Wednesday, May 7, 2008

Isu Makanan Halal Hotel Masuk Buletin Utama TV3






Assalamualaikum,

Nampaknya isu halal dan haram di restoran 5 bintang telah masuk ke dalam TV3. Jikalau anda menonton bulletin utama TV3, terdapat 2 bahagian rencana yang dikeluarkan oleh TV3 tentang isu hangat ini.

Malah beberapa orang chef juga telah ditemubual dan telah menyatakan bahawa mereka sendiri tahu bahawa memang terdapat keraguan dari segi halal dan thayyibah sesuatu makanan yang dihidangkan oleh hotel-hotel 5 bintang kita.

Malah ada juga mahukan bahawa isu ini diketengahkan ke Jabatan Perdana Menteri untuk siasatan dan tindakan susulan.

Saya mencadangkan :-

1. Jabatan Perdana Menteri, JAKIM dan PPIM harus bekerjasama dengan lebih strategik dan rapat seperti menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Makanan Halal di Hotel terutama di Buffet-beffet di mana umat Islam adalah pelanggan utama mereka.

2. Penubuhan Jawatankuasa Shariah di peringkat hotel gabungan sebagaimana KFC sedang laksanakan agar pemantauan berterusan dapat dilaksanakan.

3. Mengadakan kursus-kursus jangka pendek tentang Halal dan Haram kepada Chef Eksekutif yang berhasrat untuk bekerja di Malaysia.

4. Menegaskan papan tanda "Tidak Halal" kepada restoran yang menghidangkan arak atau babi kepada restoran di Hotel.

5. Menghalang Buffet2 di Hotel yang tiada sijil halal mengadakan Hidangan Berbuka Puasa untuk Bulan Ramadhan tahun ini dan tahun2 seterusnya.

6. Mengadakan pemeriksaan mengejut dengan lebih kerap kepada hotel-hotel yang mendapat sijil Halal.

7. Jawatankuasa Bertindak Makanan Halal yang dipengerusikan oleh JPM bersama JAKIM dan PPIM berperanan lebih aktif di dalam mempromosikan hotel-hotel yang diberikan sijil Halal di samping mengajak lebih ramai pihak pengurusan Hotel bersama-sama menuju ke matlamat 100% Makanan Halal di Hotel.

Pendedahan isu ini sepatutnya amat melakukan negara kerana Mihas 2008 akan dilancarkan pada 7-11 May 2008 di Malaysia dan ramai umat Islam akan ke mari untuk melihat secara praktikal negara Malaysia sebagai hub halal dunia ini.

Amat memilukan apabila kerajaan beria-ia mempromosi makanan halal kita di ruang tamu padahal dapur kita di belakang, penuh dengan makanan yang bercampur arak dan babi.

Salam..

3 comments:

Anonymous said...

cadangan yg bernas doc..

Dr Azwan said...

Kumb@ng : dah lama tak update blog. Sibuk ke kumb@ng?

Anonymous said...

dan bila halal dan haram bercampur dalam suatu tempat,masa dan sebagainya sebagai contoh jika pinggan mangkuk hotel dibasuh bersama ,realtitnya mahukah hotel2 besar dan tuanpunya tidak akan menghidangkan sajian yg tidak halal seperti arak dan sebagainya di premis mereka?

Related Posts with Thumbnails