Monday, July 30, 2007

Guru Kena Cekik - Satu Tindakan Spontan??

Assalamualaikum WBT


Bila keluar cerita dari akhbar tentang seorang guru perempuan dicekik dan ditolak hampir jatuh dari tingkat 2, saya terfikir ada juga anak murid yang tergamak buat sehingga begitu kepada gurunya. Saya tak pernah terbayang untuk buat sehingga begitu kepada guru saya sendiri tak kisah dia pernah mengajar saya atau tidak, jadi tidak terjangkau akal saya untuk terfikir ada anak murid yang sanggup berbuat dosa sebegitu kepada guru mereka.

Lagi menyayat hati, bapanya pula memberitahu bahawa itu adalah tindakan spontan anaknya kerana lengannya dicengkam guru perempuan tadi. Bapanya menyalahkan sekolah, kenapa anaknya harus dibuang dan kenapa tidak bertindak adil kepada anaknya yang akan menduduki SPM.

Tindakan spontan mencekik dan menolak cikgu? Saya tertarik untuk mengupas isu ini dari sudut jawapan ayahnya itu. Dari pandangan saya daripada sudut sains, tindakan spontan bermaksud satu tindakan yang tidak menggunakan otak. Perlaksanaan tindakan spontan berdasarkan impulse/arahan setakat level saraf tunjang atau spinal level. Jadi orang yang berbuat sesuatu secara spontan adalah mereka yang tidak menggunakan otaknya. Contoh yang mudah, kalau kita terpijak bara api, apa tindakan spontan yang berlaku ialah kita cepat-cepat menarik balik kaki kita daripada terus terkena api tersebut. Tindakan spontan ini membantu kita daripada terus tercedera. Kita tak perlu fikir untuk mengangkat kaki tersebut, ia terjadi secara spontan.

Soalan saya.. Adakah reaksi pelajar yang mencekik dan menolak gurunya hampir jatuh dari tingkat 2 itu adalah tindakan spontan? Adakah jawapan ayah nya itu wajar mengaitkan tindakan anaknya sebagai spontan? Adakah ini bermaknya anaknya tidak menggunakan otaknya ketika menolak guru tersebut? Yaa.. haiwan pun ada otak tapi mereka tiada akal.. mungkin di dalam kes mungkin bukan sahaja otak tidak digunakan, malah mungkin akal juga disimpan di rumah...

Saya letakkan kewajaran itu sebagai ini, adakah sekiranya guru saya merotan saya kerana saya bertindak nakal, saya secara spontan mengambil rotan tersebut dan memukul guru saya semula... macam tak logik sahaja?.. Seorang ibu sedang memakai kain lampin anaknya, kemudiannya anaknya terkencing di atasnya... apakah tindakan spontan ibu itu? Kencing balik ke atas anaknya?? hahaa.. Nampak tak beberapa spontan pulak kan...

Sekiranya saya seorang pelajar yang membuat bising bersama kawan-kawan saya, kemudian dipanggil oleh guru dari kelas sebelah, kemudian saya dimarahi, tetapi saya tidak peduli, saya terus ketawa seolah olah guru tadi tidak wujud di hadapan saya. Kemudian tangan saya dicengkam guru yang memarahi saya tadi, saya menolak dada guru itu dan hampir guru itu jatuh dari tingkat 2... bagi saya, saya tak patut dibuang sekolah sahaja... Saya patut dimasukkan ke kelas pemulihan akhlak istimewa untuk pelajar yang dibuang sekolah (SPM walaubagaimanapun wajar diduduki). Sudah ternyata dengan jelas lagi terang bahawa saya tidak menghormati guru itu walau apa pun alasan yang diberikan.


