Sunday, December 9, 2007

Doktor dan Jururawat yang Celupar...

Assalamualaikum,

Saya ambil keratan akhbar ini daripada harian metro semalam. Saya baca sehingga habis artikel berita ini tetapi hati saya masih ragu-ragu... kenapa doktor dan jururawatnya berbuat sebegitu rupa. Cuba baca artikel ini.



KUALA LUMPUR: “Babi! Masuk dalam bilik kalau mahu bincang!” Itu antara maki hamun yang dihamburkan seorang doktor kepada sepasang suami isteri ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Sungai Besi di sini, ketika meminta sijil cuti sakit.
Tambah menyedihkan, mangsa yang demam panas dituduh doktor terbabit sebagai pemabuk kerana keadaan fizikalnya yang lemah. Mangsa yang dikenali sebagai Amin berusia 30-an, berkata dia ke klinik itu bersama isteri dan anaknya kira-kira jam 9.10 malam baru-baru ini kerana demam panas.
Katanya, dia masuk ke bilik rawatan sebelum menerangkan penyakit dihadapi, namun doktor itu secara tiba-tiba mendakwa dia tidak demam, malah menuduhnya sakit kerana mabuk. (Baca sehingga habis)

Mengikut artikel ini, jururawat juga bertindak kurang ajar dan memanggil mereka binatang. Pasangan ini telah membuat laporan di Balai Polis, Salak Selatan (dekat ngan rumah saya).

Sungguh tidak wajar doktor menggunakan perkataan yang sangat kurang sopan kepada pesakit. Begitu juga dengan jururawat. Klinik sepatutnya tempat para pesakit mendapat rawatan secara fizikal dan juga mental. Sekiranya berita ini benar-benar berlaku, Doktor ini akan menghadapi masalah besar dengan Malaysian Medical Council (MMC).

Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang waras, tidak ada manusia yang memaki perkataan "BABI" kepada manusia yang lain kecuali sangat-sangat marah sehingga hilang pertimbangan. Saya rasa ada benda yang meragukan tentang laporan ini. Sangat-sangat meragukan....

Pada pendapat berita ini adalah berat sebelah kerana ada sebahagian perkara yang sebenar tidak dilaporkan (sebahagiannya kerana klinik tak nak angkat telefon). Mungkin laporan sebelah pihak lagi akan dikeluarkan tak beberapa lama lagi untuk menjadikan cerita ini lebih eksklusif dan melariskan jualan surat khabar.

Kita tunggu dan Lihat... hmmm...

7 comments:

Anonymous said...

ya. biasanya perkataan "Babi" akan terpacul keluar dari seseorang yang sangat-sangat marah sehingga hampir hilang pertimbangan.

saya pun terasa ada "lubang" dalam laporan ini. kita tunggulah, mesti ada laporan susulan. silap silap nanti menteri kesihatan akan masuk campur.

http://fawari.net/

Anonymous said...

asslaamualaikum...
selalu kita dengar pesakit complain macam2 pada doktor, tapi, kita tak pernah dengar doktor complain pasal pesakit sampai masuk paper...
dalam keluarga saya, ramai juga yang menjadi doktor, dari houseman, kepada pakar... mereka masing2 ada pengalaman sendiri, dan sering kali saya turut serta dalam perbincangan mereka apabila ada family gathering...
seorang sepupu saya pernah bercerita, dia pernah diajukan penumbuk oleh pesakit, tapi, masih lagi bersabar.. dia juga pernah diancam, "saya akan pancitkan tayar kereta doktor" dan perkara ini benar2 berlaku...
salah seorang sepupu saya juga pernah dipecahkan cermin keretany oleh samseng2...
dan baru2 ni, salah seorang sepupu saya yang merupakan junior doctor, dan baru sahaja menceburi dunia pekerjaan ada menceritakan kepada kami yang tangannya 'subluxed' semasa buat VE, sebab patient kepit...
bukan satu exaggeration...
tapi, terfikirkah pesakit2 ini... doktor2 ni tak tidur malam... oncall... tinggalkan family untuk berbakti...
wassalam

Dr Azwan said...

Wawa : terima kasih wawa sebab datang. Semoga naik belon dengan selamat :). Saya pun tengah tunggu "lubang" cerita ini.

Anonymous : Saya rasa kelakar lah bila jari boleh subluxated masa tengah buat Vaginal Examination. Kuat betul perempuan tuh mengepit... haha.. tak boleh bayang sebenarnya... Apapun terima kasih atas komen. Doktor kat kerajaan nih memang dah seterotyped dengan "kasar", "buat kerja sambil lewa", "selalu buat salah" dsbg. Saya tak setuju sebenarnya... Kadang2 kesian juga. Harap Kementerian boleh buat sesuatu...

Anonymous said...

sedih saya dr azwan kata doktor kerajaan ni kasar,buat keje sambil lewa... sebab saya selalu juga dapatkan rawatan di hospital ekrajaan... tidak dinafikan, ada doktor sebegitu, tapi, kebanyakan doktor yg saya jumpa baik2...oncall semalaman tak tidur,tak sempat makan...telefon asyik berdering org refer case... dia layan baik je... bukannya dia specialist, tapi dia hanya ordinary medical officer...
terhutang budi saya pada dia...
saya pernah tanya, "dr tak balik rumah ke?" Jawabnya sambil tersenyum, "dah tugas, kak, suami saya pun sibuk oncall, seminggu beberapa kali je dapat jumpa."

Dr Azwan said...

Anonymous : Maaf anonymous. harap baca semula komen saya. Oleh kerana saya dulu kerja kerajaan saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu. :)
Saya perna mengalaminya, 3 hari tak boleh rumah. Jadi takder sebab saya nak hentam doktor kerajaan.

Anonymous said...

salam...
pasal doktor kerajaan ni..Sya rasa..taleh nak salahkan diorang..sya pernah kena buat follow up pasal sakit perut kat hospital kerajaan..dengan pesakit yang ramai..bilaik yang terhad..tentu saja suakar nak melayan semua kerenah pesakit dengan sempurna.Ala...doktor pun manusia biasa juga...
tapi sya respect la kat diorang coz masih lagi mampu melaksanakan tanggungjawab walau penat...

Anonymous said...

alhamdulillah..sepanjang hidup saya tak pernah diduga dengan penyakit yg kronik hingga perlu masuk wad. kecuali masa nak bersalin dulu. saya bersalin di hospital kerajaan. sebelum tu kawan2 kata layanan kat hospital kerajaan tak sama ngan layanan kat hospital swasta. macam2 diaorg kata. tapi saya tetap pilih hospital kerajaan kerana paling dekat ngan umah. alhamdulillah pengalaman pertama ni saya dapati apa yg kawan2 saya cakap dulu semua tak betul. doktor & nurse kat hospital kerajaan baik2 belaka. ada masanya bila terlalu lama sakit (3 hari) menyebabkan saya hilang sabar. menyalahkan suami sebab lambat sampai (suami saya kerja di perlis. yelah waktu ni kehadiran suami di sisi memang amat2 diperlukan). tapi nurse & doktor yang banyak tenangkan saya & bagi nasihat supaya beristighfar banyak2. bersihkan hati & selawat. alhamdulillah, segala2nya baik. siap doktor ajar lagi macam mana nak teran dengan betul supaya mudah bersalin. memang bagus. tq doktor & nurse. tq so much.

Related Posts with Thumbnails