Saturday, May 26, 2007

PENGUMUMAN PENTING!!!

Assalamualaikum

Kepada semua pengunjung BLOG!...

Blog ini akan terhenti sementara daripada 26 Mei sehingga 3 Jun 2007.

Ini adalah kerana pada cuti sekolah ini, team perubatan ABIM dan Global Peace Mission- Medic akan masuk ke hutan Gua Musang untuk membuat pemeriksaan kesihatan Orang Asli Islam di Pos Tuel, Gua Musang, Kelantan selama seminggu. Anak bini pula akan dihantar ke kampung di Pekan, Pahang (kesiannnn..)...

Oleh itu, di dalam masa tersebut, hubungan akan terputus sementara, komen tidak akan dijawab, perniagaan akan terhenti dan talian telefon juga tiada. Oleh itu, janganlah ingat saya ini sombong atau malas untuk update blog ini yer (Attn to : Dr Aida yeee... )...

Saya akan memulakan update selepas 4hb Jun 2007... dengan artikel yang fresh, termasuk pengembaraan saya di dalam post tuel bertemu orang Asli yang telah didakwah sehingga masuk Islam.. Doakan kejayaan misi kami ini. Wallahu Alam...

Wednesday, May 23, 2007

Untuk Anda Yang Malas Basuh Tangan

Assalamualaikum…

Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor “ular” di dalam najisnya.

Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa… betul kata si ayah… ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya…. Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab… mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin… Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya… tapi mereka menolak dengan penuh “sopan”… hehehe… tak pernah-pernah sopan macam tu…

Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak… terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.
Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-
  • Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..

  • Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
  • Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
  • Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..
** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa – sekali dia menguit... dah tahu jantan betina… hehehe.. ***


Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-
  • * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

  • * Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

  • * Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

  • * Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

  • * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

    * Demam, ruam-ruam badan, alahan

  • * Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin… jangan jadikan anda mangsa cacing… dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian…. jangan jadikan “cacing anda” sebagai umpan… kua.. kua.. :)

Monday, May 21, 2007

Saya yang Jonah...

Assalamualaikum Warahmatullah...

Hari Sabtu yang lepas saya telah bertugas di sebuah klinik di Taman Setiawangsa... Bermula pada pukul 3 petang sehingga 10 malam.. pesakit yang datang tak henti-henti... Pada kebiasaan hari Sabtu, biasanya kes-kes tidaklah begitu teruk.. biasalah demam, batuk dan selsema... cirit birit, gout dan migraine... yang datang pun biasanya genuine sakit.. bukan yang nak mintak mc sebab hari cuti... walaubagaimanapun...hari Sabtu lepas ada ceritanya yang tersendiri...
Selang beberapa minit saya memulakan tugas, datang satu kes emergency, 2 motosikal berlanggar (kes langgar lampu merah), seorang daripadanya cedera di kepala, keliru dan mengalami pendarahan di telinga. Kemungkinan ada keretakan tempurung kepala.. darah memenuhi katil. Yang seorang lagi tidak beberapa teruk, tetapi mugkin ada gegaran otak kerana dia tidak ingat kejadian yang berlaku (amnesia). Di dalam kekalutan, Alhamdulillah tiba ambulans dan 2 orang paramedic St. John membantu.. setelah saya set intravenous line (masuk air di dalam salur darah), check mana yang patut, berhentikan pendarahan, pastikan stabil semuanya, kemudian buat surat rujukan untuk dihantar ke hospital.. mujur tidak ada siapa2 yang betul2 parah... kalau tak saya yang parah...
Pesakit sedang beratur kat luar... macam KEM PERANG... semua beratur lama.. kesian.. ada yang tunggu sampai 1 jam...
Tiba-tiba terdengar budak kecil menangis... budak berumur 1 tahun setengah, terjatuh, kepala terkena objek tajam, luka dalam tapi tak nampak tulang... ini dikira kes emergency... kena jahit... tak pelah... kena 6 jahitan... tak lama sangat sebab saya dah biasa jahit masa di Plastic Surgery HKL dulu..
1 jam selepas itu... ada lagi satu kes emergency... Seorang berumur 40-an tengah repair kerusi van nya. Secara tak sengaja, kerusi van tiba-tiba terangkat (propped up) dan ketika itu hujung jarinya berada di antara besi kerusi... dah putuuuuss... Dia datang naik motor ke klinik, tak pakai baju...tak pakai helmet.. Tapi Alhamdulillah, jarinya putus sikit... setakat ruas pertama jari... Kejadian itu sikit menggemparkan... staf klinik saya jadi gelabah... yelah..mana pernah tengok kes cam ni... ada yang pening-pening lalat... ada yang kena migraine... tapi takde apa yang boleh saya buat selain daripada berhentikan darah, dressing dan merujuk ke orthopaediks HKL.
Ini pulak kisah 18sx - 1 jam selepas itu, datang seorang budak lelaki umur 7 tahun... menangis... "Anu"nya tersepit zip seluar... (bapanya dah potong zip dari seluar.. so zip nya je terkontang kanting melekat). Haaiii... puas pulak nak memberhentikan nangisnya... Saya tanya ayahnya... biar saya sunat aje lah... huwaaaa!! lagi kuat dia ngangis... hehehe... gurau sebenarnya. Pujuk dan pujuk lagi... oleh kerana ketiadaan masa... saya pun terus bius kawasan sensitif untuk mencabut zip... apa lagi.. meraung lah... gempar satu klinik.. ... sekali tarik.... huuu... lega... takder yang putus... bengkak sikit sebab cucuk ubat bius tadi...
Baki beberapa jam saya kena melayan pesakit yang tunggu sehingga berjam-jam... sehingga pukul 10 malam, pesakit terus berduyun-duyun... Pengalaman yang memenatkan... Berhenti sembahyang dan makan 5 minit. Heran jugak... malam tu final AF... masih ramai gak orang melayu yang tak menonton... AF5 nih kurang peminat agaknya... Tahun-tahun lepas bila final AF... memang takder orang melayu yang datang klinik... semua India dan Cina saja... kecuali emergency betul...
Saja nak cerita kat anda... saya ni jonah.. itu jer...
(sila rujuk artikel saya -Bertemu dengan Dr. Azrin utk maklumat lanjut berkenaan jonah.. )
Wassalam.