Cuba bayangkan sekiranya guru wanita itu jatuh dari tingkat 2 dan meninggal dunia atau lumpuh. Ia bukan lagi menjadi kes yang kecil.. yang menyedihkan, insiden guru itu ditolak tidak dibincangkan. Betapa malunya guru itu di hadapan pelajar-pelajarnya, bagaimana terluka perasaannya, bagaimana dia terganggu secara fizikal dan emosi... Ada sapa-sapa tanya?? Ada sapa-sapa nak ambil tahu? Seolah-olah guru wanita itu bukan manusia..

Banyak pakar psikologi berpendapat, pendekatan yang efektif harus diambil seperti memberi pengajaran yang baik, nasihat dan tidak menggunakan kekasaran seperti rotan dan sbgnya supaya anak tadi tidak "retaliate" dan menjadi semakin aggresif. Saya amat bersetuju dengan cadangan itu. Pendekatan aggresif merupakan cara yang terakhir sekiranya tiada tanda-tanda anak itu akan berubah. Kementerian Pelajaran Malaysia selalu memetik kata-kata itu.


Apa yang Kementerian Pelajaran Malaysia kurang hendak memetik kata-kata pakar psikologi ialah, apabila anak dididik di dalam dua disiplin yang berlainan oleh dua guru yang berlainan dan dua guru ini selalu berbeza pendapat, anak akan jadi keliru.
Di rumah, ibu-bapa sebenar yang menjadi guru. Mereka tidak pernah menegur anak mereka, pakaian mereka yang mendedahkan tidak di ambil peduli, mereka tidak pernah hormat ibu bapa dan orang-orang tua, bahasa yang keluar dari mulut mereka sangat menyedihkan. Bila sampai di sekolah, perkara ini cuba diubah. Mereka diajar budi pekerti mulia, hormatkan guru, memakai pakaian yang sopan dll.

Pelajar ini akan menjadi keliru, di rumah tidak ada yang menegur tetapi di sekolah asyik menjadi perhatian guru di atas disiplinnya. Kekeliruan ini akan memuncak apabila, guru mengambil tindakan ke atasnya dan kemudian ibu-bapanya pula membela mereka seolah-olah tidak apa kalau buat kesalahan seperti itu.... Konflik ini akan memakan jiwa anak-anak tadi menyebabkan mereka rasa kurang hormat kepada orang tua dan tidak apa sekiranya kesalahan dilakukan. Lagipun ibu dan bapa akan menyebelahi mereka.. tak apa buat itu.. dan tak apa buat ini...

Saya berpendapat, jika kita menjadi defensif untuk anak kita pun ada hadnya. Jikalau saya yang menjadi ayahnya, saya akan merotan anak saya di hadapan guru yang berkenaan. Yang paling patut, saya sebagai bapa, saya akan merotan anak saya dihadapan guru besar, semua guru dan semua pelajar sekolah. Sekiranya ibu-bapa sendiri yang merotan, maka tugas guru disiplin telah selesai... Anak kita akan menjadi malu?? Tak apa! sekiranya malu itu mampu mengubah dia menjadi manusia. Malah saya lebih malu sekiranya nama saya yang dibinkan dan dibintikan dengan nama anak saya, menjadi "dayus" kerana melihat kemungkaran yang dilakukan oleh anak saya sendiri dan saya pula yang membelanya!. Saya tak mahu menanggung dosa anak saya yang menderhaka terhadap guru. Ilmu yang diperolehi menjadi tidak berkat dan kehidupannya keseluruhannya tidak berkat.

