Tuesday, May 1, 2007

Soalan dari Pembaca - Rubella dan Vaksin

Soalan ini ditujukan kepada saya oleh pembaca blog ini. Saya cuba menjawab dengan seringkas mungkin berdasarkan pembacaan saya. Nama dan alamat website pembaca yang bertanya tidak dapat saya siarkan. Terima kasih di atas pertanyaan tersebut. Wallahu A'lam.


Assalamualaikum, Apa khbr Dr Azwan?

Sebenarnya saya nak minta pendapat dan sedikit nasihat. Jika Dr Azwan sudi untuk menjawab. Saya berusia 28 tahun, telah memiliki anak perempuan yang berumur 2 tahun. Saya merancang untuk mengandung lagi pd tahun hadapan. 2/3 harilepas sy ada melayri internet dan terjumpe artikel tentang Germanmeasles dan suntikan rubella. hati saya menjadi sedikit gusar. Ini kerana saya tidak pernah mendapat suntikan rubella, dan alhamdulillah kandungan pertama saya dahulu tiada masalah. Pada pendapat Dr Azwan, adakah patut saya mengambil suntikan rubella sblm hamil semula? terima kasih.


Jawapan:-

Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, melalui darah kepada anak di dalam kandungan daripada ibu yang dijangkiti dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.



Baby yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak dan buta dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen).



Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah demam, kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Kadangkala jankitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.



Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari.

Di Malaysia Imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat.

Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi anda dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak diketahui.

Terima kasih.


5 comments:

curious said...

saya seorang pelajar yang belum berkahwin... saya lahir pada tahun 1988.. seingat saya, ketika darjah 1 ada program kesihatan di setiap sekolah... dan pada ketika itu pelajar darjah 1 khususnye perempuan akan disuntik 2 kali..
manakala pelajar lelaki hanya sekali.. saya kurang ingat apa suntikan yang diberikan... cuma 1 lagi suntikan adalah rubella... atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, saya tidak mengambil ke2 2 suntikan itu... termasok rubella... jadi soalan saya, adakah sayer perlu mengambil vaksin rubella dan lagi satu suntikan itu??? dan bagaimana saya boleh mengetahui yang badan saya sudah menpunyai atau belum antibodi untuk rubella dan satu lagi suntikan itu??? harap doktor dapat menbantu,,,

Anonymous said...

doc..sy pon ttnye2 cmne nk tahu either sy dah kne injek ngn rubela ke blom..sbb mse soklah rndh,sy cme dpt bcg jek..yg len2,ayah sy xbg kebenaran..

yg mase form3 tu,suntikan pe yek??

Anonymous said...

assalamualikum dr..buat pengetahuan dr..saya juga mempunyai kemusykilan tentang suntikan yang telah dan belum saya terima..ketika saya berusia 8 tahun saya juga gagal mendapat suntikan yang diberikan di sekolah..apakah suntikan itu..ia mungkin suntikan rubela dan bagaimana kah caranya untuk saya mendapatkannya..saya ada bertanya pada pihak hospital tapi mereka kata yang dos untuk suntikan itu hanya boleh dibuka jika ia diperlukan dalam kuantiti yang besar dan ia tidak dapat dibuka jika untuk satu suntikan sahaja..maklumbalas daripada pihak doktor sangat saya alu-alukan..terima kasih..

Mrs. Amie said...

setahu saya, if nak tahu kita tak terima lagi suntikan rubella, kita boleh buat blood test.. uji smada kita dah ada vaccine tersebut atau belum..

Anonymous said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Related Posts with Thumbnails