Tuesday, January 19, 2010

Makna di sebalik "ARAMAI-TI"

Delete
Ada 2 komen tentang tidak bersetuju dengan makna perkataan ini. Oleh kerana ini masalah bahasa dan mungkin konteks penggunaan yang berbeza, saya memohon maaf sekiranya sekiranya terdapat masalah dan salahfaham. Apa pun saya akan terus siarkan untuk tatapan semua beserta komen dari pembaca. tk.

Blogger Md Nasir@Nasiri said...

SALAH TU..!!!!

"aramai ti" maknanya ini seronok, atau seronoknya..tiada kaitan dengan arak tau apa-apa..kalau orang tu tengah mandi dan dia sebut "aramai ti", maknanya seronoknya mandi; kalau dia tengah belasah arak dan dia sebut aramai ti of course maksudnya 'seronoknya minum arak'...

kalau setakat frasa "ARAMAI TI" tanpa ada konteks suasana, maka maksudnya ialah "seronoknya"...

Harap Dr dapat perjelaskan dalam posting akan datang.

Fuh..orang yang bagi terjemahan tu sekolah mana yer...mencemarkan bahasa Dusun !!!

dr..pls reconfirm before post next time...!!!!

Muhammad Nasir

January 20, 2010 6:07 PM

Delete
Blogger mak cik limah said...

Asalamualaikum dr...terbaca tajuk 'maksud sebenarnya aramai ti' menarik minat saya ...utk pengetahuan doktor saya berbangsa kadazandusun dan beragama islam serta saya fasih berbahasa dusun..saya kurang setuju dengan maksud perkataan aramai ti yang diberikan oleh doktor menurut sumber yang doktor perolehi....saya pasti yang sumber ini bukanlah berbangsa kadazandusun ataupun fasih berbahasa dusun...perkataan aramai ti mengikut pemahaman saya sebagai seorang yang berbangsa dusun bermaksud: aramai ti ber maksud "syoknya" atau "bestnya"...untuk pengetahuan doktor daerah semporna @ tawau bukanlah daerah asalnya perkataan ini .... ini disebabkan bnagsa kadazan atau dusun bukan berasal dari daerah ini....saya cadangkan doktor membuat kajian mendalam sebelum membincangkan isu ini...dapatkan info dari sumber yang tepat..terimakasih



Salam,

Semasa lawatan saya ke Sabah 2 minggu lepas, saya ditemani oleh dua orang kawan kepada sahabat saya.

Seorang namanya Uddin dan seorang lagi Arif.

Semasa Arif sedang memandu, kelihatan tatoo di tangannya. Pada fikiran saya dia cuba sorokkan dengan memakai baju lengan panjang tetapi terbuka secara tidak sengaja ketika memandu.

Saya cuba bertanya tentang keluarganya dan latarbelakangnya, rupa-rupanya beliau adalah adik ipar kepada Uddin dan memeluk Islam beberapa tahun yang lepas. Nama lamanya Kim Chong, nama Islamnya Arif Chong. Beliau adalah berketurunan Cina campur Peranakan, tetapi hidup di kalangan masyarakat Kadazan Dusun.

Beliau adalah seorang tentera udara berpangkat koperal dan telah masuk Islam ketika bertugas di Pulau Pinang. Selepas beberapa tahun Islam, beliau akhirnya berkahwin setelah pulang ke Sabah.

Semasa dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna untuk ke Pulau Bum Bum, saya nampak satu kedai tertulis "ARAMAI-TI".

ARAMAI-TI saya pun tak tahu apa maknanya, tapi saya tahu ada seorang peserta dari rancangan Raja Lawak Astro pernah menyebutnya dan menjadi trend peserta lain juga untuk menyebutnya. Malah Azizan dan Johan Raja Lawak juga selalu menjerit perkataan ini.

Saya rasa banyak juga kedai cyber cafe yang menggunakan nama ARAMAI-TI di Kota Damansara. Sudah jadi satu trend sebenarnya. Saya percaya pasti ada di kalangan pelajar sekolah menengah dan remaja kita yang mengikutinya.

Arif bertanya kepada saya, "Dr. tahu tak apa makna ARAMAI-TI?"

Saya jawab tak tahu.

Arif menyambung, "ARAMAI-TI tu adalah bahasa Kadazan Dusun".

"Maknanya, - JOM KITA MINUM ARAK!"...

Saya terkejut. Oh itu kah maknanya?.... Selama ni yang diorang dok sebut ARAMAI-TI maknanya mengajak orang minum arak. Suka-suka je...

Mungkin ada orang yang sudah tahu maknanya. Tapi saya tak tahu...

Adakah anda tahu maknanya?

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Itukah maksudnya? Baru kakcik tahu..

tamara@ai said...

sy selalu dengar org sebut~ kdg2 kengkawan seniri pon ada yg suka2 melaungkan perkataan ni..rupanye, maksud perkataan tak sesuai dijadikan bahan lawak...pinjam kata Sh. Amani..'i sound stupid when speak in Malay' begitu la keadaan org yg melaungkan perkataan neh tanpa mengetahui maksud nyer...

sy pinjam cerita Dr utk renungan rakan2 Facebook~ thanx 4 da info!

Md Nasir@Nasiri said...

SALAH TU..!!!!