Saya berasal daripada sekolah asrama beraliran agama yang mementingkan keberkatan ilmu. Guru kami dan warden kami ada yang garang. Dan kami semua pun ramai yang nakal. Kami didenda mencuci tandas dan berkawad jikalau lambat bangun solat Subuh. Ada di antara kami didenda memanjat tiang bendera pukul 3 pagi sebab ditangkap "fly" waktu malam. Ada juga di antara kami yang didenda tengah-tengah 10 malam di padang sekolah cuma berseluar kerana ditangkap mandi berkubang di dalam kolah asrama. Kami pernah didenda beramai-ramai beratur "menghidu" najis di magkuk tandas kerana ada seorang budak bertuah tidak flush selepas qada' hajat. Kami pernah berkumpul di tengah padang pukul 2 pagi sebab nak buat spot check asrama.. Ada di antara kami dirotan di khalayak ramai kerana tinggal solat. Kami juga pernah dirotan dan ditampar Ustaz kerana nakal... Jika ada ibu-bapa yang kurang bersetuju dengan tindakan Ustaz.. mudah sahaja.. keluarkan anak anda daripada sekolah itu... 1 orang keluar ada 2000 lagi orang nak masuk...

Cuba tengok kami sekarang... tak ada yang kurang.. tak ada lagi yang mati dan lumpuh... tak ada lagi yang hilang jari sebelah atau buta... Ramai di antara kami yang jadi doktor, akauntan, engineer, Ustaz, guru, pilot, penyanyi nasyid (kumpulan Now See Heart), businessman, banker... macam macam... saya yakin ini adalah kerana keberkatan dan doa guru-guru kami...

Saya menasihatkan diri saya dan semua mak dan ayah, biar guru melaksanakan tugas mereka mendidik anak-anak kita. Di rotan adalah perkara biasa untuk mendisiplinkan mereka. Guru juga ada melakukan kesalahan kerana mereka manusia. Oleh itu, daripada tindakan kita menyerang guru dengan parang atau memaki hamun dengan kata-kata nista di hadapan anak kita, adalah lebih baik kita berfikiran rasional dan berjumpa guru dengan niat yang baik untuk membetulkan disiplin anak kita. Saya yakin dengan cara ini, hubungan guru dan ibu bapa akan bertambah baik... dan yang paling penting guru sentiasa akan memberikan perhatian kepada anak kita dan ilmu yang diperolehinya diberkati...

Ingat kata cikgu saya Prof Dr. Sidiq Baba, kita didik mereka agar ber-ADAB, kemudian baru kita isikan mereka dengan ILMU...

Wallahu A'lam.



18 comments:

Unknown said...

oh terima kasih, catatan ini sekurang-kurangnya merawat luka kami (setidak-tidaknya saya) :)

Anonymous said...

wah..panjang sungguh artikel kali ini. Saya ada baca artikel ini kat utusan online, yang bapa menyebelahi anaknya. Tindakan tersebut adalah tidak wajar sama sekali. Mungkin dirumah bapanya mengajar pelajar itu sedemikian. Apa nak jadi dengan dunia sekarang. Pelajar makin banyak lemak, dan sanggup kurang ajar dengan guru yang memberikan segala ilmu. Sayangilah guru anda ;) Pesanan Khidmat Masyarakat.

Dr Azwan said...

aminbakish : cikgu ke? kesian cikgu skarang.. banyak betul cabaran.. rasanya orang dulu2 bersemangat betul jadi cikgu.. moral yang tinggi melangit.. sakarang.. pejabat pendidikan dan menteri pun asyik hentam cikgu... kesian... doktor bila kena hentam teruk.. kementerian kesihatan selalu defend.. guru.. kadang2.. nasib baik ada NUTP

Najib : saya dah melawat website awak.. menarik betul... pelajar yang ada masalah dengan guru nih biasanya mempunyai tahap akademik yang rendah. Budak yang ada akademik yg cemerlang biasanya tak ada masa nak buat hal serupa itu..

Anonymous said...

Entah, sejak kebelakangan ini menarik betul pasal kisah2 guru. Puas kisah dengan guru kat Sabah merendam anak murid, then guru cabul anak murid (Kes ni mmg tak masuk di akal. Cikgu tuh mmg tak layak jadi pendidik!). Saya berharap guru-guru kat di luar sana, bersabar. Bukan semua sifat guru sama, cara mendidik yang digunakan pun lain. Kiranya mcm terlambat, tapi boleh lah jugak, Selamat Hari Guru ;)

Anonymous said...

