Wednesday, May 28, 2008

" ULTRAMAN HADHARI "




Assalamualaikum,

Pagi tadi semasa saya menerawang di laman youtube saya ternampak satu video klip yang menarik bertajuk Ultraman Hadhari!

Saya kira sesuai juga saya letakkan lagu Ultraman Hadhari ini di sini sebagai tatapan semua. Bukannya apa, sekadar untuk mengurangkan stress dan tidak lebih dari itu.

Kebetulan juga dengan berita panas sekarang iaitu berkenaan dengan usaha negeri Selangor untuk mengharamkan program Islam Hadhari di Selangor, dan JAKIM pula ingin meneruskan projek 26 juta untuk membangunkan Islam Hadhari di Selangor.

Cadangan Selangor untuk menghalang program Islam Hadhari itu boleh menimbulkan kerugian kerana ia melibatkan wang peruntukan persekutuan yang berjumlah RM 26 juta. Lebih baik kalau kerajaan negeri bersama JAKIM duduk bersama-sama untuk memikirkan pengisian program yang boleh dilaksanakan sesuai dengan kehendak pihak negeri dan JAKIM. Mana tahu ada yang boleh disesuaikan dengan kedua-dua pihak. Bak kata orang - diskusi abang adik...

Banyak juga boleh diambil manfaat, sebagai contoh, pembinaan lebih banyak maahad tahfiz yang menggabungkan sistem pendidikan sains dan teknologi. Lebih banyak Imam-imam yang berkemahiran komputer dan internet. Lebih banyak doktor, engineer dan peguam yang boleh berbahasa Arab dan memberi khutbah.

Tetapi itu juga mungkin sukar kerana dasar PAS yang menolak konsep Islam hadhari sejak awal. Atau mungkin juga kerajaan negeri boleh menyerahkan peruntukan itu kepada badan Islam lain yang menguruskan kerja dakwah seperti JIM, PKPIM dan ABIM untuk diuruskan mengikut kesesuaian. Apapun ini hanya cadangan sahaja.

Berbalik kepada lagu Ultraman Hadhari, lagu ini saya tujukan kepada anak saudara saya iaitu si Cami yang hari-hari tengok cerita Ultraman. Boleh ikuti blog Cami di sini yang ditulis oleh adik saya Shenna. Terimalah lagu dari Paklong...


No comments:

Related Posts with Thumbnails