Saturday, May 17, 2008

Mencontohi Daya Juang Pasukan Korea Selatan



Assalamualaikum,

Kekalahan skuad Indonesia di tangan Korea Selatan dengan mata perlawanan 3-0 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Thomas pertama di dalam 60 tahun menunjukkan bahawa negara Korea sudah bangkit menjadi salah satu gergasi besar badminton di dunia. Bagaimana Korea Selatan menjinakkan Indonesia dengan begitu mudah sangat dikagumi di sebalik beribu-ribu penyokong fanatik tuan rumah di Stadium Badminton Istora Senayan Jakarta.

Malaysia juga telah mempamerkan aksi cemerlang dengan meggegarkan stadium badminton walaupun akhirnya tewas pada saat terakhir. Hafiz Hashim tidak berjaya menewaskan lawan dari China yang para penkritik sukan menganggap tidak sekuat mana pun. Misbun Sidek pula menganggap Hafiz kalah dari sudut mental.

Kegagalan dari sudut mental ini merupakan cabaran besar atlit Malaysia. Mungkin itu adalah alasan, tetapi adakalanya alasan ini memang boleh diterima jika meninjau dari sudut daya juang sesetengah atlit badminton negara berbanding atlit seperti Korea Selatan dan China.

Saya pernah mewakili Sekolah di dalam Pertandingan Bola Tampar di peringkat Sek Men Agama KL (SMAKL) (Naib Johan Wilayah), MRSM Kuala Terengganu (Naib Johan Seluruh MRSM), Daerah Kuala Terengganu Utara (Juara Daerah) dan Peringkat Fakulti Perubatan UIAM (Pasukan Belasahan- Maklumlah perut sorang2 dah boroi!! Haha :) ).

Semasa berlatih dulu-dulu, jurulatih saya pernah memberitahu, sebuah pasukan bola tampar yang hebat kena ada 3 kombinasi utama - taktikal hebat seperti team Brazil, atlit yang berfizikal tinggi dan berstamina macam team Russia dan semangat yang kental dan tak pernah kalah seperti Team Korea Selatan. Apabila digabung dengan ketiga-tiga ini maka pasukan hebat mampu dihasilkan.



Walaupun begitu, pasukan yang berfizikal hebat dengan taktikal yang juga hebat tidak ada bandingnya dengan semangat berpasukan dan kekuatan mental yang tinggi untuk menang. Sekiranya kalah pun, para peminat akan menyanjung pasukan atlit seperti ini dan akan disebut-sebut sepanjang zaman.

Semangat juang yang kental adalah bertitik tolak daripada mentaliti yang kuat dan sihat, mempunyai objektif yang jelas untuk berjuang demi negara dan bukan material sahaja, suasana hubungan yang baik di antara pengurusan tertinggi, jurulatih dan pemain serta ketiadaan masalah dalaman yang runcing. Bagaimana pengurusan Korea Selatan menanam di dalam kotak pemikiran pemain mereka mentaliti yang kental bukan sahaja di dalam sukan badminton tetapi apa jenis sukan sekalipun patut diambil pengajaran.

Masalah dalaman mereka mungkin kurang kerana mereka mungkin tiada pengamal politik yang menjadi pengerusi badan sukan untuk mempolitikkan badan sukan tersebut atau menjadikan badan sukan sebagai lif untuk naik ke pentas politik.

Memalukan pasukan gergasi Indonesia di tempat mereka sendiri dengan kekalahan 3-0 bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Negara kita patut merendah diri dan belajar dari negara seperti Korea. Cuba lihat pasukan hoki dan bola sepak Korea Selatan, mereka sedang mencipta nama sekarang. Pasti ada formula tertentu yang boleh kita kongsikan. Sekali lagi konsep pandang ke timur dari sudut pembinaan shahsiah atau modal insan patut dipelajari oleh atlit Malaysia di Korea Selatan.

Semoga Malaysia mampu berbuat sesuatu yang ajaib di Sukan Olimpik Beijing tidak lama lagi.

5 comments:

Anonymous said...

Dr. Azwan,

Tepat sekali ulasan Dr. tentang kejayaan pasukan Korea dalam Piala Thomas 2008 kali ini.

Malaysia perlu belajar sesuatu daripada negara Korea...baik dari segi sukan,modal insan mahu pun model keusahawanan bangsa Korea..

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Anonymous said...

Doc,

Satu lagi kata-kata semangat yang menjadi pegangan oleh setiap warga dan bangsa KOrea dan menjadikan mereka berjaya;

BERUSAHALAH!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Wahidah said...

mmg btol apa yg Dr katakan...
mmg korea miliki semangat juang yg cukup tinggi..sehinggakan indonesia pun bole tewas dgn korea...
malaysia patut buat brain storming kat player2nya...

Anonymous said...

Dr mrsm kt batch bile? Sy batch 1998/99.

Dr Azwan said...

Thinkerich : Berusahalah atau Caiyukk! adalah perkataan yang saya belajar dari isteri saya yang selalu tengok cerita Korea. Kalau ada duit lebih InsyaAllah ingin ke Korea.. mungkin 15 tahun lagi kalau panjang umur.

Sedih pasukan hoki Malaysia yang bukan main hebat dahulu dapat kedudukan tercorot pd pertandingan hoki piala Sultan Azlan Shah baru2 ni.

Wahidah : Entah lah Wahida, berapa banyak brain storming dah.. agaknya dah tebal tengkorak depa tu kena brain storm.

Anon: No maktab saya 269/93. Saya anak homeroom 5S2- bawah Cikgu Zulkifli.

Related Posts with Thumbnails