Tuesday, January 5, 2010

Penipu






Salam,

Di dalam dunia realiti ini ramai sungguh penipu. Penipu ini boleh memakai topeng macam-macam rupa. Ada yang pakai macam orang alim dan berkopiah. Ada penipu ni berupa wanita yang lemah lembut dan bersifat keibuan pada luarannya. Ada yang bertudung ada yang tidak.

Orang-orang seperti ini pandai betul menipu dengan luarannya. Apabila kita bertemu dengannya cakapnya lembut gusi daripada lidah.

Kita ini mudah tertipu kerana kita ini baik dan hati kita ikhlas untuk membantu. Kita fikir orang itu pun baik macam kita. Manalah mungkin orang yang mukanya baik dan hatinya pada pandangan kita mulia akan menipu. Kita cuba bayangkan bahawa kita tidak akan menipu orang, takkan orang itu akan menipu kita.

Lebih-lebih lagi orang yang menipu kita itu mungkin ada kaitan saudara dengan kita. Bapak dia sepupu dengan pakcik aku, takkan dia menipu... alah, dia tu abang ipar kepada kawan aku di sekolah dulu... takkan dia menipu.

Sekiranya itu yang kita pegang, waspadalah, kita akan tertipu juga.

Bila kita ada duit, orang akan mula berbaik-baik. Dia tahu kita berduit, dia akan dekat dengan kita. Pssstt.. bang, ini ada satu bisnes baik... Pulangan 20% sebulan. Cubalah..

Orang yang boleh menjadi mangsa ialah mereka yang menerima wang KWSP ketika pencen. Mereka ini adalah OKB atau Orang Kaya Baru. Dengan bekerja sebagai penjawat awam, biasanya mereka tidak terdedah dengan bisnes. Oleh itu jika ada bisnes yang nampak menarik, maka duit yang ada menjadi gadaian.

Berbeza dengan orang yang muda, sekiranya wang pencen ini lesap, mereka akan pasti terduduk. Ini kerana umur sudah 55, takkan ada kudrat untuk bekerja lagi utk mencari wang utk menyara diri. Kasihan pun ada.

Ini tidak bermakna yang muda tidak perlu berhati-hati. Saya adalah salah seorang yang selalu tertipu. Di dalam kehidupan yang saya lalui, ditipu adalah permainan saya. Setiap kali saya ditipu saya belajar dari kesalahan saya. Di dalam bisnes, jika kita gagal, ia adalah satu lekuk pelajaran yang sangat hebat.

Saya belajar dari kegagalan yang banyak. Untuk berjaya di dalam bisnes ini, kita perlukan seorang mentor yang sudah berjaya di dalam bisnes. Mentor yang kita mengadu sekiranya terdapat masalah. Mentor yang memberi tunjuk sekiranya kita sesat. Mentor kita ini boleh mengesan penipu yang licik. Ini kerana mereka juga pernah ditipu sehingga sudah menjadi asam garam mereka. Kalau tidak ditipu mereka tidak akan menjadi seperti sekarang.

Mentor ini harus seimbang dunia dan akhirat. Dunia dikejar, akhirat tidak ditinggal. Saya ada dua orang mentor seperti ini. Saya harap saya akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti.

Wallahu Alam.




No comments:

Related Posts with Thumbnails