Monday, August 13, 2007

Alangkah Indahnya....

Assalamualaikum..

Alangkah indahnya hidup ini sekiranya saya bekerja sehari-hari bukan untuk mendapat gaji. Saya bangun pagi untuk merawat pesakit dengan niat yang ikhlas. Sebagai mengisi tanggungjawab saya. Kalau boleh saya hanya pesakit membayar kos ubat-ubatan, sewa klinik dan kos gaji pekerja sahaja. Tiada keuntungan, tiada caj perawatan... Ini menjadikan klinik saya paling murah di Kuala Lumpur. Pesakit akan datang mendapat manfaat lebih ramai.

Atau saya boleh bina sebuah hospital untuk orang ramai. Saya selaku pengarah hospital. Semua pesakit akan dicaj mengikut bayaran sekadar lepas kos ubat-ubatan dan kos penyelenggaraan hospital sahaja, termasuk gaji doktor yang bertugas. Ini menjadikan hospital saya termurah di Malaysia dan hampir menyamai hospital kerajaan.

Atau saya boleh membuka sebuah yayasan khusus untuk anak-anak yatim dan fakir miskin, saya akan menubuhkan tabung untuk membantu anak-anak ini berjaya di dalam hidup, masuk ke sekolah dan universiti dan kemudian mendapat pekerjaan untuk membantu keluarga. Harapan agar mereka boleh keluar dari kesusahan hidup dan membantu keluarga.

Atau saya boleh menubuhkan satu dana kewangan bernilai berbilion ringgit untuk membantu para-peniaga Islam untuk meningkatkan modal untuk membesarkan perniagaan, atau menyediakan dana untuk mahasiswa/i memulakan perniagaan tanpa melalui karenah birokrasi seperti sekarang.

Atau saya boleh menubuhkan dana dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia untuk bersama-sama membantu bakal haji menunaikan haji dengan lebih selesa dan murah, memberi bantuan kewangan untuk menunaikan umrah atau haji dan meningkatkan infrastruktur jemaah haji Malaysia di sana.

Atau saya boleh bina lebih banyak masjid untuk menampung bilangan orang Islam yang bertambah di tempat-tempat seperti Bukit Bintang, Bangsar, Damansara dan Mont Kiara.

Atau saya boleh laksanakan sebuah bank Islam yang menguruskan pinjaman secara Islam untuk orang Islam mampu memiliki rumah, kereta dan harta-harta tanpa riba' dan dengan pulangan yang rendah, lebih rendah dari bank-bank konvensional supaya perbankan Islam menjadi buah mulut orang Islam dan bukan Islam.

..... Huuu... seronok kan kalau dapat berangan-angan macam ni?? .... Tak apa.. niat pun dah dapat pahala... apa nak buat.. niat sahaja lah...

Wallahu A'lam.

7 comments:

Anonymous said...

thought become things doctor!!! take charge!!

Jun said...

pernah gak berangan..kalu lah dapat tolong sume org yg susah....

Anonymous said...

"Atau saya boleh menubuhkan satu dana kewangan bernilai berbilion ringgit untuk membantu para-peniaga Islam untuk meningkatkan modal untuk membesarkan perniagaan, atau menyediakan dana untuk mahasiswa/i memulakan perniagaan tanpa melalui karenah birokrasi seperti sekarang." that is a sedih part! hehe.
saya seorang mahasiswi yg amat memerlukan modal utk memperbesarkan perniagaan.huhu

kucau said...

boleh selepas ko bina empayar sendiri yg teramatlah susah mcm yg aku rase skang. tapi susah tak bermakna tidak boleh

Dr Azwan said...

Semangat aaa bila dengar korang pun bersemangat!

Unknown said...

Salam..

tan sri mokhtar al-bukhary dh ada 1billion lebih..

tan sri azman pun dh ade billion ringgit..

awak semua boleh buat lh..

INSYALLAH3X UR FIND UR WAY...

BUBYE N SALAM.

lady mia said...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan cynthia Johnson, pemberi pinjaman pinjaman peribadi dilengkapi dan peluang kewangan dibuka untuk semua orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan. Kami menyediakan pinjaman dengan 2% kadar faedah kepada individu, firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com

Related Posts with Thumbnails