Dr. Azwan : Terima Kasih sbb meluangkan masa melawat laman web saya. Ala tak sebeberapa pun. Saya selalu melawat web dr sbb mungkin mempunyai minat yang sama dalam investment n business. Once saya dah balik malaysia, insyaAllah business akan lagi bergerak maju ;)Selalu-selalu la melawat web saya. hehe.

Ira A Sa Ra said...

Biasalah doktor Azwan...itulah realiti menjadi seorg guru. Budak2 skrg kalau yg tak brp cerdik tu mmg perangai pun mengalahkan "hantu".Tak cerdik di sini maksud sy (Pelajaran lemah, akhlak pun lemah) Tension tau. Kalau yang cerdik tak ada pulak buat masalah. Kat situ kita boleh nilai situasi family diaorg. Yang cemerlang pelajaran dan akhlaknya tak kiralah apa bangsa pun, ibu bapa mereka pun baik sgt. Tapi, yang tak brp cerdik dan berperangai buruk tu...kalau kita rapat dan korek2 sikit rahsia disebalik sikapnya itu, adalah yg bermasalah dgn family.Mrk jadikan sekolah tmpt mereka lepaskan "tekanan". Sbnrnya situasi mcm pelajar kat Kota Tinggi tu banyak..cuma cikgu2 nie bukannya ribut2 smpi nak keluar surat khabar. Kita masih rasional. Susah tau nak didik anak org yg mmg realitinya tdk terdidik.
Percaya @ tidak, kalau dibuat bancian di sekolah2 terhdp pelajar2 islam terutamanya, ada sesetengah tu sembahyang pun tak tahu, baca al-fatihah tak tahu...masya-Allah.
Kalau dah tak boleh nak tegur, tak boleh nak ajar...alamat anak2 kita akan rosak...

Hasbullah Pit said...

Saya komen di blog ini secara spontan.

susah nak cakap pasal topik ni, semua salah, semua nak kata dia betul.

Tapi kalau kita perasan, cikgu semasa kita di asrama dulu walaupun garang, ada yang bawa rotan, tapi dia sebaik mungkin nak confirmkan dulu pelajar tu bersalah atau tidak sebelum hukum.

Tapi kalau rendam pelajar dalam air, tapi tak tau siapa yang buang 'mouse pad' tu, rasanya tak betul.

Dr Azwan said...

Najib : Rendam anak murid dalam air kotor... apa nak hairan... skarang kecoh2 la.. nanti bila kita dah tua nanti.. benda tuh lah yang buat kita ingat kat cikgu tuh.. perkara "manis" yang tak dapat nak dilupakan... for sure skarang dah takder orang berani buang pad dalam tadas.. takut kena rendam.. haha

Ira: tulah... tak pandai baca jawi, tak pandai baca Quran.. tak pandai sembahyang.. tulah senang rosak dan masuk ke ajaran sesat, dadah, dsbg. Ira cikgu gak ker...

Sebol : Sebab cikgu yang suruh rendam anak murid tu.. kalau askar yang rendam cthnya kat biro tatanegara mesti takde orang komen, kami kena rendam ngan selut busuk sungai pun pernah, main campak-campak durian sampai tangan luka2 pun pernah... pernah kena berbaring dalam lumpur hutan bakau.. tapi takde salah apa pun.. saja jer nak bagi kuatkan jati diri.. Stakat air kolam depan skolah... nothing lah... seronok apa.. entah-entah ramai yang uang mouse pad dalam tandas.. saja jer nak berendam dalam kolam.. haha :)

de_kerinchi said...

