Tuesday, January 26, 2010

Cerita Saya Sebagai Houseman HKL






Salam,

Ada ibu bapa yang bising kerana anaknya yang bertugas sebagai houseman dibebankan dengan tanggungjawab berat dan terpaksa bertugas dengan masa yang panjang.

Saya juga pernah bertugas sebagai houseman di Kuala Lumpur mengakui bahawa ada masanya tugas sebagai houseman memang stress dan memenatkan. Tetapi adakalanya tidak lah teruk seperti yang disangka. Mungkin saya boleh ceritakan sedikit pengalaman saya.

Apabila bilangan houseman berkurang kerana pertukaran posting, tekanan kerja bertambah sebab kerja dan tanggungjawab menjadi lebih.

Lebih-lebih lagi apabila rakan se-houseman kaki ponteng, tak reti buat kerja dan paling teruk tidak bertanggungjawab dengan tugas. Prinsip ber houseman mudah - bila senang sama-sama senang. Susah sama-sama susah. Ini tidak. Bila dia susah kita tolong dia, bila kita susah dia balik dulu...

Bertugas tanpa cuti rehat adalah biasa bagi houseman. Ada sesetengah posting contohnya pembedahan, houseman terpaksa datang untuk melakukan round pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Selepas arahan dilaksanakan mereka boleh pulang kebiasaannya jam 11 pagi. Ada yang melakukannya secara bergilir-gilir mengikut arahan ketua jabatan. Minggu ni ada houseman kena datang buat round Sabtu dan Ahad, minggu depan houseman yang lain pula.

Biasanya houseman diberikan bilik "tumpangan" di kuarters hospital di mana kita sepatutnya tinggal di dalam bilik itu. Oleh itu, kita dijangka akan berada di hospital 24 jam dan akan dipanggil bila-bila diperlukan. Anda boleh pulang ke rumah, tetapi syaratnya, bila anda dipanggil, anda kena datang.

Kuarters "houseman" masa zaman saya sekadar cukup untuk tidur dan mandi. Ada satu meja belajar dan satu almari kecil. TV tiada di dalam bilik. Kalau nak tengok TV ada satu tempat kena jalan kaki macam ruang lobi kecil yang berkipas, tempat lalu lalang orang ramai. Di situ ada beberapa buah mesih basuh automatik yang berfungsi dengan menggunakan wang siling. Astro masa itu tidak ada lagi (tak tahu lah sekarang), siaran TV pun tak beberapa cantik. Ada sofa buruk yang kadang-kadang kami duduk. Tapi kebanyakannya kami tak ada masa untuk bersosial.

Kalau nak cerita kerja 36 jam hingga 48 jam bagi houseman tu biasa. Lebih daripada itu pun saya pernah. Biasanya masuk kerja jam 7.30 pagi habis dalam jam 6 pm hingga 7 pm. Cerita bab balik awal ni yang tension sikit. Ada sesetengah houseman ni kaki balik awal. Pukul 5 pm dah cabut. Dia tahu kerja dia dah siap lepas tu balik.

Houseman dibahagi tugas ikut kubikel atau bahagian dalam wad. Di dalam wad ada 4-5 kubikel yang diasingkan dengan diding separuh. Kalau houseman melimpah, satu houseman jaga satu kubikel waktu siang. Kalau houseman kurang, mungkin 2-3 kubikel untuk seorang houseman. Bilangan pesakit mungkin dalam 6-10 orang satu kubikel.

Pesakit yang berada berdekatan dengan stesen jururawat atau di tengah-tengah biasanya pesakit yang sakitnya lebih bahaya dan kurang stabil. Oleh itu biasanya houseman yang lebih senior akan menjaga kubikel itu. (Kalau kena buli - yang senior kena jaga kubikel senang, yang houseman junior kena jaga kubikel susah).

Oleh itu, mereka yang jaga kubikel susah ini kadangkala terpaksa balik lewat kerana pelbagai arahan oleh pakar perlu dilaksanakan sebelum pulang. Ini lah waktunya, sahabat houseman datang membantu. Kalau yang baik, selepas kubikel yang dijaganya siap, dia akan datang membantu untuk menyiapkan kerja. Kalau yang jenis kaki balik awal ini, jangan harap lah.

Sekiranya on call, houseman akan bermalam di wad kerana bilik on call disediakan. mereka boleh balik ke kuarters sementara sahaja untuk mandi, selepas itu naik ke wad semula. Biasanya susah nak tidur sebab bila wad aktif, mereka kena sambut pesakit, tanya soalan, buat catitan, buat rawatan awal, ambil darah dan isi borang-borang yang entah apa-apa tu.

Saya ni ditakdirkan memang "jonah". Jonah bermaksud satu nasib di mana pesakit "suka" kepada anda. Ini kerana bila saya on-call, memang pesakit masuk beramai-ramai. Solah-olah malam itu ada kenduri di wad!

