Monday, May 19, 2008

Mengandung Luar Rahim dan Perawatannya






Assalamualaikum Warahmatullah,

Saya teringat semasa saya masih belajar di fakulti perubatan beberapa tahun lalu, ketika itu saya di dalam sesi klinikal pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4, masuk ke wad pembedahan akibat sakit perut yang teruk di sebelah abdomen kanan. Dia tidak boleh berdiri tegak dan berjalan. Dia hanya boleh menaiki kerusi roda sahaja.

Ketika masuk di wad bedah dia masih berpakaian sekolah. Kemungkinan sakit ketika di dalam sesi pelajaran di sekolah, dan dibawa ke hospital oleh guru. Apabila ditanya oleh doktor bertugas tentang tarikh periodnya, dia memberitahu baru sahaja mengalami period. Soalan berikutnya adalah mengenai hubungan seks pelajar itu dengan sesiapa di mana pelajar itu menafikan dengan sekeras-kerasnya. Menyedari yang beliau merupakan pelajar sekolah dan berwajah "innocent", diagnosis kemungkinan ialah acute appendicitis (atau org melayu panggil appendiks).

Setelah pakar bedah membuat pemeriksaan, beliau bertanya samada pemeriksaan air kencing untuk mengandung telah dibuat? Tentulah doktor muda itu tidak memeriksanya, maklumlah pelajar perempuan itu masih bersekolah Tingkatan 4, datang period baru-baru ini, menafikan ada apa-apa hubungan seksual dan berwajah "innocent". Pakar bedah itu memberitahu, jangan percaya kepada apa yang dilihat dan diberitahu oleh pelajar perempuan itu. Sepatutnya diagnosis acute appendicitis hanya boleh dibuat setelah kemungkinan untuk mengandung telah diketepikan.

Betul telahannya itu, keputusan air kencing menunjukkan pelajar wanita itu mengandung! Lebih rumit lagi, beliau masih di bawah umur. Bermakna pembedahan hanya boleh dibuat dengan persetujuan keluarga, iaitu ibu dan ayahnya. Apa drama yang terjadi selepas itu di antara pelajar perempuan itu dengan keluarganya saya tidak tahu kerana dia telah dipindahkan dari wad bedah ke wad sakit puan.


Apa itu Mengandung Luar Rahim?

Apa yang pelajar perempuan itu alami ialah Kandungan Luar Rahim atau "Ectopic Pregnancy". Ia membawa maksud, embrio yang telah dipersenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar daripada rahim. 98% daripada kandungan luar rahim ini ialah pada kawasan tiub fallopia dan ia dipanggil "Tubal Pregnancy". Yang lain-lain ialah di serviks, di dalam kawasan abdomen (omentum atau peritoneum) dan ovari.


Kenapa Mengandung di Luar Rahim?

Di dalam tiub fallopia mengandungi rerambut halus yang dipanggil CILIA. Ia bergerak seperti penyapu dan akan menolak perlahan-lahan embrio dari kawasan persenyawaan ke arah rahim. Apabila CILIA ini telah rosak maka pemindahan embrio ke dalam rahim secara normal akan terganggu.

Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-
1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.


Gejala Mengandung Luar Rahim

Apabila seorang wanita di dalam jangka umur subur datang dengan sakit perut yang teruk, di sebelah kiri atau kanan bahagian bawah, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan. Ini adalah kerana mengandung luar rahim boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut dan boleh menyebabkan kematian.

Selain daripada sakit perut, pendarahan pada vagina yang seolah-olah datang period boleh mengkaburi pesakit kononnya mana mungkin mengandung kalau datang period. Sedangkan ia bukan lah period tetapi pendarahan akibat mengandung luar rahim.

Beliau juga mungkin boleh mengalami tanda2 awal mengandung seperti terasa ngilu pada buah dada dan puting, pening dan loya atau muntah-muntah beberapa hari sebelum itu.

Sekiranya pendarahan terlalu banyak di dalam perut, pesakit akan mengalami pening-pening, rasa lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang dan belakang dan boleh pengsan.


Bagaimana Diagnosis Dibuat?

1. Selain daripada sejarah pesakit, Pemeriksaan dengan memasukkan dua jari ke dalam vagina menunjukkan kesakitan pada serviks, dan bengkakan pada sekitar dinding vagina berhampiran serviks
2. Kehadiran hormon HCG pada air kencing ataupun darah boleh diperiksa.
3. Ultrasound abdomen menunjukkan tiada kantung kandungan di dalam rahim
4. Transvaginal Ultrasound adalah kaedah paling berguna - boleh menunjukkan pembengkakan di dalam tiub fallopia, kandungan rahim yang kosong dan pendarahan.