Sunday, May 20, 2007

Terima Kasih Pn Neta Suryana dan Cik Akmal


Assalamualaikum...

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn Neta Suryana (zufayri.fotopages.com) dan En. Kamil (suami) kerana membeli Sony Ericsson w800i daripada saya melalui blog ini. Diharap puan berpuas hati dengan telefon bimbit tersebut.


Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada cik Akmal dari PUSRAWI Jalan Tun Razak kerana telah membeli Sony EricssonK750i baru-baru ini.. dan telah menempah satu lagi K750i untuk kawannya... Jazakillah...

Wassalam

Saturday, May 19, 2007

Budak Genius Yang Akan Menggoncang Dunia!

Assalamualaikum semua pengunjung blogger ni...

Terima kasih di atas kunjungan anda...

Sebenarnya pada asalnya, saya nak hadkan pengisian blog ini kepada perkara2 serius seperti motivasi dan sebagainya.. tetapi saya tak rasakan ia satu perkara yang menarik... jadi saya mula campur2kan dengan bisnes saya, ada sedikit lawak jenaka, ada sedikit berkenaan dengan kesihatan, dan pengetahuan tentang perniagaan... dan nampaknya ada peningkatan dari sudut jumlah pengunjung blog daripada 20 sehari ke 50 sehari... dan pada minggu lepas mencecah 80-100 orang sehari. Alhamdulillah, walaupun tak sehebat blog-blog anda semua, tapi untuk saya yang newbie... dan usia blog yang tak sampai 2 bulan lagi.. agak mengujakan..... Macam tulis surat khabar atau majalah... seronok kalau ada orang baca tulisan saya... paham ke tak paham itu soal kedua.. hehehe..

Ok...


Saya dapat email ini daripada colleague saya, Dr. Zety... dia ni memang pot bahan-bahan email saya... dia tengah exam.. harap2 pass... dan kembali ke blog saya sebab dah 1 minggu tak nampak batang hidung dia kat blog...

Saya post kan kat laman blog ni berkenaan dengan gambar jawapan peperiksaan seorang budak berbangsa cina yang genius... I find it very interesting kerana saya rasa soalan tu dia tak reti nak jawab tapi jawapan dia bisa melopongkan mulut orang yang membacanya...

Saya postkan gambar ini juga untuk tatapan semua guru-guru yang mengunjungi blog ini.. (yang bukan guru pun boleh)... dengan pertanyaan.. Macamana kalau budak ini anak murid anda? kah.. kah..kah... Pasti havoc satu sekolah! Jawapan2 macam ni sebenarnya melambangkan kreativiti seseorang budak... Tak tahu nak bg markah berapa... nak bg 100% nanti pengetua marah... bagi 0% tak patut sebab genius... dilema betul...
Saya harap institusi sekolah dan pengetua yang berkenaan tidak menyaman saya di atas exposure ini (chewaah)... ini untuk dikongsi bersama pembaca blog perihal seorang budak yang genius di sekolah anda! Anda patut berbangga! SELAMAT HARI GURU!

Sila Klik untuk Membesarkan Gambar!



Jawapan 1 Jawapan 2




Jawapan 3 Jawapan 4

Thursday, May 17, 2007

Nokia 6300 Handphone Review


NOKIA 6300 (RM 810)

Design :Candybar, warna : standard (as shown)

Connectivity : 3G, EDGE, Bluetooh, Infrared, GPRS, USB port

Hiburan : MP3, Radio, video recording

Memory : Phonebook 1000 Internal : 7.8Mb

Memory expansion : micro SD/ transflash

Kamera : CMOS, 2.0 Megapixel, Digital zoom 8x, night mode, multishot

Connectivity : Bluetooth, GPRS, EDGE - Not 3G,

Messaging : SMS, MMS,

HARGA : RM 810.00


  • It is slim and compact size. Easy to stuff into a pocket

  • The keys on the 6300 are large and well-spaced for efficient messaging. Tactile feedback is excellent.

  • Displays 16.7 million colours. Both text and graphics look very sharp on its bright screen, and viewing the phone under the sun is not a problem.

  • It comes with a media player, which can play a variety of music formats.

  • There is a stereo headset for listening to music.

  • Comes with a 2-megapixel camera, which can capture both stills and video.

  • Comes with an FM radio, xHTML browser, Macromedia Flash Lite 2.0 support, a voice recorder and several games (Snake III, Soccer 3D and a Flash application of Sudoku).