Belum habis satu pesakit, masuk lagi satu pesakit. Belum ambik darah yang ini, masuk lagi seorang.. Pendekata, memang mencuka lah wajah-wajah makcik-makcik jururawat yang kerja dengan saya malam tu. Jadi, bila saya bertugas dalam panggilan, jururawat dah sok-sek, alamat tak tidur lah malam ini.... heheh..

On call atau bertugas di dalam panggilan ada 2 jenis. Satu aktif, satu lagi pasif. Aktif on call ialah kita bertugas di wad dan melakukan tugas-tugas sepatutnya. Manakala on call pasif apabila dia berada di kuarters tetapi boleh dipanggil bila-bila masa sekiranya ada pembedahan atau pesakit terlalu ramai.

Ada masanya, kita kena on call pasif dan esoknya aktif, kemudian pasif lagi dan seterusnya aktif. Itu kira houseman memang kurang di tahap kritikal maut la..

Saya masih teringat satu malam bertugas, saya on call dan terpaksa masuk satu pembedahan jam 10 malam. Pembedahan tersebut adalah pembedahan kecemasan dan usus pesakit terpaksa dibuang separuh dan dicantum semula. Pembedahan itu terlalu lama, kerana terdapat pelbagai komplikasi.

Jika saya masih ingat, pada awalnya dia diagnos penyakit appendiks pecah, tetapi apabila dibuka rupa-rupanya kes ketumbuhan atau kanser. Pukul 2 pagi saya masih bertahan semasa pembedahan, tetapi bila dah jam 5 pagi saya dah tak tahan lagi sebab terlalu mengantuk. Saya tersengguk-sengguk di sebelah pakar bedah. Hehehe... Apa lagi kena marah lah sebab tak pegang retractor betul-betul. Retractor tu satu alat pembedahan yang dipegang yang berfungsi untuk memastikan kawasan pembedahan dapat dilihat dengan jelas oleh pakar bedah.

Saya tak pasti bila pembedahan tamat, tapi jam 8 pagi saya minta seorang houseman lain masuk menggantikan saya. Saya balik ke kuarters, mandi dan tukar baju dan masuk kerja balik macam biasa. Memang malam tu tak tidur. Tersengguk-sengguk tu tak kira tidur kan.

Satu lagi cerita semasa saya bertugas di wad peubatan (internal medicine). Saya telah bertugas di atas panggilan malam sebelumnya dan meneruskan kerja biasa pada waktu siangnya. Maknanya saya akan pulang petang itu. Tiba-tiba ada seorang rakan houseman ini minta saya cover dia sehingga jam 8 pm. Rakan ini memang terkenal dengan kes curi tulang. Saya pun setuju kerana dia kata ada masalah sikit yang perlu diselesaikan.

Bila tiba jam 8pm, dia tidak kunjung tiba. Bila telefon tidak diangkat. Setelah dicuba banyak kali akhirnya dia angkat juga. Boleh dia kata, dia tak dapat nak on call malam tu. Saya masih ingat lagi muka dan nama houseman yang tidak bertanggungjawab itu. Sakit hati bukan kepalang.Apa nak buat, saya yang terlalu "bodoh" ini terpaksa lah menjalankan 2 kali oncall aktif berturut-turut. Penat usah cerita.

Houseman yang bermasalah ini sukar untuk diambil tindakan. Biasanya mereka ini akan menerima amaran sahaja. Mereka tidak akan dikekalkan untuk dipanjangkan tempoh mereka di satu-satu posting. Ketua jabatan mana yang inginkan houseman yang tidak bertanggungjawab, tidak cekap dan bermasalah?. Lagi cepat mereka beredar dari posting itu lebih kurang masalah kepada ketua jabatan.

Yang saya perasan, houseman yang "pemalas" dan "mementingkan diri" ini terdiri daripada mereka yang datang dari keluarga yang berada. Walaupun bukan semua, mereka ini tidak biasa buat kerja berat dan suka mengarah sahaja. Kita buat kerja teruk-teruk, mereka duduk di perpustakaan baca buku kononnya. Gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

Ada juga houseman yang merbahaya kepada pesakit. Mereka ini biasanya graduan universiti dari luar negara yang tidak diiktiraf tetapi akhirnya lulus untuk diserapkan. Mereka ini bermasalah dan terpaksa diwujudkan seorang lagi houseman untuk bersama-sama dengannya. Contohnya sepatutnya pada waktu malam, hanya seorang houseman sahaja bertugas. Tetapi ketika houseman ini bertugas, seorang lagi houseman akan di tag untuk bertugas dengannya.

Cuba bayangkan, seorang budak kecil terpaksa dicucuk berkali-kali kerana houseman ini tidak dapat memasukkan line di dalam saluran darahnya. Bila houseman lain cuba, dapat pula. Sehingga ada ibu bapa marah dan membawa pulang anak-anaknya. Adakalanya, rawatan asas pun tidak dapat diberikan kepada pesakit walaupun sudah berada di dalam posting melebihi 3 bulan.