Apakah Perawatan Mengandung Luar Rahim

Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada Laparoskopi atau Laparotomi. Laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit.

Walaupun begitu, had nampak laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan terlalu banyak sehingga menghalang penglihatan atau pendarahan tidak boleh dikawal, maka option untuk menukar ke pembedahan terbuka dilakukan. Pada kebiasaanya, tiub yang rosak akan diikat dan dibuang. Proses ini dipanggil salphingectomy.

Ini adalah video youtube yang menunjukkan Salphingectomy dijalankan melalui kaedah laparosopy.









Salam...

36 comments:

Anonymous said...

salam dr azwan...
saya bekerja kat emergency dept selalu sangat dapat kes macam ni...memang 99% betullah apa yg dr cakapkan tuh....dgn ultrasound sekarang kita boleh tau ectopic pregnancy tu dah pecah ke belum dgn advancement teknologi jabatan kecemasan yg terbaru di bandar2 utama...teruskan menulis dr...

bakal emergency physician muslim

Dr Azwan said...

Anonymous : Semoga menjadi ER Physician Muslim yang berjaya. :)

Wahidah said...

dr br2 ni sya terbbaca pesal euthanasia..even tk de kaitan ngan topik ni..apa pandangan dr ??

putri_nian said...

selama2 ni saya trtanya2 ttg mengandung luar rahim ni,banyak pengetahuan yg saya dapat,bagaimana pula dr dgn penyakit PCOS?

Anonymous said...

salam...

bulan 2/2008 yg lalu saya telah melalui pembedahan akibat mengandung luar rahim...saya tahu saya mengandung melalui preganancy test yg saya buat sendiri dan genap seminggu saya mengalami sakit perut yg teramat sangt dan saya dimasukkan terus ke wad pembedahan keranan kandungan luar rahim dan sudah pecah...sekarang sudah hampir 6 bulan dan saya cuba untuk mengandung lagi tapi masih belum berjaya...
macamana saya nak tahu bahawa telur yang mana keluar untuk bulan ini? period saya regular setiap bulan saya...kaedah yang selalmat untuk saya mengandung lagi?

Anonymous said...

salam Dr,
Dr. sy baru sahaja melalui pembedahan akibat mengandung luar rahim pada bulan lepas... sy tidak dapat mengetahui sy mengandung kerana ujian kehamilan yyg sy lakukan tidak menunjukkan sy mengandung. sy ingin mengetahui adakah sy masih boleh menngandung lagi? kerana melalui pembedahan yg lepas sy telah membuanng satu dari tiub di seblah kiri. sekiranya sy masih boleh mengandung bagaimanakah caranyer dan bilakah masa yg sesuai.
terima kasih.

Anonymous said...

salam dr azwan
saya nak bertanya pendapat dr azwan
saya alami sakit pinggul dan pinggang dah 2 minggu.. yang teruknyer seminggu lepas ..
sakit di bahagian sebelah kiri perut mendenyut-denyut sampai kaki kebas dan lenguh.
saya ke klinik.. doktor bagi ubat angin... sakit pinggang berkurang sedikit. saya demam panas sejuk dah 3 hari dari minggu lepas. semalam saya period awal sehari dan sakit masih ada walaupun dah kurang sedikit. adakah saya berkemungkinan mengandung luar rahim.

Ila said...

Salam Dr. Azwan,

Nama saya Fazilla. Saya telah membuat pembedahan membuang tiub fallopian sebelah kiri saya pada 25 Ogos 2008 yang lalu. Kira-kira seminggu selepas itu ada berlaku pendarahan seperti period tetapi sedikit. Pendarahan ini berlarutan sehingga ke hari ini. Saya ingin mendapatkan pandangan/nasihat dari Dr. :

i) Adakah pendarahan ini normal?
ii) Jika ya, ia akan berlarutan hingga berapa lama?
ii) Jika tidak, apa yang saya perlu lakukan?

Diharap Dr. dapat memberi pandangan/nasihat berkenaan masalah saya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,sy baru menjalani pbedahan akibat ectopic pregnancy ini.fallopian tube sblh kanan sy tlh dbuang.dr pelbagai info yg sy baca,15-30% keadaan ini mgkin brulang pd kelahiran akn dtg.bgmanakah sy mmpu mghalang ia dr brulang?trma kasih ats sgla bntuan Dr.