Salam dr.azwan,

Saya salahkan ibu bapa,yang konon nya terpelajar dan berfikiran terbuka... kesian cikgu yang bertungkus lumus untuk mendidik anak bangsa..pasal tu kita tengok kebanyakan anak muda kita penuh dengan aktiviti yang tidak sihat. Bila ada mesyuarat PIBG tak mahu hadir, yang hadir pula taknak buka mulut, bia keluar mesyuarat berkokok pula...profesional ker macam tu...sendiri mahu ingat...kita yang bakal mencorak masa depan anak kita....tanggung jawab anak ikut benda yang baik-baik sahaja...

Tidak ada istilah spontan dalam cerita diatas...kalau pelajar hormat guru, pasti patuh arahan guru, kalau tak suka jangan kurang ajar, cakap baik-baik...macam mana pelajaran nak berkat, kalau dengan guru pun kurang ajar tak beradap...

Yang pelik mak bapak ni tak nak paham , padahal mereka sekolah juga dulu..agak nya mereka pun nakal macam anak mereka, cuma yang beza nya mak bapak kepada mak bapak dia orang ni dulu garang dan hormat guru....bukan macam mak bapak dia orang ni...aku pun dah kurang hajar...kalau orang tak makan ajar...maaf..sekian wassalam...jangan marah...

Aku yang pernah bersekolah...

Unknown said...

Assalamualaikum

Wah..terharu saya baca coretan awk. Budak2 sekarang memang banyak songel..biadap dengan guru. bukan hanya budak sekolah, tetapi budak2 kolej jugak..terutamanya kolej swasta. makan hati jer..

Pantang kita marah, nasihat..diorg akan komplen kat management. Kalau kita dulu, student yang tunggu guru, tapi sekarang dah terbalik, kita yang tunggu depa.

Kuliah tak mau datang, tugasan tak buat..kalau fail, kita yang akan disalahkan. Nak suruh amik exam, test, kita yang kena jemput, call dan macam2 lagi..hai apa nak jadi dengan dunia sekarang.

Tak mustahil kalau suatu hari nanti kes budak yang cekik guru tu akan berulang pada mak bapak dia sendiri..kita tengok, samada masa tu bapak dia akan cakap itu tindakan spontan anak dia ker...

Dr Azwan said...

Cuba tengok cara dia mencambah kan.. kalau dari sekolah rendah dan menengah tak dijaga mesti dah masuk kolej dan universiti lagi sudah nak kawal kan... Doa-doalah anak2 kita sndiri tak jadi macam tuh... Nauzubillah..

Anonymous said...

Salaam, terima kasih kerana artikel ini sgt bermakna bagi saya. it reminds me that sebagai pendidik byk ragam manusia ... & adakalanya kita sendiri tersalah mendidik ... manusia tetap manusia, tidak pernah jauh dari membuat kesilapan. murid yg lemah dan bermasalah byk cabarannya, murid yg cerdik nakalnya lain, cabarannya lain, ... yg penting pendidik perlu ikhlas, jujur & sentiasa menyayangi mereka ... saya akui adakala perasaan nak bagi flying feet ker flying hand pd student mmg membuak-buak di lubuk hati ... tapi bila teringat jika saya lah yg terkena sepak terajang tu apa perasaan saya ... sejuk sekejap, tapi sekejapjer ... murid-murid ni kekadang suka test cikgu ... cikgu plak stres ngan keje ... so faham-fahamlah ... saya sentiasa ingat satu perkara "what goes round comes round" ... buat baik kita dpt yg lg baik, buat kurang baik dpt lg tak baik ... murid-murid, ibubapa, guru perlu ingat & terapkan nilai ni ... insy'Allah ... Dr. Azwan, tq & it's a pleasure knowing u ...

Dr Azwan said...

Miss Liza...
Terima kasih di atas your comment. Miss Liza tetap cikgu saya and i'll always keep you in my heart (of course Azah has occupied most of it together with small amount of cholestrol plaque though huhu). Its a great pleasure to know you too.. You make my life and so many lives brighter each day.. thank you miss.

