Saturday, January 2, 2010

Kalimah Allah lagi...






Salam,

Keputusan tentang penggunaan nama Allah telah diputuskan dan kerajaan sedang memohon rayuan kepada keputusan tersebut.

Pelik kerana di dalam agama Kristian penggunaan perkataan Allah hanya digunakan di negara yang majoriti penduduknya agama Islam. Sedangkan di Eropah dan US, di mana majoriti penduduknya beragama Kristian, tidak pula digunakan kalimah ALlah di dalam mana-mana ceramahnya dan juga biblenya.

Jikalau hendak meletakkan tafsir GOD sebagai ALLAH, cuba lihat mana-mana kamus Oxford, Kamus Dewan dan apa-apa kamus sahaja pun yang meletakkan tafsir GOD itu ALLAH.

Kita tak mahu ada sekumpulan manusia mahu menangguk di air yang keruh. Selama berabad lamanya di tanah melayu atau Malaysia tidak ada penggunaan kalimah GOD itu Allah oleh Mubaligh Kristian kerana sebagai tanda hormat mereka kepada umat Islam dan mengetahui Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Allah itu Esa dan dia tidak beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu makhluk pun yang boleh disekutukan dengan Allah. Biarlah anak muda di Malaysia faham tentang itu.

Kenapa masyarakat beragama kristian di Malaysia perlu mewujudkan perasaan kurang senang umat Islam di sini? Jangan nanti kita beri betis mereka mahukan peha pula... Wallahu Alam.

Kenyataan Media ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Harold : The Catholic Weekly. Kesan utama kepada penggunaan ini ialah masyarakat bukan Islam diberikan hak berdasarkan tafsiran perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan ataupun penggunaan seharian, dan sebarang larangan oleh pihak berkuasa atau otoriti agama Islam adalah tidak sah.

ABIM menilai keputusan ini tidak bertepatan dengan semangat peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di kalangan agama-agama lain di negara ini. Ia juga bertentangan dengan larangan penggunaannya yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri kerana ia dikenalpasti bakal mengelirukan akidah dan konsep ketuhanan di kalangan umat Islam, merobek sensitiviti umat Islam selaku majoriti di negara ini serta berpotensi menimbulkan ketidaktenramaan awam sekiranya tidak ditangani secara baik..

Justeru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memohon campur tangan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menghentikan segera polemik kalimah Allah. Gesaan ini selari dengan peruntukan perlembagaan persekutuan, yang menetapkan segala urusan berkaitan dengan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah kuasa serta naungan Raja-Raja Melayu.
Related Posts with Thumbnails