Dr Azwan said...

Bagaimana untuk menghalang ectopic pregnancy? Saya pun tak tahu. Cara yang paling utama ialah mengelakkan daripada mengandung la. Tapi kalau tak nak anak boleh lah buat begitu.

serupa juga soalan telur yang mana keluar untuk bulan nih. Belah yang normal ke belah yang dah kena buang? Macamana yer nak jawab. Memang tak boleh nak tengok.. jadi rule of 50% lah. Buat ajer macam biasa, kalau ader rezeki bulan nih adalah, kalau tak da bulan depan InsyaAllah kena.

Semasa pembedahan untuk ectopic kadang2 ada sedikit pendarahan. Saya kira itu biasa dah akan berhenti.

Simptom mengandung luar rahim sangat teruk Bukan sekadar sakit pinggang. Kalau anda pernah terkena penyakit appendiks, ia mungkin sama atau lebih teruk lagi. Kemungkinan anda tidak dapat berjalan atau even duduk sebabkan terlalu sakit. Pendarahan boleh berlaku keluar dari kemaluan. Sedikit deman pun boleh ada. Jikalau ditekjan perut, anda akan menjerit kesakitan.

sara said...

dr..saya telah menjalani pembedahan pembuangan salah satu tiub fallopian,bilakah waktu yang sesuai saya boleh mengandung semula.

aileen zalina said...

dr..saya cuma nak tahu..adakah saya mengandung di luar rahim...saya telah datang period 6hb disember dan habis 14hb disember...selepas habis period ..saya mengalami sakit perut 2-3 malam berturut...saya sangkakan itu gastrik...18hb disember ...bangun pagi..saya dapati keluar darah seperti darah period..ada ketulan darah juga...dan darah itu masih ada sampai sekarang...saya telah pergi ke hospital pada 18hb disember petang itu...dan dr mengatakan saya cuma mengalami gastrik...saya juga ada membuat ujian air kencing...tapi ianya tidak menandakan saya mengandung...
di harap dr bole memberi nasihat atau apa2 tunjuk ajar kepada saya

shida said...

salam Dr...

saya nak tya Dr..saya baru kahwin beberpa bulan lalu..masa kahwin saya datang period, bulan seterusnya period datang cuma 3 hari saja..sangkaan saya tentulah saya x mengandung sebab period datang...apa yang buat saya confius sekarang nie tentang perut saya yang membuncit dan bentuk badan saya dulunya ideal sekarang ada perubahan pada diri saya...pada mulanya saya muntah2,sekarang tidak lagi..kadang kala saya sakit belakang dan kerap kencing...saya juga tidak pergi klinik check ke atas diri saya..soalan saya adakah saya mengandung di luar rahim...????

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr,

Kakak ipar saya mengalami mengandung luar rahim, sebab tu sebelum ni ia mengalami sakit yang teruk, pada mula pegawai perubatan kawasan mengatakan beliau mengalami kekurangan sel darah merah dan apabila kami membawanya ke hospital didapati beliau mengalami mengandung diluar rahim juga saya diberi tahu beliau mengalami sintom penyakit kuning sekarang dirawat dihospital muar saya nak bertanya apakah kaitan penyakit ini dengan kehamilan diluar rahim, untuk pengetahuan Dr kakak ipar saya ada darah tinggi.
Sekian
Zaidi

budakkechik said...

Assalamualakum doc,

Saya baru saje menjalani pembedahan kerana mengandung ectopic. ini yg kali kedua. buat pengetahuan doc, kedua tuib fallopia saya telah dibuang semasa pembedahan pertama dan kdua. saya memerlukan penjelasan doc sbb saya keliru dgn kenyataan doc pakar yg bedah saya. dia mengatakan melalui pembedahan ini tuib saya telah dibuang dan diikat dan kemungkinan utk mengandung lagi sudah tiada. tetapi yg amat mengelirukan saya, sebelum saya discharge, doc itu beritahu yg saya ada risiko untuk mengandung ectopic lg. mcm mana tu? td ckp lain skrg lain?

ayin said...

hai dr, sya baru saja mengalami pembedahan akibat mengandung luar rahim 2 bln yg lepas... pdarahan yang sy alami beberapa bulan yang lalu da berhenti selepas pembedahan ttapi kemuskilannya sampai sekarang sya belum kedatangan haid... adakah ia normal or ada masalah lain yang timbul pla????

