Thursday, September 13, 2007

Dr Azwan's News Update

Assalamualaikum...

Banyak nak cerita pada hari pertama bulan Ramadhan nih...

1. Alhamdulillah. Bisnes kuih raya mula mendapat sambutan. Saudari Akmal dari PUSRAWI (Pusat Rawatan Islam) telah menempah 55 balang kuih raya pelagai jenis untuk dijual di sana dan diletakkan di kedai berhampiran perumahannya. Tempahan melebihi 50 balang (50 unit setiap satu) mendapat harga yang super special.!

2. Terkejut dengan tempahan daripada Saudari Akmal, Saudari Saadiah pula, seorang pegawai farmasi di hospital kerajaan telah menempah 58 balang pelbagai kuih raya untuk dijual!

3. Saya ingin mengumumkan mana-mana usahawan yang ingin menempah kuih raya akan entitled harga yang "super special" sekiranya membeli lebih daripada 50 buah balang (setiap balang 50 biji kuih) pelbagai jenis.

4. Blog saya kena ban selama 3 hari kerana dianggap blog spammer. Ni baru boleh tulis balik.

5. Saya telah memasukkan bayaran pertama ke dalam bank sebanyak RM 500 kepada pelabur-pelabur yang menyertai projek Prepaid Kad yang saya anjurkan baru-baru ini. Sila periksa akaun anda. Kepada yang di luar negara, saya diberitahu untuk memegang wang anda dahulu sehingga anda pulang.

6. Pengumuman penting! Saya menjual Kad Celcom dengan harga RM 9.60, Kad Maxis RM 9.70 dan Kad Digi 9.80. Walaubagaimanapun Kad Digi masih tiada stok buat sementara waktu. Stok dihantar selepas 3-4 hari pesanan.

7. Sesiapa yang ingin membeli kad prepaid yang murah - Minimum RM 10,000. Dapat Kad Maxis RM 9.20 300 keping + Celcom RM 9.20 500 keping + Digi RM 9.60 RM 200 keping (total 1000 keping lebih sedikit) boleh berbuat demikian. Wang dibayar cash RM 10,000 dan kad akan diberi selepas 14 hari. Kontrak boleh dibuat sekiranya berminat dengan saya.

8. Alhamdulillah, rumah saya di INTI kolej di Nilai telah disewa dengan sewa RM 570 sebulan. Saya membayar pada bank sebanyak RM 480. Jadi ada sedikit aliran tunai. Alhamdulillah.

Itu sahaja update untuk hari ini. Selamat Berbuka Puasa!

4 comments:

Anonymous said...

wah..wah..wah...
aliran tunai melambak doc kita nih!

saya teringin nak melabur/beli umah utk disewa. tapikan...kat perlis ni saya survey umah, mahal2 belaka la. bagi sewa cuma rm300 aje sebulan. mcm tak berbaloi. nanti nak belajar ngan doc la bab2 melabur hartanah nih. hehe. belum reti lagi lor.

Dr Azwan said...

Macamana rumah boleh mahal kat perlis. Ingat murah2 kat sana. Kat sini lagi mahal. Cuma kalau kat tempat awak tuh awak tak boleh beli dengan harapan positif cash flow. Awak cuma boleh beli untuk tambah aset dan capital appreciation sahaja. Kalau nak positive income kena melabur kat Kuala Lumpur. Tempat tuh kena membangun di dalam kawasan tanah yang sempit dan permintaan yang tinggi akibat trafik yang tinggi. Baru harga sewa rumah boleh lebih dari jumlah pinjaman bank.

Adelaidiyy said...

wah sejak bila azwan jadi financial advisor nih?

taukeh besar oooooooo

Dr Azwan said...

Haha Muhd.. Bila pulak saya jadi financial advisor??... Baru MBBS.. Ingat nak ambik MBA.. InsyaAllah lagi 15 tahun jadi taukeh besar.. :). Terima kasih atas Doa tuh.. Ni Muhd Ortho Putrajaya ke?

Related Posts with Thumbnails