Wednesday, May 16, 2007

Ini Bukan Teknik Superimpose...

Nyam...Nyam.. Nyammmm....

Assalamualaikum...
Ngeri betul tengok gambar ni.....

Untuk pengetahuan anda, ini bukan teknik superimpose yer... memang kepala buaya yang tengah gigit tangan orang tu adalah buaya yang sama dengan tuan punya badan buaya tu... bukan macam artis kita... tak pernah mengaku... asyik2 cakap super impose... buaya tu tidak menafikan... malah cuba tersenyum ketika gambar ini diambil... mengikut ceritanya... tangan itu sempat diselamatkan (ketika buaya tu tersenyum) dan disambung semula kepada tuannya oleh doktor.... (mesti anda ingat saya nak bagitahu yang tangan tu sebenarnya yang kena superimpose, kan?.. hehehe... tangan betul tuuu.... )

Saja nak sampaikan kat sini... sekiranya ada terjumpa mangsa yang terputus tangan, jari atau kaki...... selain daripada anda menjerit dan pengsan... apa anda boleh lakukan ialah:-


1. Mintak tolong... selamatkan tuan punya badan dulu...

2. Selamatkan anggota yang putus tu daripada lebih tercedera (ambil dari longkang, atau dari tengah jalan - nanti lagi teruk kena langgar)

3. Bersihkan dan lapik (wrap) dengan kain bersih basah. Jangan masukkan secara DIRECT dalam ais! nanti semua salur darah kecut dan ini akan menyebabkan anggota tu mati (gangrene)...

4. Lepas wrap dengan kain basah, masukkan ia kedalam beg plastik.

5. Lepas tu baru carik satu lagi beg plastik kedua... isi kan ais... .

6. Masukkan beg plastik pertama ke dalam beg plastik kedua...

7. Kalau anda ada pada waktu kejadian, lebih baik untuk tuliskan masa kejadian berlaku (supaya doktor boleh agak gangrene time)..

8. Letakkan anggota terputus bersama dengan tuan punya... di dalam ambulans... yelah kalau bawak anggota yang putus jer.. kalau sampai dulu kat hospital.. tuan punya tak sampai lagi nanti haru jugak... atau tuan punya badan pergi hospital lain.. kua kua... tangan kat HKL... si polan kat HUKM... jauh tuuu...

Ok.. perkara di atas untuk mereka yang berani ajer... kalau rasa rasa tak berani (saya pun bukan berani sangat)... tak perlah.. tak payah tunjuk berani... nanti awak pulak yang kena usung ke hospital...

Wallahu A'lam...


Tuesday, May 15, 2007

Bagaimana Nak Bayar Hutang Rumah Anda Dengan Cepat?



Assalamualaikum semua....

Saya memang ada special interest in property.... saya banyak membaca di dalam bidang property... dan saya juga ada investment di dalam properties... cumanya saya ada special interest di dalam condominium berbanding tanah, rumah bertanah, rumah kedai dll... ini adalah kerana pendapatan positif yang dihasilkan... kerana 1. saya tak payah keluarkan duit sendiri tiap2 bulan (secara teorinya.. padahal bleh pengsan gak keluar duitnya sebab kena bayar tang lain)... 2. Sebenarnya takder duit nak beli yang mahal2. Belum mampu lagi...


Memang pening juga nak bayar balik tiap-tiap bulan... Dan tentulah kita selalu berharap agar kita dapat bayar pada waktu yang ditetapkan.. dan yang paling kita harap ialah rumah kita akan kita bayar habis secepat mugkin! Oleh itu, saya telah terjumpa satu laporan khas ( special report ) yang ditulis oleh Azizi Ali... Muraaah... beli masa Pesta buku... Saya cadangkan anda dapat satu copy untuk bacaan dan simpanan anda...

Biar saya outline kan point-point penting untuk tatapan anda... DI dalam laporan tersebut ada banyak lagi point2 penting seperti bagaimana nak pilih loan, jenis-jenis loan dan kelebihan masing-masing dan macam2 tips nak melangsaikan loan rumah...

Antara point untuk melangsaikan pinjaman rumah dengan cepat oleh Sdr. Azizi Ali:-
1. Bayar loan setelah dapat wang

Apabila kita kena bayar loan rumah setiap 30 hb setiap bulan... tetapi gaji masuk 25 hb contohnya... tak perlu tunggu sampai 30hb baru nak bayar, sebaliknya bayar terus bila dapat gaji... Ramai yang tak tahu anda boleh bayar sebelum due date... dengan cara ini interest dapat dikurangkan dari 30 hari interest ke 25 hari... Jimat untuk 5 hari...

2. Bayar lebih sikit setiap bulan

Sekiranya kena bayar RM 725.78 setiap bulan, jadikan ia nombor bulat seperti RM 730.00 ataupun RM 750.00. Lagi bagus bayar RM 800.00.. jangan terkejut kerana dengan cara ini anda boleh mengurangkan tahun bayaran secara signifikan.

3. Bayar dua minggu sekali

Saya pun baru tahu... Anda boleh bahagi dua bayaran itu daripada RM 800.00 sebulan kepada RM 400.00 setiap 2 minggu sekali. Ini kerana di dalam kalendar Gregorian - setahun ada 12 bulan tetapi ada 26 forthnights (2 minggu). ia boleh mengurangkan tahun bayaran sehingga 3 tahun! (bergantung kepada bayaran)..

