Salam,
Setakat hari ini saya terdengar beberapa gereja kristian telah pun diserang dan ada satu gereja telah dibakar.
Saya berharap umat Islam dapat mengawal diri mereka di dalam hal ini dan usah terlalu ghairah untuk membalas dendam kerana itu bukan perilaku orang Islam yag berakhlak.
Segala apa yang dilakukan sewajar mencerminkan akhlak yang mulia dan kesabaran yang tinggi.
Sabar itu sebahagian daripada Iman.
Wallahu Alam
4 comments:
Gua harap tak adalah perang saudara di negara nie..klu ada mmg habislah..
slam 1 malaysia kpd rakyat malaysia...saya ingin bertanya..adakah agama islam mengajar benda yang tdk baik sehingga umat yg menganuti agama lain dibuat seperti begini??mahukah anda UMAT ISLAM YANG HIPOKRIT dibuat seperti begini??setahu saya,semua agam mengajar ajaran yg baik bkn jahat..tetapi mungkin islam mengajar jahat sbb kerana 1 perkataan mereka berbuat demikian...ALLAH ada tertulis di alkitab agama kristian..dan bkn hanya islam shaja blh menggunakan...kalau kes seperti ini dibiarkan..kemungkinan perang akan terjadi..tetapi bkn org malaysia yg menganuti agama kristian,tetapi dari negara lain..anda harus fikir malaysia tidaklah sekuat mana yang anda fikir..hitung2 jari anda sekuat mana ka anda..shingga berani berbuat demikian...tq
Agama islam tidak mengajar kepada kejahatan. Ia sentiasa mengajar kepada kebaikan. 52 tahun Malaysia merdeka, orang bukan Islam dan orang Islam boleh hidup harmoni kerana Islam mengamalkan hidup toleransi yang sangat tinggi. Kalau ada segelintir orang Islam yang bersalah kerana ini, diharap Islam sebagai agama tidak dipersalahkan kerana mengajar kejahatan. Salahnya adalah kerana orang. Serupa juga jika ada orang kristian yang bersalah, ia adalah kerana orang itu dan bukan agamanya.
salam
Betul ke umat islam yang bakar, ataupun puak yang satu lagi nak closedkan issue nama allah dgn cara ini. Ataupun application mereka nak buat upgrading is been rejected.
Post a Comment