Itulah serba sedikit pengalaman yang saya kongsi di dalam blog ini. Kerja sebagai houseman memang adakalanya mencabar. Ia adalah fasa di mana kita akan diuji dengan pelbagai ujian hidup setelah keluar daripada universiti. Ramai yang berjaya, sebilangan kecil gagal. Kepada ibu-bapa, anggaplah ia sebagai satu ujian kepada anak anda untuk mebentuk peribadinya sebagai seorang yang hebat suatu hari nanti. Tidak perlulah mengadu kepada KKM kerana tugas mereka berat dan panjang. Bagi saya, semua houseman pernah melalui zaman itu.

Wallahu Alam


Dipetik dari Malaysiakini :-

Kementerian kesihatan tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung doktor pelatihnya yang didakwa terpaksa bekerja dalam jangka masa yang panjang dan dalam keadaan tegang di hospital kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Ismail Merican sebaliknya berkata berdasarkan pengetahuannya, di sesetengah wad hospital ada doktor pelatih yang kekurangan kerja.

"Saya terkejut mendengar aduan itu, jika anda ke wad pembedahan, akan terdapat 20 doktor pelatih yang kekurangan kerja. Mereka akan berebut untuk menjalankan pembedahan apendiks,” katanya dalam satu wawancara.

Beliau diminta mengulas isu doktor pelatih yang didakwa terpaksa bekerja melampaui masa yang sering disiarkan di akhbar menerusi forum 'Surat Pembaca'.

Sesetengah pihak mengadu ada doktor pelatih terpaksa bertugas sehingga 36 jam dan ada juga yang mendakwa terpaksa bekerja sehingga 15 hari tanpa cuti rehat.

Ismail bagaimanapun mengakui dia ada menerima aduan daripada ibu bapa doktor pelatih yang beliau sifatkan sebagai masalah yang tidak timbul kerana dia juga melalui sistem 'houseman' yang sama sebelum ditauliahkan sebagai seorang doktor.

“Kami bekerja lebih keras ketika itu dan tidak mengadu kepada ibu bapa. Saya terbuka untuk berunding. Doktor pelatih boleh e-mail atau sms ataupun singgah sahaja di pejabat saya tetapi tiada yang berbuat demikian kecuali ibu bapa,” katanya.

Di Eropah, bekerja untuk syif yang panjang telah diharamkan dan doktor hanya dibenarkan bekerja sehingga maksimun 12 jam tanpa rehat.

7 comments:

TotYati said...

salam dr.

kerjaya ini mmg sungguh perlukan kekuatan mental dan fizikal. mmg amat kagum dgn dr yg ikhlas merawat pesakit :D

Zulfahimi bin Husain said...

salam, dr minta izin copy artikel dr utk paste dlm blog.
terima kasih

(http://www.facebook.com/note.php?created&&suggest&note_id=293696848374)

aku dr amin said...

salam dr. minta nak copy artikel cetia saya seorang houseman. saya nak letak dalam blog saya. then saya link kan kat blog dr. harap dibenarkan. syukran

Dr. Mohd Faizal B Nor Azmi said...

darah saya mendidih balik bila doctor cakap pasal houseman yang suka curi tulang tu sebab ada pengalaman peribadi, orang lain mungkin senyap tapi saya seorang yang serius dan golongan houseman mcam ni memang teruk tindakan yang saya kenakan, attitude problem!

Edwin T said...

hi doc. i'm a fresh graduate. your post is nicely written! i think it might help me someway to be a better houseman in 2 months time. :) thanks!

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

IBU.SUMIASIH said...

Saya mau mengucapkan terima ksih g tidak terhingga, serta penghargaan & rasa kagum yg setinggi-tingginya kepada AKI JEYAPATI , saya sudah kerja sebagai TKI selama 5 tahun di singapore, dengan gaji lebih kurang 2.5jt/bln, tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari, apalagi setiap bulan harus mengirim ortu di jawa, sudah lama saya mengetahui roomnya AKI ini, juga sudah lama mendengar nama besar aki, tapi saya termasuk orang yg tidak terlalu percaya dengan hal ghoib, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng Saja.
tetapi kemarin waktu pengeluaran 8924 , saya benar2 tidak percaya & hampir pingsan, angka yg diberi aki 8924 ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di singapore, tidak ada ongkos pulang, terus beliau bantu kasih angka 8924 setelah saya bantu mahar 8 juta.mulanya saya tdk percaya,mana mungkin angka ini keluar, tapidengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan januari, ternyata meledak….!!!
dapat BLT 750jt, sekali lagi terima kasih banyak AKI JEYAPATI, saya sudah kapok kerja jadi TKI, rencana minggu depan mau pulang aja ke sukabumi.buat aki,saya tidak akan lupa bantuan& budi baik aki.HUBUNGI AKI JEYAPTI DI NO INI 0852-4228-0055. KLIK TOGEL 2D 3D 4D 6D DISINI

Related Posts with Thumbnails