4. Bayar lebih kalau ada tunai di tangan

Kalau ada duit lebih daripada keuntungan perniagaan, bonus gaji, wang pusaka dan wang lebihan cukai boleh dibayar untuk pinjaman rumah.

5. Teruskan bayaran yang sama walaupun interest rate jatuh

Pada kebiasaannya apabila BLR jatuh, bank akan kurangkan bayaran bulanan. Ini kerana bank tak nak kita bayar lebih - kerana lebihan akan mengurangkan principal - so bank rugi dari segi interest... Oleh itu adalah penting kita mengekalkan bayaran untuk mengurangkan bayaran principal dan sekaligus mengurangkan interest.

6. Bayar lebih sekiranya naik gaji

Kalau gaji kita naik, kita boleh naikkan bayaran rumah sesuai dengan kenaikan gaji. Point Azizi Ali ialah... kalau selama nih kita boleh hidup dengan gaji sebelum ini, apakata kita maintain dengan cara hidup yang sama dan lebihan gaji boleh dibayar kepada bank.

7. Jual barangan terpakai untuk bayar pinjaman rumah

Cadangan yang pelik tapi praktikal. Adakala banyak barang2 lama tetapi berharga yang kita boleh jual. Hasilnya kita boleh bayar kepada bank.


8. Refinance pinjaman rumah ke Bank lain yang menawarkan interest yang lebih Rendah
Sekiranya ada bank yang boleh menawarkan interest yang lebih rendah misalnya dari 8 percent sekarang ke 6.5 percent, apa salahnya kita ambil peluang itu. Walaubagaimanapun setiap kiraan mestilah termasuk charge-charge seperti MRTA, moving cost, lawyer fee dan sbgnya (hidden fee).. Silap-silap... bayaran bulanan boleh lebih tinggi pula..

Cara lain adalah memohon bank yang sama untuk mengurangkan interest... (Saya pernah buat - bank approved kurangkan 0.5% interest - tak banyak tapi kurang la gak)... Sesetengah bank tak nak kehilangan customer kepada pesaingnya... Bank sayang kat anda... kecuali anda jenis kaki ponteng bayar bank... bank dengan gembiranya me"refer" anda kepada pesaingnya...


Ada banyak point2 yang saya tak tulis daripada special report ini... kerana kalau tulis habis nanti mentor saya Sdr Azizi Ali marah kat saya... Bank ambil untung yang banyak daripada interest yang dikenakan... Dengan ilmu yang ada kita boleh mengurangkan apa yang sepatutnya kita bayar pada bank... apa yang ada kita dapat kongsi bersama dan diharap dapat diamalkan di dalam kehidupan anda sehari-harian.


WallahuA'lam..


Monday, May 14, 2007

Happy Birthday!

Assalamualaikum Wbt...
Hari ni 14 hb Mei 2007, merupakan harijadi saya... hehe.. Orang tua cam saya pun sambut birthday gak... Baru-baru nih isteri saya buat birthday party kat rumah family di Taman Salak Jaya, Salak Selatan.. Actually join birthday party dengan adik saya Nur Sharlina Bt. Samsudin (kawan-kawan SMAKL panggil dia Shenna) pada 12 hb Mei 2007, beza 2 hari jer.
So.. sempena hari jadi saya nih.. saya nak isytiharkan pembukaan terowong SMART kat Jalan Tun Razak... dan kedua saya letakkan lagu-lagu nasyid di dalam blog saya... so anda boleh appreciate lagu-lagu nasyid yang agak kontemporari daripada blog saya ni.. kalau tak suka bagitau... Kalau saya rajin InsyaAllah saya akan update kan lagu2 nasyid ni...
Pagi-pagi 14 hb Mei pukul 8.00 pagi saya dah lalu kat kat Jalan Tun Razak (balik kerja)... konon-kononnya nak rasmikan pembukaan terowong SMART... Nampak saja terowong SMART, saya pun terus masuk ke dalam laluannya... Nampak dah, ada 1 kereta Mercedez dan 1 BMW 7 series masuk ke laluan yang sama di depan saya... kereta mewah tu di tahan oleh 5 orang yang jaga kat pintu masuk... Apa yang dicakapkan tak tahu... Depa angkat tangan lepas tuh kereta mewah tu pun jalan laju je masuk di dalam terowong...

Saya pun lalu kat depan 5 orang yang dok tunggu depan terowong... Pengawal yang pertama tuh saya angkat tangan... fuuhhh.. lepasss... Tiba-tiba yang lagi 4 tahan...

Saya berhenti bukak tingkap... "Nak pergi mana encik?", pengawal tu tanya...

"Saya nak ke Salak Selatan", saya menjawab....

"Encik, pagi nih kita buka untuk perasmian sahaja... untuk public pukul 3 pm nanti... ", dia tersenyum....

Saya tutup tingkap dan memecut ke laluan keluar belah kiri dengan wajah yang begitu control..... 30 saat lepas tuh baru si Kiran ngan Khairil dari radio ERA bagitahu pasal pembukaan terowong SMART pukul 3 untuk orang ramai.... Geram betul kat K&K sebab lambat sangat bagitahu....

Ok lah.. Selamat mendengar lagu nasyid... nanti saya update lagi.. gambar birthday tak der lagi... kalau ada masa saya masukkan this week...

