blog saya ini. Bermakna sudah setahun saya menjadi blogger. Terima kasih di atas sokongan anda.
Assalamualaikum...
Ngeri betul tengok gambar ni.....
Untuk pengetahuan anda, ini bukan teknik superimpose... memang kepala buaya yang tengah gigit tangan orang tu adalah kepala buaya yang sama dengan tuan punya badan buaya itu... Berbeza daripada artis kita yang tak pernah mengaku kalau di frame... asyik2 cakap super impose... maklumlah dah takde idea dan alasan untuk menafikan.
Atau mungkin juga ada di antara anda yang ingat bahawa tangan tu sebenarnya yang kena superimpose... Tapi itu juga bukan. Tangan itu adalah tangan manusia yang sebenar.
Kembali kepada si buaya. Buaya itu jujur dan ia tidak menafikan... malah ia cuba pula tersenyum ketika gambar ini diambil. Namun, menurut ceritanya, tangan itu sempat diselamatkan dan disambung semula kepada tuannya oleh doktor.
Apa yang saya nak sampaikan di sini bukan perihal buaya dan tangan itu. Apa yang nak disampaikan di sini ialah sekiranya anda terjumpa mangsa yang terputus tangan, jari atau kaki, selain daripada anda menjerit dan pengsan, ini adalah di antara yang boleh anda lakukan :-
1. Mintak tolong... hubungi mereka yang patut dihubungi.
2. Selamatkan anggota yang putus tu daripada lebih tercedera (ambil anggota itu dan selamatkan dari longkang atau dari tengah jalan - dikhuatiri lebih teruk jika dilanggar)
3. Bersihkan dan lapik (wrap) dengan kain bersih basah. JANGAN masukkan secara TERUS dalam ais! Jika dimasukkan terus, semua salur darah kecut dan ini akan menyebabkan anggota tu mati (gangrene)...
4. Lepas lapik semuanya dengan kain basah, masukkan ia kedalam beg plastik.
5. Lepas tu baru cari beg plastik kedua... isi kan ais di dalam beg plastik kedua... .
6. Masukkan beg plastik pertama (anggota yang dilapik dengan kain basah) ke dalam beg plastik kedua (bekas yang ada ais). Prinsipnya tiada sentuhan terus di antara anggota putus dengan ais.
7. Jika anda ada pada waktu kejadian, tulis masa kejadian berlaku (sangat penting untuk doktor tahu bila mulanya kejadian itu untuk menganggarkan waktu gangrene)..
8. Letakkan anggota terputus bersama dengan tuan punya di dalam ambulans. Jikalau organ yang putus jer yang sampai ke hospital tetapi tuan badan masih tidak sampai lagi, dikhuatiri akan menimbulkan histeria di Jabatan Keecemasan... Lebih-lebih lagi kalau akhirnya dapat tahu, tuan punya badan pergi hospital lain.. tangan kat HKL.. tuan punya badan kat HUKM... jauh tuuu.. wahaha...
Ok.. perkara di atas untuk mereka yang berani sahaja... kalau rasa-rasa tak berani (saya pun bukan berani sangat)... tak payah tunjuk keberanian anda... Serahkan kepada yang berani. Nanti anda pulak yang kena usung ke hospital...
Wallahu A'lam...
13 comments:
bro....dah pernah keluarkan article ni tahun lepas???
*pening*peing*
siaran ulangan?
Dr. Azwan,
Terima kasih, satu lagi tip untuk 'superhero' menyelamatkan masyarakat yang tercedera...
Dr, boleh tahan, Lawak jugak artikel Dr. nih..heh.hehh
Thinkerich
www.pemikirkaya.com
Motivasi : kekayaan, Kewangan & Peribadi
haaa...
uish takutnya nak kutip anggota terputus!!
berapa lama leh bertahan sebelum disambungkan? dlm masa 24 jam ka??
salam..
dr. sy nk tanye sikit..tp soalan ni tade kaitan dengan topik ni pon..sy nk tanye tentang antibiotik. ble ke makan 2 jenis antibiotik yang berlainan..sbbnye, sy pergi ke klinik gigi, dr. ade bg antibiotik, then p ke klinik biasa pn dr. bg antibiotik.so sy tak mkn lg..risau kot2 tak blh campur 2 jenis yg berbeza. jd nk tanye pendapat dr.. harap dpt respon segera..sy dahului dengan trima kasih.
Resam padi aka Dr Shazni : Saya ada tulis remark kat atas artikel tuh : "Saya siarkan SEMULA artikel yang saya tulis dahulu pada 16 May 2007 (tahun lepas tu) untuk tatapan pembaca blog saya ini. Bermakna sudah setahun saya menjadi blogger. Terima kasih di atas sokongan anda". Ini adalah artikel yang recycle sempena setahun jadi blogger. :)
Thinkerich : Jadi superhero boley thinkerich, jadi superman tak bleh, nanti mufti perlis marah...hehe :)
Raiyan : 6 jam je... Tu yang kena pantas dan cepat.
anon (id ini tidak digalakkan) : Boleh dengan syarat ia adalah antibiotik berbeza dan mempunyai spectrum kepada bakteria yang berbeza. Cuma lebih berhati-hati kerana apa kewajaran pennggunaan 2 antibiotik.
Salam Dr Azwan n kawan-kawan semua... 16 Mei-- hari guru tu. Eloklah-- a good doctor is a good teacher...
Pernah dapat kes seumpama ini waktu kerja kat jbtn kecemasan hosp serempan..
Kesihan sungguh, perempuan dalam 20 tahun umurnya putus jari waktu handle machine di kilang.
Bukan satu tapi 4 jari!! Adus! Tangan kanan dia tingal ibu jari sahaja.
Jari-jari tu tak dijumpai di tempat kejadian- mesti dah hancus!
Apakan daya.. Occupational accident- dia mengantuk kut..
Ada yang putus jari akibat berparang-parangan.. huh! yang ni saya cukup tak gemar.
Terima kasih maklumat di atas....selama ini saya ingat terus masuk dlm peti ais...
Bagusnya ada dortor jadi blogger.
Banyak maklumat berguna tentang kesihatan disini.
doc..hi..lame xjengok2 page ni..stahun da yekk..hepi anniversary la yeh.ehhe..btw,ruangan borak2 kt belah kiri web doc ni,dah delete ehh?nape yekk?xlarat nk consult secara free ke?hihihihi
oke..kalo saya pengsan dulu kot.
huhuhu
nurul huda : saya terjumpa kes rambut tercabut sebab sangkut kat mesin, habis satu scalp (ke separuh? tak ingat). Kira botak selama-lamanya. Sakit tahu, scalp dengan rambut tercabut sekali - berdarah tak henti... ngeri gak...
Abang Razak : Takda gambar orang putus tangan nak share ke bang? haha..
Azlin : ada lagi lah...
Nani : sama lah kiter.. :)
:D tak berhenti saya tergelak. Malang sungguh kalau badan ke hospital lain, yg terputusnya ke hosp lain 8O
Pengalaman sendiri stakat terkoyak 1/4 scalp due to RTA. Dalam tu plak ada kaca kereta sekeping dua. Nothing serious.
shiha : cerita pasal kaca kat muka masa MVA- plastic surgery punya case dulu... muka hancur sebab muka terlanggar wind screen depan kereta - memang bersepah-sepah muka, dengan edema... puas nak menyambung2 balik. Lain kali memangdu pakai tali pinggang.
Post a Comment