AZRA said...

Salam semua. Saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan Actopic Pregnancy semasa kali pertama mengandung. Ketika baru 7 minggu mengandung, saya dapati macam ada stain/ darah haid keluar sedikit. Dan jumpa pakar dan sah mengandung luar rahim. Dipendekkan cerita, tiub fallopian sebelah kanan di buang dan cuma bergantung pada sebelah kiri saja. Alhamdulillah , selepas itu, period saya berjalan lancar dengan mengamalkan jamu dan multivitamins. Pembedahan dilakukan pada bulan May 2000, dan alhamulillah , pada bulan October 2000, saya dia sahkan mengandung semula. Dan kini saya sudah mempunyai 3 orang anak. Insyaallah, jaga lah kesihatan kita dan jgn berputus asa untuk mendapatkan zuriat. Amalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan jamu atau vitamins, insyaallah..

HAIRUL said...

Salam Pn Azra,

Adik saya baru saja menjalani pembedahan krn ectopic pregnancy. Dia sangat2 murung dan susah hati serta xbersemangat lagi kerana takut tak boleh pregnant lagi. Boleh Puan hubungi saya. Saya ingin mendapatkan sedikit nasihat agar saya boleh membantu adik saya kembalikan semangatnya.. Puan boleh hubungi saya email: wpk4714@yahoo.com.. Terima kasih.

ButterinaCakes said...

Salam semua,disini saya ingin berkongsi pengalaman.Saya seorang pemakai iucd dan sebelum haid saya dapati diri saya mengandung.Saya rasa berlainan sekali kehamilan ini dan saya menjangkakan kehamilan etopik melalui tanda turun darah,sakit di bahu,perut seperti mahupecah.Teringat saya pada tasbih naabi Yunus,lalu saya mengamalkan tidk putus,dimulai selawat 100x hasilnya seketika kemudian saya sakit pinggang kemudian turun darah sepertihaid.Zikir ini amat ajaib ,mesti mengharap kepada ilahi,jangan was-was..Selamat mencuba kepada ibu yang menghadapi kandungan luarbiasa.Selawat dan salam ke atas baginda rasulullah yang mengkabarkan berita yang benar.

syahida said...

salam dr,
macam mana saya nak bertanya lanjut ye/sangat perlukan advise..
saya tgh berpantang seminggu dr operation ectopic..sebabkan pecah tiub,terpaksa lakukan emergency operation,sebelah kiri tiub dibuang..sebelah kanan doc cakap jugak tersumabat tapi dia cuba bersihkan tetapi masih lemah.
sebelum ni saya ada buat vagina test (lupa nama saintifik0 kuman baik sudah tiada cakap doc..adakah sebab jangkitan pada falopio/
saya sangat berharap untuk mengandung lagi kerana baru bernikah dan ini yang pertama.
bagaimankah utk memeriksa keadaan tiub falopio sama ada tersumbat atau berkeadaan baik dan optimum utk pregnant?

tolong doc.email saya syahida83@yahoo.com

Anonymous said...

salam Dr, saya baru saja mengalami ectopic pregnancy, dan saya tidak membuat pembedahan tetapi menggunakan suntikan. Saya ingin bertanya kepada Dr, bilakah masa yang sesuai untuk mengandung lagi dan apakah langkah langkah yang patut saya amalkan agar perkara yang sama tidak berulang lagi?..tolong email kepada saya di pryszellin@yahoo.com..tolong lah saya doktor...

Anonymous said...

Salam dr.... Isteri say a baru di sah kn mngandung,tetapi dia mgalami sakit seolah2 period pain...tetapi tiada pendarahan yg berlaku....di bawa kes ni ke hospital Dan di diagnos dengan ultrasound tetapi hospital kata masih terlalu awal nk bg tau kandungan luar rahim atau tidak kerana kndungan isteri saya baru Saja dikenalpasti.... Soalan saya pada USIA berapakah kandungan boleh dikenalpasti menempel di luar rahim??...sekian... Dari JXRT naim hamzah

qyra said...

assalammualaikum dr..

saya pernah mengalami ectopic pregnancy. pada 12.10.2005 tiub fallopian kiri terpaksa dibuang.. dr ade mengatakan yang saya boleh mengandung lagi selepas tempoh setahun.. dan suruh saya berjaga2 kerana berkemungkinan klu sy mengadung lg sy akan alami benda yg sama iaitu Actopic Pregnancy .. tapi sehingga hari ini saya masih belom ade tanda2 utk mengandung .. pelbagai rawatan telah sy buat dan belom berhasil.. sy ingin membuat rawatan ivf..tp masalah kewangan krn ivf memerlukan modal yg besar..ade x cara lain pd pandangan dr..sekian terima kasih..