Saturday, May 12, 2007

Klinik Amal ABIM di Baitul Fiqah

Assalamualaikum Warahmatullah..

Hari ini saya telah menyertai program Klinik Amal di Baitul Fiqah, USJ 2, Subang Jaya. Program ini telah diadakan sebanyak 2 kali oleh Biro Perubatan, Angkatan Belia Islam Malaysia dan Global Peace Malaysia (GPM).

Baitul Fiqah ini merupakan sebuah institusi yang baru setahun sahaja ditubuhkan sebagai rumah perantaraan untuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal. Menurut pengasas Baitul Fiqah, Puan Haliza, buat masa ini bantuan yang didapati daripada orang perseorangan dan jabatan kerajaan masih lagi kurang. Namun beliau yakin bahawa bantuan yang konsisten akan datang juga memandangkan usaha yang dijalankan sangat murni untuk membantu mereka yang memerlukan.

Program bermula dari pukul 10 pagi yang merupakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim. Disusuli pula dengan ceramah tentang "Osteoporosis" kepada ibu-ibu tunggal dan tayangan video untuk kanak-kanak. Program berakhir pada 2.00 petang.

Pasukan Sukarelawan Perubatan ABIM dan GPM disertai oleh 4 orang Doktor, 2 orang ahli farmasi, 6 orang pelajar perubatan UITM dan seorang pelajar UIAM.




Inilah Pusat Jagaan Baitul Fiqah di USJ 2. Sebuah rumah N-lot 2 tingkat yang disewa sebanyak RM 1250 sebulan.



Program pemeriksaan kesihatan sedang berlangsung. Kelihatan Dr Syazni dari PPUM yang merupakan Pengarah Program (baju coklat sedang berdiri) dan Dr. Saifullah dari HKL (pakai cap sedang berjalan). Saya pula sedang buat-buat sibuk...


2 orang pegawai farmasi Sdri. Saadiah (duduk bertudung hitam) dan Sdri.Marliza (berdiri kanan) bersama ubat-ubat batuk yang nak dijual.. opsss.. ubat-ubatan mereka... Sdri. Kuza berdiri di kiri sekali.. (rajin betul dia menulis).. seorang lagi pelajar medic UiTM.


Saudara Afif, pelajar tahun 3 Medic UiTM sedang menjalan pemeriksaan Glukosa dengan cemerlang.

Ceramah berkenaan dengan Osteoporosis oleh Dr Saifullah, Pegawai Perubatan Orthopaedik HKL yang mengundang soalan-soalan yang lebih hangat dari biasa


Dr Syazni (kiri) dan Sdr Jalil (pelajar Medic UiTM tahun 4) bersama-sama anak-anak yatim.


Bergambar bersama sukarelawan dan sebahagian dari para peserta. Duduk di hadapan berbaju biru ialah Dr. Wan Mokhzani dari HKL. Disebelah kiri saya bertudung merah ialah Puan Haliza, tuan punya Darul Fiqah.


Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat program amal, memberi sumbangan dalam bentuk kewangan ataupun material, Sila hubungi saya ataupun Pn Haliza di talian 016-267 5056. Semoga bantuan anda semua mendapat Rahmat dari Allah.. InsyaAllah.





Friday, May 11, 2007

Nampak Tak Ironinya???

Assalamualaikum….
Saya terfikir untuk menulis artikel ini untuk kita kongsi bersama... ia berkenaan dengan sumber rezeki dan perniagaan. Mungkin ada yang berminat untuk menjadi Usahawan selepas ini...

Bidang perniagaan adalah entiti ekonomi yang berkembang pesat di kalangan Umat Islam pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri merupakan peniaga yang jujur, cekap dan disenangi. Beliau pernah bersabda bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah berpunca dari perniagaan. Selain daripada Rasulullah SAW, malah para sahabat, seterusnya Ulama-ulama selepas sahabat juga mengikuti langkah Rasulullah di dalam perniagaan. Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Islam perniagaan adalah amat digalakkan
Jika maksud hadis Rasulullah itu dapat dianalisis…
Secara Matematik ringkas : -
9/10 rezeki di dalam bentuk peratus adalah 90% daripada jumlah keseluruhan 100%...
Bermaksud Allah menurunkan rezeki 90% melalui bidang perniagaan
Baki 10% dalam bentuk yang lain seperti makan gaji, bertani, bekerja sendiri etc.

Di dalam sebuah buku yang saya baca, ada tertulis tentang satu kajian. Di dalam kajian itu menyatakan di dalam 10 orang manusia yang kita jumpa, hanya 1 daripada 10 orang sahaja berminat dan berkecimpung di dalam perniagaan. Mungkin ada ramai yang menyatakan bahawa mereka berminat di dalam perniagaan, tetapi hanya seorang sahaja yang berani mengambil risiko dan memasuki secara total di dalam perniagaan.
Secara Matematik Ringkas… mengikut kajian…
1/10 orang berkecimpung di dalam perniagaan iaitu 10 % berbanding
baki 9/10 orang atau 90% makan gaji, bertani, bekerja sendiri etc...


Nampak tak Ironinya??? ….
90% manusia yang makan gaji sama-sama berkongsi sumber rezeki yang Allah beri sebanyak 10%....
Dan pada masa yang sama 10% manusia yang berkecimpung di dalam bidang perniagaan mengejar mendapat 90% sumber rezeki yang Allah berikan.

