Kerajaan habis RM 20 juta setahun atau RM100 juta utk 5 tahun bagi kempen TAK NAK rokok. Kempen hanya sekadar tinggal kempen jika tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang kaya hanya taukey printing, taukey papan iklan serta syarikat media TV dan radio swasta. Kerajaan boleh meneruskan kempen ini tetapi perlu fokus dan bijaksana. Jika tidak duit rakyat umpama dicurah ke longkang sahaja.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menghentikan kempen 'Tak Nak' merokok walaupun kempen itu gagal menyekat peningkatan bilangan perokok baru di negara ini terutama daripada kalangan remaja.
Setiausaha Parlimennya Lee Kah Choon berkata kementerian akan terus memperhebatkan lagi kempen 'Tak Nak' merokok menerusi media dan kempen pendidikan di sekolah-sekolah.
Pendidikan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menyedarkan golongan remaja tentang bahaya merokok, katanya ketika menjawab soalan Senator Hassan Shukri mengenai kejayaan kempen tersebut pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Selain berlaku peningkatan bilangan perokok baru terutama di kalangan remaja, Lee berkata bilangan perokok wanita juga bertambah walaupun peratusannya sedikit.
"Pada kajian yang lepas bilangan perokok wanita hanya 4% tetapi kini ia telah meningkat kepada 8%, trend kenaikan ini walaupun sedikit tetapi ia tidak sihat," katanya.
Dipetik dari BERNAMA
2 comments:
masalah nya kedai kedai jual rokok masih dibenarkan perlesenan mereka tu la masalah nya cuba lah berhenti kan terus jualan rokok di malaysia .. dan juga arak dan benda benda haram lain di malaysia.. apakah Negara Malaysia sbg negara Islam hanya sbg lambang saja tapi tak sorang pun memberhentikan terus jualan benda benda haram dan tmpt tmpt maksiat masih wujud berniaga di malaysia?
TAKDA GUNA NYA BERKEMPEN2 TAPI MASIH LAGI TIDAK MENYEKAT JUALAN DI KEDAI2 BENDA BENDA YANG DIHARAMKAN.. TMPT TMPT MAKSIAT MASIH LAGI BERTIMBUN DIBENARKAN PERLESENAN MEREKA ATAS DASAR KERANA WANG SEMATA MATA DISUAP DGN WANG BUTA KRN DUIT.. MASIH JUGA TAK DISEKAT KEMASUKAN BENDA BENDA HARAM KE DALAM MALAYSIA DAN DI BENARKAN PENJUALAN BENDA BENDA HARAM ..
Post a Comment