"aramai ti" maknanya ini seronok, atau seronoknya..tiada kaitan dengan arak tau apa-apa..kalau orang tu tengah mandi dan dia sebut "aramai ti", maknanya seronoknya mandi; kalau dia tengah belasah arak dan dia sebut aramai ti of course maksudnya 'seronoknya minum arak'...

kalau setakat frasa "ARAMAI TI" tanpa ada konteks suasana, maka maksudnya ialah "seronoknya"...

Harap Dr dapat perjelaskan dalam posting akan datang.

Fuh..orang yang bagi terjemahan tu sekolah mana yer...mencemarkan bahasa Dusun !!!

dr..pls reconfirm before post next time...!!!!

Muhammad Nasir

mak cik limah said...

Asalamualaikum dr...terbaca tajuk 'maksud sebenarnya aramai ti' menarik minat saya ...utk pengetahuan soktor saya berbangsa kadazandusun dan beragama islam serta saya fasih berbahasa dusun..saya kurang setuju dengan maksud perkataan aramai ti yang diberikan oleh doktor menurut sumber yang doktor perolehi....saya pasti yang sumber ini bukanlah berbangsa kadazandusun ataupun fasih berbahasa dusun...perkataan aramai ti mengikut pemahaman saya sebagai seorang yang berbangsa dusun bermaksud: aramai ti ber maksud "syoknya" atau "bestnya"...untuk pengetahuan doktor daerah semporna @ tawau bukanlah daerah asalnya perkataan ini .... ini disebabkan bnagsa kadazan atau dusun bukan berasal dari daerah ini....saya cadangkan doktor membuat kajian mendalam sebelum membincangkan isu ini...dapatkan info dari sumber yang tepat..terimakasih

Dr Azwan said...

Terima kasih, saya akan letak komen anda sebagai pair kepada artikel ini. tq

Md Nasir@Nasiri said...

Thanks Dr. atas penjelasan semula.
Salam & Peace

Anonymous said...

"mari beramai2"
"lets have fun!"

tu makna yg betul bah geng
ko punya driver tu trip jak tu

Anonymous said...

iya...btul la tu. "mari beramai2"
"lets have fun!"menurut pemahman aku pun cam tu..

Anonymous said...

Salam saudara!
Saya tertarik dengan artikel saudara berhubung dengan maksud ARAMAI TII.

Secara keseluruhannya penulis memahami aramai ti bermaksud jom minum arak yang mana diberitahu oleh kawannya. Saya tidak salahkan kepada penulis sebab ramai juga komuniti kadazandusun atau non-kadazandusun yang tidak memahami konteks ayat tersebut.

Disini ingin memperjelaskan maksud sebenar ayat "aramai". terma ayat ini bermaksud, Mariah, seronok, bestnya, syoknya atau siok bah (slanga Sabah) cool, dll yang mengambarkan rasa teruja, gembira dan menyoronokkan dalam sesuatu perbuatan atau perkara yang dilakukan. Manakala perkataan "ti" adalah singkatan bagi perkataan "iti" yang bermaksud "ini" maka ia membawa maksud mariah ini/ni, bestnya ini/ni, seronoklah ini/ni atau syok la ini/ni,

Istilah ARAMAI (mariah) adalah kata dasar dalam bahasa Kadazandusun. Perkataan rumamai-ramai (berpesta), rumamai (berhibur), mamaramai (merayakan), adalah perkataan2 asal dari perkataan Aramai dalam pengembangan maksud.

Selain Frasa Aramai ti ada juga ayat yang membawa maksud yang sama mengikut tingkat keterujaan seseorang dan mereka akan mengucapkan:

1. Aramai no - Mariahnya
2. Aramai ti - mariah ni/ini
3. Aramai noti - mariah betul ni/ini
4. Aramai kopio - mariah sungguh
5. Aramai boh kopio - mariah sunguhhhhhhhh (ni dah sangat sangat teruja dan ayat tu diucapkan.

Kalau nak minum arak ke atau nak pi kelab malam dan ucap aramai ti maka ia membawa maksud majlis minum arak tu sungguh mariah, sama lah dalam majlis kawen pun, jika seseorang ucap aramai ti/aramai kopio terhadap majlis kawen tu maka bermaksud majlis kawen tu mariah, sangat menyoronokkan atau menghiburkan. Atau aramai ti diucapkan pada majlis kenduri juga akan membawa maksud kenduri itu memang seronok dan best. Juga semasa perkhemahan, boleh ucap aramai ti jika dirasakan best.

Tetapi bagaimana pula jika majlis2 tersebut tak best, tak menyoronokkan? mereka akan kata "innaramai ti" bermaksud tidak mariah/syok/seronok/best dll.

"Aramai ti vs innaramai ti"

Walau bagaimana pun, perkataan ini selalu digunakan/diucapkan oleh anak-anak muda semasa minum2 arak menyebabkan orang yang tak memahami ayat tersebut akan salah faham. Ayat tersebut selalu juga digunakan dalam perbualan harian yang menunjukkan keterujaan/keseronokan.

sekian....

Unknown said...

err, siou, oko ko moti daa "mariah" nga "meriah" ie daa, intang-intangan pongingija kaa. pounsikou. (err..maaf-ada pembetulan sedikit.bukan "mariah"...tapi -"meriah"😊)

Unknown said...

err, siou, oko ko moti daa "mariah" nga "meriah" ie daa, intang-intangan pongingija kaa. pounsikou. (err..maaf-ada pembetulan sedikit.bukan "mariah"...tapi -"meriah"😊)

Related Posts with Thumbnails