Atau di dalam nombor : Kalau Allah beri rezeki RM 1,000,000 kat 10 orang manusia (1 orang usahawan/ 9 makan gaji) – 1 orang Usahawan akan dapat RM 900,000 (9/10 sumber rezeki) dan baki RM 100,000 dikongsi kepada baki yang 9 orang.

Patut pun Bill Gates, Warren Buffet, Michael Dell, Ananda Krishnan… semuanya billionaire… mereka adalah 10% yang mengejar rezeki Allah yang 90%.... Itu sebabnya kita semua patut menjadi usahawan dan peniaga Islam… Wallahu A’lam…

Thursday, May 10, 2007

A grandma, 2 attorneys and A judge

I've received some terrible news from few of my friends yesterday... Perhaps.. this joke will cheer you all up! Be strong....


Lawyers should never ask a Mississippi grandma a question if they aren't prepared for the answer.

In a trial, a Southern small-town prosecuting attorney called his first witness, a grandmotherly, elderly woman to the stand.

He approached her and asked, "Mrs. Jones, do you know me?"

She responded, "Why, yes, I do know you, Mr. Williams. I've known you since you were a young boy, and frankly, you've been a big disappointment to me. You lie, you cheat on your wife, and you manipulate people and talk about them behind their backs. You think you're a big shot when you haven't the brains to realize you never will amount to anything more than a two-bit paper pusher. Yes, I know you."

The lawyer was stunned! Not knowing what else to do, he pointed across the room and asked, "Mrs. Jones, do you know the defense attorney?"

She again replied, "Why, yes, I do. I've known Mr. Bradley since he was a youngster, too. He's lazy, bigoted, and he has a drinking problem. He can't build a normal relationship with anyone and his law practice is one of the worst in the entire state. Not to mention he cheated on his wife with 3 different women. One of them was your wife. Yes, I know him." The defense attorney almost died.

The judge asked both of the counselors to approach the bench and, in a very quiet voice, said, "If either of you idiots asks her if she knows me, I'll send you to the electric chair...."

Wednesday, May 9, 2007

Susu Ibu vs Susu Lembu - Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum Wbt.

Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini… dan saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung blog tentang artikel saya ini sempena hari ibu.

Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain…

Kelebihan Susu Ibu

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.

Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Susu Tak Cukup

Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...

  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
  • Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
  • Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
  • Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...

Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?

Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
· Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
· Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
· Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
· Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...


Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan … Selamat Hari Ibu…

Tuesday, May 8, 2007

Terima Kasih Tn Amri dan Hadi


Assalamualaikum....

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Sdr Tuan Amri dan Sdr. Hadi kerana telah membeli 2 buah Sony Erricsson W810 bewarna putih dan hitam daripada saya melalui blog ini. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan... saya harap handphone dan gifts yang diberikan dapat menggembirakan anda berdua (dan isteri)... terima kasih.
**** Harga RM 828. Percuma 512 MB @ 256 Mb Sony Pro Duo memory card(bergantung stok) memory card dan other accessories***** Beli lebih dari satu - harga boleh runding.

Sunday, May 6, 2007

My 1st Potato Buns

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya start buat Potato bread saya yang pertama. Oleh kerana ini percubaan saya yang pertama, saya mulakan dengan 1.5 kg tepung dulu. So potato flake yang saya guna tidak lah berapa banyak. Walaupun begitu, sebagai doctor cum chef, terdapat 3 orang pelajar yang menuntut ilmu daripada saya (walaupun 1st time buat)... Student no 1 - my wife... no 2 - mak saya.. student no 3 - my biras... well, its a free lesson anyway... tak pe lah.. next time saya kenakan bayaran untuk mengajar... Hasilnya.. 2 1/2 loyang... yang 1/2 loyang tuh saya hadiahkan kat adik beradik saya yang asyik kelaparan kat rumah mak... bakinya saya jual dengan harga RM 1.20 untuk setiap 4 buah potato bun per pack. Licin....

Ok la kot kan... nampak cam sedap tapi biasa jer....... ehem ehem...

The same buns... tapi different angle
..... sapa nak tempah!..

Thursday, May 3, 2007

Sifu oh Sifu - satu pandangan peribadi

Assalamualaikum Wbt...
Semalam kami sekeluarga sempat singgah di Masjid Ab Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai untuk solat Maghrib, di dalam perjalanan ke Carrefour, Wangsa Maju. Kami ke Carrefour Wangsa Maju kerana ingin membeli kain ela untuk dibuat seluar saya di Nagoya Textile. Hadiah sempena hari jadi saya yang ke 30 pada pertengahan bulan 5 ini oleh orang rumah yang tercinta.. ehemmm.ehem..

Masa tu Ustaz bagi ceramah pasal hadis 40 dan menceritakan berkenaan hadis Maudu' atau hadis yang direka-reka. Sedang mengupas isu ini, ustaz terbawa-bawa kepada kisah pelajar sekolah hari ini.

Ustaz berkata," Budak-budak dulu, kalau kita kata duduk di sekolah dan tak bagi keluar, dia akan turut cakap kita, takde soal,"..... "Budak sekarang, dia takkan ikut cakap kita, dia akan mintak keluar pergi kedai depan sekolah. Bila kita tak bagi, dia jawab balik... 'ala cikgu dekat je'.. kalau kita bagi ke seorang nanti esok 10 orang pulak datang mintak keluar".