Anonymous said...

Salam..saya ingin tahu adakah gejala yang saya hadapi kini ada kemungkinan kes spt dr katakan sblm ini.saya sudah hampir setahun berumah tangga ttp masih belum dikurniakan zuriat. setiap kali slps bersama suami, dlm jangkaan waktu subur sy pasti menanti kehadiran berita gembira utk mendapat cahaya mata hari2 slps itu namun masih belum ada. setiap kali ada gejala spt hamil ttp rupanya gejala dtg haid. Tetapi, baru2 ini hingga skrg slps waktu haid habis saya masih rasa sakit di bhgn abdomen bawah pusat. rasa seperti mencucuk2 hingga ke bawah. selalu rasa ngilu, sakit2 belakang, hilang selera makan, payudara sakit sebelah kanan,pening,angin dan lemah badan. Saya juga akan rasa sakit bila bersama suami. Saya cuba buat pregnancy test tp hasilnya negatif. Bolehkah dr bantu saya beritahu apa maksud gejala2 ini. Sebelum ini pernah seorang dr memarahi saya slps saya buat urine test kerana katanya saya kurang minum air. Ketika itu saya belum berkahwin dan katanya sikap sy akan buatkan saya mengalami masalah jika hamil

Anonymous said...

Salam.... sy juga pernah alami mslah ini pd awal thn 2009, dan tiub seblah knan tlah d buang. Selepas kejadian itu sy cba utk mgndung lagi, ttapi ggal. sampi ke hari ini sy msih blom hamil. Masih adakah pluang utk sya hamil lagi dktor? Dan bgmanakah utk sy pstikan tiub yg tggal sblah lagi tu normal atau ada mslah spt tersmbat atau sbgainya... sbb smpi skrang sy blom hamil?? Perlukah sy pergi buat pemeriksaan d hospital berdekatan?? Please reply back to my email... puteri_andriana@yahoo.com

Anonymous said...

salam doc....sy tak ada plak tanda2 mengandung luar rahim..tp,bila sy pegi scan...doc.masih xnmpk apa2...die ckp,kemungkinan kandungan masih baru,akan keguguran ataupun kandungan luar rahim..sy btl2 terkejut bila die ckp luar rahim...betul ker,kalau xnmpk apa2 bila scan,kita ada kemungkinan utk dpt kandungan luar rahim...sy btl2 bimbang...

ayangku omel said...

salam, doktor. saya berumur 32 thn, dah berkahwin. skrg dah hampir 3bulan period saya xkluar.. UPT dah saya buat tp hasil nya negatif... saya xfaham macam mana skrg ni... nak pi klinik pun doktor cakap xde apa2 masalh.. saya ni obes tahap II berat 90 kg tinggi 157. harap doktor leh suggest saya agar saya lebih tenang utk atasi masalah saya... kami berhajat utk menimang cahaya mata.

Rina said...

salam..sekadar ingin berkngsi pengalaman saya. saya telah dissahkan mengandung lur rahim pada 7/12/11 dan telah menjalani pembedahan, tiub sebelah kii saya telah dibuang. dan lebih menyedihkan lagi saya baru berkahwin dan kandungan ini merupakan kandungan yang pertama. doktor juga turut menyatakan bahawa, peluang untuk saya mengandung semula juga amat tipis berdasarkan condition tiub saya yang satu lagi yang tak berapa nak subur. masa tu perasaan saya hanya Allah yang tahu. tapi saya percaya pada semua perkara adalah ketentuan Allah. saya tak berputus asa. saya jaga permakanan saya, saya mengamalkan makanan yang sihat seperti banyak makan buah limau, dan mula mengamalkan memasukkan bawang putih dalam masakan. selain itu saya alhamdulillah, Al-quran menjadi amalan saya selepas dugaan berat ini. saya bersyukur sangat dengan dugaan ini telah mendekatkkan saya kepada pencipta. Alhamdulillah rezeki Allah hanya Allah yang tau, apa yang terbaik untuk kita pada 5/1/2012, saya disahkan mengandung. Alhamdulillahdalam rahim. sekarang saya dah nak masuk 2 bulan.doakan saya.satu je pesanan saya jangan la kita berputus asa dengan nikmat Allah..sabar hadapi dugaan ni..

