InsyaAllah
Pada 15-17 hb Januari 2010, Biro Kesihatan ABIM, Malaysian Relief Agency(MRA) dan Islamic Outreach ABIM akan mengadakan pemeriksaan kesihatan di perkampungan orang asli di Slim River.
Program ini juga akan dibantu oleh Hospital Pakar Al-Islam dan Skuad Prihatin ABIM.
Program 3 hari 2 malam ini akan disertai oleh pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di Universitas Sumatera Utara (USU). Adik-adik USU ini sedang bercuti semester selama 3 minggu.
Selain daripada pelajar perubatan USU, dijangka pelajar perubatan dari UiTM dan UIA juga akan menyertai program ini.
Program yang diadakan oleh Biro Kesihatan ABIM ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun selama 3 tahun yang lepas. Sebelum ini program pemeriksaan kesihatan orang asli telah diadakan di Pos Tuel dan Pos Brooke di Gua Musang, Kelantan.
Program kali ini juga berbentuk pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, ceramah agama, program dengan anak-anak orang asli dan program motivasi untuk pelajar.
Ia juga merupakan langkah dakwah bil hal untuk kita mendekati masyarakat orang asli yang ada yang sudah masuk Islam tetapi tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang Islam. Program berkala banyak dianjurkan oleh Islamic Outreach ABIM yang membantu proses islamisasi masyarakat orang asli dan memberi bantuan untuk mereka meneruskan hidup.
Kami membuka peluang sekiranya ada doktor-doktor, ahli farmasi atau jururawat yang ingin menyertai program ini.
Wallahu Alam.

1 comment:
i'm interested...but maybe in ABIM's next year activity....insyaallah....
Post a Comment