Ustaz sambung semula,"Pernah saya marah sorang budak panjat pokok depan sekolah lepas tu saya tampar dia, esok bapak dia datang bawak parang"... Ustaz menyatakan bahawa sistem pembelajaran sekarang berbeza dari dahulu. "Sekarang ni, kalau kita suruh budak berdiri sebab kesalahan dia, kalau mak ayah tahu dan saman kita, kita kalah dalam mahkamah! Sebabnya di dalam pedagogi pendidikan tak ada denda suruh berdiri... ", sambung ustaz.


Saya ingin bersetuju di dalam hal ini, walaupun sistem pembelajaran kita semakin baik dari satu segi, sistem "pendidikan" kita nampaknya tidak berkesan. Pelajar belajar di sekolah, mendapat banyak A1, skor markah yang tinggi... tetapi kurang dari segi didikan akhlak, rohani dan disiplin. Anak murid yang lawan cakap cikgu, pukul cikgu, yang bakar sekolah, yang jadi samseng, pelacur, pengkid, hisap dadah, hisap gam dah makin ramai.

Kongkongan dari segi menegakkan disiplin di sekolah, guru tidak boleh merotan pelajar bersalah selain guru disiplin, tidak boleh mendenda anak murid, guru sering dipersalahkan di dalam hal melibatkan disiplin dsbg, kemudian ditambah pula dengan ibu-bapa yang selalu nak menangkan anak secara tidak rasional menyebabkan ramai guru jauh hati dan akhirnya merendahkan tahap professional perguruan. Ini menyebabkan ramai lelaki tidak mahu menjadi guru sehinggakan guru lelaki menjadi semakin pupus di semua sekolah.

Sistem pendidikan zaman dahulu yang meletakkan guru sangat tinggi di dalam arus masyarakat sudah tiada lagi. "Cikgu buatlah apa-apa kat anak saya ni, asalkan tak buta dan cacat cukuplah".. sudah lama tidak kedengaran...

Di dalam situasi yang berlainan... saya sempat duduk bersama dengan Dato' Zahir dan Dr. Izham 2 minggu yang lepas di dalam satu urusan. Dato Zahir nih adalah tuan punya lawyer firm kat depan Sogo dan Dr Izham adalah tuan punya 10 cawangan klinik swasta yang berpengkalan di Tmn Melawati. Mereka ini adalah jutawan yang hebat dan mempunyai "humble beginning". Mereka mendapat asas yang sama melalui guru-guru mereka di sekolah melayu. Mereka menceritakan bahawa salah seorang guru mereka sangat garang mengajar pelajaran Sejarah.. terlampau garang sampai satu kelas dapat sejarah A1... Satu perkara yang Dato' Zahir ingat ialah Suatu hari di dalam hujan ketika hampir sampai ke sekolah, beliau meletakkan bukunya di atas kepala untuk elak basah air hujan terkena kepala... dari jauh beliau ditengking oleh seorang gurunya.. "Awak ingat kepala awak lagi mulia daripada buku tu???"... Hmm.. inilah didikan yang tak terdapat di institusi sekolah sekarang... kalau ada pun jarang-jarang...

Pada pandangan saya, kita patut memberi sokongan kepada guru di dalam melaksanakan tugas, Janganlah pasal anak kita terjatuh kat sekolah pun, lebam sikit kat kepala, kita datang serang cikgu kat sekolah... Cikgu tak pandai jaga budak sekolah... Apalah salah cikgu tu... takkan anak awak seorang dia nak jaga... Kalau anak tak pandai kat sekolah kita salahkan cara cikgu mengajar... tapi kalau anak kita skor bagus, ada anda datang sekolah bagi hadiah kerana dia pandai mengajar? ada tetapi sedikit.. apa yang berlaku dia akan puji melambung anak dia memang pandai ataupun kelas tuisyen yang anak dia hadiri tu bagus....


Yang mana hadir dulu di dalam pendidikan anak-anak? Pandai berbahasa Inggeris vs Pandai berdoa? Saya pernah menghadiri ceramah oleh Professor Dr. Sidek Baba, bekas Timbalan Rektor UIAM pada tahun lepas. Prof Sidek Baba berpendapat bahawa trend ibu bapa sekarang untuk menghantar anak-anak yang berusia 4 tahun ke tadika inggeris dan cina dengan niat supaya anak pandai berbahasa inggeris amat membimbangkan. Rata-ratanya, tadika Islam kurang mendapat sambutan daripada golongan ibu-bapa Islam. Pada pendapat beliau, pada umur seperti ini, apa yang perlu ialah mengajar mereka tatabudi Islam seperti membaca doa makan, membaca doa tidur, berbuat baik sesama kawan, menghormati ibu bapa, dikenalkan dengan asas-asas Islam seperti mengenal Allah dan sembahyang Beliau berkata, bahasa Inggeris itu memang perlu tetapi setelah asas asas budi dan rohani yang baik tu mantap. Saya bersetuju dengan pendapat beliau...

Sempena hari Guru yang bakal menjelang, saya ingin mengucapkan jutaan terima Kasih kepada guru-guru saya di Sek Rendah Jln. Sungai Besi, Sekolah Menegah Agama Kuala Lumpur (SMAKL), MRSM Kuala Terengganu, Kulliyyah Perubatan, UIAM dan Pakar-pakar di Hospital Kuala Lumpur kerana telah menjadi guru saya. Saya harap saya tak menghampakan anda semua.. SELAMAT HARI GURU...