Anonymous said...

pelajar yang cekik cikgu tersebut tidak la sekejam seperti yang dr fikirkan..dia seorang pelajar yang murah senyuman di sekolah..

Anonymous said...

drpd liza..
daud bukanlah seorang pelajar seperti yang di gambarkan,cikgu terbabit mungkin berada di tingkat dua,
tetapi tidak mungkin sampai terjatuh,
maklumah,terdapat banyak tokok tambah daripada pelbagai pihak.
Selain itu,tindakan plajar tersebut adalah semata-mata untuk melindungi dirinya setelah menahan sakit apabila dicengkam dengan kuku guru terbabit yang panjang,
sehingga memberikan kesan labam dan luka di bahagian tersebut.
Pelajar tersebut bertindak secara tidak langsung apabila permintaan supaya dilepaskan tidak diendahkan oleh guru trbabit malah masih mencengkam dengan kuat.Jika dr berada di tempat tersebut, sudah tentu dr akan bertindak di luar jangkaan dr sendiri.Di dalam kes seperti ini, kita tidak boleh hanya menyalahkan satu pihak sahaja,tindakan guru tersebut amat tidak munasabah.Disamping itu,DR tidak boleh menyamakan tindakan pelajar ini dengan contoh-contoh yang digambarkan tersebut,ia dua keadaan yang amat berbeza.Terima kasih kerana sudi membaca.

Anonymous said...

dr Azwan..

Saya terpanggil untuk memberi komen didalam ruangan anda.Memang benar apa yang doktor Azwan katakan didalam artikel ini.Sikap ibubapa yang prihatin keterlaluan sehingga memanjakan anak secara berlebihan adalah punca kepada keruntuhan moral remaja kita dewasa ini.Limpahan kasih sayang yang tak berasaskan pegangan agama yang kukuh menjadi penyebab, anak2 muda zaman ini semakin liar.Guru seringkali dipersalahkan apabila tindakan untuk mendisiplinkan murid dibuat,sementara media pula gemar menggemburkan kisah yang tak tepat.sesungguhnya menjadi pendidik dizaman ini,cukup mencabar minda dan kesabaran.Terima kasih doktor kerana masih ada insan yang menghargai jasa guru.Saya juga turut memegang kepercayaan seperti Dr., yang sesungguhnya ilmu yang berkat adalah datangnya dari keikhlasan dan berkat doa seorang guru.

Anonymous said...

saya pun guru juga. dunia pendidik ni banyak mengajar saya. mmg betol kata ira, mostly pelajar yg suka create problem dgn cikgu, mak bapak dia pun macam tu. tapi, kalau pelajar tu tau hormat kita, berbudi bahasa,mak bapak dia pun macam tu jugak.betullah, pendidikan bermula dari rumah.saya sendiri, banyak kali kena serang dgn mak bapak, mentang2lah, saya ni cikgu baru.jadi, taktik saya sekarang, mana2 budak yg selalu timbulkan masalah pada saya, saya akan kumpulkan bukti dan panggil mak bapak dia.biar mak bapak dia tau, anak dia macam mana.tapi mana pelajar yg baik dan hormat kita, saya member ngan mak bapak diaorang.

Unknown said...

Sebenarnya, apa2 yg berlaku berbalik kpd agama.Islam mendidik cara yg betul wp nmpk tegas.melentur buluh biar dr rebungnya.jika dr asas pn dh xbetul, semua akan rosak.ibu bapa lah guru sebenar bg anak2, mendidik ke arah akhlak yg mulia d samping diri anak yg cenderung ke arah yg baik.jika ibu bapa mcm ketam, berjalan pn xbetul masakan dpt mendidik anak berjalan dgn betul.mudah2an anak2 kita mendapat didikan agama yg baik n betul dan mendpt hidayah n inayah NYA, moga dpt menjd hamba yg kamil, soleh, solehah, menjd insan berguna d dunis mahupun d akhirat.in sha ALLAH.

Related Posts with Thumbnails