Friday, January 8, 2010

Klinik 1 Malaysia - Pandangan saya





Pembukaan Klinik 1 Malaysia - Pandangan saya

Dari satu sudut, pembukaan klinik 1Malaysia boleh membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital dan mengurangkan tempoh menunggu 30 minit untuk menerima rawatan yang amat sukar dicapai. Ia juga adalah klinik RM 1 (boleh dikatakan percuma) untuk merawat penyakit ringan seperti demam, selsema dan batuk.

Ia boleh membantu para pesakit yang tidak mampu mendapat rawatan dengan murah. Bagi masyarakat golongan marhaen ini, ini adalah satu kewajaran dan memberi gambaran yang sangat baik kepada pihak kerajaan.

Dari sudut yang berbeza, MMA berpendapat tidak wajar membuka klinik yang substandard di bandar-bandar yang beroperasi tanpa kawalan doktor. Sebelum ini, klinik swasta yang beroperasi di bawah kawalan MA ditangkap dan didenda tetapi sekarang KKM pula yang melaksanakannya.

Persoalannya bolehkah klinik swasta menggunakan khidmat MA atau jururawat untuk menjalankan klinik mereka kerana banyak klinik swasta juga memberi rawatan cough and cold. Ini boleh merumitkan penguatkuasaan kerana ada precedent dari pihak KKM sendiri.

Persaingan di antara klinik juga menjadi faktor utama MMA bersuara. Terdapat banyak klinik swasta berdekatan di antara satu sama lain. Walaupun caj klinik swasta semakin hari tidak juga semakin murah, namun banyak klinik terpaksa gulung tikar dan tidak dapat meneruskan bisnes. Ramai doktor terpaksa menyertai klinik swasta yang lebih kuat kedudukan kewangannya kerana tidak mampu menjalankan bisnes mereka. Dan banyak klinik memang mengharapkan pesakit cough and cold ini untuk meneruskan kelestarian bisnes mereka.

Saya percaya klinik 1Malaysia juga akan ramai dilimpahi warga Indonesia kerana mereka sekarang ini yang memenuhi hospital kerajaan kita kerana mereka tidak kisah dengan ubat yang murah dan terpaksa menunggu lama.

Saya melihat bahawa perlaksanaan klinik 1Malaysia ini perlu dinaikkan tarafnya sebagai klinik kesihatan dengan doktor dengan mengekalkan bayaran RM 1. Ini kerana meletakkan MA dan Jururawat sebagai operator akan merendahkan standard klinik KKM dan menyebabkan persaingan tidak sihat kepada klinik swasta.

Perlaksanaannya juga perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak dan tidak perlu tergesa-gesa kerana impak kewangan yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan mengurangkan pembaziran akibat redundancy akibat persaingan tidak sihat. Perancangan tidak sempurna akan menyebabkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak dan menggendalakan perancangan KKM sendiri untuk membangunkan prasarana pembangunan kesihatan kepada rakyat Malaysia menjelang 2020.

10 comments:

Elynn said...

hi, Selamat pagi doktor...

Klinik 1 Malaysia ? memang bagus !

Baru-2 ini saya pergi klinik utk mendapatkan rawatan, masa tu saya batuk..

Cuma tunggu 15 minit pendaftaran dan rawatan. Memang cepat.

Tidak perlu saya pergi jauh ke hospital untuk mendapatkan rawatan sakit biasa ini.

Klinik yang di ilhamkan oleh PM, memang berbaloi!!!!

Kami RAKYAT memang senang hati dan bertuah punya kemudahan yang begini, terutama kami yang berpendapatan rendah.Ubat yang di berikan sama dengan mana-2 klinik, cuma dos agak berbeza. Syukur batuk saya sudah sembuh....

Bagi Doktor di swasta jangan bimbang...tidak menghalang pun rezeki anda!!!!!. Percayalah kata PM...

Bagi yang sakit serius sudah pasti ada yang ke klinik swasta untuk rawatan atau pemeriksaaan lanjutan atau ke Hospital.....

Klinik 1 Malaysia !!!!! bholeh...

Tahniah PM...

Dr Azwan said...

Cik Elynn : terima kasih atas respons. Bak kata cik Elynn,

"Bagi Doktor di swasta jangan bimbang...tidak menghalang pun rezeki anda!!!!!. Percayalah kata PM..."

saya percaya kata-kata PM kerana PM sentiasa bercakap benar.. :)

Anonymous said...

kenapa krajaan x letak m.o kat k1m? sbb nnt m.o akan mntk mcm2.. xde xray xleh nk tgk fracture, mntk xray.. pastu mntk lab sbb xleh nk diagnose pt klu xde blood Ix.. Letak m.a ngn nurse xkn mrendahkn standard k1m sbb tujuan k1m adalah merawat kes2 ringan.. xde m.o pun m.a bleh cek kes2 ringan n ps ubat.. lg 1, kat kk pun time oncal ade ke doktor assist setiap masa? harap elaun oncall je dpt, tp smggu skali nk g klu ade ambulan call/oncall pun xde...

Anonymous said...

saya rasa da jelas dalam blueprint klinik 1malaysia ni, kenapa perlu dimomokkan lagi.

Ia khas pesakit luar jenis ringan sahaja. bg staf KKM yang bertugas, memang peluang claim OT.

MA dan MO di Malaysia tidak byk mana. tiada MO, tiadalah MC boleh diberi.. sekadar khidmat rundingan asas sahaja. yang paling penting ujian HIV

sy rasa mula2 mmg la nmpk tak elok je.. tapi membudayakan 1 sistem kesihatan untuk akses mudah rakyat byk manfaatnya. bandingkan cuci luka di swasta dan klinik 1Malaysia...nmpk ketara 1 golongan yang terkesan byk dgn klinik 1 Malaysia.

Kedai Rakyat 1Malaysia dulu pun persatuan cina sahaja yang tentang kan.

shsimaasyamimi yusuf said...

Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Ada perkhidmatan medical checkup ( cth xra dan apa apa yg berkaitan medical checkup yg diperlukan) di klinik 1 malaysia?

shsimaasyamimi yusuf said...

Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Ada perkhidmatan medical checkup ( cth xra dan apa apa yg berkaitan medical checkup yg diperlukan) di klinik 1 malaysia?

Anonymous said...

Dr yg tdk bprgai seorg dr..pmikiran cetek.naif..if rsa nk bkk klnik swasta sb nk untung bk xpyh..wjub klnik 1 msia byk rgankn beban rkyat..jgn nk fkr duit je..fkr ssh sng rkyat..bg ak..k1m rwtan sma je cm swasta..kdgkala m.a ni lg bgus dri dr..sb ak pnh p klnik 1msia..

Anonymous said...

saya first time nk g klinik 1malaysia...harap2 ok lah. Sekarang ni economi xbrapa ok. Swasta pulak cekik darah...

Unknown said...

Salam sya nk tnya klinim 1malaysia boleh buat urien test untk pelajar giatmara dn berapa byaranya?

Unknown said...

Salam sya nk tnya klinim 1malaysia boleh buat urien test untk pelajar giatmara dn berapa byaranya?

Related Posts with Thumbnails