Wednesday, May 2, 2007

AP set VS Original Set


Assalamualaikum...

Ada ramai pembaca blog yang bertanyakan samada handphone yang saya jual original ataupun tidak. Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Original set. Justeru, saya akan tulis di sini perbezaan ori set dan ap set berdasarkan pengetahuan saya yang sederhana selama berkecimpung di dalam bisnes phone ini selama 2 1/2 tahun yang lalu. Kalau ada yang tersalah, minta maaf dan sila beri teguran.

Definisi- AP set (?Approved permit) ialah handphone yang original tetapi diedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone. Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untuk handphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah.

Definisi - Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland dan iMobile dan FMG adalah pengedar Motorola yang sah. Baru-baru ini VSCOM telah menjual original hphone di bawah company nya sendiri - mungkin dah menjadi taraf pengedar sah.

Kualiti - Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP set dengan company nya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP. Tetapi kadang-kadang tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman dan menjualnya dengan harga yang rendah tetapi itu bagi saya kes yang sangat terpencil. Kalau ada? inilah Allah sebut peniaga yang bakal masuk neraka... Saya tak bersubahat ye.. Jadi kalau depa ni boleh tukar barang dalaman untuk AP set.... apa yang pula boleh menghalang mereka dari menukar barang dalaman untuk original set?

Warranty - Dari segi warranty, AP set menawarkan warranty selama setahun untuk transceiver (mcm motherboard la), tetapi hanya 1 bulan sahaja untuk battery dan LCD. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA. Nampak teruk kan? Rileksss... Company besar macam VSCOM, COMSAT dan Asia mobile mempunyai company service mereka sendiri seperti Pacific Solution dan Future Technology. Company ni memang komited untuk repair handphone dengan cepat dan cekap. Tapi service company terletak hampir dengan company yang supply. Oleh itu, kalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set mereka yang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atau Senawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana.

Warranty - Warranty Original set datangnya dari NOKIA. Warranty adalah selama 1 tahun termasuk trasceiver, LCD dan battery. Oleh kerana kita beli yang original, tentulah kita expect national dan international warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kita boleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai Nokia di Kota Bharu, Padang Besar atau di Golok.

Harga - Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah. Contohnya harga 6280 lebih kurang RM 800. Original 6280 zithron ialah RM 1000+. Oleh itu, pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya. Lebih lebih lagi set AP kadangkala disertai dengan memory card percuma.

Pilihan - AP set kadangkala tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanya satu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapat warna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch. Melalui pengalaman saya Nokia 6288 lebih senang untuk mendapat warna putih daripada hitam. 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahaja minggu yang seterusnya. Sedangkan original set, warna merah pun ada!!.

Tambahan :-
Underwater set - pernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertama kompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalah set yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulan yang diberi oleh kedai si penjual.

Recon set (atau recondition) - Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yang lebih murah (atau setanding harga ap set). Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama. Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun (untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan harga yang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon!


Kesimpulannya :-
Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai budget yang cukup, selalu berpindah randah, selalu risau terhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangat cerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda.

Sekiranya anda jenis berkira tentang wang, menjaga h/phone sperti menjaga nyawa anda, menggunakan phone sekadar untuk telefon sahaja atau berhajat membeli phone yang dibawah RM 200, AP set adalah pilihan anda.

Saya sendiri sudah memakai h/phone AP set selama 3 tahun dan tidak ada masalah yang timbul. Begitu juga ramai pelanggan saya yang lain. Anda patut risau untuk membeli Ap set sekiranya h/phone anda berharga RM 1500 ke atas, begitu juga kenapa anda perlu membayar lebih (tambahan sehingga RM 200 untuk zithron) sekiranya h/p yang ingin anda beli cuma berharga RM 400 sahaja. Pilihan terletak di tangan anda. Fikir-fikirkan...

Tuesday, May 1, 2007

Soalan dari Pembaca - Rubella dan Vaksin

Soalan ini ditujukan kepada saya oleh pembaca blog ini. Saya cuba menjawab dengan seringkas mungkin berdasarkan pembacaan saya. Nama dan alamat website pembaca yang bertanya tidak dapat saya siarkan. Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Wallahu A'lam.


Assalamualaikum, Apa khbr Dr Azwan?

Sebenarnya saya nak minta pendapat dan sedikit nasihat. Jika Dr Azwan sudi untuk menjawab. Saya berusia 28 tahun, telah memiliki anak perempuan yang berumur 2 tahun. Saya merancang untuk mengandung lagi pd tahun hadapan. 2/3 harilepas sy ada melayri internet dan terjumpe artikel tentang Germanmeasles dan suntikan rubella. hati saya menjadi sedikit gusar. Ini kerana saya tidak pernah mendapat suntikan rubella, dan alhamdulillah kandungan pertama saya dahulu tiada masalah. Pada pendapat Dr Azwan, adakah patut saya mengambil suntikan rubella sblm hamil semula? terima kasih.


Jawapan:-

Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, melalui darah kepada anak di dalam kandungan daripada ibu yang dijangkiti dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.



Baby yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak dan buta dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen).



Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah demam, kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Kadangkala jankitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.



Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari.

Di Malaysia Imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat.

Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi anda dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak diketahui.

Terima kasih.


Related Posts with Thumbnails