Friday, January 22, 2010

Stress Selepas Trauma






Salam,

Kenangan kemalangan bas ekspress sani yang meragut 10 nyawa masih kekal di dalam ingatan. Apatah lagi ia akan menghantui kita lagi kerana cuti tahun baru cina yang bakal menjelang.

Seorang penumpang lelaki yang terlibat dengan kemalangan tersebut ada berjumpa saya beberapa hari selepas kemalangan tersebut berlaku.

Masalah pesakit itu ialah tidak dapat tidur. Oleh itu dia sangat penat dan tidak dapat meneruskan tugasnya di sebuah bank. Dia asyik terbayang-bayang kejadian tersebut dan mengalami debaran jantung atau palpitation. Ini dipanggil stress selepas trauma.

Alhamdulillah, mujur dia duduk di tingkat 2 bas Sani Ekspress semasa perjalanan dari Klang ke Perlis tersebut.

Dia memberitahu bahawa keadaan selepas kemalangan sangat mengerikan dan menyayat hati. Ada mangsa yang terputus kepala, patah leher, terputus tangan dan ada terputus kaki. Bayangan tersebut sukar hilang dari pandangan dan muncul apabila hendak tidur.

Apa yang telah berlaku kita jadikan pengajaran. Mungkin masih belum terlambat untuk saya mengucapkan seklaung takziah kepada ahli keluarga yang terkorban.

WallahuAlam.

1 comment:

Unknown said...

salam.adakah perlu utk doktor refer kes mcm ni ke psychiatrist? -medical student

Related Posts with Thumbnails