Thursday, January 28, 2010

Adakah "Perdana Menteri" Betul??






Salam,

Pagi ini saya nak berkongsi sesuatu yang boleh buat kita berfikir.

Saya petik dari program pagi Radio 24 iaitu "Santun Bahasa".

Jika anda bertolak dari rumah jam 6.30 pagi, cuba contohi saya.

Dari jam 6.30-6.45 pagi, buka siaran radio IKIM 91.5 Mhz untuk mendengar Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan. Kemudian tamat program bersama Ustaz Zahazan anda tukar pula ke siaran Radio 24 Bernama 93.9 Mhz untuk siaran Santun Bahasa kelolaan Kam dan Wan Sherina dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP).

Apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah tentang tatabahasa di dalam Bahasa Melayu iaitu 'Diterangkan Menerangkan' yang dimuatkan di dalam program tersebut.

Suatu objek diikuti dengan perkataan yang menerangkannya bukan sebaliknya.

Nampak macam susah tetapi mudah.

Contoh 1 :

Ani memakai baju kebaya
Baju apa? - Baju Kebaya
Jadi kebaya itu menerangkan apakah jenis baju yang dipakai.

Mudahkan?

Contoh 2.

Goreng pisang atau Pisang goreng?
Jika dilihat dari sudut diterangkan menerangkan - maka yang betul ialah :-
Pisang Goreng - kerana pisang adalah objek dan goreng menerangkan makna perkataan pisang.


Contoh 3 :

Lain-lain hal.
Betul atau salah?

Jawapan : Salah. Jawapan yang betul ialah hal-hal lain. Kerana "lain" yang menerangkan "hal" bukan sebaliknya.


Contoh 4.

Air Asia Hotel atau Hotel Air Asia?
Hotel Ahmad atau Ahmad Hotel?
Jawapannya Hotel Air Asia dan Hotel Ahmad.

Jika dilihat semua contoh di atas, kita dapati jika kita menggunakan tatabahasa "diterangkan menerangkan" di dalam bahasa melayu, ini membezakan kita dengan bahasa inggeris. Mereka yang menggunakan Air Asia Hotel dan Ahmad Hotel sebagai contoh telah terpengaruh dengan cara penggunaan bahasa inggeris.



Ok.

Berdasarkan 4 contoh mudah yang telah diberikan di atas, saya ingin bertanya soalan cepumas.


Bagaimana dengan perkataan - PERDANA MENTERI?

Betul atau Salah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tips : Menteri Pertanian, Menteri Kewangan..... :)

Jawapannya?

7 comments:

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

Sejak zaman sekolah rendah lagi saya memikirkan hal ini, saya masih ingat pertama kali saya terfikirkan ini ketika umur 7 tahun, ketika membaca tajuk utama akhbar berita harian

jawapannya pastilah MENTERI PERDANA

same concept applied to Menteri Besar kenapa tak Besar Menteri?

Jawapan yang saya terfikir ialah direct translation dari PRIME MINISTER : PERDANA MENTERI :PM

Kalau perasan la kan?PM kita yang ni sangat kurang menggunakan bahasa melayu dalam pelbagai medium, buktinya di facebook dia pun tak guna bahasa melayu so camne tu?
ibu ketam mengajar anak berjalan lurus?
katanya satu malaysia tapi bahasa pun tak dapat disatukan camne tu

hehe panjang sudah

p/s : tertekan dengan kesengsaraan rakyat sejak pelbagai penarikan dan kenaikan berlaku akhir2 ini...

admin said...

kalau difikirkan adabenarnya....
sama macam liga perdana ... atau perdana liga....

jawapan : kompom liga perdana..
thank.. sbb memberi input untk berfikir...

Najwa Aiman said...

Kalau "Mamanda Menteri"?

anisz said...

sangat menarik utk di fikirkan,, hehe

Anonymous said...

salam ukhwah, soalan yg akan timbul byk p'soalan lain nih, mungkin sbb nk bg sama singkatan BM & BI = PM
Perdana Menteri = Prime Minister

Wallahu a'lam

Dr Azwan said...

benda dah status quo... kalau ditukar terasa janggal.. macam nak tukar pemimpin negara.. kalau ditukar terasa janggal.. walaupun ia mungkin perkara terbaik..

amin007 said...

tukar sahaja jadi Bendahara hehehe.
kalau Bendahari lain pulak maknamya huhuhu

Related Posts with Thumbnails