Anonymous said...

Insyallah,,saya akan mnjadikan cerita ini sbg iktibar...Sesungguhnya Allah swt itu maha adil lagi bijaksana. Setelah 2thn lbih berkahwin isteri disahkan hamil,..alangkah gembiranya perasaan pd ktika itu,,tp ianya xkekal lame..igtkn panas sampai ke ptg rupanya hujan ditengah hari, doktor mengesahkan isteri mgandung luar rahim..bagai petir menghentam bumi, sy hampir pitam bl doktor berkata begitu...sedih sgt...hanya air mata shj mnjadi peneman ketika itu buat kami...yela, sdh skian lame mnunggu tapi takdirnya tertulis begini...shingga kini saya masih dlm proses mengembalikan keyakinan diri dan cuba membina kekuatan baru..isteri pula dlm tempoh berpantang slps mnjalani pembedahan....Semoga Allah mengurniakan cahaya mata buat kami sbg plengkap kehidupan kami melayari rumah tangga..begitu juga dgn teman2 yg senasib dgn kami...Percayalah Allah menurunkan ujian itu dsbbkan dia syg pd hamba2Nya..teruskan berdoa dan usaha insyaallah...hazrul_haidzir@yahoo.com

putri ieda said...

salam..
sy telah menjalani pembedahan hamil luar rahim 15/2/2012 dan masih di dlm pantang..sy kagum dgn rina kerana sebln selepas pmbedahan awk hamil..sy nk th lah kan..rina berpantang mcm mn?dan boleh ke bersama suami?sy berpantang mcm org melahirkan normal dan tkt nk bersama suami..krn doc ada mberitahu supaya tgu 2 bln br bolr bersama n 5 bln kalu nk hamil lagi..kalu rina tak kisah boleh lah kita berkongsi cerita..tq..putri_athera@yahoo.com

Anonymous said...

salam dr.
sy bru lps menjalani pembedahan membuang tiub sebelah kiri dan sedikit usus kecil akibat etopic pd 4 JULAI 2012 yg lps...Alhamdulillah.luka diluar sudah kering dan semakin baek...cume luka di dlm yg mnjadi persoalannya..Dr. mcm mn cara yg boleh memastikan luka di dlm juga kering dan sembuh sepenuhnya????dan slps berapa bulan bru sy boleh mengandung semula bg mengelakan luka di dlm terbuka atau bernanah??

Unknown said...

aslmkm pn azra..saya juga.mengalami nasib same seperti pn..masih berpantang setelah pembedahan minggu lepas..klu pn tdk keberatan,boleh pm kongsi dgn saya cara pn berpantang dan apekah jamu n multivitamins yg puan amalkan..saya juga ingin hamil lg seperti pn..add emel sy enb1110@gmail.com..terima kasih pn

Anonymous said...

Salam...sy nk tanyer. Sy berumur 27 tahun dan baru sahaja berkahwin 5 bln. Semasa berumur 20 tahun sy di kejutkan dgn ketumbuhan fibroid 6cm di dada kanan sy. Sehingga kini sy masih belum melakukan pembedahan membuang fibroid. Masalah sy, sy amat menantikan kehadiran cahaya mata namun sehingga kini masih belum ada rezeki. Adakah fibroid di dada sy ini punca sy susah untuk hamil?

Anonymous said...

Sya juga mengalami perkara yg sma.bru 5 ari jalani pembedahan.boleh x syer pemakanan n jamu, vitamin yang baik supaya sya boleh megandung lg.email sya na_miki85@yahoo.com

Anonymous said...

Salam dr,

Isteri saya disahkan ada kandungan luar rahim...usia kandungan lebih kurang 5 minggu. Sekarang dh selamt menjalani pembedahan tetapi doc hospital mengatakan kedua2 tiub filopio dalam keadaan normal. Sekarang..isteri saya dh dtg period...tapi ada ketulan darah2 kecil keluar semasa buang air kencing. Adakah ini normal?Email saya jks952.Farid@gmail.com

insan lemah said...

Bleh sy tau brepe cost pmbedahan ini?

Related Posts with Thumbnails